skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Monday, 25 February 2013

Hakikat Penyertaan Politik

Ditulis Oleh WAS Pada 08:42 – 0 Komen Anda
 

Tidak syak lagi bahwa dakwah yang dibawa oleh Imam Hasan Al Banna adalah dakwah Islam yang komited dengan Islam meliputi aqidah, syariat dan peraturan hidup.
Beliau telah berusaha menerangkannya dari pelbagai sudut samada siasah, dakwah, gerakan, organisasi mahupun ekonomi.
Orang yang meneliti apa yang ditulis oleh beliau di dalam risalah-risalah dan memorandumnya akan mendapati bahwa beliau merupakan pemimpin politik  yang menjadi ikutan ramai. Beliau memiliki kefahaman siasah Islam serta dapat menambat hati ramai orang.
Benar, Imam Hasan Al Banna amat faham tentang kebenaran dan beliau ialah ahli siasah (politik) yang mahir, berpengalaman, pintar dan berkebolehan. Perkara ini diakui oleh setiap mereka yang mengenalinya samada lawan atau kawan.
Robert Jackson berkata tentang kepimpinan Hasan Al Banna :
“Beliau adalah ;
  1. Ahli siasah yang pintar.
  2. Pemimpin yang gagah.
  3. Ulama’ yang kuat hujahnya.
  4. Ahli falsafah yang menjadi ukuran.
  5. Pemidato yang matang.
  6. Penulis yang mempunyai misi.
Semua aspek ini muncul sebagai sifat semulajadi beliau pada waktu yang sesuai.”
Manakala Syeikh Tantawi Jauhari pula berkata :
“Pada pandanganku, Hasan Al Banna adalah lebih hebat dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh. Beliau adalah :
  1. Contoh gabungan ketaqwaan dan kepintaran siasah yang menakjubkan.
  2. Berhati Sayyidina Ali dan berakalkan Muawwiyah.
Aku melihat pada beliau sifat-sifat pemimpin yang telah kehilangan dari dunia Islam.”
Bagi memahami urusan siasah atau politik dengan lebih mendalam, kita perlu terlebih dahulu memahami kalimah ‘Fiqh Siasah’ atau Fiqh Politik.
Fiqh bermakna kefahaman atau pengetahuan dan ianya bukan sekadar ilmu, sebaliknya ia adalah:
  1. Kefahaman yang memerlukan penggunaan fikiran.
  2. Usaha penajaman akal.
  3. Pengerahan seluruh usaha untuk itu.
Manakala siasah pula bermakna penjagaan dan seorang ahli siasah atau ahli politik Islam ialah orang yang mempunyai komitmen dengan Islam yang menyelesaikan urusan umat dari sudut pandangan Islam dan hukum syara’.
Jadi Fiqh Siasah ialah kefahaman yang mendalam terhadap urusan umat dalam dan luaran, mentadbirnya, menjaganya menurut panduan hukum syara’ dan memandunya.
Siasah terbahagi kepada dua bentuk iaitu :
PERTAMA : SIASAH SYARA’
Ia bermaksud memimpin keseluruhan manusia menurut kehendak pandangan syara’ dan khilafah yang bertindak memelihara agama serta menguruskan dunia dengannya (agama).
KEDUA : SIASAH BUKAN SYARA’
Ia adalah siasah yang memimpin manusia menurut kehendak pandangan manusia yang diterjemahkan kepada perlembagaan-perlembagaan ciptaan  yang menggantikan syariat Islam dan bertentangan dengannya. Siasah yang menolak syara’ ini adalah siasah yang tidak beragama dan ia adalah siasah jahiliyah.
Fenomena yang berlaku di Tunisia dan Mesir menunjukkan bahwa gerakan Islam menyahut seruan perubahan dengan terbukanya ruang kebebasan melalui langkah penyertaan politik.
Langkah seperti ini juga dilakukan oleh gerakan-gerakan Islam di Bahrain, Bangladesh, Iraq, Jordan, Kuwait, Libya, Moroko, Palestin, Sudan dan Yaman.
Dengan strategi ini mereka semakin memiliki ‘ruang bebas’ dan ‘payung politik’ untuk terus bergerak mewujudkan kerja politik Islam sepertimana yang didefinisikan oleh Ibnu Aqil :
“Politik adalah tindakan kolektif untuk mendekatkan manusia kepada kemaslahatan dan menjauhkan dari kemudharatan, meskipun kemaslahatan dan kemudharatan itu tidak disebutkan dalam Al-Qur’an dan Hadits.” (Lihat Ibnul Qayyim dalam ‘Ath-Thuruq Al-Hukmiyyah fi As-Siyasah Asy-Syar’iyyah’)
Dengan penyertaan politik, semakin terbukalah kesempatan bagi gerakan Islam untuk :
  1. Memperkukuhkan penyertaan di dalam bidang sosial.
  2. Terlibat aktif dalam penambahbaikan masyarakat dalam segala aspeknya, samada kerohanian, pemikiran, jasmani mahupun harta benda.
  3. Memunculkan peribadi-peribadi yang dikenali dan mengakar di dalam masyarakat di mana melalui merekalah akan muncul dukungan dan program-program yang bermanfaat bagi umat Islam.  
Syeikh Taufiq Yusof Al-Wa’ie membuat beberapa kesimpulan tentang kemaslahatan yang boleh dicapai hasil dari penglibatan gerakan Islam di pentas pemerintahan sebagai berikut :
  1. Menghadapi berbagai kerusakan, konspirasi dan berbagai tipudaya terhadap gerakan Islam sampai batas tertentu dengan cara meneliti berbagai rancangan tersembunyi lalu berusaha menggagalkan rancangan tersebut.
  2. Memberikan contoh Islamik kepada masyarakat dan memberikan kefahaman kepada mereka bahwa aktivis gerakan Islam itu bukanlah kelompok ahli wirid yang menjauhkan diri dari masyarakat, tapi mereka sebenarnya mampu untuk memimpin rakyat dan mengelola negara.
  3. Mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Islam dan kaum muslimin bahwa Islam adalah agama yang mampu mengatur berbagai urusan kehidupan, samada yang khusus ataupun yang umum dan itu tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang terlibat untuk mewujudkan keadilan dan menghancurkan kebatilan.
  4. Menambah pengalaman gerakan dalam mengelola pemerintahan. Tanpa latihan semacam ini maka keahlian tidak mungkin didapatkan dan ditambah.
  5. Memberikan latihan dan pengajaran terhadap aktivis dakwah dengan cara mengikutsertakan mereka dalam pengiriman utusan ke luar negara yang biasanya dikelolakan oleh sesebuah kementerian.
  6. Menciptakan sejumlah orang dari ahli gerakan dakwah agar mereka nantinya memiliki kedudukan terhormat di tengah masyarakatnya untuk pos-pos tertentu. Mereka ini akan memberikan manfaat yang besar dalam banyak situasi dan mampu pula memecahkan berbagai persoalan, samada yang dihadapi oleh gerakan dakwah atau ahli-ahlinya.
  7. Menambah pusat-pusat Islam dan meminimumkan pusat-pusat kekufuran dengan mendominasi pemerintahan yang berkuasa.
  8. Melatih aktivis gerakan untuk mahir berpolitik dan mampu mengatasi permainan-permainannya.
  9. Mengambil manfaat dari kewibawaan kekuasaan untuk kemaslahatan gerakan.
  10. Boleh jadi, apabila orang-orang soleh dilarang terlibat dalam pemerintahan, posisinya mungkin akan digantikan oleh kalangan mereka yang memusuhi Islam, yang jika mereka mendapatkan pusat-pusat kekuasaaan maka mereka akan berusaha menggunakannya sekuat mungkin untuk memerangi gerakan Islam, bahkan untuk memerangi Islam dan kaum muslimin.
Pertimbangan kemaslahatan di sini, menurut Syeikh Al-Wa’ie, bukanlah bererti mengabaikan kemungkinan keburukannya.

Bahkan dalam pandangannya, keburukan dalam penglibatan mungkin lebih kuat daripada semua kemaslahatan yang mungkin diwujudkan. Ini adalah kerana ia berhubungan dengan akidah dan masalah kesejagatan, iaitu kewajiban berhukum dengan undang-undang yang diturunkan oleh Allah swt.
Namun, menurutnya ‘fiqh muwazanah’ (fiqh perbandingan) yang diterapkan dalam masalah ini adalah antara dua suasana berikut :
PERTAMA : TERLIBAT DALAM POLITIK PEMERINTAHAN
  1. Bertahannya pemerintahan yang tidak menerapkan hukum Allah swt.
  2. Terhindarnya sebahagian kerosakan walaupun hanya 1%.
  3. Terwujudnya sebahagian maslahat, katakanlah sebesar 2%.
KEDUA : TIDAK TERLIBAT DALAM POLITIK PEMERINTAHAN
    1. Bertahannya pemerintahan yang tidak menerapkan hukum Allah.
    2. Bertahannya kerosakan seutuhnya.
    3. Hilangnya sebahagian kemaslahatan yang boleh diperolehi.
Jadi, pertimbangan sesungguhnya adalah
BUKAN
Menimbang antara ‘pemerintahan jahiliyah’ dengan ‘pemerintahan Islam’.
TAPI
Menimbang antara ‘pemerintahan jahiliyah’ dengan terlibatnya para aktivis Islam, dengan ‘pemerintahan jahiliyah’ tanpa penglibatan aktivis Islam.
Perlu diingat bahwa di kalangan ahli ushul, ada satu kaidah yang berbunyi :
“Jika halal dan haram berhadap-hadapan, maka yang halal mesti dimenangkan”.
Dengan tiadanya penglibatan, ia tidak boleh mengubah pemerintahan dari jahiliyah menjadi Islam sedangkan jika kita ikut terlibat, maka ia boleh mengurangkan sebahagian dari kerosakan pemerintahan jahiliyah dan boleh mewujudkan sebahagian maslahat untuk kaum muslimin yang diperintahkan syari’at.
Syeikh Rasyid Al Ghanusyi meletakkan empat kayu ukur kejayaan penyertaan politik gerakan Islam sebagai berikut.
1.      Penyertaan politik mesti menjamin tetap bertahannya perkara-perkara yang berkait dengan Islam yang telah ada sebelumnya. Termasuk perkara terpenting di sini adalah menjaga iklim keterbukaan itu sendiri yang memungkinkan gerakan dakwah, bukan sahaja wujud, tapi juga dapat terus berkembang menyebarkan dakwah ke seluruh pelusuk bumi dan bukan sebaliknya.
2.      Menambahkan suatu kebaikan yang baru pada semua tingkatan politik dan kenegaraan yang mungkin iaitu dengan hadirnya aspek-aspek Islam dalam peraturan perundangan, praktik atau konvensyen kenegaraan, undang-undang kehakiman, keteladanan para pemimpin dan lain-lain.
3.      Meningkatkan kualiti melayani masyarakat umum dalam segala aspeknya yang mungkin seperti pemberantasan tahap kemiskinan, peningkatan penyediaan kesihatan, sistem pengangkutan dan sistem pendidikan yang mampu serta kewujudan suasana aman dalam  masyarakat.
4.      Adanya peningkatan perhatian dan dukungan terhadap permasaalahan dunia Islam khususnya dan hubungan antara negara yang bermartabat secara umum.
OBJEKTIF NILAI-NILAI ISLAM
Sebagai seorang muslim, kita meyakini bahwa Islam adalah sistem kehidupan yang komprehensif  dan lengkap. Oleh yang demikian, ia memiliki semua kelayakan untuk dijadikan sebagai rujukan utama dalam kehidupan berbangsa dan bernegara.
Keberkatan sistem kehidupan Islam hanya dapat dirasakan oleh masyarakat apabila ia benar-benar diterapkan dalam segala aspek kehidupan berbangsa dan bernegara. Namun untuk mewujudkannya diperlukan dua bentuk kekuatan iaitu :
a. Kekuatan undang-undang.
b. Kekuatan penguatkuasaan.
Dua bentuk kekuatan ini hanya dapat dimiliki jika gerakan Islam meraih kekuasaan yang besar dan sangat berwibawa.
Melalui penyertaan politik, gerakan Islam dapat secara bebas melakukan transformasi nilai-nilai Islam, iaitu proses pengubahan urutan konsep atau ideologi dari wilayah berskala individu ke bidang umum, dari bidang dalaman menerobos ke wilayah luaran agar dapat diterima secara meluas oleh masyarakat umum.
Dengan proses seperti itu, gerakan Islam secara bertahap dapat mengatur sesebuah negara itu pada semua aspeknya, bukan hanya sekadar menampung satu-satu hukum sivil dan jenayah Islam dalam perlembagaan dan undang-undang bahkan terhadap berbagai penggambaran hukumnya.
Kita juga tidak mahu situasi di mana sesebuah negara yang meletakkan Islam sebagai dasar negara, namun para penguasa negara tersebut sentiasa bersifat sekular, maka Islam hanya tidak  lebih dari sekadar simbol walaupun sesebuah negara itu dihuni oleh majoriti muslim.
Dengan penyertaan politik, kita menghendaki Islam menjadi rujukan utama sekaligus penguasa majoriti yang diterima masyarakat secara objektif. Dalam pandangan ini, Islam menjadi ruh yang mewarnai perlembagaan negara dengan segala penggambaran hukumnya, sekaligus mempunyai “kekuatan penguatkusaan” yang memungkinkannya mengarahkan segenap kehidupan berbangsa dan bernegara.
Dari huraian di atas, kita akan nampak nilai strategik “penyertaan politik” bagi gerakan Islam. Oleh kerana itu ‘ruang bebas’ dan ‘payung politik’ yang ada saat ini perlu dimanfaatkan secara optimum untuk menegakkan nilai-nilai kesejagatan Islam di tengah-tengah umat, bangsa serta kemanusiaan secara umum dalam rangka menyebarkan rahmat ke seluruh alam dan menjadi guru bagi peradaban dunia.
BERINTERAKSI DENGAN MASYARAKAT
Al-Qur'an tidak pernah menyebutkan ungkapan yang memberi makna bahwa ada jarak antara pendakwah dengan masyarakatnya kerana para pendakwah adalah pewaris Nabi saw yang digambarkan dengan ungkapan berikut :
“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul (pendakwah) dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan keselamatan bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (QS At-Taubah : 128)

Dari masyarakatlah kita berasal dan untuk mereka pula kita datangi sehingga sudah semestinya kita :
1.      Memiliki ikatan emosi yang mendalam terhadap persoalan mereka.
2.      Mempunyai keinginan yang kuat untuk memperbaiki dan menyelamatkan mereka dengan bahasa kasih sayang.
Renungkanlah, betapa ketinggian akhlak Rasulullah saw dalam berinteraksi dengan masyarakatnya sebagaimana yang dituturkan oleh isteri baginda, Khadijah ra :
“Engkau sungguh gemar bersilaturahim, senang membantu, memuliakan tamu, menyantuni orang yang kekurangan, dan tampil membela siapa sahaja di dalam kebenaran”.

Hal tersebut di atas menjadikan baginda sebagai peribadi yang dipercayai oleh semua orang kerana masyarakat merasa dekat dan memperolehi perhatian yang baik dari Rasulullah saw.

Ada beberapa kunci yang perlu kita perhatikan dalam membangun interaksi di tengah-tengah masyarakat.
KUNCI PERTAMA :
Hendaklah kita dapat memposisikan setiap orang sesuai dengan kedudukannya dan dengan bahasa yang digunakan oleh mereka, sebagaimana sabda Rasulullah saw :
“Ajaklah manusia dengan bahasa kaumnya dan ajaklah manusia sesuai dengan kemampuan berfikir mereka.”

KUNCI KEDUA :
Hendaklah kita dapat meyakinkan masyarakat bahwa kita adalah orang yang tidak pernah ragu untuk berkorban apabila diperlukan.
Bekerjalah, agar masyarakat merasakan bahwa keberadaan kita amat bermanfaat bagi mereka, sebagaimana ungkapan Imam Hasan Al Banna :
“Kegemaran kami adalah berkorban untuk masyarakat. Dan kita telah ditakdirkan untuk memenuhi kepentingan masyarakat.”

KUNCI KETIGA :
Hendaklah kita sentiasa berlapang dada terhadap kejahilan mereka seperti berlapang dadanya ibubapa terhadap kesalahan anaknya.
Sikap lapang dada ini mesti kita tunjukkan dengan cara :
a.       Tidak mempersoalkan perkara-perkara yang tidak menyenangkan pada diri mereka.
b.      Mudah memaafkan.
c.       Gemar mendoakan.
“Tidakkah engkau ingin Allah mengampuni setiap kesalahanmu”. (QS  An-Nur : 22 )

KUNCI KEEMPAT :
Hendaklah kita menunjukkan sikap atau perilaku santun dan lembut kerana kelembutan dan kehalusan adalah hiasan yang berlaku di manapun dan untuk siapa sahaja.
Rasulullah saw bersabda :
“Tidak ada kelembutan pada sesuatu kecuali menjadi penghias dan tidak dicabut dari sesuatu kecuali menjadikannya buruk.”
Keempat-empat kunci interaksi tersebut InsyaAllah menjadi “mafaatih” atau kunci-kunci hati kerana kita berkomunikasi dan berinteraksi dengan lingkungan melalui pintu hati mereka sebagaimana dalam kaidah dakwah dinyatakan :
“Rebutlah hati mereka dahulu sebelum mengharapkan dukungan mereka.”

Ketika berinteraksi di tengah-tengah masyarakat, janganlah kita menunjukkan sikap yang membeza-bezakan atau bersikap diskriminatif terhadap sesama aktivis dakwah dan bukan aktivis dakwah, misalnya ketika bersalaman dengan sesama aktivis dakwah kita melakukannya dengan hangat bahkan sambil berpelukan, tetapi di tempat dan acara yang sama bersalaman dengan yang bukan aktivis dakwah, kita melakukannya dengan biasa sahaja, bahkan terkesan agak dingin.
Apakah cara ini boleh meraih simpati?
Padahal kita mengetahui dari ‘taujih’ (pengarahan) Nabawi bahwa :
“Memberikan suatu perlakuan yang harus tapi menyenangkan orang lain adalah sedekah.”

Amat tepat jika kita mengaplikasikan “Itsar” (mengutamakan orang lain) dengan cara mendahulukan atau mengutamakan ‘jumhur’ (masyarakat) daripada sesama saudara Muslim, misalnya dalam membahagi kemudahan yang Allah berikan kepada kita, tidak hanya berputar dalam lingkungan yang terbatas tetapi dengan memberikan bahagian kita kepada jiran tetangga yang sedang kita bina.

Begitu juga kita perlu memberikan hak ukhuwah dan hak dakwah, sedangkan untuk sesama aktivis dakwah, cukuplah hak ukhuwah kerana mereka sudah berada di dalam barisan dakwah dan menjadi pewaris Rasulullah saw sebagai pendakwah.
Perkara ini mengingatkan kita kepada para sahabat Anshar yang mulanya merasa kurang puas hati dengan pembahagian ‘ghanimah’ (harta rampasan) yang mereka terima kerana mereka tahu orang-orang yang masih baru bergabung dengan Islam mendapat bahagian yang lebih banyak.
Kemudian Rasulullah saw mengumpulkan mereka dan bersabda :
“Apakah kamu tidak merasa puas jika yang ku berikan bahagian yang cukup banyak itu untuk menyenangkan hati mereka dalam Islam sedangkan kamu telah mendapatkan Rasulullah di tengah-tengah kamu?”
Mereka pun lalu menangis sambil mengatakan :
“Kami ridha dengan Rasulullah bersama kami.”
Maka, Rasulullah saw pun mendoakan :
“Ya Allah, rahmatilah kaum Anshar dan anak cucu kaum Anshar.”
Doa Nabi saw ini semakin membuatkan mereka larut dalam tangisan yang penuh terharu.
Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang sentiasa bersedia untuk berkorban di jalanMu melalui segala usaha termasuk amal-amal siasah yang kami melibatkan diri kami semata-mata untuk memelihara urusan umat, memahaminya dengan kefahaman yang mendalam dan menyelesaikannya dengan pemikiran dan pandangan yang betul menurut neracaMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Uslub Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Mencium Hembusan Angin Syurga
    Pengertian jihad sebelum lahirnya Ikhwanul Muslimin adalah samar-samar dan telah menghilang dari pentarbiyahan dan kehidupan Islam. a...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Membangun Pendakwah Berkualiti
    Dakwah adalah suatu usaha atau pekerjaan untuk menebarkan pesanan Islam kepada manusia secara lebih operasional di samping mengajak atau ...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ▼  February (9)
      • Membentuk Gelombang Baru
      • Hakikat Penyertaan Politik
      • Arus Yang Mengubah Kekecewaan
      • Membentuk Jamaah Satu Hati
      • Khabar Gembira Penempuh Jalan
      • Menikmati Ruh Al Qur'an
      • Buah Cahaya Dan Kelazatan
      • Perangilah Hawa Nafsu
      • Perpecahan Ummah Dan Rawatannya
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger