skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Monday, 18 February 2013

Membentuk Jamaah Satu Hati

Ditulis Oleh WAS Pada 09:58 – 0 Komen Anda
 

Kesungguhan kita dalam menempuh jalan dakwah dapat dibuktikan apabila kita memenuhi 3 syarat sebagaimana yang disebut oleh Abu 'Ali Al-Rudzbari iaitu :

1.      Ikut manhaj Nabi saw.
2.      Mengawal hawa nafsu.
3.      Tidak dikuasai oleh keduniaan.

Dalam konteks ini, pendakwah yang bersungguh-sungguh ialah yang sentiasa menjadikan manhaj Rasulullah saw sebagai jalan kehidupan mereka. Ini diperkuatkan dengan hadis Nabi saw:

"Umat ini akan tetap teguh memperjuangkan perintah Allah, tidak akan membahayakan mereka orang yang menentang mereka sehingga datang ketentuan Allah."

Sebagai seorang pendakwah, kita mesti menjadikan hadits ini sebagai satu keyakinan kita yang teguh dan sentiasa merasa optimis untuk tetap berada di dalam kelompok ini. Apatah lagi dalam konteks kehidupan berjamaah atau berharakah.

Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid menegaskan bahwa umat yg dimaksudkan dalam hadits di atas ialah umat yg saling melengkapi pengkhususan masing-masing yang kewujudannya akan memberikan gambaran pergerakan yang akan memenuhi segala keperluan umat dari segala bidang.

Jamaah ini terdiri dari individu-individu yang saling lengkap melengkapi di mana mereka menyeimbangkan antara :

a.       Ilmu pengetahuan dengan jihad.
b.      Amar makruf nahi mungkar dengan zuhud.

Jamaah inilah jamaah yang lebih tinggi dari jamaah lain yang pengkhususan seseorang di antara mereka melengkapi pengkhususan pihak lain.

Untuk tujuan ini, jamaah yang bertangungjawab melaksanakan perintah Allah mestilah melakukan ‘Tarbiyah Jamai’yyah’ yang akan menyepadukan kebaikan dan kekuatan pelbagai individu dan pihak sehingga mampu melawan orang yang menentang mereka, kerana jamaah ini tidak ada lagi kekosongan bidang yang boleh dimanfaatkan oleh pihak musuh untuk menyerang mereka.

Inilah bentuk gerakan dakwah yang kita kena sama-sama bina.

Adakah ini suatu perkara baru atau sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh generasi salaf?

Tokoh reformasi atau tajdid yg pertama selepas khalifah yang empat ialah Umar bin Abdul Aziz.

Adakah beliau lahir secara individu yang baik, maknanya tidak melalui proses tarbiah yg tersusun?

Bagaimana pula ulama’-ulama’ dan pimpinan umat di zaman beliau?

Umar dan pimpinan umat di zaman beliau telah melalui proses pentarbiyahan yang dipelopori oleh tokoh tabi’en berkeperibadian syumul iaitu Ubaidillah bin Abdullah bin Atabah bin Mas'ud Al-Hudzali.

Beliau adalah cucu dari saudara Ibnu Mas'ud ra yang juga merupakan salah seorang dari 7 orang ahli fiqh kota Madinah yang terkenal yang juga merupakan ahli hadits, ahli fiqh, sasterawan dan murabbi. Beliau menempuh sebuah teori tarbiyah yang beliau namakan ‘PENYATUAN JIWA’.

IKATAN ANTARA RUH-RUH

Jiwa-jiwa tokoh umat disatukan dalam satu takungan tarbiyah yang sama yang membentuk jamaah pendakwah dan mujahid di mana ianya dimulai dengan tarbiyah ruhiyah agar semua hati saling berpadu.

Beliau berkata dalam salah satu syair beliau :

“Para pemuda akan sentiasa berpecah belah, selama mana berbagai bentuk jiwa mereka tidak disatukan.”

Beliau menekankan bahwa perpecahan umat akan berlaku apabila hilangnya penyatuan jiwa ini.

Menurut teori ini, tarbiyah tidak boleh dan tidak cukup dengan pengisian minda dengan segala perkara yang diperlukan seperti :

1.      Ilmu syara’.
2.      Pendidikan pemikiran.
3.      Teori politik.
4.      Kajian realiti semata-mata.

Bahkan, perhatian kepada hati perlu diberikan keutamaan.

Teori penyatuan hati ini bukan sahaja melahirkan Umar bin Abdul Aziz selaku khalifah, malah ia didokong oleh tokoh-tokoh umat yang dibina oleh Ubaidillah seperti :

a.       Abu Bakar bin Muhammad, gabenor Umar di Madinah.
b.      Az-Zuhri, tokoh utama bidang hadits.
c.       Saad bin Ibrahim bin Abdul Rahman bin Auf.
d.      Irak bin Malik Al-Qadhi.
e.       Soleh bin Kaisar.

Ubaidillah mengajar mereka asas-asas akhlak dalam menghadapi berbagai fitnah yang dengan tarbiyahnya mampu membimbing mereka dalam membentuk masyarakat yang cintakan ilmu pengetahuan serta kedamaian. Teori inilah yang melahirkan reformasi masyarakat dalam sejarah pembaharuan umat.

Kita perlukan jamaah satu hati bagi menerangi jalan umat, laksana kawanan burung dalam satu irama nyanyian.

Untuk itu, kita mesti mengendalikan dan memuhasabah nafsu kita dalam menggerakkan jamaah satu hati ini.

KEPERAJURITAN JALAN MENUJU KEPIMPINAN

Teori tarbiyah yang dikemukakan oleh Ubaidillah bin Abdullah bin Atabah dengan nama ‘At-Ta'alif Bainal Arwah’ atau Penyatuan Jiwa telah diperjelaskan dengan nyata.

Namun, gagasan teori ini hanyalah menjadikan gagasan yang bermakna apabila ianya benar-benar teruji kemantapannya. Kemantapan teori ini dapat dilihat apabila ‘mutarabbi’ Ubaidillah yang utama iaitu Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah serta para pemimpin seangkatannya yang juga anak-anak murid Ubaidillah.

Pembersihan jiwa yang dimaksudkan ini melahirkan sekumpulan manusia yang hebat di dalam memimpin manusia yang lain ke arah kesempurnaan.

Menerusi tarbiyah yang benar, peribadi-peribadi pemimpin yang lahir akan bersih daripada kepentingan diri dan duniawi serta sentiasa bersifat tawadhu’ dan zuhud dengan keduniaan.

Inilah yang diperlukan di dalam amal dakwah atau amal jamai’e di dalam memimpin perubahan. Hanya dengan jiwa-jiwa yang bersih sebeginilah kejayaan hakiki di sisi Allah mampu diraih.

Mereka yang menjadi pemimpin tidak naik ke posisi kepemimpinan ini tanpa melalui satu proses tarbiyah yang panjang.

Kepemimpinan bukan satu kemegahan, tetapi ianya adalah satu tanggungjawab. Setiap daripada kita di dalam gerakan Islam perlu memahami hakikat ini sebagai perajurit dalam gerakan Islam.

Kepemimpinan bukan sesuatu yang dituntut dan diminta tetapi suatu amanah yang berat yang perlu dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Menerusi sirah para sahabat dan tabi’en, kita dapat melihat bagaimana sesuatu perubahan dapat diraih menerusi kepemimpinan yang bertanggungjawab serta perajurit yang memahami dan menghayati erti ketaatan kepada ‘qiyadah’.

Inilah yang berlaku ketika Umar bin Abdul Aziz memimpin reformasi umat. Dua perkara utama yang dilaksanakan oleh beliau ialah :

1.      Memastikan tiada pengangguran sumber di kalangan umat.
2.      Meluruskan kecintaan terhadap kekuasaan.

Kata-kata keramat Umar tatkala diangkat menjadi khalifah telah menjadi satu sejarah yang diabadikan dalam perjuangan generasi seterusnya apabila beliau dengan penuh tawadhu’ menyatakan :

"Ketahuilah bahawa aku bukanlah yang terbaik di antara kamu akan tetapi aku hanyalah seorang lelaki seperti kamu, namun Allah menjadikan aku sebagai orang yang paling berat bebanannya di antara kamu."

Inilah sifat tawadhu’ dan persaudaraan yang tinggi yang ditunjukkan oleh generasi yang ditarbiyah dalam madrasah ‘Kesatuan Hati’ yang unggul.

Umar amat menitikberatkan agar umat Islam menggunakan seluruh potensi yang ada dalam diri untuk memikirkan usaha membangun umat kerana apabila berlakunya kekosongan waktu, manusia akan cenderung untuk mencetuskan fitnah.

Beliau juga berusaha mendidik umatnya agar bersikap zuhud terhadap jawatan yang mana zuhud ini lebih beliau utamakan daripada zuhud terhadap harta.

Hakikat ini jugalah yang dikembangkan oleh mereka yang menghayati prinsip kepemimpinan umat ini seperti yang telah ditunjukkan oleh generasi tabi’en berikutnya iaitu Sufyan Ath-Thauri dan kemudiannya Fudhail bin Iyadh di dalam menghadapi zaman fitnah ketika mana umat dikuasai oleh nafsu syahwat dan kecintaan kepada dunia khususnya di dalam mencintai kedudukan (hubbu ri’asah).

Peringatan Sufyan Ath-Thauri dirakamkan seperti berikut :

"Aku tidak pernah melihat sikap zuhud yang paling sedikit kecuali pada kekuasaan."

Fudhail bin Iyadh yang juga anak murid kepada Sufyan Ath-Thauri hidup 30 tahun selepas kewafatan gurunya juga mencela umat yang cintakan kekuasaan.

Peringatan beliau berhubung perkara ini jelas seperi berikut :

"Tidak satupun pencinta kekuasaan, kecuali ianya akan menyukai pula menyebut kekurangan dan keburukan orang lain, agar ianya terlihat sempurna. Ia juga akan merasa benci apaabila kebaikan orang lain disebut dihadapannya. Sedangkan sesiapa sahaja yang mencintai kekuasaan, maka dia akan meninggalkan hal-hal kebaikan dari dirinya."

Di dalam menghadapi mehnah dan ujian, kepemimpinan menuntut ketaatan.

Seorang pendakwah yang ‘tawadhu'’ dan ‘tsiqah’ sahaja yang mampu mencegah dirinya daripada fitnah kekuasaan.

Fenomena perselisihan di dalam barisan Islam hanya dapat ditangani daripada bertukar menjadi perpecahan yang merugikan apabila peringatan di atas di ambil perhatian secara bersungguh-sungguh dan inilah yang perlu difahami oleh pendakwah dalam usahanya untuk hidup dalam amal jamai’e.

Sekiranya mereka masing-masing ‘ujub’ (kagum) dengan pandangan sendiri, maka akhirnya ia akan membawa kepada perpecahan dan azab. Maka, hilanglah ‘tsiqah’ dan ‘ketaatan’ apabila hati tidak lagi ikhlas dan suka mengikut hawa nafsu pandangan sendiri.

Padahal, kita dituntut untuk bersatu dalam perkara yang benar daripada berpecah di atas sesuatu yang kita rasakan lebih benar.

Kita perlu merasakan betapa pentingnya kita sentiasa menginsafi diri kita apabila berada di atas jalan dakwah ini kerana dakwah ini bukan milik kita tapi adalah milik Allah Rabbul Jalil.

Oleh itu, segala kekaburan dan kegelapan yang diwujudkan oleh fitnah yang berlaku di kalangan pendakwah perlu dilihat daripada kaca mata iman kerana kita takut akan hilang keberkatan amal apabila kita terjerumus ke jurang-jurang fitnah dan perpecahan.

CAHAYA KECERDASAN MENGHAPUS CAHAYA KEGELAPAN FITNAH

Pembentukan jamaah satu hati adalah suatu yang amat diperlukan pada hari ini. Tanpanya, kita akan sentiasa di dalam keadaan fitnah disebabkan perpecahan dan kelalaian yang wujud di kalangan ahli jamaah.

Setiap pendakwah di kalangan ahli jamaah mesti bersedia menerima teguran yang diberikan kepadanya secara tegas dan berterus terang yakni tidak berasa hati apabila dikritik dan menjauhkan diri daripada jamaah apabila ditegur secara tegas.

Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid berkata lagi :

"Janganlah kamu lari dari kekerasan dan ketegasan ucapan kami, kerana sesungguhnya kata-kata diplomasi tidak akan berguna dalam mendidik para pendakwah, tidak pula cara-cara kiasan. Hanya pernyataan-pernyataan yang jelas dan tegas sahaja yang mampu mendidik, tanpa permusuhan dan melukai."

Setiap pendakwah mestilah jujur dengan dirinya sendiri ketika berlakunya fitnah perpecahan dan berusaha mendapatkan kefahaman yang sebenar tentang isu-isu yang melanda jamaah.

Pendakwah hendaklah melakukan muhasabah terhadap dirinya supaya ia tidak terjerumus ke dalam perkara-perkara yang ‘syubhah’ (meragukan) yang :

a.       Membawa kepada perkara yang terlarang.
b.      Menjadikan hati merasa bimbang.
c.       Menyebabkan perasaan menjadi keruh.
d.      Menjadikan lidah mudah untuk mengadu domba.
e.       Menyebabkan ucapan yang salah mudah terlepas.
f.       Menjadikan telinga tidak boleh mendengar dengan baik sehingga mengganggu pendengaran.
g.      Menyebabkan kelopak mata tertutup sehingga pandangan menjadi gelap.

MUHASABAH PERTAMA

Muhasabah yang pertama ialah seorang pendakwah itu mestilah jujur di sudut hati dan hawa nafsunya dengan cara tidak mencampuri urusan dakwah dengan :

1.      Hal-hal keduniaan.
2.      Cita-cita dunia.
3.      Impian-impian yang panjang.

Pendakwah mestilah menjauhkan diri dari dilalaikan dengan memperbanyakkan harta dan kehormatan duniawi di mana cintakan kedudukan juga termasuk salah satunya.

MUHASABAH KEDUA

Muhasabah yang kedua ialah pendakwah mestilah jujur pada lidahnya daripada :

a.       Berkata dusta.
b.      Bertengkar.
c.       Berbicara di atas perkara yang tiada faedahnya.

Ia tidak perlu banyak berbicara, walaupun benar bahkan seorang pendakwah hendaklah mendahulukan amal perbuatannya sebelum mengungkapkan dengan lidahnya.

Apabila berbicara itu memang diperlukan, maka ia hanya berbicara satu kali sahaja dengan perkataan yang jelas, tanpa pernah berubah kerana hatinya bulat berjalan di jalan dakwah ini.

Sesungguhnya kefasikan lidah berasal dari kefasikan hati.

Maka, jauhkanlah diri kita daripada riya’, pertengkaran dan kata-kata retorik sebaliknya teruskanlah pengorbanan dengan amal yang ikhlas.

MUHASABAH KETIGA

Muhasabah yang ketiga ialah pada telinganya dengan mengawasi diri agar sentiasa menyebarkan yang terbaik yang didengarnya dan menahan perkataan orang yang terburu-buru lagi penuh sesal dan berbagai khayalan para pemimpi yang tengah tidur lelap.

Firman Allah swt :

“(Iaitu) mereka yang mendengar perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal yang sihat.” (QS Az Zumar : 18)

MUHASABAH KEEMPAT :

Muhasabah yang keempat ialah pada matanya dengan sentiasa menangisi atas segala kesalahannya. Mata bersikap jujur dan benar apabila ia selalu bertaubat dan bermunajat dengan diiringi airmata keinsafan akan hakikat dirinya.

Bersikap optimis dan yakin akan jalan dakwah ini juga merupakan kejujuran seorang pendakwah pada matanya kerana Negara Al-Qur’an sukar untuk dicapai dan tidak ada sebarang keajaiban kecuali dengan kesungguhan.

Sebahagian pendakwah menzalimi diri mereka sendiri dengan pandangan yang pesimis terhadap masa depan dakwah dan menuduh yang bukan-bukan terhadap perancangan, para pemimpin dan generasi, sehingga mereka meninggalkan berbagai lapangan amal yang penuh bercahaya.

Kita hendaklah keluar daripada :

1.      Kegelapan fitnah yang palsu kepada cahaya kefahaman yang diselimuti ketenangan.
2.      Kepalsuan dalam bentuk sangkaan buruk dalam hati yang menjadi penyebab sikap pesimistik dan kemurungan wajah.

Kepalsuan akan hilang dengan adanya ‘SENYUMAN’ dan ‘KECERIAAN WAJAH’  ketika bertemu.

Kedua-dua perkara di atas akan memberikan perlindungan yang kuat dari sifat sangka buruk dan curiga kerana wajah yang masam dan kelam menyebabkan diri pendakwah segan untuk berterus terang dan saling menasihati. Keceriaan wajah mesti diikuti dengan penafsiran positif akan sesuatu masalah.

Pendakwah hendaklah berusaha menyertai senyuman dan keceriaan wajah dengan menampakkan rasa malu dan segan pada pendakwah yang lain. Oleh itu, pendakwah perlulah mengetahui dan berusaha mendapatkan cahaya yang menerangi jalan ketika datangnya fitnah.

CAHAYA KECERDASAN PERTAMA :

Cahaya pertama yang perlu dipegang oleh para pendakwah ketika melihat datangnya fitnah ialah dengan ‘isti'azah’ (memohon perlindungan) sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah saw dan yang dilakukan oleh Ammar bin Yasir ketika berta'awuz dari fitnah pertikaian sesama kaum muslimin dengan doa :

"A'uzubillahi minal fitan" (Aku berlindung kepada Allah dari berbagai fitnah).

Perbanyakkan mengucapkannya dalam setiap keadaan, semoga Allah melindungi kita darinya, menerima kita dan menjaga kita apabila kita berniat ikhlas kerana sesungguhnya Allah akan menolong, melindungi dan merahmati getaran hati yang takut.

Para pendakwah mestilah mengetahui dan berusaha mendapatkan cahaya yang menerangi jalan ketika datangnya fitnah. Cahaya inilah yang disebut sebagai cahaya kecerdasan.

Intipati kepada segala urusan dakwah Islam ini adalah kesungguhan dan keseriusan. Ianya tidak layak dilakukan dengan sambil lewa serta tidak bersungguh-sungguh atau sekadar bermain-main.

Kita akan terselamat daripada kelalaian ini apabila kita kembali kepada tarbiyah yang akan membawa kita kepada dua jalan abadi dan dua langkah yang saling melengkapi iaitu :

a.       Jalan pemurnian iman dan pencapaian ridha rabbani dengan cara membuang hawa nafsu diri dan pengajaran cara melihat masuknya anak panah syaitan.
b.      Jalan ‘islah’ (reformasi) dan ‘istidrak’ (pemulihan) dengan cara mengubati semua penyakit yang muncul setelah berlalu masa kesempurnaan iman atau ketidaksempurnaan perancangan.

CAHAYA KECERDASAN KEDUA :

Cahaya kecerdasan kedua ialah pemurnian niat dari segala noda.

Inilah yang dilontarkan oleh panglima Khalid bin Al Walid ketika Perang Yarmuk sedang berkecamuk di mana beliau berkata :

"Sesungguhnya hari ini adalah di antara hari-hari Allah, tidak layak diisi dengan berbangga dan angkuh. Ikhlaskanlah jihadmu, dan tujulah Allah dengan amalmu, kerana hari ini sangat menentu hari yang akan datang."

Fiqh dakwah mengingatkan kita bahawa barangsiapa yang tidak mahu menyedari dengan segera dengan memurnikan niatnya, maka kita akan segera pula membersihkan Jamaah darinya.

Imam Hasan Al-Banna mengingatkan kita bahawa penyakit tidak ikhlas ini akan menghalang untuk kita meraih rahmat Allah dan penghalang untuk mendapat taufiq dariNya.

CAHAYA KECERDASAN KETIGA :

Cahaya kecerdasan ketiga ialah rela menerima nasihat orang lain.

Hasan Al-Basri berkata di dalam ‘Tarikh Al-Baghdad’ bahwa :

“Sepertiga kebahagiaan hidup apabila memiliki seorang saudara di mana persahabatan dengannya kamu akan memperolehi kebaikan daripada penyimpangan dari jalan yang benar.”

Menurut Umar Abdul Aziz pula, sifat mahu memberi nasihat termasuk kewajiban dan usaha dari seorang mukmin dalam memperbaiki hubungan persaudaraan.

Namun perlu diingat, SIFAT RELA MENERIMA NASIHAT ORANG LAIN pula SAMA NILAINYA dengan mahu memberi nasihat kepada orang lain.

Seorang mukmin yang sejati akan senang menerima nasihat orang lain.

Firman Allah swt :

"Namun sayang, kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat." (QS Al-A’raf : 78)

Para tabi’en amat prihatin untuk meminta nasihat. Lihatlah pada peribadi Umar Abdul Aziz yang sanggup meminta nasihat hingga kepada hamba suruhannya.

Perbuatan dan sikap para pendakwah zaman sekarang akan menjadi cermin pengajaran, cahaya dan tabligh kepada masyarakat. Oleh itu, jauhilah kita daripada sifat angkuh dan sombong untuk elakkan kita terjerumus ke dalam fitnah.

CAHAYA KECERDASAN KEEMPAT :

Cahaya kecerdasan keempat adalah memasyarakatkan sikap saling memaafkan.

Hati yang bersih ialah hati yang sentiasa menjaga hubungan sesama mukmin dengan tidak mencela dan menuding jari terhadap kesalahan orang lain.

Kenapa seseorang itu suka menuding jari dan mencari kesalahan orang lain?

Bukankah lebih baik untuk kita saling memaafkan saudara kita apalagi di dalam medan dakwah ini?

Bukankah lebih baik untuk kita saling bertemu dan bersalaman dengan saudara kita lantas kita mengucapkan doa keampunan sesama kita.

Fitnah akan bertambah apabila kita saling tidak bertegur sapa dan bermasam muka. Kita perlu membina kembali persaudaraan kita atas dasar kecintaan sesama kita.

Para pendakwah diingatkan supaya tidak menodai dan melukai wajah kasih ukhuwah yang memancarkan cahaya. Maka, jauhilah diri kita dari jurang kehancuran kerana sesungguhnya sikap saling memaafkan itu lebih baik.

Ya Allah, bantulah kami agar mampu sentiasa mengingatiMu, mensyukuri segala nikmat kurniaanMu, sentiasa meningkatkan ibadah kami kepadaMu. Jadikanlah kami orang yang mampu mendengarkan perkataan, lantas mengikuti apa yang terbaik darinya serta kurniakanlah kami hati yang ikhlas, istiqamah, cinta kepadaMu dan orang yang mencintaiMu sehingga kami menjadi jamaah satu hati di mana ruh-ruh kami diikat oleh hubungan iman dan ukhuwah yang  kuat.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS 
Labels: Tausiyah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Ciri-Ciri Khusus Dakwah
    Dakwah Islam memiliki beberapa ciri yang menggambarkan bagaimana Islam sebenarnya. Ia adalah dakwah yang juga mempunyai karakter dan sif...
  • Sifat Bolak Balik Hati
    Manusia dari masa ke semasa akan mengalami perubahan dan pergantian. Bermula dari seorang bayi, kemudian berkembang menjadi seorang anak ...
  • Tarbiyah, Satu-Satunya Jalan
    Tarbiyah adalah sebuah proses dalam projek kebangkitan umat dan pembangunan peradaban di mana ia memiliki satu sifat yang dikenali sebaga...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ▼  February (9)
      • Membentuk Gelombang Baru
      • Hakikat Penyertaan Politik
      • Arus Yang Mengubah Kekecewaan
      • Membentuk Jamaah Satu Hati
      • Khabar Gembira Penempuh Jalan
      • Menikmati Ruh Al Qur'an
      • Buah Cahaya Dan Kelazatan
      • Perangilah Hawa Nafsu
      • Perpecahan Ummah Dan Rawatannya
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger