Dalam berinteraksi dengan sesebuah jamaah, pastilah banyak halangan yang akan kita hadapi. Oleh yang demikian, kita memerlukan ilmu yang cukup bagi mewujudkan suasana amal jamai’e yang ideal.
Adalah sesuatu yang mustahak untuk kita memahami adab-adab dalam berinteraksi dengan jamaah sebagai panduan untuk kita praktikkan bersama.
"Sesungguhnya jika engkau tidak bersama mereka, maka engkau tidak akan bersama orang-orang selain mereka. Sementara jika mereka tidak bersamamu, mereka tetap wujud bersama yang lain."
Ungkapan di atas menyedarkan kita tentang keperluan kita akan sebuah jamaah dan untuk sentiasa berada dalam ruang lingkupnya kerana apabila kita tidak lagi bersama mereka, tidak mungkin kita bergaul dengan orang-orang yang mempunyai tahap kebaikan di bawah dari mereka, sementara jamaah dan mereka yang ada di dalamnya akan terus wujud dan berjalan samada dengan kita atau tanpa kita.
Secara jelasnya, masuk dan keluarnya kita dari sebuah jamaah tidak akan memberi pengaruh yang kuat apalagi sampai mampu menggoncangkan jamaah tersebut.
Dengan kata lain, jika kita keluar dari jamaah tersebut, kitalah yang rugi sementara bagi jamaah, boleh dikatakan hampir tidak ada kerugian kerana begitu ramai lagi mereka yang bersedia untuk menggantikan kita.
Oleh kerana itu, keberadaan kita di dalam sebuah jamaah adalah anugerah Allah yang mesti disyukuri dan dipelihara.
Oleh kerana itu, keberadaan kita di dalam sebuah jamaah adalah anugerah Allah yang mesti disyukuri dan dipelihara.
Salah satu usaha untuk menjaga kurniaan penyertaan kita dalam jamaah ini adalah dengan sentiasa berinteraksi secara intensif dengan dakwah itu sendiri dan semua elemen-elemen dakwah atau elemen jamaah.
Yang terpenting dari semua itu tentu sahaja adalah dengan dakwah atau jamaah itu sendiri, kemudian dengan murabbi serta dengan sesama sahabat seperjuangan dan juga dengan mutarabbi.
A. INTERAKSI DENGAN DAKWAH
PERTAMA : Melepaskan diri dari segala keterikatan dengan institusi-institusi atau jamaah-jamaah lainnya (terutama apabila diminta oleh kepimpinan jamaah untuk melakukan itu).

Salah satu rukun ba'iah adalah ‘tajarrud’ yang memberi maksud bahwa kita memberikan kesetiaan, keterikatan dan ketaatan secara total kepada jamaah.
Adalah difahami bahwa kadang-kadang kita memiliki kritikan-kritikan yang konstruktif terhadap jamaah, di mana ia bukanlah kerana kita tidak ‘tsiqah’ kepada jamaah itu atau sudah cenderung kepada jamaah lain.
Namun, apabila jamaah telah membuat penilaian di mana kita dikehendaki memutuskan ikatan dengan yayasan atau organisasi tertentu yang mungkin boleh menjejaskan halatuju jamaah, maka sayugialah kita menerima dan mentaati kecuali apabila jamaah menugaskan kita untuk tetap di sesebuah lembaga atau organisasi tertentu untuk tujuan tertentu.
KEDUA : Menghidupkan kebiasaan-kebiasan Islam.
KEDUA : Menghidupkan kebiasaan-kebiasan Islam.
Tujuannya adalah agar kita tetap terpelihara di dalam ruang lingkup jamaah dengan hidayah yang diberikan oleh Allah. Di antara usaha untuk terus meningkatkan kualiti keislaman dan keimanan adalah dengan sentiasa menghidupkan kebiasaan-kebiasaan Islam seperti menyebarkan salam, membaca doa-doa harian, mendahulukan anggota tubuh yang kanan dan lain-lain.
Ini adalah kerana, hanya dengan berusaha untuk meningkatkan kualiti diri sahajalah, kita akan tetap terjaga kebersamaannya dengan jamaah dengan keserasian kebaikan yang dimilikinya.
KETIGA : Berkenalan dengan para pendakwah dengan pengenalan yang sempurna dan sebaliknya mereka juga mengenal kita dengan sempurna.
KETIGA : Berkenalan dengan para pendakwah dengan pengenalan yang sempurna dan sebaliknya mereka juga mengenal kita dengan sempurna.
Selain untuk menunaikan hak-hak dan kewajiban ukhuwah, perkenalan yang intensif dan sempurna dengan para pendakwah akan membuatkan kita saling menilai jati diri kita dan meningkatkan keperibadian kita.
Lebih-lebih lagi interaksi dengan saudara-saudara kita yang lebih dahulu memasuki jamaah dibandingkan dengan kita. Bukankah Rasulullah saw bersabda :
“Mu'min adalah cermin bagi saudaranya”.
KEEMPAT : Menunaikan kewajiban-kewajiban harta seperti zakat, infaq, kerjasama kewangan dan lain-lain.
KEEMPAT : Menunaikan kewajiban-kewajiban harta seperti zakat, infaq, kerjasama kewangan dan lain-lain.
Tidak dipertikaikan lagi bahwa masalah ekonomi, mata pencarian atau kewangan adalah perkara-perkara yang penting yang perlu diperhatikan oleh anggota jamaah.
Untuk menunaikan kewajiban harta di dalam Islam dan organisasi seperti zakat, infaq, kerjasama kewangan dan lainnya tentu sahaja perlu diwujudkan dahulu asas-asas atau ciri-ciri “Mampu Bekerja”
di dalam diri anggota tersebut.
KELIMA : Menyebarkan dakwah di setiap tempat dan membentuk keluarga-keluarga dakwah.
Pembentukan peribadi muslim di dalam jamaah dimaksudkan bukan sahaja untuk membentuk seorang muslim menjadi soleh semata-mata bahkan juga mesti menjadi ‘musleh’.
Jadi, bukan sekadar mengusahakan nilai-nilai kebaikan yang melekat dalam dirinya, melainkan juga mengusahakan agar keluarga dan masyarakatnya pun diwarnai oleh nilai-nilai kebaikan tersebut. Bahkan lebih dari itu, ia perlu pula berusaha menjadikan keluarganya juga sebagai pendukung-pendukung utama dalam dakwah.
KEENAM : Mengenali harakah-harakah Islam.
KEENAM : Mengenali harakah-harakah Islam.
Keberadaan kita sebagai anggota di dalam jamaah ini tentu sahaja membuatkan kita semakin mengenali jamaah kita, sejarah, visi dan misinya, tokoh-tokohnya dan lain-lain sebagai sebuah harakah Islam. Namun sebagai bahan perbandingan, kita perlu juga mengenali harakah-harakah Islam yang lainnya.
Tujuan mengenali harakah-harakah lainnya adalah bagi :
- Mengambil kebaikan dari harakah lain.
- Meninggalkan dan jika mampu meluruskan kekurangan dan keburukan dari harakah lain.
- Berusaha saling bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati dan saling berlapang dada dalam hal-hal yang diperselisihkan untuk menjaga tali silaturahim dan komunikasi paling minima antara kepimpinan harakah.
B. INTERAKSI DENGAN KEPIMPINAN
Kepimpinan dalam dakwah memiliki hak :
- Seorang ayah dari sudut ikatan hati.
- Seorang ustaz dalam hal penyampaian ilmu.
- Seorang syeikh dalam memberikan tarbiyah ruhiyah.
- Seorang komandan dalam menentukan atau memberikan polisi-polisi umum di lapangan dakwah.
Dalam proses interaksi dengan kepimpinannya, seorang anggota jamaah dituntut supaya mampu merealisasikan hubungan dengan baik sebagai tanda kewujudan kepimpinan yang terdekat dengannya.
Di antaranya ialah memperhatikan hak-hak kepimpinan seperti yang tersebut di atas. Selain itu juga, ia hendaklah berusaha untuk memenuhi perkara-perkara berikut :
PERTAMA : TAAT.
PERTAMA : TAAT.
Seorang anggota hendaklah sentiasa taat melaksanakan perintah-perintah dan arahan-arahan kepimpinan samada dalam keadaan senang atau susah begitu juga ketika dalam keadaan bersemangat atau dalam keadaan terpaksa kecuali perintah maksiat kerana tidak boleh mentaati makhluk dalam keadaan bermaksiat kepada Allah swt.
Jamaah, dalam merealisasikan tujuannya pastilah memerlukan pengikut yang taat dan memahami akan tuntutannya. Ini menjadi sebab kenapa Imam Hasan Al Banna meletakkan syarat bagi mereka-mereka yang ingin bekerja dalam jamaah ini iaitu sepuluh rukun : Faham, Ikhlas, Amal, Jihad, Pengorbanan, Taat, Tajarrud, Tsabat, Ukhuwwah dan Tsiqah.
Tuntutan sedemikian adalah sesuatu yang logik dan bukan suatu yang diada-adakan kerana organisasi musuh yang bertaraf antarabangsa sekalipun menuntut perkara yang sama dan bahkan kadang-kadang tidak masuk akal misalnya, para agen ‘Mossad Yahudi’ tidak akan segan-segan untuk membunuh anggotanya jika terbukti ia telah berkhianat kepada organisasi mereka.
Namun organisasi dakwah tidaklah sampai sedemikian di mana sesiapapun boleh masuk dan juga tidak akan menahan mereka yang mahu keluar darinya. Masing-masing akan memetik buahnya sendiri, baik di dunia mahupun di akhirat.

Jamaah kita mempunyai tujuan yang amat mulia di mana perjuangannya melibatkan antara generasi dalam rentang waktu yang tidak terbatas dalam menegakkan ketinggian kalimah Allah sehingga dunia ini kiamat.
Hanya tentera Allah swt sahajalah yang mampu menegakkannya, bukan orang yang berjiwa kecil.
KEDUA : TSIQAH
KEDUA : TSIQAH
Seorang anggota dikatakan ‘tsiqah’ kepada kepimpinannya jika ia memiliki ketenangan dan ketenteraman jiwa terhadap apa-apa yang datang dari pihak kepimpinan, iaitu tenteramnya jiwa dengan seluruh yang keluar darinya dan ia tidak pernah ragu-ragu terhadap arahan yang datang darinya.
Ibarat seorang tentera yang merasa puas dengan komandannya dalam hal kapasiti kepimpinannya mahupun keikhlasannya dengan kepuasan yang mendalam yang menghasilkan :
- Rasa cinta.
- Penghargaan.
- Penghormatan.
- Ketaatan.
“Maka demi Rabbmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap sesuatu keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya”. (QS An Nisaa’ : 65)
Pemimpin adalah unsur penting dalam dakwah dan tidak ada dakwah tanpa kepimpinan. Kadar ‘tsiqah’ yang timbal balik antara pemimpin dengan yang dipimpin menjadi neraca yang menentukan sejauh mana :
Pemimpin adalah unsur penting dalam dakwah dan tidak ada dakwah tanpa kepimpinan. Kadar ‘tsiqah’ yang timbal balik antara pemimpin dengan yang dipimpin menjadi neraca yang menentukan sejauh mana :
- Kekuatan sistem jamaah.
- Ketahanan perancangannya.
- Keberhasilannya mewujudkan tujuan.
- Keteguhannya dalam menghadapi tentangan.
‘Tsiqah’ kepada pemimpin adalah segala-galanya dalam kejayaan dakwah. Untuk mengetahui kadar ketsiqahaan dirinya terhadap mas’ulnya, bertanyalah kepada diri sendiri dengan tulus mengenai beberapa perkara berikut :
1. Sejauhmana kita mengenali mas’ul tentang riwayat hidupnya.
2. Kepercayaan terhadap kapasiti dan keikhlasannya.
3. Kesediaan menerima perbezaan pendapat dengan mas’ul apabila mas’ul telah memberi perintah atau larangan yang berbeza dengan pendapat kita.
4. Kesiapan untuk meletakkan seluruh aktiviti dakwahnya dalam kendalian mas’ulnya.
KETIGA : ILTIZAM.
Seorang anggota mestilah berusaha untuk menjaga serta meneruskan iltizam atau komitmennya kepada kepimpinan dan jamaah dengan jalan keterbukaan dalam memberi informasi akan keadaan dirinya secara objektif sehingga terjaga pula hubungan ruhiyah dan amaliyah dalam ruang lingkup berjamaah.
Sebenarnya bergerak dalam suatu jamaah adalah tugas, tanggungjawab dan amanah yang mesti dipikul oleh pemimpin beserta seluruh anggotanya.
Kesemuanya mesti dikoordinasikan secara rapi ibarat sebuah bangunan yang kukuh.
a. Tidak boleh saling membiarkan.
b. Tidak berperilaku bahaya atau saling membahayakan.
c. Tidak menyimpang dari jamaah atau hilang dari peredaran jamaah dalam kurun waktu tertentu.
d. Mesti ada jalinan komunikasi yang efektif serta terus menerus bergaul mesra.
Ustaz Mustafa Masyhur pernah memberi ‘taujihat’ yang luar biasa :
“Mutu jamaah bergantung kepada mutu ‘harakah’ (gerakan), mutu ‘harakah’ bergantung kepada mutu ‘musyarakah’ (pergaulan), mutu ‘musyarakah’ bergantung kepada mutu ‘muhawarah’ (komunikatif, saling mempunyai sikap keterbukaan) dan mutu ‘muhawarah’bergantung kepada bagaimana mutu ukhuwahnya (persaudaraannya)”.
KEEMPAT : MEMILIKI SIKAP ‘IHTIRAM’ (MENGHORMATI) KEPIMPINAN.
KEEMPAT : MEMILIKI SIKAP ‘IHTIRAM’ (MENGHORMATI) KEPIMPINAN.
Memuliakan dan menghormati mas’ul tidak semata-mata ditujukan kepada diri mas’ul itu semata-mata tetapi kerana dirinya dipandang sebagai lambang jamaah yang mengibarkan bendera Islam untuk menyerukan hidayah kepada umat manusia. Setiap gerakan yang merugikan kedudukan pemimpin akan merusak citra dan keutuhan jamaah.
Bukanlah suatu ciri ‘feudalisma’ jika kita menghormati orang atasan kita yang memang layak dihormati apalagi ia sekaligus berfungsi sebagai orang tua, guru, syeikh dan ketua.
Bukankah Islam mengajarkan kita menghormati orang yang lebih tua dari kita dan banyak memberikan kebaikan untuk kita seperti orang tua, guru, syeikh dan ketua.
KELIMA : MEMBERI NASIHAT, MASUKAN, SARANAN DAN KRITIKAN SECARA HALUS DAN SEMBUNYI-SEMBUNYI DAN TIDAK SECARA TERBUKA.
KELIMA : MEMBERI NASIHAT, MASUKAN, SARANAN DAN KRITIKAN SECARA HALUS DAN SEMBUNYI-SEMBUNYI DAN TIDAK SECARA TERBUKA.
Memang tidak boleh dimungkiri lagi bahwa kepimpinan adalah juga manusia biasa yang mempunyai kekurangan dan kelemahan, namun bila kita ingin mengkritik atau memberi nasihat, hendaklah dengan memperhatikan adab agar martabat atau kemuliaannya sebagai kepimpinan tidak terjejas di hadapan orang lain.
Di antara sifat mu’min adalah suka nasihat menasihati dengan kebenaran dan saling berwasiat dengan kesabaran. Ketinggian kedudukan mas’ul tidak boleh menjadi penghalang untuk itu dalam rangka untuk memperbaiki amal dan menghindarkan hal-hal yang negatif. Tidak boleh merasa berat dalam memberi nasihat, begitu juga mas’ul mesti berlapang dada dan bersyukur dalam menerimanya.
“Agama itu adalah nasihat. Kami bertanya, ‘untuk siapa?’ Rasulullah saw menjawab, ‘Bagi Allah, RasulNya, pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan orang orang awamnya’” (HR Muslim)
Adapun adab yang mesti kita jaga dalam memberi nasihat kepada mas’ul adalah dengan memilih ketepatan suasana dan cara.
Paling tidak ada tiga perkara yang perlu diperhatikan :
- Berilah nasihat dalam bentuk yang paling baik dan nasihat tersebut hendaknya diterima menurut bentuknya.
- Menasihatinya secara diam-diam bererti telah menghormati dan memperbaikinya kerana jika kita menasihatinya dengan cara terang-terangan di hadapan orang ramai, seolah-olah kita telah memalukannya dan merendahkannya.
- Tatkala memberi nasihat, hati atau niat kita tidak boleh berubah walau sehelai rambut pun. Tidak merasa lebih mulia atau menganggap diri seperti guru sehingga menjadikan objek nasihat seolah-olah seorang pesakit yang penuh dengan kekurangan. Rasa cinta dan hormat kepadanya tidak boleh berkurang sedikitpun.
C. INTERAKSI DENGAN SAUDARA-SAUDARA SEPERJUANGAN (IKHWAH)
Sesungguhnya kita perlu mengenal saudara-saudara pendakwah kita dengan pengenalan yang sempurna sebagaimana firman Allah swt :
“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara.” (QS Al Hujurat : 10)
Setelah berlalu generasi pertama umat Islam, ‘Ukhuwah Islamiyah’ atau persaudaraan Islam telah menjadi sekadar kata-kata penghias bibir kaum muslimin atau khayalan yang bersarang di benak mereka, namun kita perlu mengusahakan kembali kemunculannya serta berusaha untuk menerapkannya di kalangan kita dan menginginkan kembalinya ikatan umat yang saling bersaudara dengan jiwa “Ukhuwah Islamiyah”.

Memang, kalau kita teliti dengan mendalam, untuk menghidupkan persaudaraan Islam di dalam masyarakat, kita seharusnya mewujudkannya terlebih dahulu dalam kalangan kita sendiri.
“Ikhwah” bererti saudara sedarah atau sekandung. Setiap mu’min kita jadikan sebagai saudara sekandung kita melebihi dari sekadar teman atau sahabat karib.
“Ikhwah” bererti saudara sedarah atau sekandung. Setiap mu’min kita jadikan sebagai saudara sekandung kita melebihi dari sekadar teman atau sahabat karib.
Rukun ‘Ukhuwah’ adalah ‘ta’aruf’, ‘tafaahum’ dan ‘takaaful’.
Ta’aruf yang sempurna adalah dengan mengenali seluruh jati dirinya meliputi :
- Fizikalnya.
- Pola berfikirnya.
- Jiwanya.
Kita juga dituntut untuk memiliki adab yang benar dalam berinteraksi terhadap sesama anggota jamaah.
Beberapa perkara di bawah ini penting untuk diwujudkan dalam interaksi dengan sesama anggota agar suasana ‘ukhuwah’ benar-benar tercipta di dalam jamaah.
PERTAMA : Sentiasa ‘husnuz zhan’ (bersangka baik) dan bahkan berusaha mencari-cari alasan untuk membelanya jika ada orang lain yang menuduh saudaranya tanpa alasan yang benar.
KEDUA : Memperlihatkan ‘mahabbah’ atau rasa cinta pada mereka dan berusaha menahan emosi atau memaklumi kelalaian-kelalaian mereka.
“Janganlah kamu meremehkan perbuatan ma’ruf sedikitpun, walaupun sekadar menunjukkan wajah yang berseri ketika bertemu dengan saudaramu”. (HR Muslim)
“Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS Ali Imran : 134)
Manusia adalah objek kepada berlakunya kesalahan dan kelalaian. Samada diri kita mahupun saudara kita tidak luput dari sifat ini. Adalah tidak adil jika kita memarahi saudara kita apalagi memutuskan hubungan dengannya ketika ia lalai.

Justeru yang paling baik adalah dengan menasihatinya. Setinggi-tinggi martabat pergaulan adalah dengan tetap menjalin kasih sayang samada ketika lalai mahupun ingat kerana itu adalah salah satu dari ciri-ciri kehidupan masyarakat muslim.
“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka.” (QS Al Fath : 29)
Bahkan kadangkala kecintaan itu kita ikrarkan.

Sabda Rasulullah saw :
“Jika seseorang mencintai saudaranya, maka beritahukanlah kepadanya bahwa ia mencintainya kerana Allah.” (HR Abu Dawud)
Sedangkan anjuran untuk menahan marah cukuplah nasihat Rasulullah saw ketika seseorang datang kepada beliau dan berkata :
“Nasihatilah saya!, kemudian Nabi saw bersabda: “Jangan marah”, kemudian orang itu meminta mengulangi nasihat lagi, jawab Nabi : “Jangan marah” (HR Bukhari).
Marah itu menghimpun berbagai kejahatan dan setiap kejahatan membawa dosa sedangkan menahannya adalah menangkis dosa yang bererti memetik pahala syurga.
Rasulullah saw bersabda :
“Siapa yang menahan marah padahal ia mampu memuaskannya, maka kelak di hari kiamat Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya.” (HR Abu Daud dan At Tirmizi)
KETIGA : Mendoakan mereka ketika kita berpisah atau sedang tidak bersama mereka.
Dalam hadits disebutkan doa seorang muslim untuk saudaranya ketika berpisah atau sedang tidak bersamanya adalah mustajab. Di sisi kepalanya ada malaikat yang setiap kali ia berdoa untuk saudaranya meminta kebaikan berkata malaikat : “Amin dan bagimu hal yang seperti itu pula.”
“Mintalah ampun untuk dosamu sendiri dan untuk kaum muslimin lelaki dan perempuan” (QS Muhammad : 19)
‘Ukhuwah Islamiyah’ yang telah dibina oleh Rasulullah saw setelah berhijrah ke Madinah adalah sesuatu yang nyata dan bukan hanya seruan di bibir semata-mata.
‘Ukhuwah Islamiyah’ yang telah dibina oleh Rasulullah saw setelah berhijrah ke Madinah adalah sesuatu yang nyata dan bukan hanya seruan di bibir semata-mata.
- Mereka saling mengutamakan keperluan saudaranya yang baru dibina itu.
- Mereka saling memberikan harta bahkan jiwanya untuk sebuah persaudaraan kerana Allah swt.
- Mereka juga menitipkan doa sesama mereka.
“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman” (QS Al Hasyr : 10)
Abu Darda’ ra berkata bahwa Rasulullah saw bersabda :
Abu Darda’ ra berkata bahwa Rasulullah saw bersabda :
“Doa seorang muslim untuk saudaranya di luar pengetahuan yang didoakan itu doa yang mustajab, di atas kepala orang yang berdoa itu ada Malaikat yang ditugaskan supaya tiap kali ia berdoa baik untuk saudaranya itu supaya disambut: ’amin wa laka bi mitslin’ (semoga diterima dan untukmu sendiri seperti itu).” (HR Muslim)
KEEMPAT : Tolong-menolong sesama saudara seperjuangan sebagai realisasi ‘ukhuwah’.
"Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim atau dizalimi." (Al Hadits)
yakni engkau menghalanginya dari berbuat kezaliman atau membebaskannya dari penganiayaan.
KELIMA : Mengakui dan menghargai bantuan mereka di waktu lapang dan sempit, serta merasakan dan menyedari bahwa kekuatannya, tidak dapat bergerak dengan sendirinya tanpa saham dan bantuan saudaranya yang lain seperti isu yang dialami dalam masaalah pekerjaan, penyimpangan atau terkena fitnah.
KEENAM : Tidak menyukai atau tidak rela jika saudaranya berada dalam bahaya dan bersegera berbuat untuk mencegah atau menolak dan menyelamatkan saudaranya tersebut dari bahaya.
KETUJUH : Memberikan ‘tadhiyah’ (pengorbanan) terhadap sesama saudara seperjuangan.

Imam Hasan Al Basri berkata :
"Tidak ada yang kekal dalam kehidupan ini, kecuali tiga perkara :
- Saudaramu yang kau dapati berkelakuan baik.
- Apabila engkau menyimpang dari jalan kebenaran ia meluruskanmu dan mencegahmu dari keburukan. Tidak ada seorang pun selainnya yang mengawalmu.
- Solat berjamaah menghindarkanmu dari melupakannya dan meraih ganjarannya."
Berkata Harits Al Muhasibi :
“Ketahuilah orang yang menasihatimu sungguh dia mencintaimu dan barangsiapa yang memuji kamu maka dia menipumu / mengujimu dan siapa yang tidak menerima nasihatmu bukanlah saudaramu.”
KELAPAN : Mempermudahkan urusan-urusan yang sukar.
Salah satu dari ciri seorang muslim adalah suka mempermudahkan segala urusan yang dialami oleh saudaranya.
Salah satu dari ciri seorang muslim adalah suka mempermudahkan segala urusan yang dialami oleh saudaranya.
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesulitan.” (QS Al Baqarah : 185)
“Ajarilah olehmu dan mudahkanlah olehmu dan jangan kamu mempersukarkan, dan jika salah seorang di antara kamu ada yang marah, maka hendaklah kamu diam.” (HR Bukhari)
Dari Ummul Mu’minin ra:
“Jika menghadapi dua perkara, Rasulullah akan memilih yang termudah, jika kiranya tidak mengandungi dosa. Maka jika urusan itu mengandungi dosa, seluruh manusia harus menjauhinya. Dan apa yang menjadi pendirian Rasulullah saw dalam menghadapi sesuatu, ialah tidak membalas dendam kepada siapapun jika yang disakiti itu hanya dirinya sendiri, kecuali jika larangan Allah telah dilanggar, maka beliau akan marah, dan membalasnya semata-mata hanya kerana Allah.” (HR Muttafaq ‘alaih)
Abu Qatadah ra berkata :
Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :
“Barangsiapa yang memudahkan kesulitan muslim lainnya, untuk mendapatkan keselamatan dari Allah dari kesulitan-kesulitan hari kiamat, maka mudahkanlah kesulitan (orang lain) atau melepaskan bebannya.” (HR Muslim)
E. INTERAKSI DENGAN PENDUKUNG DAKWAH (MUA’YYIDIN)
E. INTERAKSI DENGAN PENDUKUNG DAKWAH (MUA’YYIDIN)
Seorang anggota jamaah adalah seorang ‘murabbi’ bagi para ‘mutarabbinya’. Ia menjadi pintu gerbang yang akan menghantarkan ‘mutarabbinya’ ke dalam jamaah.
Untuk mampu menjadi daya tarikan dalam merekrut dan menghantarkan pendukungnya ke dalam jamaah, ia dituntut agar dapat berinteraksi dengan baik dan tepat dengan ‘mutarabbinya’ di antaranya ialah :
PERTAMA : Menghargai dan menempatkan diri ‘mutarabbi’ secara seimbang atau
seadilnya.
PERTAMA : Menghargai dan menempatkan diri ‘mutarabbi’ secara seimbang atau
seadilnya.
Mereka bukan segala-galanya atau yang paling hebat dan penting sehingga seolah-olah tidak akan ada yang boleh menggantikan mereka. Tetapi tidak pula meremehkannya, merendahkannya atau menempatkannya secara tidak adil di tempat yang tidak bernilai atau rendah dan tidak sesuai dengan mereka sehingga terkesan tidak menghargai potensi dan bakat mereka.
KEDUA : Mendahulukan perkara yang paling penting di atas semua perkara yang penting atau menggunakan skala keutamaan dan yang pertama mesti dilakukan adalah menumbuhkan akidah di hatinya.
KETIGA : Berhemah dalam menasihati ‘mutarabbi’ sehingga mampu masuk dan meresap ke dalam hatinya.
KEEMPAT : Meninggalkan cara-cara yang keras atau kasar walaupun dengan hujah yang benar.
KELIMA : Menghindarkan diri dari jawaban secara langsung atau terus kepada fakta atau sanggahan yang boleh mematahkan.
KEENAM : Menghindarkan diri dari penghancuran potensi dalam merawat atau mengatasi permasalahan ringan atau dengan jalan memberi bebanan berat yang tidak seimbang serta tidak mendidik.
KETUJUH : Hati-hati terhadap pemborosan tenaga. Hendaklah kita memperhatikan tingkat kecerdasan dan ilmu ‘mutarabbi’ sehingga tidak perlu berpanjang-panjangan dalam membahas perkara yang sudah jelas.
KELAPAN : Setiap perkataan memiliki tempatnya masing-masing dan setiap tempat memiliki jenis perkataan yang sesuai.

“Berbicaralah pada manusia sesuai dengan kemampuan akal mereka."
KESEMBILAN : Mempelajari keadaan mereka dan mengenali permasalahan–permasalahan mereka.
KESEMBILAN : Mempelajari keadaan mereka dan mengenali permasalahan–permasalahan mereka.
Contohnya, sebagai seorang murabbi, ia tidak terus mencerca apabila ‘mad'u’ terlambat datang kerana boleh jadi ada uzur syar'ie yang tidak dapat diatasinya. Kemudian tidak mencari-cari kesalahan dalam pekerjaannya dan tidak membebankan dirinya dengan bebanan yang tidak sanggup ditanggungnya kerana ada pepatah mengatakan bahwa :
“Bandar tidak dibangunkan dalam waktu satu hari.”
KESEPULUH : Jadilah contoh tauladan baginya dalam segala situasi.
KESEBELAS : Berterusan mendakwahkannya hingga nampak hasilnya.
F. INTERAKSI DENGAN PENDIDIK (MURABBI)
KESEPULUH : Jadilah contoh tauladan baginya dalam segala situasi.
KESEBELAS : Berterusan mendakwahkannya hingga nampak hasilnya.
F. INTERAKSI DENGAN PENDIDIK (MURABBI)
Seorang anggota kebiasaannya masuk ke dalam jamaah kerana jasa murabbinya. Perkara ini tidak akan pernah hilang dari catatan malaikat ‘Raqib’ sehingga sayugialah, catatan ini tidak terhapus dari fikiran ‘mutarabbi’ tersebut.
PERTAMA : Menghormati mereka kerana walaubagaimanapun, Allah telah menjadikan
mereka sebagai sebab kepada bergabungnya kita menjadi anggota jamaah tersebut.
PERTAMA : Menghormati mereka kerana walaubagaimanapun, Allah telah menjadikan
mereka sebagai sebab kepada bergabungnya kita menjadi anggota jamaah tersebut.
Dengan kata lain merekalah yang telah menghantarkan kita masuk ke dalam jamaah ini walaupun kini kita telah menyamai atau bahkan mungkin melebihi atau melampaui mereka dalam perkara kewajiban dalam jamaah, misalnya.
KEDUA : Sesungguhnya mereka tetap guru kita dan bukan mantan guru atau sekadar orang yang pernah menjadi guru kita.
KETIGA : Terus mengingati kebaikan-kebaikan mereka dan melupakan kelemahan-kelemahan mereka jika memang ada.
Akhirnya, jika kesemua interaksi dengan keseluruhan elemen-elemen jamaah itu terjalin dengan baik, insyaAllah akan terpeliharalah kekukuhan iltizam kita dengan jamaah itu sendiri.

Ya Allah, bersihkanlah hati kami dan luruskanlah tujuan kami serta kurniakanlah kepada kami kebijaksanaan sehingga kami mampu berinteraksi dengan setiap elemen di dalam jamaah ini dengan sempurna dan seadilnya tanpa kami mengurangi hak-hak yang sepatutnya dimiliki oleh mereka yang berhak sehingga setiap anggota mendapat manfaat yang besar dari jamaah ini yang akan menyebarkan dakwah ke seluruh pelusuk bumi dan mendokong DeenMu di muka bumi ini. Bantulah kami dalam usaha kami untuk merealisasikan semula makna “Ukhuwah Islamiyah” di kalangan kami dan dalam jamaah kami sehingga moto ‘Ukhuwah Teras Kegemilangan” benar-benar hidup dan mengeluarkan haruman yang wangi di dalam taman-taman ikatan hati yang segar dan mekar kelopaknya.
Ameen Ya Rabaal Alameen
WAS
Sumbernya dari buku apa ya?
boleh tahu sumbernya referensinya saya mau mendalami tema adab dalam berjamaah ?