Sungguh terasa begitu berat
meninggalkan bulan Ramadhan kerana ianya adalah bulan yang :
1.
Dimuliakan.
2.
Sentiasa
dinantikan oleh orang-orang mu'min.
3.
Didalamnya
penuh dengan keberkatan.
4.
Penuh
maghfirah.
5.
Diberikan kemenangan
Islam, ketika Baginda Rasulullah saw bersama para sahabat
membuka kota Makkah.
membuka kota Makkah.
6.
Menjanjikan
orang-orang mu'min mendapat darjat Muttaqien, sesudah melaksanakannya dengan
penuh mujahadah.
7.
Allah Azza
Wa Jalla menurunkan kitabNya, yang menjadi pedoman hidup orang-orang mu'min.
Setelah menyelesaikan
puasa sebulan di bulan Ramadhan, orang-orang mu'min memasuki episod kehidupan
yang baru iaitu kehidupan yang penuh dengan makna di samping penuh dengan erti.
a. Nilai-nilai luhur menjadi dasar kehidupannya yang tertanam dalam hatinya.
a. Nilai-nilai luhur menjadi dasar kehidupannya yang tertanam dalam hatinya.
b. Nilai-nilai yang
bersumber dari Islam.
c. Menjadi orang
Muttaqien.
d. Kehidupan yang bersih
dari segala bentuk kotoran dunia.
e. Kehidupan yang tidak
lagi mahu terlibat dengan perkara-perkara yang boleh menjerumuskan manusia ke
dalam bentuk kekejian.
f. Kehidupan yang tidak
lagi dilumuri dengan dosa.
Inilah makna kembali kepada fitrah.
Inilah makna kembali kepada fitrah.
Gambaran orang-orang
yang sudah dipisahkan dengan kehidupan jahiliyah dan gambaran orang-orang yang
berhasil melaksanakan puasa yang pasti terlihat dalam kehidupan berikutnya
secara mendalam di mana mereka memutuskan rona kehidupan jahiliyah lalu meneruskan
kehidupan baru serta sentiasa
mengingati Kemaha Esaan Allah Rabbul Jalil.
Hakikatnya di dalam diri manusia sentiasa berlaku pertarungan antara hawa nafsu yang mengajak manusia ke arah kesesatan dengan keinginan manusia berbuat baik.

Kadang-kadang
manusia kalah dengan hawa nafsunya.
2.
Kadang-kadang
manusia menang melawan hawa nafsunya.
3.
Kadang-kadang
manusia menonjol kebaikannya.
4.
Kadang-kadang
manusia menonjol keburukannya.
Manusia yang dapat
mengalahkan hawa nafsunya adalah manusia yang akan selamat di dunia dan akhirat
dan sebaliknya, manusia yang kalah dan menjadi hamba hawa nafsunya, maka akan
rugi di dunia dan di akhirat.
Betapa ramai manusia
yang menjadi hamba hawa nafsunya dan membiarkan hawa nafsu menguasai dirinya
serta mengikuti naluri binatang kerana manusia yang hanya mengikuti hawa
nafsunya, tidak ubah seperti binatang.
Puasa tujuannya mendidik manusia agar manusia tidak hanya memikirkan keperluan nafsu haiwaninya bahkan mendidik :
Puasa tujuannya mendidik manusia agar manusia tidak hanya memikirkan keperluan nafsu haiwaninya bahkan mendidik :
a.
Manusia
menuju ke arah yang mulia.
b.
Manusia agar
hidupnya menjadi lebih selaras.
c.
Manusia
menjadi lebih seimbang.
d.
Manusia untuk
dapat mengalahkan nafsu yang merosak kehidupannya.
Kemudian, manusia
lulus, mengharungi kehidupannya dan mendapat kehormatan dari Allah Azza Wa
Jalla, sesudah menang melawan hawa nafsunya dan menjadi hambaNya yang
Muttaqien.
Tidak ramai. Bahkan hanya
sedikit manusia yang dapat mengakhiri puasanya di bulan Ramadhan dan
mendapatkan darjat Muttaqien. Semoga kita termasuk orang-orang yang mendapat gelaran Muttaqien.
Betapa indahnya Ramadhan dan Aidil Fitri di mana ribuan orang kembali bertemu dengan sanak saudara dan keluarganya.

Mungkin mereka sudah
tidak bertemu dalam rentang waktu yang tertentu. Mungkin satu, dua atau tiga
tahun atau mungkin lebih lama daripada itu lagi.
Tidak ada waktu atau
kesempatan yang lebih baik dalam kehidupan ini, yang dapat menyatukan dan
mempertemukan antara sanak saudara, keluarga, sahabat handai dalam satu suasana
kecuali Aidil Fitri.
Mereka yang ada di luar negara pulang. Mereka yang ada di bandar-bandar besar pulang. Mereka yang ada di daerah-daerah yang berbeza bertemu kembali.
Mereka yang ada di luar negara pulang. Mereka yang ada di bandar-bandar besar pulang. Mereka yang ada di daerah-daerah yang berbeza bertemu kembali.
Tidak ada kegembiraan
yang dapat melebihi saat Aidil Fitri. Tidak ada kesempatan yang lebih indah
dalam kehidupan ini kecuali saat Aidil Fitri ini di mana dapat berkumpulnya
sesebuah keluarga.
Rangkaian perjalanan kehidupan yang gersang dapat di sirami semula dengan pertemuan keluarga. Nilai-nilai yang amat penting dalam kehidupan adalah berhasilnya seorang mu'min menjalani `tarbiyah' Rabbaniyah selama satu bulan melalui puasa yang kemudiannya menjadikan diri mereka kembali kepada fitrahnya yang bersih.
Aidil Fitri bermakna hari kemenangan. Kemenangan seorang hamba melawan hawa nafsunya. Jutaan orang merayakannya dengan syukur dan kegembiraan. Mereka ingin memberi tanda kepada kehidupannya dengan penuh kemenangan.
Ribuan manusia dengan perjuangan yang luar biasa, menempuh jarak yang jauh, tujuannya adalah ingin melakukan silaturrahim dengan seluruh keluarganya.

Ini adalah nilai-nilai
Islam yang sudah lama di realisasikan dalam kehidupan.
Dua perkara yang paling pokok dalam kehidupan seorang mu'min adalah :
1. `Birrul walidain' - Berbakti kepada kedua ibubapa.
2. `Silaturrahim' - Menguatkan kembali hubungan kekeluargaan.
Nilai-nilai ini semakin mengukuhkan integrasi kehidupan sosial.

Betapa mulianya Islam
kerana menggalakkan umatnya menyambungkan kembali berbagai ikatan manusia
melalui Islam serta menguatkan kembali hubungan kekerabatan yang berlandaskan
sikap saling memuliakan.
Tidak ada doktrin yang mampu membawa manusia bersatu, kecuali ajaran dan nilai-nilai Islam.
Tidak ada doktrin yang mampu membawa manusia bersatu, kecuali ajaran dan nilai-nilai Islam.
Hanya dengan dua
prinsip dalam Islam, `birrul walidain', dan `silaturrahim'
, mempunyai pengaruh yang sangat luar biasa dan sangat bererti dalam kehidupan
sosial.
Betapa indah makna Islam. Di saat Aidil Fitri ini, berapa banyak wang yang teragih ke kampung halaman?
Betapa indah makna Islam. Di saat Aidil Fitri ini, berapa banyak wang yang teragih ke kampung halaman?
Mereka yang datang dari
luar Negara dan mereka yang datang dari berbagai bandar-bandar besar serta mereka yang kembali ke kampung halaman mereka
dan memberikan wang kepada sanak saudara dan keluarga mereka, pasti memberi
impak yang penting dalam kehidupan.
Ribuan orang yang pulang ke kampung secara tidak secara langsung berlaku suatu proses pengagihan kekayaan yang berlaku hanya disebabkan motivasi Islam.
Ribuan orang yang pulang ke kampung secara tidak secara langsung berlaku suatu proses pengagihan kekayaan yang berlaku hanya disebabkan motivasi Islam.
Mereka ikut serta
memperbaiki kehidupan sanak saudara mereka di mana ramai orang-orang yang
tinggal di bandar-bandar besar yang membantu ahli keluarganya dan ramai juga
yang membantu dari segi pembangunan sekolah, membantu pembangunan masjid,
memberikan bekalan dan sebagainya, semuanya membawa perubahan bagi kehidupan.
Islam sesungguhnya mampu menjadi faktor stimulus atau pendorong bagi perubahan kehidupan dan terciptanya pola kehidupan baru yang lebih kukuh dan erat, khususnya menciptakan integrasi sosial yang sangat luar biasa nilainya.
Ramadhan telah berlalu, Aidil Fitri telah menjelang dan kehidupan terus berjalan.

Pertemuan yang indah di
antara keluarga-keluarga dengan kebahagiaan serta pertemuan yang tidak dapat
dilukiskan oleh sesiapapun di mana orang-orang yang sudah lama berpisah,
bertemu kembali bahkan bertemu dengan penuh erti dan kemenangan.
Semoga dengan kedatangan Aidil Fitri tahun ini, setiap warga Muslim dapat menikmati kehidupan yang lebih bahagia di mana tidak ada kesedihan.
Semoga dengan kedatangan Aidil Fitri tahun ini, setiap warga Muslim dapat menikmati kehidupan yang lebih bahagia di mana tidak ada kesedihan.
Orang-orang miskin, orang-orang
papa, orang-orang yang tanpa keluarga tetap dapat menikmati
kehidupan ini dan tidak ada yang disia-siakan bahkan mereka yang tersisih dalam kehidupan ini perlu mendapatkan simpati dan dimuliakan.
Ya Allah, terimalah daripada kami solat kami, puasa kami, ruku' kami, sujud kami, doa kami dan ibadah kami. Sesungguhnya Engkau amat mengetahui akan kelemahan diri kami maka kami memohon kepadaMu kemaafan bagi setiap kesilapan dan kelalaian kami.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS