skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Friday, 22 June 2012

Berzikir Tanpa Batas

Ditulis Oleh WAS Pada 10:06 – 0 Komen Anda
 

Sesungguhnya perintis dakwah ini, Imam Hasan Al-Banna menyebutkan tujuan yang beliau maksudkan untuk jamaahnya dengan mengatakan :

"Sesungguhnya jamaah ini memiliki tujuan yang pertama untuk :

  1. Mentarbiyah jiwa-jiwa secara peribadi.
  2. Memperbaharui jiwa-jiwa mereka.
  3. Menguatkan akhlak.
  4. Menumbuhkan keperibadian yang benar dalam diri umat.
Mereka mesti meyakini bahwa semua itu adalah landasan awal yang menjadi asas kebangkitan rakyat dan umat."

Kita meyakini bahwa tidak ada jalan yang perlu ditempuh untuk mengaplikasikan tujuan itu selain jalan yang telah ditempuh oleh pendakwah pertama, iaitu Rasulullah saw.

Baginda telah membangunkan jiwa dan menghubungkannya dengan Allah swt dengan jalan mengerjakan amalan yang paling utama iaitu zikir kepada Allah swt.

Allah swt berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (QS Al-Ahzab : 41-42)

Perintah untuk berzikir diulang dalam ayat yang berbeza-beza.
Aisyah ra berkata :

"Sesungguhnya Nabi saw berzikir sepanjang hayatnya dalam setiap kesempatan." (Muttafaq `alaih).

Dalam bahasa Arab, zikrullah mempunyai dua maksud.

PERTAMA : INGATAN KITA KEPADA ALLAH SWT

Maknanya, kita mengingati Allah swt dan makna inilah yang sering digunakan oleh kebanyakan orang apabila menyebut perkataan zikrullah.

KEDUA : INGATAN ALLAH SWT KEPADA KITA

Maknanya, Allah swt yang mengingati kita dan inilah maksud zikrullah dalam ayat :

"Ala bi zikrillahi tat'ma'innu al-qulub" (“Ketahuilah bahawa dengan zikrullah, hati-hati akan menjadi tenang).

Demikianlah menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya “Minhajul ‘Arifin”.

Zikrullah dengan maksud pertama (ingatan kita kepada Allah swt) ialah suatu proses untuk mencapai zikrullah dgn maksud kedua (ingatan Allah swt kepada kita) dalam perjalanan menuju Allah.

Ini sepertimana firman Allah swt :

"Ingatilah Aku, niscaya Aku akan mengingatimu".

Inilah manfaat asas bagi zikrullah (kita ingat Allah swt) iaitu kita akan diingati oleh Allah swt.

Imam Ibnu 'Atha'illah As-Sakandari menyebut dalam kitabnya ‘Al Hikam’ :

“Jangan tinggalkan zikir lantaran hatimu tidak dapat berkonsentrasi kepada Allah saat berzikir. Ini adalah kerana, kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih buruk daripada kelalaianmu saat berzikir. Semoga Allah berkenan mengangkat darjatmu dari zikir yang penuh dengan kelalaian menuju zikir yang penuh dengan kesedaran (ingat kepada Allah); dan dari zikir yang penuh dengan kesedaran menuju zikir yang disemangati oleh kehadiranNya. Juga dari zikir yang disemangati oleh kehadiranNya menuju zikir yang meniadakan segala sesuatu selainNya. Dan yang demikian itu bagi Allah bukanlah merupakan sesuatu yang sukar.”

Ini menunjukkan kepada kita bahawasanya, dengan zikir tanpa kehadiran hati juga membawa kepada ingatan Allah swt kepada kita kerana kalau Allah swt tidak mengingati kita yang berzikir tanpa kehadiran hati, niscaya Dia tidak akan memindahkan kita dari keadaan zikir tanpa kehadiran hati, kepada keadaan zikir dengan kehadiran hati.

Berpindahnya keadaan kita dari kelalaian hati kepada kehadiran hati dalam berzikir membuktikan bahawasanya Allah swt memang mengingati kita sewaktu kita berzikir tanpa kehadiran hati lagi.

Ini menunjukkan sifat Maha Pemurah Allah swt kepada para hambaNya.

Seterusnya, zikir yang disertai dengan kehadiran hati akan membawa kepada ‘fana'’ daripada diri sendiri seterusnya menyaksikan keagungan Allah swt dengan mata hati, lalu timbullah rasa kegerunan terhadap ‘haibah’ (kebesaran) Allah swt.

Rasa takut kepada Allah swt ini akhirnya membawa kepada ‘jannatain’ (dua syurga) sepertimana dalam firmanNya :

"Bagi orang yang takut kepadaKu akan mendapat dua syurga".

Ada sesetengah ulama' menafsirkan maksud dua syurga tersebut adalah :
  1. Syurga ‘ma'arif’ (makrifat / mengenal Allah swt).
  2. Syurga ‘zakhorif’ (syurga di akhirat kelak).
Adapun ‘jannatul ma'arif’ (syurga makrifat) adalah antara manfaat yang paling agung buat para hamba Allah swt, kerana dengan makrifat tersebut, seseorang mengenaliNya dan seterusnya memperbaiki kehambaan dirinya kepadaNya dengan menjaga adab di hadratNya sesuai dengan makrifatnya tentang Allah swt.

Manfaat yang paling berharga buat seseorang hamba Allah swt di dunia (apatah lagi di akhirat) adalah mencintai Allah swt dan menyempurnakan kehambaan diri kepadaNya, yang mana kedua-duanya tidak akan tercapai melainkan dengan ‘ma’rifatullah’.

Seseorang yang mencapai ‘ma’rifatullah’ akan kembali kepada hakikat asal di mana dia menyaksikan bahawasanya, selama ini Allah swtlah yang sememangnya mengingatinya sejak azali dan kerana itulah berlakunya ‘asbab-asbab’ yang membawanya kepada mengingati Allah swt dan seterusnya mengenaliNya.

Jika bukan kerana kecintaan Allah swt kepadanya sejak azali dan kalau bukan kerana ingatan Allah swt kepadanya sejak azali (hadrah ilmu Allah), mana mungkin dia akan mengingati Allah swt.

Seorang sahabat berkata :

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya syari'at Islam begitu banyak ditujukan kepadaku, beritahukanlah kepadaku satu perkara yang mesti sentiasa aku lakukan dengan konsisten."

Dalam riwayat lain,

"Sesungguhnya syari'at Islam demikian banyak, maka bab manakah yang kami perlu berkomitmen terhadapnya dan telah mencakupi semua syari'at itu."

Rasulullah saw bersabda :

"Hendaknya lisanmu selalu basah dengan zikrullah." (HR Tirmizi dan Ahmad)

Zikir itu adalah amal yang paling utama.

Rasulullah saw bersabda :

" Tidakkah kamu ingin aku menceritakan kepada kamu sebaik-baik amal bagi kamu?
Amalan yang paling suci di sisi Tuhan kamu? Paling tinggi darjatnya bagi kamu, dan lebih baik bagi kamu dibandingkan dengan kamu berinfak emas dan permata. Lebih baik bagi kamu daripada kamu bertemu dengan musuh kamu lalu mereka memukul leher kamu dan kamu memukul leher mereka."

Para sahabat menjawab : "Ya."

Rasulullah saw bersabda : "Zikir kepada Allah swt." (HR Tirmizi)

Rasulullah saw juga menjanjikan bahwa banyak berzikir menyebabkan datangnya kemenangan.

Baginda saw bersabda :

"Telah mendapat kemenangan al-mufarridun."

Sahabat bertanya :"siapakah al-mufarridun itu ya Rasulullah?"

Baginda menjawab : "orang-orang yang dikenali dengan banyak berzikir kepada Allah. Dia menyimpan zikir sebagai amalan yang paling banyak sehingga zikir itu akan datang pada hari kiamat sebagai yang meringankan (dosa-dosa mereka." (HR Tirmizi)

Zikir adalah pintu yang paling lebar yang dapat kita masuki untuk menuju Allah swt, maka jadikanlah jiwa kita sentiasa memeliharanya.

"Diantara tujuh golongan orang yang akan mendapatkan perlindungan Allah swt pada hari ketika tidak ada perlindungan lain selain perlindungan Allah, iaitu : "seseorang yang selalu menyebut nama Allah sehingga bercucuran air matanya." (Muttafaq `alaih)

Zikir akan menyebabkan hidupnya hati dan meninggalkan sebab matinya hati.

Dalam sebuah hadits dari Nabi saw, baginda bersabda:

"Perumpamaan sebuah rumah yang sering disebut nama Allah didalamnya dan yang tidak pernah disebut nama Allah didalamnya seperti orang hidup dan orang mati." (Muttafaq `alaih)

Zikir juga mampu menyebabkan tenangnya hati.

Allah swt berfirman :

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah hanya dengan zikir kepada Allah akan membuatkan hati menjadi tenang." (QS Ar-Ra'du : 28)

Ayat ini menunjukkan bahwa hati seorang mukmin sangat dipengaruhi oleh zikir kepada Allah.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah maka gementarlah hati-hati mereka ." (QS Al-Anfal : 2)

Oleh kerana itu, janganlah ada perkara lain yang menyibukkan hati seorang mukmin selain zikir kepada Allah.

Maka orang-orang mukmin itu adalah :

"Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) jual beli dari zikir kepada Allah , dan (dari) mendirikan solat dan (dari) menunaikan zakat." (QS An-Nur : 37)

Zikir sebenarnya mampu mengembalikan orang yang bersalah kepada kebenaran, maka ia akan bersegera untuk kembali kepada kebenaran.

Firman Allah swt :

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka berzikir kepada Allah dan memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka." (QS Imran 135)

Zikir boleh menyebabkan wujudnya kebersamaan Allah dengan seorang hamba sebagaimana firman Allah swt :

"Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, niscaya Aku akan ingat (pula) kepadamu." (QS Al-Baqarah : 152)

Rasulullah saw bersabda :

"Allah swt berfirman : “ku sesuai dengan sangkaan hambaKu kepadaKu, aku bersamanya ketika ia berzikir kepadaKu, jika ia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diriKu. Jika ia mengingatiKu dalam satu kelompok, maka Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik darinya." (HR Muslim)

Rasa kebersamaan (mai’yyah) ini adalah dalam bentuk :

  1. Kedekatan.
  2. Perwalian.
  3. Cinta.
  4. Pertolongan.
  5. Taufiq.
Maka, cukuplah ini sebagai keutamaan dan kemuliaan.

Oleh yang demikian, fikirkanlah betapa banyaknya faedah yang dapat kita raih dari kandungan zikir kepada Allah berupa :

  1. Kemenangan.
  2. Pertolongan.
  3. Kekuatan.
  4. Perlindungan.
  5. Taufiq.
Oleh karena itu, zikir merupakan sebab berjayanya seorang pendakwah dan asas keberaniannya dalam menghadapi umat.

Seorang yang biasa berzikir kepada Allah akan merasakan bahwa taqdir yang berlaku berjalan sesuai dengan perintahNya.

Zikir menyebabkan hatinya dipenuhi dengan kehebatan dan keagungan Allah, maka ia tidak akan ragu dalam menyampaikan dakwah dan mengungkapkan kebenaran.

Dengan landasan itulah Allah swt memerintahkan kepada Nabi Musa as dan Nabi Harun as dengan firmannya :

"Pergilah kamu beserta saudaramu dengan membawa ayat-ayatKu dan janganlah kamu berdua lalai dalam mengingatiKu." (QS Thaha : 42)

Meninggalkan zikir boleh mengakibatkan kerasnya hati.

Allah swt berfirman :

"Celakalah bagi orang yang hatinya keras dari berzikir kepada Allah. Mereka itulah orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata." (QS Az Zumar : 22)

Rasulullah saw bersabda :

"Janganlah kamu banyak berbicara selain mengingati Allah swt. Sesungguhnya banyak berbicara dengan sesuatu yang bukan mengingati Allah akan mengeraskan hati. Dan sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah adalah orang yang hatinya keras." (HR Tirmizi)

Di antara akibat dari lalainya hati kepada Allah, datangnya syaitan yang menguasai seorang hamba.

"Syaitan telah menguasai mereka dan menjadikan mereka lupa dari berzikir kepada Allah." (QS Al Mujadalah : 19)

"Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang sentiasa menyertainya."(QS Az Zukhruf : 36)

Zikir adalah makna yang umum dari setiap perbuatan taat.

Imam Hasan Al-Banna berkata :

"Ketahuilah wahai saudaraku bahwa yang dimaksudkan dengan zikir bukan hanya sekadar zikir dengan lisan sahaja, akan tetapi :

  1. Taubat itu adalah zikir.
  2. Bertafakur merupakan zikir yang paling tinggi.
  3. Menuntut ilmu adalah zikir.
  4. Mencari rezeki apabila disertai dengan niat yang baik adalah zikir.
  5. Setiap pekerjaan yang diiringi dengan perasaan diawasi Allah swt dan engkau sentiasa ingat bahwa pandanganNya melekat kepadamu adalah zikir.
Oleh kerana itu, maka orang yang bijaksana (mengenal Allah) akan sentiasa berzikir dalam setiap keadaannya."

Qatadah berkata dalam sebuah riwayat hadith:

"Keadaan kaum ini mereka saling berniaga dan berjual beli, akan tetapi apabila datang salah satu tuntutan hak Allah swt, mereka tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli mereka dari zikrullah. Sampai mereka menunaikan yang menjadi hak Allah tersebut." (HR Bukhari)

Zikir seharusnya dilakukan pada setiap waktu dengan segala keadaan.

Imam Hasan Al Banna menambah :

"Jika engkau mengetahui semua ini wahai saudaraku yang mulia, maka janganlah engkau hairan jika seorang muslim mesti sentiasa berzikir dalam setiap keadaannya dan berusaha mewarisi dari Nabi saw (makhluk yang paling mengenali Rabbnya) beberapa kalimah indah dan mendalam dari zikir, doa, syukur, tasbih dan pujian dalam setiap keadaan kecil mahupun besar serta berharga atau remeh kerana Nabi saw sentiasa berzikir dalam setiap keadaan.

Juga jangan engkau hairan jika kami menuntut Ikhwanul Muslimin agar mengikuti   sunnah Nabi mereka dan meneladaninya dengan cara menghafal zikir-zikir ini dan  mendekatkan diri kepada zat Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun dengannya."

Allah swt berfirman:

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhir dan mereka banyak mengingati Allah." (QS Al-Ahzab : 21)

Dengan paparan di atas, kita mengetahui bahwa penekanan tarbiyah kita adalah ruhiyah yang sentiasa terjaga dengan zikir yang berterusan yang ditemui dalam "wazhifah kubra" untuk pagi dan petang.

Jika seseorang aktivis dakwah memiliki waktu yang sempit atau mengetahui kelesuan pada diri mahupun pada saudara-saudaranya, maka cukuplah baginya membaca "wazhifah sughra".

Kemudian ia menjaga semua zikir sesuai dengan situasi dan keadaan bahkan di seluruh waktunya.

"Maka apabila kamu telah selesai menunaikan solat (mu), berzikirlah kepada Allah samada sambil berdiri, duduk dan berbaring." (QS An-Nisa' : 103)

Maka itu jugalah yang menjadi tanda dan kewibawaan "ulul albab" iaitu orang-orang yang sentiasa mengingati Allah baik sambil berdiri, duduk dan berbaring sebagaimana yang diceritakan oleh Allah swt dalam ayat berikut :

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (QS Ali Imran : 191)

Ibnu Abbas ra berkata :

"Setiap ibadah yang diwajibkan oleh Allah swt memiliki waktu yang khusus dan seorang hamba boleh melakukannya di luar waktu yang ditentukan kerana uzur tertentu kecuali zikir, yang Allah tidak menentukan baginya waktu khusus".

Allah swt berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya." (QS Al Ahzab : 41)

"Maka berteguh hatilah kamu dan ingatlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung" (QS Al Anfal : 45)

"Dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu mendapat kemenangan." (QS Al Jumu'ah : 10)

Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa berzikir mengingatiMu dalam setiap keadaan kerana sesungguhnya ianya adalah contoh tauladan yang paling mulia dari NabiMu saw. Sematkanlah dalam hati kami perasaan berlumba-lumba untuk mencapai cita-cita yang tinggi yang akan menghasilkan amal-amal mulia di mana jiwa kami akan memiliki keindahan ruhani dan sentiasa terdorong untuk mencapai kesempurnaan hingga dapat meraih kemuliaan yang telah ditakdirkan untuknya.

Ameen Ya rabbal Alameen
WAS
Labels: Ruhiyah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Kualiti Sebenar Rijalud Dakwah
    Rijalud dakwah adalah seseorang yang telah di tarbiyah secara intensif sehingga memiliki persediaan untuk berjuang dan berkorban di jal...
  • Surah Yang Menjadi Pembela
    Allah swt telah menurunkan kepada kita Al Qur’an sebagai : a.        Cahaya. b.       Rahmat. c.        Ubat dari penyakit hati dan...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ▼  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ▼  June (9)
      • Memahami Faktor-Faktor Kemenangan
      • Meraih Kemenangan Dari Allah
      • Berzikir Tanpa Batas
      • Menggali Mutiara Isra' Mi'raj
      • Tarbiyah Asas Binaan Dakwah
      • Meningkatkan Integriti Diri
      • Proaktif Di Atas Jalan Dakwah
      • Ubat Sesak Dada
      • Kematian Sentiasa Menggamit
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger