skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Friday, 22 February 2013

Arus Yang Mengubah Kekecewaan

Ditulis Oleh WAS Pada 07:29 – 0 Komen Anda
 

Dalam perjalanan dakwah yang mendaki lagi sukar ini, sudah menjadi sebuah sunnatullah bahwa Allah swt akan memisahkan orang-orang yang tidak ikhlas dan tidak jujur dari barisan dakwah walaupun mereka orang-orang yang beriman kerana ini adalah sebahagian dari proses penyaringan dari Allah swt untuk membezakan antara logam dan emas.

Mereka yang bersemangat dalam gerakan Islam tidak terlepas dari rasa kecewa dalam perjuangan. Kecewa adalah sifat yang merbahaya kepada ahli-ahlinya. Kecewa dan sedih adalah sifat yang sememangnya ada dalam diri manusia, namun, bagaimana kemampuan kita untuk mengawal kekecewaan itulah yang menjadi dugaan dan cabaran kepada kita sebagai hamba Allah swt.

Bersyukurlah kepada Allah apabila kita dianugerahkan dengan semangat, lebih-lebih jika kita sebagai seorang pemuda atau pemudi Islam. Sudah menjadi sifat kepada pemuda itu iaitu bersemangat tidak kiralah dalam perkara baik atau jahat, semuanya ditentuka oleh kadar keimanan masing-masing.

Disebabkan nilai semangat dalam diri pemudalah, dakwah Rasulullah saw tersebar di kalangan pemuda. Rasulullah saw sedar bahawa dalam diri pemuda mempunyai suatu momentum yang mampu menguatkan dan memperkembangkan Islam.

Oleh yang demikian, kita sebagai aktivis dakwah perlu berperanan dalam menyelamatkan golongan pemuda kerana mereka ini amat mudah terpengaruh serta amat agresif apabila mendapat atau mengenali sesuatu yang baru.

Dari semangat ini kadang-kadang ianya boleh mendatangkan kekecewaan. Kekecewaan ini akhirnya boleh mengakibatkan sikap ‘Isti’jal’ (tergesa-gesa) dan ‘Futur’ (Lemah semangat).

Mari kita menelusuri jalan-jalan yang membawa kepada kekecewaan dan bagaimanakah kita harus mengubahnya supaya ianya akan menjadi bahan bakar yang bakal mengatasi kekecewaan yang melanda jiwa kita.

SEBAB-SEBAB KEKECEWAAN

Tidak ada asap kalau tidak ada api.

Kekecewaan di jalan dakwah akan muncul disebabkan adanya :

  1. Keinginan yang tidak dapat dipenuhi.
  2. Rasa tidak puas hati.
Kekecewaan ini berlaku disebabkan oleh berbagai faktor dan penyebab kepada kekecewaan yang seringkali berlaku adalah:

PERTAMA : KEKECEWAAN AKTIVIS DAKWAH KERANA SEDIH MELIHAT JURANG YANG DALAM ANTARA IDEALISMA DAN REALITI, BEGITU JUGA ANTARA ILMU DAN AMAL

Sebagai contoh, apabila seorang aktivis dakwah membaca sirah nabawiyah yang di dalamnya dikisahkan bagaimana indahnya ukhuwah antara Nabi dan para sahabat ditambah pula dengan firman Allah swt bahwa :

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara.”

Tapi realitinya, ukhuwah itu tidak ia dapatkan di lapangan yang sebenar, justeru yang wujud adalah sebaliknya.

KEDUA : KEKECEWAAN AKTIVIS DAKWAH YANG BERLANDASKAN HAWA NAFSU DAN TIPU DAYA SYAITAN KERANA TIDAK TERCAPAINYA CITA-CITA PERIBADI

Contoh cita-cita peribadi itu adalah :

  1. Ingin menjadi pemimpin.
  2. Ingin kata-katanya sentiasa didengar.
  3. Ingin pendapatnya sahaja diterima.
Selain itu, ia juga tidak mahu menerima nasihat dari seseorang yang ia anggap “lebih rendah” dan merasa diri paling berjasa dengan motto :

“Kalau bukan kerana aku, tidak akan berjalan dakwah ini.”

KETGA : KEKECEWAAN AKTIVIS DAKWAH KERANA TIDAK PUAS HATI DENGAN KEPUTUSAN-KEPUTUSAN KEPIMPINAN, KEPUTUSAN SYURA DAN PENGURUSAN ORGANISASI DAKWAH

Tidak ada manusia yang tidak pernah kecewa kerana sesungguhnya kecewa itu adalah sesuatu yang fitrah.

Hanya sahaja, tindakbalas dari kekecewaan itu berbeza pada diri setiap orang. Ada orang-orang yang mampu mengatasi dan mengubah kekecewaan itu dengan tenaga positif yang konstruktif, namun ada juga orang-orang yang tidak mampu mengatasinya kerana lebih didominasi oleh tenaga negatif yang meruntuhkan.

Kekecewaan tidak lagi syar’ie apabila ia berdasarkan hawa nafsu dan bukan atas dasar kebenaran (Al Haq). Ia tidak lagi menjadi rasional apabila kemudiannya berubah menjadi kedengkian dan kebencian yang menghancurkan diri sendiri dan memporak-porandakan kawan-kawan di sekelilingnya sehingga menjadi duri dalam daging.

Maka motto yang sebaiknya yang perlu ada dalam diri kita adalah :

“Jangan terlalu banyak menuntut, jadikan diri kita bermanfaat buat orang lain.”

SEMBILAN ARUS PENGUBAH

Ada sembilan arus pengubah yang boleh menjadi bahan bakar di dalam jiwa kita untuk mengatasi kekecewaan yang melanda, iaitu:

PERTAMA : TENTERAMU YANG PALING DEPAN ADALAH KEIKHLASAN

“Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan……..” (QS An Nisaa’ : 125)

Istilah ini sangat tepat kerana memang keikhlasan adalah senjata kita yang paling di depan untuk menghadapi segala rintangan di jalan dakwah.

Keikhlasan membuatkan kita tidak kenal penat dan tidak akan pernah berhenti dalam menyampaikan ‘Al Haq’ kerana tujuan kita hanya satu, iaitu Allah Azza wa Jalla.

Jika tujuan kita menyimpang kepada yang sifatnya duniawi, maka ketika tujuan itu tidak tercapai, kita akan mudah kecewa dan berpaling ke belakang.

Apabila berdakwah lantaran mengharapkan apa-apa yang ada pada manusia, berupa penghormatan, penghargaan, pengakuan kewujudan diri, kemasyhuran, jawatan, pengikut dan pujian, maka hakikatnya kita telah berubah menjadi hamba manusia, bukan lagi hamba Allah swt.

Kisah yang sangat menarik ketika Khalid bin Al Walid selaku panglima perang yang sangat berjasa bagi kaum muslimin, tiba-tiba diturunkan jawatannya menjadi tentera biasa oleh Khalifah Umar bin Al Khattab. 

Namun Umar melakukan itu kerana melihat ramainya kaum muslimin yang mengalu-alukan kepahlawanan dan cenderung mengagungkan Khalid, sehingga Umar khuatir hal itu akan membuatkan Khalid menjadi ‘ujub’ (bangga diri), yang boleh mengakibatkan hilangnya pahala amal-amal Khalid di hadapan Allah swt.

Hasilnya, Subhanallah!, Khalid tidak marah ataupun kecewa kerana jawatannya diturunkan, bahkan ia tetap turut berperang di bawah pimpinan panglima yang baru. Ketika ditanya tentang hal itu, Khalid menjawab dengan tenang :

“Aku berperang kerana Allah swt, bukan kerana Umar.”

KEDUA : MESTI TAHAN BERAMAL JAMAI’E

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada Tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai……” (QS Ali Imran : 103)

Beramal jama’ie itu jalannya tidak sentiasa mendatar, ada kalanya mendaki, kerana dalam beramal jama’ie, kita akan menemui berbagai :

a. Jenis sifat manusia.
b. Ragam pemikiran.
c. Fitnah dari luar mahupun dari dalam.

Namun, walaubagaimana burukpun keadaan jamaah, tetap sahaja amal jama’ie itu lebih baik dan lebih utama daripada bersendirian.

Ali bin Abi Talib ra berkata :

“Keruhnya amal jama’ie, lebih aku sukai daripada jernih bersendirian.”

Kekuatan utama kita adalah persatuan kaum muslimin. Sesungguhnya kekalahan kita saat ini bukanlah kerana kehebatan kerana bersatunya kaum kuffar, tetapi kerana tidak bersatunya kaum muslimin.

Kata Ali bin Abi Talib ra lagi :

“Kejahatan yang tersusun rapi akan mampu mengalahkan kebaikan yang tidak tersusun rapi.”

Orang-orang yang memisahkan diri dan lari dari barisan dakwah, sesungguhnya tidak akan membuat barisan dakwah itu lemah atau kehilangan pendukung, justeru barisan itu akan semakin mantap dan kukuh kerana ia memberi gambaran bahwa yang tinggal dan masih bergabung di dalamnya adalah orang-orang yang telah teruji serta memiliki jiwa-jiwa kesatuan.

Inilah sebuah sunnatullah yang sentiasa berlaku untuk membezakan antara logam dan emas. Jadi, kita mesti tahan dalam beramal jama’ie!

KETIGA : BERMANFAAT BAGI ORANG LAIN

Rasulullah saw bersabda :

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.” (HR Qudhi dari Jabir)

Apabila kita melihat ukhuwah dalam barisan dakwah ternyata belum seindah seperti sirah yang kita baca, atau ternyata berlaku kelonggaran dalam organisasi dakwah, maka adalah sangat wajar untuk kita berasa kecewa.

Namun, kekecewaan itu janganlah :

1. Dipelihara.
2. Membuatkan kita bersungut.
3. Menyebabkan kita menuntut lebih.
4. Menjadikan kita berkeluh kesah.
5. Sampai kita memisahkan diri dari barisan dakwah.

Mari kita ubah sudut pandang dan kita tekankan bahwa segala kekurangan yang ada pada barisan dakwah adalah justeru menjadi kewajiban kita untuk menampungnya seperti satu ungkapan berikut :

“Jangan banyak menuntut, jadikan diri kita bermanfaat bagi orang lain.”

KEEMPAT : PENUHI HAK SESAMA MUSLIM

a. SALING MENASIHATI

Ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt dalam surah Al Asr, ayat 1 – 3.

Kekurangan dalam diri qiyadah, pengikut, organisasi, pengurusan hendaklah disampaikan dalam bentuk nasihat.

Bagi yang sifatnya peribadi (sebagai adab nasihat) adalah disampaikan bukan dalam forum terbuka tetapi disampaikan secara peribadi, iaitu berdua sahaja, dalam rangka saling berpesan untuk nasihat menasihati dalam menetapi kesabaran.

Ini adalah kerana apabila kita memberi nasihat di hadapan orang ramai, maka itu sama sahaja dengan membuka aibnya dan menjatuhkannya, apalagi bila sampai melakukan sidang terbuka maka ia seolah-olahnya telah menghukum orang yang didakwa.

Sangatlah nipis perbezaan antara orang yang ingin menasihati kerana landasan kasih sayang, dengan orang yang menasihati kerana sekaligus ingin membuka aib saudaranya, sehingga membuatkan diri yang dinasihati seakan-akan lebih rendah dari yang menasihati.

b. LEMAH LEMBUT

Allah swt berfirman tentang salah satu ciri jundullah (tentera Allah), iaitu :

“…….yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu’min………” (QS Al Maidah : 54)

c. JANGAN DENGKI

Rasulullah saw bersabda :

“Takutlah kamu semua akan sifat dengki kerana sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” (Riwayat Abu Daud dari Abi Hurairah)

d. JANGAN SANGKA BURUK

Allah swt berfirman :

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain………” (QS Al Hujuraat : 12)

e. MERENDAHKAN HATI

Allah swt berfirman :

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.” (QS An Naml : 215)

f. JANGAN BERBANTAHAN

Allah swt berfirman :

“…..dan Janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menjadikan kamu gentar, dan hilang kekuatanmu…….”(QS Al Anfaal : 46)

Kita biasa melihat fenomema perbantahan sesama kita, padahal musuh di luar, sudah siap untuk menerkam.

KELIMA : MUSUH TERBESAR KITA ADALAH SYAITAN

Musuh kita bukanlah seorang muslim, apatah lagi sesama aktivis dakwah. Musuh terbesar kita adalah iblis dan bala tenteranya. Mereka sentiasa akan merusak ukhuwah kita dari kiri, kanan, depan, dan belakang sepertimana firman Allah swt :

“Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". (QS Al A’raf : 17)

Hendaklah kita sentiasa ingat akan janji iblis untuk menyesatkan hamba-hamba-Nya.

“Ia berkata lagi: "Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya).” (QS Al Isra’ :  62)

Ini akan menjadi landasan kita untuk sentiasa menatap saudara kita dengan penuh kasih sayang kerana boleh jadi saat saudara kita menyakiti kita, adalah lantaran banyaknya syaitan di sekelilingnya yang terus menerus membisik kepadanya untuk membenci kita, demikian pula sebaliknya, boleh jadi syaitan menghembuskan prasangka-prasangka di dalam pemikiran kita. Maka, marilah kita jadikan syaitan sebagai musuh bersama.

KEENAM : KEJAYAAN DAKWAH BUKANLAH KERANA KEHEBATAN KITA

Allah swt berfirman :

“Maka, bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka. Dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar…” (QS  Al Anfal : 1)

Ayat ini menyatakan bahwa kemenangan dalam medan peperangan, juga dalam kejayaan dakwah, bukanlah kerana kepintaran kita dalam membuat strategi dakwah, tetapi tidak lebih dari pertolongan dari Allah.

Jika tidak, maka apa bezanya kita dengan Qarun yang berkata :

“Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku…..” (QS Al Qashash :78)

Akhirnya, kita lihat dengan jelas bagaimana kesudahan kehidupan Qarun yang ditenggelamkan oleh Allah swt ke perut bumi.

KETUJUH : MUJAHID ITU TEMAN KITA SENIDIRI

Mujahid dan mujahidah itu sesungguhnya ada di sekeliling kita serta dekat dengan kita.

Ya, boleh jadi mereka adalah teman-teman kita sendiri. Maka sangat aneh apabila kita kerap kali menitiskan air mata saat mengingati mujahid-mujahid di Palestin, Syria, Chechnya, Afghanistan, dan lain-lain tetapi dengan saudara-saudara mujahid dalam organisasi yang sama, kita tidak boleh berlapang dada.

KELAPAN : INGAT KEMATIAN

Rasulullah saw bersabda :

“Perbanyaklah kamu mengingati mati, kerana seorang hamba yang banyak mengingati mati, maka Allah akan menghidupkan hatinya, dan Allah akan meringankan baginya rasa sakit saat kematian.”

KESEMBILAN : DOAKAN DALAM SOLAT MALAM KITA

Doa adalah senjata orang-orang beriman dan apabila kita mendoakan saudara muslim kita tanpa sepengetahuannya, maka para malaikat akan berkata :

“Untuk kamu juga…”.

Rasulullah saw bersabda :

"Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." (HR Muslim)

Menyatakan diri kita sebagai orang beriman atau sebagai seorang pemikul dakwah serta sebagai seorang aktivis dakwah, sesungguhnya mengandungi akibat yang tidak ringan.

Iaitu kita akan sentiasa mendapat ujian keimanan dari pemilik ‘Al Asma’ul Husna’.

Allah swt berfirman :

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan (begitu sahaja), sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara Kamu………. “ (QS At Taubah : 16)

Dalam surah lain :

“Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta macam-macam cubaan." (QS Al-Baqarah : 214)

Tersenyumlah dalam duka dan tenanglah dalam suka. InsyaAllah dengan mengingati sembilan arus pengubah, ianya akan membuatkan kita bersabar dan enggan berpisah dari jalan dakwah ini.

“Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS Ali Imran : 139)

Imam Hasan Al Banna berkata :

“Manusia sering mengabaikan motivasi kejiwaan dan bimbingan kerohanian yang sebenarnya merupakan bekalan dan zat makanan dakwah ini. Aspek inilah yang merupakan ukuran kejayaan dan perkembangannya.

Suatu umat mustahil bangkit tanpa memiliki kesedaran hakiki ini di dalam diri, jiwa dan perasaan mereka.

Faktor terpenting yang menjadi sandaran kita dalam mengembangkan, memajukan dan menyebarkan dakwah ini adalah kesedaran ruh yang dikembangkan tersebut.

Sasaran pertama yang kita inginkan adalah kesedaran kerohanian, hati yang hidup, kebangkitan yang hakiki pada emosi dan perasaan.

Kita menginginkan :

  1. Jiwa yang hidup, kuat dan segar.
  2. Hati yang baru dan dinamik.
  3. Perasaan yang sensitif, bergelora dan berkobar.
  4. Jiwa yang bercita-cita besar, bertekad waja dan penuh semangat.
  5. Jiwa yang memiliki idealisma yang tinggi dan tujuan-tujuan yang luhur.
Dengan kekuatan di atas, ia akan beranjak naik menuju  ke arahnya dan berhasrat mendapatkannya sehingga kemudiannya benar-benar meraihnya.

Sesungguhnya Nabi saw menanamkan tiga perasaan di dalam hati para sahabat sehingga membuatnya menjadi terang dan terpatri dengan kukuh di dalamnya iaitu :

  1. Beriman kepada keagungan risalah Islam.
  2. Bangga mendukungnya.
  3. Optimis dengan pertolongan Allah dalam memikulnya.”
Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang tetap istiqamah di atas jalan dakwahMu walaupun berhadapan dengan cubaan dan dugaan yang silih menimpa. Kurniakanlah kepada kami keikhlasan dalam setiap amal kami sehingga arus kekecewaan tidak mampu memusnahkan azam dan tekad kami untuk tetap bertahan dalam amal jamai’e.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS     
Labels: Renungan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Kepentingan Intima' Jamai'e
    Sebuah Jamaah yang berjuang untuk : 1.       Mengembalikan manusia pada penghambaan kepada Allah swt semata-mata. 2.       Mengemba...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Ciri-Ciri Khusus Dakwah
    Dakwah Islam memiliki beberapa ciri yang menggambarkan bagaimana Islam sebenarnya. Ia adalah dakwah yang juga mempunyai karakter dan sif...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ▼  February (9)
      • Membentuk Gelombang Baru
      • Hakikat Penyertaan Politik
      • Arus Yang Mengubah Kekecewaan
      • Membentuk Jamaah Satu Hati
      • Khabar Gembira Penempuh Jalan
      • Menikmati Ruh Al Qur'an
      • Buah Cahaya Dan Kelazatan
      • Perangilah Hawa Nafsu
      • Perpecahan Ummah Dan Rawatannya
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger