skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Thursday, 22 August 2013

Mehnah & Tribulasi Sunnah Allah

Ditulis Oleh WAS Pada 06:03 – 0 Komen Anda
 
Kefahaman terhadap mehnah dan tribulasi merupakan suatu hakikat kehidupan yang sangat perlu dimiliki oleh mereka yang merasa dan mengaku diri sebagai muslim dan mukmin kerana keimanan itu tidak diakui begitu sahaja sebelum terbukti lulus dari ujian Allah swt sepertimana firman Allah berikut :

“Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan berkata : ‘kami beriman’, padahal mereka belum di uji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah betul-betul mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Ia betul-betul mengetahui orang-orang yang berdusta.” (QS Al- Ankabut : 2-3)

Beratnya sesuatu ujian itu bersesuaian dengan nilai dan kualiti keimanan seseorang. Apabila imannya kuat, maka beban ujiannya juga berat dan yang paling berat ujiannya adalah para nabi.

Rasulullah saw bersabda :

“Manusia yang (menghadapi) ujian paling berat adalah para nabi, kemudian orang-orang yang soleh, kemudian yang berikutnya. Seseorang mendapatkan ujian sesuai dengan tingkatan keagamaannya. Apabila agamanya kuat, akan bertambah ujian baginya “ ( HR Bukhari)

BERBAGAI UJIAN

Dunia adalah tempat untuk mehnah dan tribulasi.

Jika kita perhatikan memang kehidupan ini berisi ujian (ibtila’) samada ujian yang berbentuk kenikmatan ataupun ujian berupa keburukan.

Berikut adalah beberapa bentuk ujian yang ada di sekitar kita yang boleh memberi kefahaman terhadap hakikat kehidupan ini.

PERTAMA : PENDERITAAN

Tekanan dan penderitaan hidup merupakan salah satu bentuk ujian bagi keimanan seseorang. Betapa kita melihat di sekeliling kita ramai manusia yang mengeluh kerana kesulitan-kesulitan yang mereka hadapi. Oleh kerana itu ketegaran dan keteguhan hati sangat diperlukan.

Namun demikian, para sahabat yang menyaksikan betapa beratnya penderitaan yang menimpa mereka cuba untuk menghadap Rasulullah saw di samping mengusulkan agar baginda memohon kepada Allah swt untuk meringankan penderitaan yang menimpa sahabat mereka. Mereka khuatir kalau-kalau keimanan para sahabat yang disiksa itu akan berubah.

Namun, Rasulullah saw menanggapi perkara itu dengan tenang serta bersabda :

“Sesungguhnya umat sebelum kamu menghadapi siksaan yang lebih berat dari itu, di antara mereka ada yang digergaji hingga terbelah badannya, mereka tidak bergeser dari keyakinannya, mereka juga ada yang disikat dengan cakar dari besi hingga tergelupas daging dari tulangnya, namun mereka tetap kukuh dengan aqidahnya. Demi Allah! Allah pasti akan menyempurnakan urusan (agama) ini, sehingga seorang pengembara dapat dengan aman berjalan dari Sana’a (Yaman) ke Hadharamaut, ia tidak takut kecuali kepada Allah dan tidak (khuatir) kepada serigala (yang mengancam) kambingnya, tapi (sayang) kamu (terlalu) terburu-buru.” (HR Bukhari)

KEDUA : KELUARGA DAN ANAK-ANAK

Secara idealnya, keluarga memang diharapkan mampu memberikan kesejukan, ketenteraman dan kasih sayang yang mendukung perjalanan hidup dan tugas manusia sebagai hamba Allah swt.

Namun tidak sedikit kita saksikan bahwa dalam realiti kehidupan sosial, ianya tidak sedemikian, bahkan anak dan isteri malah menjadi halangan dalam kehidupan.

Sifat idealistik dan semangat yang sebelumnya menyala sedemikian rupa mula meredup manakala ruh jihad dan kecintaan terhadap dakwah tiba-tiba hilang dek kerana pengaruh keluarga tadi.

“Orang-orang Arab yang tidak ikut berjuang berkata : harta dan keluarga kami telah menghalangi kami.” (QS Al-Fath : 11)

“Wahai Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri dan keturunan sebagai penyejuk mata hati (kami), dan jadikanlah kami iman bagi orang-orang yang bertaqwa.” ( QS Al-Furqan : 74)

KETIGA : HARTA

Harta merupakan salah satu unsur kekuatan yang digunakan sebagai penyangga kepada gerak kerja dakwah Islamiyah. Jadi harta dimanfaatkan dan dikendalikan untuk mendukung tugas ibadah kepada Allah swt.

Namun, pada kenyataannya kita melihat tidak sedikit orang yang diperhambakan oleh hartanya. Memang harta boleh menjadi fitnah kehidupan.

Harta dunia bukanlah tujuan, tapi ianya adalah wasilah yang tidak boleh dilupakan.

Firman Allah swt :

“Dan carilah apa yang Allah kurniakan kepadamu dari kehidupan akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia.” (QS Al-Qashash : 77 )

Manakala harta yang diletakkan bukan pada tempatnya, maka bererti ia terkena penyakit “Wahn” iaitu terlalu mencintai dunia dan takut menghadapi risiko kematian. Itulah tanda awal kehancuran imannya, Naudzubillah.

KEEMPAT : SYAKHSHIYAH (KEPERIBADIAN)

Manusia di antara satu dengan yang lain ada kelebihan dan kekurangannya. Keutamaan yang diterima oleh seseorang tidak boleh menjadikannya angkuh dan sombong serta demikian pula kekurangannya tidak membawanya kepada kecil hati dan merasa hina. Pada hakikatnya kesemuanya itu berasal dari Allah Yang Maha Kuasa.

Kita boleh mengambil i’tibar dari kisah Nabi Sulaiman as ketika baginda merasakan bahwa dirinya dikurniakan Allah kekuasaan dan kemampuan untuk mengendalikan manusia, jin dan haiwan.

KELIMA : KETERASINGAN AQIDAH

Pergeseran nilai di tengah-tengah masyarakat adalah disebabkan oleh ‘ghazwul fikri’ (peperangan pemikiran) yang didukung oleh wasilah yang canggih.

Di samping kelemahan daya tahan iman kaum muslimin, ianya menjadikan orang-orang yang istiqamah rasa terasing.

Mereka dianggap aneh, bahkan julukan-julukan yang menyesatkan diarahkan kepada mereka seperti :

a.       Ekstrim.
b.      Fundamentalis.
c.       Kolot.
d.      Ortodoks.
e.       Terkebelakang.
f.       Tidak intelek.
g.      Anti modenisasi.

serta pelbagai ungkapan-ungkapan yang tidak berharga lainnya.

Bagi mereka yang keimanannya lemah akan goyah dengan hembusan angin fitnah ini tetapi seorang muslim yang istiqamah serta mempunyai kefahaman Islam yang syamil dan kamil (utuh dan menyeluruh), baginya tidaklah mengapa kerana ia memahami hadits Rasulullah saw :

“Sesungguhnya Islam itu bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali menjadi asing sebagaimana di awalnya. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (kerana aqidahnya) “. (HR Muslim)

Dalam riwayat lain diterangkan bahwa ‘ghuraba’’ itu adalah orang yang sentiasa berbuat baik ketika orang lain berbuat kerusakan. Ertinya mereka tetap beriltizam (komited) kepada nilai-nilai dan prinsip Islam walaupun lingkungannya rusak.

HIKMAH MEHNAH DAN TRIBULASI DALAM DAKWAH ISLAMIAH

Apa yang terlintas di dalam benak pemikiran kita terhadap cemuhan, rintangan dan penyiksaan  yang dihadapi oleh para Anbiya' sebagai pembawa risalah Islam ini, maka timbul satu pertanyaan :

Kenapakah Nabi saw dan sahabatnya rela menanggung segala azab sengsara dan penyiksaan sedangkan mereka ini dalam kebenaran?

Kenapa pula Tuhan tidak melindungi mereka sedangkan mereka adalah tentera-tenteraNya dan Rasulullah saw pula merupakan pendakwah dan pejuang di jalanNya?

Sebalikya kenapa pada masa yang sama Allah menguji mereka dengan pelbagai penderitaan seperti kehilangan kerabat yang dikasihi atau gagal menyelamatkan keluarga yang terdekat kepada Islam?

Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan hambaNya keseorangan tanpa pertolongan dan perlindungan dariNya. Setiap pancaroba dan dugaan yang ditanggung oleh seseorang pendakwah mengandungi rahsia dan hikmahnya yang tersendiri.

Kalaulah Allah menghendaki supaya ditegakkan sebuah masyarakat Islam tanpa bersusah payah niscaya mudah sahaja bagiNya.

Namun demikian, sebagai seorang ‘mukallaf’ di dunia ini, seseorang itu mesti melaksanakan segala perintah dan suruhan-suruhan Allah yang berat dan susah. Seseorang itu wajib berpegang dengan ajaran Islam dan mendirikan masyarakat yang sejati dan seterusnya mengharungi segala kesusahan untuk mencapai tujuan tersebut.

Di antara rahsia dan hikmah yang terungkap di dalam ujian Allah swt kepada hamba-Nya ialah :

1) Lahirnya sifat kehambaan dan pengabdian manusia terhadap Allah Azzawajalla sepertimana yang ditegaskan oleh Allah swt yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.”

2) Melaksanakan sifat taklif atau tanggungjawab “mukallaf" sebagai sebahagian dari sifat pengabdian terhadap Allah dengan mengharungi lautan penderitaan demi mempraktikkan syariat Islam ke atas dirinya dan melaksanakan peraturan-peraturan Islam di dalam masyarakatnya.

3) Menampakkan kebenaran mereka yang benar dan kedustaan mereka yang dusta. Jika dibiarkan manusia mengaku Islam dan cintakan Allah sekadar di lidahnya sahaja maka tidak wujudlah perbezaan di antara :

a. Si benar dengan si pendusta.
b. Orang yang beriman dengan munafik.
c. Yang sabar dan bersungguh-sungguh dengan yang menyimpang dan sombong.

Namun, kepahitan dan pancarobalah yang membezakan antara mereka supaya jelas bagi kita keadilan Allah.

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.”

4) Membersih dan menyucikan hati orang mukmin dan seterusnya meningkatkan lagi keimanan dan pegangan mereka terhadap tugas dakwah sehingga mereka tergolong di dalam golongan yang diberikan pertolongan oleh Allah supaya memelihara dan melaksanakan amanahnya dengan sebaik mungkin. Firman Allah swt :

“Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada kamu”.

5) Terlepas dirinya daripada azab Allah swt dengan menanggung siksaan (bala) manusia dan tidak menjadikan siksaan manusia sebagai azab daripada Allah swt.

Firman Allah swt :

“Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: Kami beriman kepada Allah; kemudian apabila dia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, dia jadikan gangguan manusia itu seperti azab siksa Allah (lalu dia taatkan manusia) dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu. (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk?”

ADAKAH UJIAN ALLAH NATIJAH DARI KESALAHAN MANUSIA?

Sesetengah golongan menganggap bahawa ujian adalah bukan satu perkara yang tabi’ie dalam berdakwah atau ia merupakan natijah daripada kesalahan yang dilakukan oleh pimpinan jamaah yang seterusnya mempengaruhi saf-saf jamaah yang lain lalu berlakulah kebimbangan dan kekhuatiran hingga terancamnya perjalanan dakwah.

Namun, pendapat yang paling sahih adalah bertentangan dengan kefahaman ini, iaitu ia merupakan perkara tabi’ie yang mesti dilalui di dalam gerakan Islam.

Adakah boleh diterima jika dikatakan bahawa Rasulullah saw dan orang-orang mukmin yang bersama baginda serta para Anbiya' terdahulu menghadapi lautan penderitaan adalah hasil dari kesalahan mereka?

Hakikatnya, musuh-musuh Allah memerangi pembawa risalah kebenaran ini kerana bimbang kebatilan mereka akan dihapuskan dengan yang haq.

Manakala para mujahid pula tetap berpegang teguh dan istiqamah dalam melaksanakan dakwah kepada Allah menyebabkan mereka sanggup menghadapi penderitaan, siksaan dan sebagainya.

Firman Allah swt :

“Dan sesungguhnya nyaris-nyaris mereka dapat memesongkanmu (wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya dan (kalau engkau melakukan yang demikian) barulah mereka menjadikan engkau sahabat karibnya.”

Hakikatnya bukanlah bermakna tidak berlaku kesalahan atau kesilapan terhadap diri seseorang sedangkan kita hanyalah manusia biasa dan tidak maksum.

Maka, sesiapa yang berjuang untuk beramal maka sudah semestilah juga menempuh kesalahan dan kesilapan, sebaliknya sesiapa yang tidak beramal maka dia tidak akan menempuh kesalahan.

Kesalahan individu yang berlaku pula menjadi natijah ke atas daya usaha dengan akal fikiran manusia yang terbatas, sementara niat yang baik itu diharapkan mendapat ganjaran pahala dari Allah swt serta wajib mengambil ‘istifadah’ dan pengajaran daripadanya.

Demikianlah sunnatullah dalam kehidupan manusia di dunia ini. Dunia sememangnya ‘Dar al Ibtila’’ dan bukannya syurga.

Manusia perlu sedar dan mengerti konsep mehnah dan tribulasi dalam kehidupan ini. Mereka mesti belajar dan membiasakan diri dengan hakikat ini. Manusia mesti sedar bahawa mehnah dan tribulasi ini adalah sebahagian dari hakikat hidup duniawi mereka yang sudah ditakdirkan.

Manusia tidak dapat lari dari takdir ini walau bagaimana melangitpun pencapaiannya. Tanpa ujian dan dugaan hidup, manusia akan kehilangan matlamat, semangat dan erti hidup itu sendiri.

Dengan mehnah dan tribulasi, Allah mahu mengajar manusia agar lebih mementingkan matlamat hidup yang sebenar berbanding kehidupan duniawi. Allah mahu manusia meningkatkan dirinya ke alam ruhani dan setiap individu mestilah dalam keadaan lebih tinggi dari pengaruh duniawi yang fana. Manusia perlu hidup berlandaskan pegangan hidup yang benar dan mulia dan bukan hidup berpaksikan kepada kepentingan material yang sementara.

Allah swt berfirman :

“Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia di (tengah ) kemelut (kehidupan).” (QS Al Balad : 4)

Rasulullah saw bersabda:

 “Apa jua kelelahan, kepedihan, keletihan, kesakitan, kedukaan yang menimpa diri seseorang muslim ; hinggakan duri yang dicabut (kerana mencucuk jarinya) ; semuanya itu akan menyebabkan Allah mengampunkan dosanya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan dalil-dalil di atas, jelaslah bahawa kehidupan di dunia ini memastikan manusia menghadapi mehnah dan tribulasi dari Allah.

Ini sesuatu yang wajar kerana kehidupan sementara di dunia ini ibarat pentas ujian menuju akhirat dan ia memang tidak menjanjikan syurga. Syurga hanya dinikmati apabila manusia sudah meninggal dunia setelah melaksanakan kewajipan dari ajaran agama Allah.

Selain dari itu, pertentangan antara iman dan kufur, muslim dan musuh-musuh yang memandang buruk terhadap agama mereka di dunia ini adalah pertentangan yang abadi.

Pertentangan ini pasti akan membawa musibah . Ini semua adalah sunnah Allah kepada orang yang beriman. Mereka mesti sabar dan menerima hakikat fitnah dan tribulasi yang sudah dijanjikan oleh Allah serta mesti rela dengan segala qadha’ dan qadar Allah.

Kehidupan ini memang banyak kerenah dan penuh dengan berbagai masalah. Manusia perlu melatih diri dengan ketabahan dan kesabaran.

Allah swt berfirman :

“Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum diuji (dicoba) seperti orang orang sebelum era kamu. Mereka pernah menghadapi kesusahan, kesengsaraan bahkan iman mereka pernah bergegar (dan goncang). Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersama beliau sampai bertanya: bilakah gerangannya pertolongan Allah akan tiba. (Sebenarnya ) pertolongan Allah itu sangat hampir.” (QS Al Baqarah : 214)

Oleh kerana kehidupan ini adalah medan perjuangan untuk melakukan perubahan dari suasana hidup jahiliah kepada nilai hidup Islam maka sudah tentu ia menjanjikan berbagai kesukaran , ujian dan tribulasi.

Manusia muslim yang aktif bergerak dalam pergerakan Islam perlu :

1.      Meringankan beban kebendaan disebabkan perjalanan yang akan dilakukan adalah jauh dan berhadapan dengan banyak rintangan.
2.      Bersikap sederhana dalam mencari kekayaan sehingga tidak melupakan tugas asasnya untuk memperjuangkan dan menobatkan Islam di tempat yang teratas.
3.      Meyakinkan dirinya bahawa status perjuangannya sebagai aktivis dakwah adalah lebih mulia dan tinggi di sisi Allah dari pejuang nasionalisma, sekularisma dan materialisma.
4.      Insaf dan sedar bahawa kalau pun ia mengalami kesusahan dan kesukaran dalam perjuangan ini, lawannya juga menghadapi kesusahan.

“Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.” (QS Ali Imran : 140)

Kemenangan dan kekalahan sebagai natijah usaha akan disilihgantikan oleh Allah kepada mana-mana hambaNya yang disukaiNya.

Mereka perlu menjadi saksi ke atas kekafiran dan penentangan musuh Allah terhadap agamaNya.

Mereka menjadi bukti kezaliman golongan sekular terhadap hamba Allah yang mahu meninggikan martabat syariatNya .

Mereka menyerlahkan hakikat penentangan kepada agama dari golongan nasionalis yang beriman tapi dengan penuh kepura-puraan.

Dengan yang demikian, mereka nanti wajar disisa oleh Allah dengan siksaan yang pedih dan tidak ada tolok bandingnya.

Kesaksian seperti inilah yang disebut oleh Allah dalam ayat di atas.

Kesaksian ini juga bermakna golongan yang terbukti tahan uji dan bersedia menghadapi kepedihan perjuangan akan tampil :

a.       Menangani kebatilan.
b.      Menentang kezaliman.
c.       Menghalang kemungkaran.

Mereka tampil menjadi saksi zaman yang mampan dan utuh , tegak bagaikan gunung yang tidak berganjak dan terus berpegang kepada kebenaran.

Mereka memimpin umat dan bertindak mendepani zamannya untuk mengukir sejarah yang baru.

Ramai manusia yang tidak sabar menghadapi mehnah dan tribulasi . Mereka menyamakan  gangguan dan kezaliman manusia dengan azab Allah . Oleh itu mereka memandang besar gangguan dan gugatan manusia sehingga menyebabkan mereka lari dari perjuangan Islam dan dari menegakkan kebenaran dan sebaliknya mereka menurut jalan-jalan kesesatan yang ditaja oleh manusia.

Oleh yang demikian, tidak sedikit kita lihat orang bijak pandai yang menjadi perkakas kepada penguasa yang zalim dan ajaran yang sesat kerana mereka tidak sabar menghadapi dugaan dan gugatan manusia. 

Bahkan mereka tidak sabar melihat kilauan wang ringgit yang dijanjikan oleh musuh-musuh Allah dan orang yang bersekongkol dengan mereka sehingga akhirnya mereka menjual diri dan menjadi “zhahiran lil mujrimin” iaitu alat kepada golongan musuh dan petualang.

Watak dan sikap manusia yang sebenar akan terserlah dalam ujian yang dilaluinya. Dalam kedaan biasa watak tersebut mungkin boleh disembunyikan namun apabila berhadapan dengan keperitan dan kesengsaraan kerana perjuangan barulah ketara sifat dan pembawaan diri yang sebenar.

Golongan yang beriman pasrah dan redha dengan takdir Allah manakala golongan munafiq mempertikaikan perbuatan dan takdir Allah. Bahkan mereka tidak yakin dengan janji Allah serta meragui janji-janji Allah tersebut :

“Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: "Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja.” (QS Al Ahzab : 12)

Dengan adanya mehnah dan tribulasi ini, akan berguguranlah golongan yang berpenyakit dari saf perjuangan.

Kehadiran mereka adalah kehadiran yang melemah dan melesukan perjuangan. Oleh sebab itu tanggapan mereka terhadap sesuatu peristiwa menjadi serba hitam dan penuh dengan putus asa. Tanggapan mereka terhadap orang mukmin penuh dengan keraguan dan syak wasangka serta  tidak pernah bersikap optimis. 

Mereka menjadi beban yang menyusahkan gerakan Islam walhal sepatutnya mereka menjadi aset yang menguntungkan gerakan Islam.

Sesungguhnya, bagi manusia mukmin apabila menghadapi berbagai ujian yang silih berganti, dia akan lebih tabah dan mantap merealisasikan matlamat perjuangan. Dia sudah biasa dengan asam garam perjuangan serta tidak pernah mengenal jemu dan pantang berundur. Azam dan tekadnya semakin kental dan yakin bahawa janji Allah adalah benar.

Buih kesesatan, puaka kegelapan dan gerombolan penentang agama Allah ini akhirnya akan kecundang dan dikalahkan oleh Allah samada cepat atau lambat.

Oleh yang demikian, pejuang Islam akan meneruskan perjuangan dengan yakin diri dan dengan sifat tawakkal serta tekad yang terus membara. Ia yakin benar dengan sunnah Allah dan konsep mehnah dan tribulasi dalam kehidupan. Ia berjuang di atas landasan keilmuan, keimanan dan kebenaran sesuai dengan firman Allah :

“Iaitu supaya orang (kafir musyrik) yang binasa itu, binasa dengan keterangan (yang membuktikan kesalahannya), dan supaya orang (Islam) yang hidup itu, hidup dengan keterangan (yang membuktikan kebenarannya); kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (QS Al Anfaal : 42)

Dia juga yakin bahawa Allah akan turut melakarkan kemenangan perjuangan agamaNya pada suatu masa kelak dan perancangan Allah jauh lebih rapi dari perancangan musuh-musuhNya.

Dia memahami bahwa kehidupan adalah perjuangan yang memang dipenuhi oleh ranjau mehnah dan tribulasi, maka oleh sebab itu mukmin yang sebenar perlu memantapkan pegangannya terhadap Islam, meningkatkan kualiti diri dengan ilmu dan akhlak yang luhur serta mulia di samping perlu konsisten dan istiqamah.

Firman Allah swt :

“Wahai orang orang yang beriman jika kamu berhadapan dengan golongan lawan atau musuh maka hendaklah kamu konsisten ; teguh pendirian dan ingatlah Allah banyak-banyak, mudah-mudahan kamu berjaya (menang).” (QS Al Anfaal : 45)

Jika umat Islam enggan berjuang mempertahankan agama Allah dan menobatkan tuntutanNya, mereka pasti menempuh kecelakaan bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga. Suatu akibat yang jauh lebih besar dari mehnah dan tribulasi yang mereka hadapi di dunia ini.

Inilah janji Allah swt :

“Jika kamu enggan berjuang niscaya Allah siksa kamu dengan azab yang pedih dan Allah gantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu pula tidak dapat menyakiti Allah sedikitpun. Memang Allah Maha berkuasa mengatasi segala sesuatu.” (QS At Taubah : 39)

Firman Allah lagi :

“Kami pasti akan menguji kamu untuk Kami mengenalpasti siapa pejuang , siapa (pula) yang sabar. Kami pasti meneliti (menelusuri) sejarah, (pencapaian ) kamu.” (QS Muhammad : 31)

Marilah kita bekerja dalam satu pasukan yang padu, mantapkan diri kita dengan tarbiyah yang menyeluruh serta menghadapi segala kesukaran dan peri pedih perjuangan dengan jiwa besar , iman yang kental dan tawakkal yang jitu kepada Allah swt. Hanya dengan sifat-sifat mulia seperti yang dianjurkan oleh Allah swt
dan di amalkan oleh Rasulullah saw itulah, kita akan berjaya, insyaAllah.

Ya Allah, kurniakanlah kesabaran kepada kami dalam menghadapi keganasan musuh-musuhMu dan
tetapkanlah kaki-kaki kami dalam menjalani mehnah dan tribulasi dan kurniakanlah kemenangan kepada kami ke atas musuh-musuh kami samada di kalangan orang-orang kafir mahupun munafik

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

   
Labels: Renungan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Tsiqah Membangun Kekuatan
    Imam Hasan Al Banna menjelaskan bahwa makna tsiqah adalah ketenangan ‘jundi’ (perajurit dakwah) terhadap ‘qiyadah’ nya dalam hal kemampuann...
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Kepentingan Intima' Jamai'e
    Sebuah Jamaah yang berjuang untuk : 1.       Mengembalikan manusia pada penghambaan kepada Allah swt semata-mata. 2.       Mengemba...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ▼  August (6)
      • Belajar Dari Musibah Mesir
      • Mehnah & Tribulasi Sunnah Allah
      • Tribulasi Di Mesir
      • Pertahankan Nilai Ramadhan
      • Tetap Bermunajat Di Mihrab
      • Rahsia Kekuatan Puasa
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger