Seorang yang bersifat ‘Shiddiq’ atau benar yang telah menyerahkan dirinya kepada Allah akan menyedari bahwa sejak langkahan pertama yang dimulakannya, dia pada hakikatnya:
1. Sedang berhijrah kepada Allah semata-mata.
2. Sedang berlari kepada-Nya.
3. Sentiasa bergegas dan amat merindui-Nya.
Sejak di awal lariannya lagi, beliau telah menyedari bahawa, betapa tingginya anak tangga yang perlu didaki di samping ianya bertingkat-tingkat.
Sejak di awal lariannya lagi, beliau telah menyedari bahawa, betapa tingginya anak tangga yang perlu didaki di samping ianya bertingkat-tingkat.
Beliau sentiasa meningkat naik dengan meyakini bahawa kedudukan syurga yang tinggi memerlukan kepada niat keazaman yang tinggi juga.
Beliau juga menyedari betapa perlunya dalam perjalanannya itu dihindari perkara-perkara kotor yang boleh mencemari kejernihan hatinya dan mengurangkan kesuciannya.
Beliau sentiasa ingin memperbaiki unsur-unsur keimanannya setiap kali beliau menyedari terdapat kecacatan.
Beliau sentiasa ingin memperbaiki unsur-unsur keimanannya setiap kali beliau menyedari terdapat kecacatan.
Ketika beliau berusaha memperbaiki kecacatan unsur keimanannya, beliau sedar betapa perlunya kejernihan jiwa dan betapa perlunya beliau menampung dan menjahit keretakan unsur keimanannya dengan segala kebaikan yang telah di kurniakan oleh Allah kepadanya sebelumnya.
Sebaliknya mereka yang membiarkan jiwanya bercampur dengan kekotoran dosa sesungguhnya telah melakukan kesilapan kerana ia tidak akan mampu berusaha memperbaiki kekurangannya dengan berada di tempat yang jauh dalam keadaan jiwa bercampur kekotoran kerana ia tidak akan merasai kepuasan apabila meminum minuman yang bercampur dengan kekotoran yang tidak bersih.
SETIAP YANG KURANG MEMERLUKAN PROPAGANDA
Para ulama’ telah membuat perumpamaan dengan membandingkan seseorang yang telah cukup sempurna unsur-unsur keimanannya, umpama bulan purnama pada malam ke empat belas. Lihatlah betapa ia bulat dan tidak bujur atau bersegi.
Para penyair memuji keindahan bulan purnama sehingga penuh tulisan-tulisan mereka dengan menceritakan kemegahannya, sedangkan ia diam membisu. Yang meninggikannya ialah kehebatan ketenangannya di mana, tidak seorangpun akan melupai keindahannya. Orang yang merasai nikmat melihatnya secara diam-diam juga merasainya jika menceritakannya.
Mereka berkata bahwa perbandingan seseorang yang mempunyai keaiban seumpama bulan gerhana di mana ia akan keluar dari kebiasaannya yang diam dan tenang dan memerlukan kepada paluan gendang, pujian kanak-kanak dan meniupkan semangat golongan tua agar menggerakkan mereka memarahi ikan paus yang telah menelan bulan dan menghapuskan keindahannya.
MENYEMPURNAKAN DIRI DENGAN DIAM
Oleh itu, para ulama’ salaf sentiasa memberikan nasihat supaya :

“Sempurnakan kesempurnaan”.
Abu Bakar ra telah mengutuskan surat kepada Khalid Al-Walid dengan merentasi padang pasir setelah beliau berjaya membuka Iraq yang berbunyi :
“Hendaklah kamu memandang kecil wahai Abu Sulaiman terhadap cita-cita dan habuan, maka sempurnakanlah, niscaya Allah akan menyempurnakan untuk kamu. Janganlah perasaan ujub memasuki jiwa kamu kerana ia akan menjadikan kamu rugi dan hina, jauhilah diri kamu daripada menunjuk-nunjuk dengan amalan, sesungguhnya Allahlah yang memberi kemenangan dan Dialah yang akan memberi pembalasan..”
Beliau meminta daripadanya agar menyempurnakan kesempurnaan dirinya dengan diam-diam tanpa memberhentikan perjalanannya sehinggalah menjadi umpama bulan purnama.
Kemudian Imam Ahmad bin Hanbal mewarisi sifat ini daripada Khalid dan beliau tidak pernah berhenti melangkah menuju kesempurnaan sehinggalah sahabatnya seorang ahli Hadis yang bernama Ibrahim Al-Harbi berkata:
“Aku telah bersahabat dengannya dua puluh tahun, di musim panas dan sejuk, siang dan malam, aku tidak dapati pada dirinya setiap hari, melainkan lebih baik daripada semalamnya. Beliau tidak tahu berhenti, lebih-lebih lagi tertinggal dan mundur ke belakang tetapi beliau sentiasa meningkat dan segera menyempurnakan dirinya.”

ANAK PANAH SYAITAN
Syeikh Muhammad Ahmad Ar Rasyid mengingatkan para pendakwah supaya berwaspada dengan panahan syaitan dalam dua bentuk yang akan menggugat kredibiliti pendakwah di sisi Allah swt iaitu :
Syeikh Muhammad Ahmad Ar Rasyid mengingatkan para pendakwah supaya berwaspada dengan panahan syaitan dalam dua bentuk yang akan menggugat kredibiliti pendakwah di sisi Allah swt iaitu :
PERTAMA : ‘UJUB’ (KAGUM KEPADA DIRI SENDIRI)
Sebagaimana yang disebutkan, syaitan akan berusaha bagi menjadikan para pendakwah merasa kagum (Ujub) terhadap diri sendiri, merasa dirinya hebat serta memandang tinggi pada keupayaan dirinya padahal ianya membahayakan diri pendakwah tersebut.
Perumpamaan orang yang ujub berlaku dalam dua perkara :
a. Seorang yang berjalan di pasar tanpa melihat ke bawah sehingga tergelincir oleh sebuah batu atau kulit buah-buahan.
b. Seorang yang menuntut harga atau nilai yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya.
‘Ujub’ akan berlaku apabila para pengikut yang percaya kepada seseorang pendakwah tersebut dengan melihat kecilnya dosa dan kesalahannya serta melupakan sebahagian besar darinya.
DEFINISI ‘UJUB’
Basyar Ibn Al-Harith berkata :
"Apabila kamu sudah menganggap bahawa amalmu lebih banyak sedangkan engkau menganggap amal orang lain sedikit."
Sufyan Ath-Tsauri berkata :
Sufyan Ath-Tsauri berkata :
"Sifat ujub itu adalah kekagumanmu pada dirimu sendiri, sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya dari saudaramu, padahal boleh jadi kamu tidak beramal dengan benar seperti dia atau barangkali ia lebih wara’ darimu terhadap hal-hal yang diharamkan Allah, dan lebih tulus amalnya."
Fudhail bin ‘Iyadh berkata :
Fudhail bin ‘Iyadh berkata :
"Merasakan amalnya lebih banyak dan melupakan dosa."
Maka, janganlah suka berbangga dengan amal kita malah kita perlu merasai banyaknya kekurangan kita apatah lagi jika nak dibandingkan dengan generasi salaf.
KEDUA : SUKAKAN PUJIAN
Ada lima bentuk pujian :

1. Kita ingin agar mereka menghormati kita kerana suatu amal yang kita lakukan dan agar mereka mengetahui kemuliaan dan kedudukan kita di hadapan mereka.
2. Membenci celaan yang ada pada dirinya serta marah pada orang yang memandangnya dengan berbagai kekurangan dirinya bahkan ia menjadi seorang yang tidak boleh menerima teguran dan merasa dirinya hebat.
3. Sengaja memulakan pujian itu untuk dirinya sendiri serta bercerita agar orang akan memuji kita, astaghfirullah!
4. Mencela diri di hadapan khalayak ramai kononnya menunjukkan sifat tawadhu’nya sebenarnya menggambarkan hati mereka yang tidak ikhlas bahkan sepatutnya kita mencela diri di hadapan Allah swt di dalam munajat kita.
5. Sifat suka mendengar keburukan orang lain.
Inilah dua panahan syaitan yang berbisa yang perlu dijauhi oleh para pendakwah di jalan Allah swt dan renungan-renungan berikut perlu menjadi hiasan para pendakwah.
a. Marilah kita sentiasa introspeksi diri, memuhasabah akan kekurangan diri yang perlu diperbaiki.
b. Perlu kita insafi bahwa amal kita masih sedikit dan banyakkan bersyukur di atas nikmat kurniaan Allah swt.
c. Biarlah manusia tidak mengetahui amal-amal kita supaya tahap keikhlasan kita semakin tinggi.
Kita sebenarnya perlu mengambil contoh tauladan dari beberapa peribadi seumpama tokoh sahabat seperti Umar Al Khattab dan para tab’ien seperti Umar Abdul Aziz, Fudhail bin ‘Iyad, Sufyan Ath Tsauri di dalam proses pendidikan jiwa ini kerana mereka model terbaik dalam bidang ini.
Satu lontaran persoalan : Adakah kita kenal sifat jiwa?
Sifat jiwa banyak disebut di dalam Al-Qur’an Al-Karim seperti berikut :
PERTAMA : MENYURUH KEPADA KEJAHATAN (AMMARAH BIS SUU’)
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS Yusuf : 53)
KEDUA : MENYESALI (LAWWAAMAH)
“Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!” (QS Al Qiyamah : 2)
Dengan adanya jiwa yang menyesali inilah akan lahirnya taubat. Jika tidak, seseorang itu akan berterusan dalam kemaksiatan jiwa yang sentiasa menyuruh untuk melakukan kejahatan.
KETIGA : TENANG (MUTHMAINNAH)
KETIGA : TENANG (MUTHMAINNAH)
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " (QS Al-Fajr : 27-30)
Jiwa yang seperti ini sangat yakin bahawa Allah swt sebagai Rabb-nya dan tunduk serta patuh kepada-Nya. Ibnu Abbas mengatakan tentnag ayat di atas bahwa jiwa-jiwa tersebut merasa tenang dengan pahala-pahala dari Allah swt.
KEEMPAT : BERUBAH-UBAH
“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (QS Asy Syams : 7 – 10)
Proses perubahan jiwa menuju kebaikan dikenali sebagai ‘AT-TAZKIYAH’ manakala proses
perubahan jiwa menuju kejahatan dikenali sebagai ‘AT-TADSIYAH’ iaitu pengotoran jiwa.
KELIMA : MAMPU MELAKUKAN TUGAS
perubahan jiwa menuju kejahatan dikenali sebagai ‘AT-TADSIYAH’ iaitu pengotoran jiwa.
KELIMA : MAMPU MELAKUKAN TUGAS
Ibnu Kathir dalam tafsirnya mengatakan bahwa Allah tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan dengan kemampuannya.
KEENAM : MUDAH MELAKUKAN KESALAHAN
KEENAM : MUDAH MELAKUKAN KESALAHAN
“Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.” (QS Al Maaidah : 30)
Imam Al Qurthubi dalam tafsirnya mengatakan bahwa Qabil dipujuk dan dipermudahkan jiwanya dan didorong serta digambarkan bahwa perbuatan membunuh saudaranya adalah perkara yang mudah baginya.
KETUJUH : MAMPU BERBISIK UNTUK LAKUKAN KEBAIKAN ATAU KEJAHATAN
KETUJUH : MAMPU BERBISIK UNTUK LAKUKAN KEBAIKAN ATAU KEJAHATAN
Imam Al Qurthubi mengatakan bahwa bisikan-bisikan adalah kata-kata jiwa.
KELAPAN : MEMANDANG BAIK PERBUATAN BURUK (AT TASWIIL)
KELAPAN : MEMANDANG BAIK PERBUATAN BURUK (AT TASWIIL)
“(Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya: "Apa pula halmu, wahai Samiri?" Ia menjawab : "Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku". (QS Taha : 95-96)
Ayat di atas menceritakan kisah Samiri yang menyesatkan kaum Nabi Musa.
“Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu." (QS Yusuf : 18)
Ayat di atas menceritakan perkataan Nabi Yaakub terhadap perbuatan anak-anaknya kepada Nabi Yusuf.
PEMBENTUKAN KEPERIBADIAN MUSLIM
Asas pembentukan pertama keperibadian muslim ialah memastikan agar individu muslim membersihkan jiwanya daripada segala kekotoran yang berpunca daripada hawa nafsu dan bisikan syaitan.
Proses ‘Tarbiah Khuluqiyah’ yang dibentuk menerusi ‘Tarbiah Ruhiyah’ perlulah dilalui oleh seorang individu muslim sebelum ia mampu menempuh tanggungjawab serta cabaran yang lebih besar.
Pengislahan diri inilah asas kepada pembentukan taqwa di dalam diri individu muslim. Inilah yang sangat diperhatikan oleh para sahabat ra sebagaimana yang ditunjukkan oleh Umar Al-Khattab ra dan juga Umar bin Abdul Aziz ra
Jika kita menyingkap kisah Umar bin Abdul Aziz, niscaya kita akan dapati bahwa beliau ini dibesarkan dengan penuh kemewahan, namun tiba-tiba apabila beliau memegang kuasa, beliau terus menjadi zuhud.

Kenapa ini berlaku? Bagaimanakah jiwanya boleh berubah dan kenapa ia serta merta berubah?
Inilah proses pendidikan jiwa yang dilalui oleh beliau dan ianya bukan berlaku secara serta merta tetapi melalui beberapa tahun hasil tarbiyah yang dilalui beliau bersama sahabat besar Abdullah bin Umar di Madinah, yang juga bapa saudaranya.
Beliau dihantar oleh ibunya untuk bersama bergaul dan belajar daripada Ibnu Umar di bawah asuhan, bimbingan dan didikan jiwa Ibnu Umar sebelum beliau menjadi khalifah.
‘Biah As-Solehah’ (suasana tarbiyah yang kondusif) yang beliau timba di Madinah menjadi latar belakang kepada perkembangan jiwa beliau apabila kemudiannya diberikan kekuasaan untuk memerintah.
Umar Al-Khattab pernah menyebutkan :
Umar Al-Khattab pernah menyebutkan :
"Yang paling aku takuti ialah bukan musuh-musuhmu di medan perang akan tetapi yang lebih ku takuti ialah maksiat yang dilakukan oleh tentera-tentera umat Islam."
Elakkan diri melakukan dosa-dosa besar dan jauhi daripada berterusan melakukan dosa-dosa kecil adalah sifat yang perlu ada di dalam pembinaan seorang pendakwah di jalan Allah.
Elakkan diri melakukan dosa-dosa besar dan jauhi daripada berterusan melakukan dosa-dosa kecil adalah sifat yang perlu ada di dalam pembinaan seorang pendakwah di jalan Allah.
Berbanding generasi salafussoleh, pendakwah hari ini amat jauh perbezaannya di sudut kualiti diri di mana pendakwah hari ini :
1. Mudah terpedaya dengan amal kebaikan yang sedikit.
2. Tidak berusaha meningkatkannya.
3. Merasa sudah berjasa.
4. Merasa aman dari kesalahan.
5. Merasa puas tanpa perlu untuk meningkatkan kualiti diri.
Mari kita renung ungkapan seorang yang zahid, Abdul Aziz bin Abu Ruwwad rahimahullah :
"Apabila keadaan kaum salaf disebutkan dihadapan kita semua, maka kita semua akan malu kerana kesalahan yang terdapat pada diri kita."
DENYUTAN NADI PERTAMA
Demikianlah Syeikh Muhammad Ahmad Ar Rasyid telah menghuraikan sifat-sifat yang memerangkap manusia dan pendakwah secara khususnya serta menjerumuskan mereka ke dalam perangkap syaitan.
Justeru, setiap pendakwah perlu membekalkan jiwa dengan perisai untuk membenteng diri daripadanya dan sentiasa memperhatikan jiwa serta berwaspada dengan setiap bisikan yang datang supaya kita mampu menangkisnya.
Selain itu, mereka juga perlu bijak untuk mengawal dan membelenggu nafsu supaya tidak tertawan dan terpenjara olehnya sehingga ia mampu berusaha untuk mengekang hawa nafsu dalam setiap denyutan nadinya yang dimulai oleh denyutan yang pertama.
CARA MENGEKANG HAWA NAFSU
CARA MENGEKANG HAWA NAFSU
Berikut adalah cara-cara yang terbaik untuk para pendakwah melatih diri bagi mengekang hawa nafsu supaya tidak tewas kepadanya.
PERTAMA : Memurnikan keikhlasan ubudiyah hanya pada Allah.
PERTAMA : Memurnikan keikhlasan ubudiyah hanya pada Allah.
Menghambakan diri sepenuhnya kepada Allah akan memerdekakan diri daripada belenggu syaitan dan kecintaan kepada Allah akan menguatkan pendakwah dalam peperangannya dengan hawa nafsunya sendiri.
KEDUA : Bersama Allah dalam setiap keadaan.
Menyertakan Allah di setiap saat samada dalam pemikiran atau dalam penglihatan serta merasakan kehadiran dan perlindungan-Nya yang sentiasa dekat ketika menghadapi kesukaran atau mara bahaya.
Bersama Allah dalam berjamaah akan menguatkan ikatan antara satu sama lain kerana ikatan aqidah adalah ikatan yang paling kuat yang mampu mengikat muslim dalam apa jua keadaan.
Mengetahui kecintaan Allah dan turut sama mencintai dan begitu pula mengetahui kebencian Allah dan turut sama membencinya di mana di sini, hamba-hamba yang bertaqwa akan saling mencintai dan bersatu dalam memerangi musuh dari kalangan hamba-hamba yang durhaka.
KETIGA : Menyedari kelemahan dan keterbatasan diri sebagai hakikat penciptaan manusia.
KEEMPAT : Mengingati ajal.
KELIMA : Mengingati hari pembalasan.
Tidak cukup sekadar mengingati ajal, malahan juga mengingati bahawa akan adanya pengadilan dan pembalasan terhadap setiap perlakuan di dunia.
Bukan sahaja ia membayangkan syurga dan kenikmatannya tetapi sentiasa juga mengingatkan diri kepada kemurkaan Allah dan azab neraka untuk menundukkan hawa nafsu.
Gambaran keadaan pendakwah yang sentiasa memperhatikan hawa nafsu ini seumpama seorang pendaki yang sentiasa memerhatikan langkahnya dalam pendakian di mana ia sentiasa :
a. Memperbaharui kemurnian dan keikhlasannya.
b. Mencari tambahan pada ketenteraman dan ketenangan.
c. Meneruskan pendakian tanpa rasa penat dan letih.
Apabila berada di puncak ia tidak leka, malahan makin berjaga-jaga justeru dari ketinggian itu ia dapat melihat ke bawah lalu khuatir akan jatuh di samping ia menyedari bahawa syaitan sentiasa berusaha menggelincirkan hawa nafsu, lalu ia semakin berusaha mempelajari sifat-sifat dan mengenal hawa nafsu supaya ia tidak menjerumuskannya dari ketinggian itu tanpa ia sedari.
Allah swt membuat kiasan menerusi firman-Nya seperti berikut :
“Dan demi bintang apabila ia JATUH....” (QS An Najm : 1)
Begitulah hawa nafsu juga boleh menjatuhkan pemiliknya di mana orang yang telah dikuasai oleh hawa nafsu tidak lagi menuruti Al-Qur’an dan Al-Hadith serta apa jua nasihat ahli ilmu dan dalam masa yang sama terlihat akan dirinya tergelincir jatuh tersungkur dek kerana hawa nafsunya sendiri.
Nafsu anak adam boleh ditawan dengan dua belenggu :
Nafsu anak adam boleh ditawan dengan dua belenggu :
1. Umur yang pendek atau ajalnya.
2. Ikatan dan penyerahan murni kepada Allah dan taat kepada perintah-Nya.
2. Ikatan dan penyerahan murni kepada Allah dan taat kepada perintah-Nya.
Hati yang keras akan mengganggap kedua-dua belenggu ini sebagai 'penjara' yang membataskan dirinya, namun pada hakikatnya sekiranya tidak terbelenggu dengan dua perkara ini ia malah akan terbelenggu oleh musuhnya yang sentiasa akan merosakkannya.
Hawa nafsu memiliki empat (4) bahaya yang lain iaitu :
Hawa nafsu memiliki empat (4) bahaya yang lain iaitu :
PERTAMA : MENGHALANG KEBENARAN
Orang yang dikuasai oleh hawa nafsu akan sentiasa cuba menolak dalil dan hujah.
Ali bin Abu Talib ra yang menyedari bahaya ini dan sentiasa khuatir terhadapnya pernah berkata:
"Ada dua perkara yang paling aku takuti menimpa kamu iaitu panjang angan-angan dan mengikuti hawa nafsu. Panjang angan-angan dapat melupakan akhirat sedangkan mengikuti hawa nafsu dapat menghalang kebenaran".
KEDUA : MEROSAKKAN AKAL
KEDUA : MEROSAKKAN AKAL
Orang yang mengikut hawa nafsunya akan berijtihad dan disebabkan oleh penguasaan akal oleh hawa nafsunya, ianya akan menghasilkan pandangan yang cacat dan tidak sesuai.
KETIGA : PERTENGKARAN SESAMA SAUDARA ISLAM
KETIGA : PERTENGKARAN SESAMA SAUDARA ISLAM
Semakin luas perbezaan sudut pandang maka ia akan membawa kepada perselisihan hati. Ini sebagaimana yang diperingatkan oleh Sayyid Qutb bahwa apabila nafsu yang melonjakkan ego seseorang sehingga membelakangkan kebenaran, maka itu adalah petanda awal kepada pertengkaran dan pertelingkahan.
KEEMPAT : TERHENTINYA AMAL DAN MENINGGALKAN JAMAAH
KEEMPAT : TERHENTINYA AMAL DAN MENINGGALKAN JAMAAH
Lebih bahaya lagi apabila seorang pendakwah tidak memberi terapi yang mencukupi dalam merawat hatinya malah tidak bersegera untuk melawan penyakit pada nafsunya bahkan ia sentiasa merasakan dirinya selesa dan sihat serta tidak mahu mengakui bahawa hawa nafsu juga boleh merasuk dan merosakkan mereka.
Padahal, mereka yang menurut hawa nafsu ini sentiasa akan terlihat daripada pelbagai kesan yang nyata di mana langkahnya tidak membawa erti walaupun ia beramal sejauh timur dan barat kerana nafsunya yang tidak pernah membiarkan keikhlasan itu bertapak di dalam ubudiyahnya kepada Allah swt, naudzubillahi min dzalik.
Ulama’ salaf menyenaraikan sifat ‘rujulah’ atau 'lelaki sejati' yang dapat menundukkan hawa nafsunya iaitu dengan :

a. Beramal berdasarkan kewajipan yang semestinya, bukan atas dasar hawa nafsunya.
2. Menerima segala sesuatu dengan ikhlas.
3. Mampu tetap terus beramal dan menerimanya hingga ke saat akhir.
Marilah kita melaksanakan kewajipan dan berharap hanya pada ganjaran Allah bukan pujian dan bukan pula kekuasaan dan apabila ada keteguhan hati padanya, insyaAllah fitnah akan menjauhkan diri daripada kita.
Benar, ia adalah suatu proses terapi yang sukar namun lazat kerana, itulah yang diperlukan oleh jiwa yang sesuai dengan fitrahnya.
Oleh yang demikian, ia perlu kepada rawatan dan yang terbaik ialah pencegahan dan rawatan awal kerana terapi itu akan jadi semakin sukar apabila penyakit itu sudah memberat iaitu apabila penyakit hawa nafsu ini dibiarkan berlarutan.

Kesukaran dalam proses terapi akan menjadi ringan apabila sudah dimulakan sehingga dalam Denyutan Nadi Pertama di mana pertolongan Allah juga akan datang dan kenikmatan akan terasa apabila hawa nafsu itu sudah berjaya ditakluki, namun terapi hati perlu diteruskan sehingga denyutan nadi terakhir.
Akhir sekali marilah kita :
PERTAMA : Ikhlaskan niat kita dalam setiap amal kerana hanya dengan keikhlasanlah, amal kita akan diterima.
KEDUANYA : Beristighfar, kerana mematuhi sunnah nabi yang menyeru umatnya untnk sentiasa beristighfar.
KETIGA : Berselawat ke atas Nabi iaitu murabbi ulung yang telah menunjukkan jalan dakwah buat kita.
Ya Allah, kurniakanlah kekuatan pada hati-hati ini untuk melawan hawa nafsu yang membelenggu kami supaya tidak ada tembok di antara jiwa ini dan Engkau sebagai Pencipta kami.
Ameen Ya Rabbal alameen
WAS