a. Pendidikan ‘rabbaniyah’ dan ‘imaniyah’.
b. Pendidikan Al-Quran dan ketaatan.
1. Bulan diwajibkan berpuasa, bersungguh-sungguh, kesabaran dan tahan memikul bebanan.
2. Bulan peningkatan keimanan, taqwa dan pendekatan diri kepada Allah.
3. Bulan ibadah, ‘tadharru’’ (ketundukan), istighfar, taubat dan doa.
4. Bulan infaq, berkorban, memberi, kebaikan dan berbuat baik serta memelihara orang-orang fakir, miskin dan yatim, kaum muslimin memberikan kenikmatan di dalamnya dengan bergotong royong dan tolong menolong di antara mereka.
5. Bulan kemenangan ke atas jiwa, hawa nafsu dan syaitan, di dalamnya seorang muslim dilatih menahan keinginan, memperkukuhkan cita-cita, azam dan gerakerja bagi mencapai perubahan yang positif.
6. Bulan Al Qur’an Al Karim di mana kaum muslimin sentiasa membacanya sepanjang malam dan sepanjang hari, agar dapat dipelajari dari pelajaran-pelajaran dan ayat-ayatnya, mentadabburkan apa yang terkandung di dalamnya dari berbagai pengarahan dan makna-maknanya, mentelaah ‘manhaj’ dan ‘uslub-uslubnya’ sehingga menjadi undang-undang yang kekal, petunjuk jalan dalam kehidupan dan manhaj dalam kebangkitan.
Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini adalah pusat pendidikan iman yang lengkap, mencakupi :
a. Pelajaran-pelajaran.
b. Prinsip-prinsip dan nilai-nilai tarbiyah.
c. Hakikat yang diperlukan oleh setiap muslim dalam kehidupan kontemporari.
d. Panduan-panduan yang diperlukan oleh umat dalam menuju kebangkitan yang diidamkan dan dinanti-nanti.
Ianya adalah kurniaan yang agung dari Allah ke atas umat ini sebagai suatu nikmat yang sangat besar dan kita membuka pintu seluas-luasnya menuju kebangkitan yang baru ini, mengembalikan kaum muslimin akan kemuliaan mereka yang telah redup dalam kurun yang lama dan pada tahun-tahun yang panjang.
KEPERLUAN KITA TERHADAP RAMADHAN
Melalui madrasah ‘rabbaniyah’ ini, kita sangat memerlukan akan pelajaran-pelajaran yang terdapat di dalamnya, khususnya para pemuda umat yang menginginkan kebangkitan.
Kita sangat-sangat mengharapkan dari mereka akan :
1. Kesungguhan dalam memberi.
2. Kerja kuat dan pengorbanan.
3. Keikhlasan.
4. Kejujuran dan kesabaran.
5. Keinginan yang kuat.
6. Tekad yang tinggi.
7. Tujuan yang mulia.
Marilah kita melihat kepada bekalan yang sepatutnya kita sediakan berasaskan gejolak keimanan.
“Dan berbekallah, kerana sebaik-baik bekalan adalah taqwa” (QS Al-Baqarah : 197)
Kita juga perlu memanfaatkan bulan Ramadhan ini dari kebaikan, keberkatan dan anugerahnya dengan menghidupkan hari-hari dan malam-malamnya melalui :
a. Al-Quran.
b. Zikir.
c. Doa.
d. Istighfar.
e. Tahajjud.
f. Ibadah.
Selain itu, kita juga perlu berperanan dan turut serta dalam amal sosial dan kebaikan seperti :
1. Menganjurkan sedekah.
2. Mengunjungi orang sakit yang dirawat di pusat perubatan.
3. Meringankan beban orang yang memerlukan bantuan.
4. Menjalin silaturrahim antara keluarga dan kerabat yang terdekat.
5. Memperbaiki hubungan kekeluargaan.
6. Mendamaikan antara dua orang yang sedang berselisih.
a. Digerakkan oleh iman.
b. Didorong oleh akidah.
c. Didisiplinkan oleh hukum-hukum syariah.
d. Perilakunya dihiasi oleh akhlak Islam.
1. Bangkit.
2. Memerangi sifat putus asa dan rendah diri.
3. Memperkukuhkan imuniti untuk menghadapi kelemahan, kerusakan dan penurunan indeks moral.
4. Menolak kezaliman, tekanan dan penindasan.
Umat Islam ketika ini tidak akan mengalami kelemahan, kemunduran, ketinggalan berbanding umat lainnya, menyerah pada sebab-sebab kelemahan dan kehinaan kecuali kerana :
a. Jauhnya mereka dari hidayah Allah.
b. Kurangnya kefahaman mereka terhadap ajaran-ajaran agama dan prinsip-prinsip syariah.
c. Tidak memiliki ghairah (cemburu) terhadap hukum-hukum Allah dan hak-hak-Nya.
1. Iman sebagai pemimpinnya.
2. Tauhid sebagai penuntunnya.
3. Rasul sebagai pemimpinnya
4. Al Qur’an sebagai perlembagaan hidupnya.
5. Jihad sebagai jalannya.
6. Mati di jalan Allah sebagai cita-cita tertingginya.
Melalui iman, akan hadir ilmu yang bermanfaat samada ilmu agama atau ilmu dunia.
Ilmu dengan berbagai cabangnya merupakan kewajiban umat dan tidak akan ada kebangkitan dan kewujudan cita-cita di masa depan jika tidak menjadikan ilmu sebagai keutamaan atau perhatian utama.
Kewajiban para pemuda muslim adalah :
a. Menerima pelajaran.
b. Gigih dan sungguh-sungguh untuk mencapai dan memahami ilmu.
c. Meraih tingkatan dan darjat yang tinggi.
d. Sedar dengan risalah dan tujuannya.
e. Mencapai prestasi ilmu dan akhlak yang mulia.
f. Baik dalam berinteraksi dengan guru-guru, tenaga pengajar dan rakan seangkatannya.
g. Semangat yang berterusan terhadap peranan ilmu dan institusi-institusi pendidikan.
1. Memiliki keikhlasan.
2. Berjuang dengan penuh semangat.
3. Membina anak-anak dengan penuh kecintaan.
4. Memelihara dan mentarbiyah mereka.
Ilmu merupakan wasilah dan jalan untuk bangkit dan maju di mana para ulama’ berjuang kuat siang malam untuk kebangkitan dan kemajuan umat.
KEPERLUAN KEPADA PEMUDA MU'MIN
Kita sangat memerlukan kepada pemuda mu’min yang :
a. Memiliki senjata dengan ilmu yang bermanfaat.
b. Memiliki keinginan yang dapat mendorong kepada jiwa berkorban dan memberi demi kebangkitan umat.
c. Mengembalikan kemuliaan Islam.
1. Memurnikan nilai-nilai yang mulia.
2. Memerangi kecurangan dan penipuan.
3. Menentang kezaliman dan penindasan.
4. Menghentikan keruntuhan moral.
5. Menumbuhkan nilai-nilai kebenaran, keadilan, kebebasan dan syura.
6. Memperkukuhkan akhlak dan prinsip-prinsip.
7. Mendukung sikap kasih sayang dan mengasihi antara manusia.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS