Sedar atau tidak, Ramadhan yang sama-sama kita susuri pada tahun ini telah sampai perjalanannya ke sepuluh malam yang terakhir di mana di antara malam-malam sepuluh yang terakhir tersebut terdapat satu malam yang disebut“Lailatul Qadr”, iaitu malam yang penuh keberkatan dan kebaikan.
Di dalam Al-Quran, dikatakan bahawa malam itu lebih baik daripada 1,000 bulan atau sama dengan 83 tahun 4 bulan.
“Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan.” (Al-Qadr : 3)
Sungguh beruntung orang yang memperolehi kesempatan untuk beribadah pada malam itu.
Lailatul Qadr adalah malam yang amat agung kerana dipilih oleh Allah swt sebagai :
a. Malam permulaan Nuzul Qur’an.
b. Malam permulaan melimpahkan cahaya agama Allah ke seluruh alam.
c. Malam permulaan melimpahkan kesejahteraan dan kedamaian yang memancar dari hidayat Allah (Al-Qur’an) ke atas hati dan kehidupan manusia.
Ia mestilah diimani oleh setiap umat Islam berdasarkan firman Allah swt :
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al- Qur’an itu pada malam berkat (malam Lailatul Qadr); (kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba kami ditimpa azab). (Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (pada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar). Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmah kebijaksanaan kami". (QS Ad Dukhaan 3 – 5)
Lailatul Qadr adalah malam yang terbuka padanya sesuatu dari alam malakut dan itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah swt :
Lailatul Qadr adalah malam yang terbuka padanya sesuatu dari alam malakut dan itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah swt :
“Sesungguhnya Kami turunkan pada Malam Al-Qadr.” (Al-Qadr : 1)
Imam Al Ghazali menyebutkan di dalam kitabnya “Ihya’ Ulumiddin” bahwa :
“Barangsiapa yang menjadikan di antara hati dan dadanya tempat penampung makanan, maka dia terhijab daripadaNya dan barangsiapa mengosongkan perutnya, maka yang demikian itu belum mencukupi untuk mengangkatkan hijab, sebelum kosong cita-citanya daripada selain Allah ‘Azza wa Jalla dan itulah urusan seluruhnya di mana pangkal semuanya itu adalah dengan menyedikitkan makanan.”
Alam malakut secara ringkasnya ialah alam ghaib yang antara penghuninya ialah para malaikat.
Alam ini terhijab daripada pandangan bangsa jin dan manusia, sebagaimana alam jin terhijab kepada pandangan manusia.
Menurut Imam Al-Ghazali, sebahagian daripada alam malakut ini terbuka pada Malam Al-Qadr.
Sabda Rasulullah saw :
“Jikalau tidaklah kerana syaitan-syaitan itu berkeliling atas hati anak Adam, niscaya anak-anak Adam melihat ke alam malakut yang tinggi.” (HR Ahmad)
Jika kita renungkan kembali pada hari ini pada abad-abad yang sekian lama meninggalkan peristiwa Lailatul Qadr dan kita gambarkan kembali temasya indah yang disaksikan oleh bumi pada malam itu, di samping memerhatikan apa yang berlaku pada malam itu dan meneliti kesan-kesannya di samping zaman, kepada dunia dan kepada kefahaman hati dan akal manusia, tentulah kita dapati bahawa Lailatul Qadr sebenarnya suatu malam yang sungguh agung.
Pada malam itu, Allah swt :
Pada malam itu, Allah swt :
1. Menjelaskan segala urusan dengan penuh bijaksana.
2. Meletakkan nilai-nilai, dasar-dasar dan neraca-neraca.
3. Menetapkan kedudukan yang lebih besar dari kedudukan individu umat atau bangsa.
4. Menetapkan kedudukan hakikat peraturan dan hati manusia.
Rasululah saw bersabda :
"Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada umatku Lailatul Qadr dan tidak diberikan kepada umat-umat sebelum mereka". (HR Ad Dailani)
Nabi kita menggalakkan kita dan ahli keluarga menghidupkan malam itu dengan amal ibadat di mana Rasulullah saw sendiri sering meningkatkan peribadatannya khususnya pada 10 malam terakhir dari bulan tersebut bahkan keluarganya dibangunkan dan diajak bagi memperbanyakkan amal di tengah malam.
Diriwayatkan bahawa Nabi saw membangunkan Fatimah dan Ali kemudian berkata kepada kedua-duanya, “Bangunlah, kemudian solatlah.”
"Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada umatku Lailatul Qadr dan tidak diberikan kepada umat-umat sebelum mereka". (HR Ad Dailani)
Nabi kita menggalakkan kita dan ahli keluarga menghidupkan malam itu dengan amal ibadat di mana Rasulullah saw sendiri sering meningkatkan peribadatannya khususnya pada 10 malam terakhir dari bulan tersebut bahkan keluarganya dibangunkan dan diajak bagi memperbanyakkan amal di tengah malam.
Diriwayatkan bahawa Nabi saw membangunkan Fatimah dan Ali kemudian berkata kepada kedua-duanya, “Bangunlah, kemudian solatlah.”
Baginda membangunkan Aisyah pada waktu malam apabila hendak menunaikan tahajjudnya serta witir.
PANGKAL SEGALA KEMULIAAN
Secara harfiah, Lailatul Qadr bererti “malam penentuan” ; namun para ulama’ ahli tafsir secara lazim menyebutnya sebagai "malam yang agung" atau "malam kemuliaan" sebagaimana yang disebutkan dalam surah Al-Qadr ayat pertama.
PANGKAL SEGALA KEMULIAAN
Secara harfiah, Lailatul Qadr bererti “malam penentuan” ; namun para ulama’ ahli tafsir secara lazim menyebutnya sebagai "malam yang agung" atau "malam kemuliaan" sebagaimana yang disebutkan dalam surah Al-Qadr ayat pertama.
PERTAMA : "PENETAPAN DAN PENGATURAN"
Lailatul Qadr difahami sebagai malam penetapan Allah swt bagi perjalanan hidup manusia.
Maksudnya, difahami bahwa Al-Qur’an turun pada malam itu, dan kerananya Allah swt mengatur dan menetapkan perjalanan hidup manusia.
KEDUA : “SEMPIT”
Malam yang penuh berkah itu menjadi sempit, kerana ramainya jumlah malaikat yang turun ke bumi, sebagaimana terungkap dalam surah Al-Qadr :
"Pada malam itu turunlah para malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Allah untuk mengatur segala urusan" (QS Al Qadr : 4)
KETIGA : “KEMULIAAN”
Malam itu adalah malam yang sungguh mulia kerana Allah swt sangat memuliakannya. Allah swt juga memilihnya sebagai malam ketika turunnya Al-Qur’an sebagaimana yang disebut dalam surah Al-Qadr :
"Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan." (QS Al Qadr : 1)
Diriwayatkan bahawa Nabi berjaga pada malam 23, 25 dan 27 dan disebutkan bahawa baginda mendoakan keluarga dan isterinya terutama pada malam ke 27.
Hal ini menunjukkan bahawa baginda menganjurkan mereka tentang bilangan hari yang ganjil yang diharapkan di dalamnya ada Lailatul Qadr.
Sufyan Ats-Tsauri berkata :
"Aku lebih suka bila masuk sepuluh yang akhir untuk bertahajud di malam hari dan bersungguh- sungguh di dalamnya, membangunkan keluarga dan anak untuk solat bila mereka kuat melakukannya".
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda :
"Barangsiapa yang melakukan ibadat pada “Lailatul Qadr” kerana didorong keimanan dan harapan mendapatkan pahala dari Allah niscaya diampunkan segala dosanya yang telah lalu". (HR Bukhari dan Muslim)
Jika Lailatul Qadr datang setiap tahun maka sudah tentu ada tanda-tanda kedatangannya walaupun Lailatul Qadr adalah sesuatu yang bersifat :
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda :
"Barangsiapa yang melakukan ibadat pada “Lailatul Qadr” kerana didorong keimanan dan harapan mendapatkan pahala dari Allah niscaya diampunkan segala dosanya yang telah lalu". (HR Bukhari dan Muslim)
Jika Lailatul Qadr datang setiap tahun maka sudah tentu ada tanda-tanda kedatangannya walaupun Lailatul Qadr adalah sesuatu yang bersifat :
a. Abstrak.
b. Kerohanian.
c. Sentuhan jiwa.
TANDA-TANDA LAILATUL QADR
Hakikatnya bagaimanakah Al-Qur’an berbicara soal tanda-tanda Lailatul Qadr?
Dalam surah Al Qadr, ayat 5 iaitu ayat terakhir, Allah swt menyebut tanda-tandanya iaitu :
Dalam surah Al Qadr, ayat 5 iaitu ayat terakhir, Allah swt menyebut tanda-tandanya iaitu :
"Salaamun hiya hatta matlail fajr" – (Kedamaian atau kenikmatan hakiki (berlaku) pada malam itu sehingga terbit fajar).
Jadi jelas bahawa tandanya bukan bersifat lahiriah kerana kedamaian itu adalah hanya sesuatu yang dapat dirasakan oleh jiwa kita.
Maka barang siapa yang mendapatkan Lailatul Qadr, dia akan merasakan kedamaian atau ketenangan yang luar biasa dalam dirinya pada malam itu hingga terbit fajar.
Itulah sebabnya dalam Surah Ad Dukhan, ayat 3 di mana Lailatul Qadr disebut sebagai “Lailatun Mubaarakah” kerana kedamaian hati yang bersumber secara langsung dari Allah adalah berkat yang paling tinggi. Ia bagaikan air sejuk bagi seorang musafir yang kehausan.
Itulah sebabnya dalam Surah Ad Dukhan, ayat 3 di mana Lailatul Qadr disebut sebagai “Lailatun Mubaarakah” kerana kedamaian hati yang bersumber secara langsung dari Allah adalah berkat yang paling tinggi. Ia bagaikan air sejuk bagi seorang musafir yang kehausan.
Yang kedua, Al-Quran adalah sumber pengetahuan tertinggi dan oleh kerana itu, kebenaran tidak diragukan lagi di mana ia hanya boleh dicapai oleh darjat keintelektualan yang paling tinggi iaitu tahap intelek kenabian.
Maka, jika kita boleh mendapatkan percikannya (sahaja) pada malam Al Qadr, bererti (berkat mujahadah kita hingga ke saat itu) kita akan berhasil untuk menyentuh intelek kenabian dan itu adalah suatu kenikmatan dan sekaligus keberkatan yang paling tinggi.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
"Carilah Lailatul Qadr pada sepuluh malam terakhir, pada malam ganjil". (HR Bukhari dan Muslim)
Jika kita benar-benar berkeinginan mendapatkan Lailatul Qadr, kita perlu melakukan qiam Ramadan iaitu menghidupkan sepanjang masa bulan Ramadan samada siang dan malam dengan :
Jika kita benar-benar berkeinginan mendapatkan Lailatul Qadr, kita perlu melakukan qiam Ramadan iaitu menghidupkan sepanjang masa bulan Ramadan samada siang dan malam dengan :
1. Ta’lim (belajar).
2. Ibadah.
3. Zikir.
4. Solat sunat.
5. Qiraah (tadarus dan telaah) Al-Qur’an.
Dengan kata lain, kita perlu mengawasi seluruh pintu pancaindera yang memungkinkan dosa dan fikiran-fikiran yang buruk yang boleh hinggap di hati kita.
TIPS BERTEMU LAILATUL QADR
TIPS BERTEMU LAILATUL QADR
Imam Al-Ghazali dan orang-orang soleh lain pada zamannya mempunyai banyak pengalaman tentang Lailatul Qadr. Oleh sebab itu, Imam Al-Ghazali memberikan tips kepada kita untuk bertemu dengan Malam Al-Qadr.
Tips yang diutarakan olehnya di sini adalah dengan menyedikitkan makanan melalui istilah yang digunakannya iaitu “mengosongkan perutnya”.
Sesiapa yang banyak makan pada malam itu sebagaimana istilah yang digunakannya iaitu “menjadikan di antara hati dan dadanya tempat penampung makanan”, niscaya orang itu terhijab atau terdinding daripada mendapat Lailatul Qadr.
Berdasarkan petua ini, maka para pencari Lailatul Qadr hendaklah makan sekadarnya sahaja pada waktu malam bulan Ramadhan dari waktu berbuka hinggalah ke sahur.
Antara amalan yang tidak sesuai pada pandangan Imam Al-Ghazali adalah sengaja berbuka puasa dengan pelbagai jenis makanan pada setiap hari. Perlakuan ini tidak ubah seperti mengumpulkan sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam untuk di makan sekaligus pada waktu Maghrib.
Beliau juga mengingatkan kita agar tidak memuaskan nafsu makan dengan memakan makanan yang tidak kita makan pada bulan-bulan lain. Maksudnya pada setiap hari ada sahaja makanan yang sukar kita temui pada hari-hari biasa lalu kita mencarinya pada bulan Ramadhan.
Tidak mengapa jika sesekali kita melebihkan jua untuk menggembirakan hati manusia lain terutamanya :
a. Kanak-kanak.
b. Para muallaf.
c. Orang yang sedang kita dakwahkan.
d. Orang yang baru belajar hendak memperbaiki hal-hal keagamaannya.
Dikatakan bahwa malam yang sangat istimewa itu akan terhijab daripada kita hasil banyaknya makan pada waktu malam dan perkataan ‘Terhijab’ yang dimaksudkan di sini ada dua jenis :
1. Terhijab daripada ‘menyaksikan’ malam itu kerana penuhnya makanan membutakan mata hati. Umumnya mata hati yang buta tidak akan mampu melihat alam malakut ataupun kesan-kesannya.
2. Terhijab daripada membanyakkan amal pada malam itu kerana perut yang kenyang mewariskan kelemahan badan, mengantuk dan malas. Malam istimewa itu pun berlalu begitu sahaja kerana pengisian kita dipenuhi dengan banyak berehat dan tidur.
Alangkah ruginya jika kita sendiri yang menghijab Lailatul Qadr itu, padahal kita sering mendakwa kita rindu, ternanti-nanti dan tercari-cari malam tersebut.
Oleh itu, tindakan yang mesti kita ambil untuk 10 malam terakhir Ramadhan dan sepatutnya pada seluruh Ramadhan adalah dengan menyedikitkan makan.
Pada waktu malam, makan dan minumlah sekadar untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga, bukannya sampai kenyang dan puas.
InsyaAllah dengan kaedah ini, semakin cerah peluang kita untuk :
a. Bertemu dengan Lailatul Qadr.
b. Menghidupkan malam Al Qadr.
c. ‘Menyaksikan’ kehebatan malam Al Qadr.
Namun begitu, dengan menyedikitkan makanan semata-mata belum memadai atau mencukupi untuk mengangkat hijab SEBELUM KOSONG CITA-CITANYA DARIPADA SELAIN ALLAH ‘AZZA WA JALLA.
Itulah urusan keseluruhannya dan pangkal semuanya itu adalah dengan “MENYEDIKITKAN MAKANAN”
BERITA GEMBIRA BAGI PARA PENCARI LAILATUL QADR
Malam itu sungguh merupakan malam yang berlimpah ruah dengan rahmat yang luar biasa di mana Jibril dan para mailakat turun ke bumi, mengelilingi halaqah-halaqah zikir, lalu menghamparkan sayap-sayap mereka bagi hamba Allah yang khusyu' beribadah sebagai penghormatan bagi mereka. Para malaikat itu turun, lalu di hadapan para hamba Allah yang sedang solat di malam Al Qadr, sambil terus-menerus mengucapkan salam kepada mereka sampai terbit fajar.
Sungguh beruntung para hamba Allah yang beribadah di malam itu lebih-lebih lagi para hamba Allah yang mendapat keutamaan dan keberkatan Lailatul Qadr.
Menurut Prof. Quraish Shihab dalam karyanya, ‘Wawasan Al- Quran’ bahwa :
1. Orang yang mendapatkan Lailatul Qadr akan sentiasa dikawal oleh malaikat.
2. Jiwa mereka akan sentiasa terdorong untuk melakukan kebajikan.
3. Mereka akan sentiasa merasakan aman dan damai.
Rasa aman dan damai itu tidak hanya terbatas sampai fajar, tapi sampai terbitnya fajar kehidupan yang baru di kemudian hari nanti.
Perasaan aman dan damai itu pernah dialami oleh Rasulullah saw, iaitu ketika baginda sedang ber ‘tahannuts’ di Gua Hira’, mendekatkan diri kepada Allah swt, sambil merenungkan keadaan masyarakat di sekelilingnya yang penuh kemusyrikan.
Ketika jiwa Rasulullah saw telah mencapai tingkatan kesucian, turunlah Jibril membawa ajaran Allah swt dan membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan total dalam kehidupan baginda yang mempengaruhi perjalanan hidup segenap umat manusia.
Itulah Lailatul Qadr pertama yang ditemui atau menemui Rasulullah saw dan sebagai pemimpin yang sangat menyayangi umatnya, baginda pun menganjurkan umatnya untuk memburu Lailatul Qadr.
Bahkan dianjurkannya pula agar orang yang merasa lemah sekalipun tidak menangguhkan pencarian Lailatul Qadr, yang diyakini turun pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan.
Sabda Rasulullah saw :
"Carilah Lailatul Qadr di malam ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (HR Bukhari dan Muslim)
Dalam hadits yang lain, Rasulullah saw bersabda :
"Carilah Lailatul Qadr pada sepuluh hari terakhir. Jika kamu tidak mampu, janganlah sampai terluput tujuh hari sisanya." (HR Bukhari dan Muslim)
Maka sudah selayaknya para hamba Allah yang mukmin mempersiapkan dan melengkapkan diri dengan amal soleh untuk memburu Lailatul Qadr.
Sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan sengaja dipilih bukan tanpa alasan, bahkan ianya sebagai penyucian jiwa di mana diharapkan jiwa manusia yang telah berpuasa selama 20 hari telah mencapai tingkatan kesedaran dan kesucian yang memungkinkan malam yang mulia itu berkenan menghampirinya.
Oleh kerana itu, wajar jika Lailatul Qadr tidak akan mendatangi orang yang tidak bersedia menerimanya. Malam yang penuh berkah itu akan hanya menghampiri hamba Allah yang sudah mempersiapkan diri dan menyucikan jiwa untuk menyambutnya.
Oleh yang demikian, jika jiwa telah siap sedia, kesedaran telah bersemi, Insyaallah, Lailatul Qadr akan datang menghampirinya.
LAILATUL QADR MEMPUNYAI HIKMAH TERSENDIRI
LAILATUL QADR MEMPUNYAI HIKMAH TERSENDIRI
Imam Fakhrur Razi mengatakan bahwa misteri Lailatul Qadr memang mempunyai hikmah dan kerahsiaannya yang tersendiri.
Menurutnya, Allah swt sengaja menyembunyikan keridhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul keinginan untuk melakukan seluruh ketaatan dan ibadah. Oleh sebab, kita tidak tahu dari ibadah yang manakah Allah swt berkenan menganugerahkan keridhaanNya kepada kita.
Demikian pula :
1. Allah swt menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi semua maksiat, walau sekecil mana sekalipun kerana kita tidak tahu dari maksiat manakah kemurkaan Allah swt akan datang.
2. Dia juga menyembunyikan para waliNya, agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa, sebaiknya berusaha berdoa sendiri dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan.
3. Dia juga menyembunyikan waktu dikabulkannya doa pada hari Jumaat, supaya kita berusaha meraihnya di sepanjang hari itu.
4. Begitu pula Allah swt menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan hambaNya, supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal serta sentiasa bersegera dalam bertaubat.
5. Dia juga memiliki 99 nama yang indah yang disebut ‘Asmaul Husna’ , tanpa melebihkan satu nama di antara yang lain sehingga ketika Rasulullah saw bersabda “Barang siapa menghafal dan mengimaninya akan masuk syurga”, maka kita pun teransang untuk menghafal seluruh 99 nama Allah Ta'ala yang indah tersebut.
6. Demikian pula dengan misteri Lailatul Qadr di mana Allah Ta'ala tidak menentukan tarikh dan masa yang tepat agar kita mengagungkan dan menghidupkan seluruh malam Ramadhan dan mendekatkan diri kepadaNya. Meskipun demikian, Allah swt Maha Bijaksana di mana dengan rahmatNya, Dia membimbing RasulNya untuk menjelaskan tanda-tanda malam-malam yang lebih dekat kepada turunnya Lailatul Qadr, iaitu sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan.
Maka, marilah kita berlumba-lumba untuk memburu keberkatan malam yang "lebih baik daripada seribu bulan" itu bagi mendapatkan segala kelebihan dan ketetapan yang baik dari Allah Rabbul Jalil.
Ya Allah, kurniakanlah kemuliaan, kelebihan, ketinggian, keberkatan dan keagungan Lailatul Qadr kepada kami sehingga ianya akan meningkatkan lagi kesucian ruhiyah kami dalam berinteraksi denganMu. Kuatkanlah jiwa kami untuk kami memburu kedatangan malam itu sehingga kami tidak dilalaikan oleh urusan keduniaan yang lain sehingga kami terlepas dari mendapatkan kemuliaan malam tersebut.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS