Alhamdulillah, Allah swt izinkan saya dapat kembali
berkunjung ke Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah beberapa tahun yang lepas sejak
mengerjakan haji pada tahun 2002 dahulu.
Masjid Nabawi kini telah banyak berubah sejak
pertama kali dibangunkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat.
Jika dulu, keluasannya hanyalah sekadar 1000 meter
persegi di mana dinding-dndingnya dibuat dari tanah liat, atap-atapnya dari pelepah-pelepah
kurma dan tiang-tiangnya dari batang-batang kurma serta lantai-lantainya hanya
beralaskan pasir dan mempunyai 3 pintu iaitu pintu Rahmah, pintu Jibril dan
pintu An Nisa’.
Namun Masjid Nabawi sekarang tersergam indah dengan 10 menara dan 100 kali lebih besar dari struktur pertama dulu dan mampu menampung lebih dari 500,000 jemaah.
Namun Masjid Nabawi sekarang tersergam indah dengan 10 menara dan 100 kali lebih besar dari struktur pertama dulu dan mampu menampung lebih dari 500,000 jemaah.
Ada sudut terbuka dalam Masjid Nabawi yang boleh
ditutupi oleh penutup automatik berbentuk payung terutama semasa waktu
tengahari yang agak panas. Di bahagian tengah hadapan terdapat satu kubah hijau
di mana di bawahnyalah terdapat maqam Rasululllah saw dan dua orang lagi
sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar ra dan Saidina Umar ra.
Di dalamnya juga terdapat satu ruangan yang kecil yang cukup dicemburui oleh setiap pengunjung-pengunjung Masjid Nabawi iaitu ‘Raudhah An Nabawiyyah’.
Di dalamnya juga terdapat satu ruangan yang kecil yang cukup dicemburui oleh setiap pengunjung-pengunjung Masjid Nabawi iaitu ‘Raudhah An Nabawiyyah’.
Rasulullah saw bersabda :
"Di
antara rumahku dan mimbarku adalah taman daripada taman-taman syurga."
Ulama'-ulama’ mentafsirkan yang dimaksudkan dengan
taman-taman syurga adalah kerana :
- Di kawasan
inilah kebanyakan wahyu turun kepada Rasulullah saw.
- Ia juga
menjadi tempat Rasulullah saw mengajar, mendidik dan mentarbiyah para
sahabat tentang segala perkara yang berkaitan dengan syariat Islam.
- Ianya
menjadi tempat Rasulullah saw mengerjakan ibadah seperti solat, membaca Al
Qur’an, berzikir, berdoa dan sebagainya.
Oleh sebab itu, sesiapa yang beribadah dalam kawasan
Raudhah ini insyaallah amal-amalnya akan mudah untuk diterima oleh Allah swt.
Selain itu juga keadaan di dalam kawasan ini juga adalah cukup tenang dan membuat pengunjung-pengunjungnya akan merasakan ketenangan
dan perasaan khusyu’ yang luar biasa.
Oleh itu, tidak hairanlah ruangan yang kecil ini menjadi buruan setiap pengunjung ke Masjid Nabawi sehingga sampai ada yang sanggup bertolak-tolak dan bersiku-siku semata-mata untuk mendapatkan tempat yang kecil di ruangan ini.

Jika dilihat dari perspektif pengurusan hartanah, jika
kawasan ‘Raudhah’ ini diiklankan untuk dijual, niscaya ianya akan menjadi
antara kawasan yang paling mahal harga dan nilai hartanahnya.
Apa yang saya dapat ambil pelajaran di sini ialah betapa manusia-manusia yang beriman sanggup membeli taman-taman syurga Allah yang termasuk sebahagian dari syurga Allah dengan tebusan harta dan diri mereka.

Suasana persaingan di kawasan ini cukup teruja di
mana tidak akan kelihatan walau sedikit ruang kosong melainkan ianya akan cepat-cepat
diisi oleh manusia, masyaallah!!!
Percayalah, setiap saat ruangan ini dipenuhi oleh
pengunjung-pengunjung masjid dan tidak pernah kosong kecuali di saat kerja-kerja
membersihkan karpet pada masa-masa tertentu.
Semasa berada di Masjid Nabawi, bayangan Rasulullah saw dan para sahabat benar-benar berada di situ telah meresap ke dalam hati sanubari saya. Terbayang betapa agungnya peribadi Rasulullah saw yang merupakan sebaik-baik manusia dan makhluk yang paling dicintai oleh Allah swt, namun kehidupannya cukup sederhana dan tawadhu'.
Sebab itulah Saidina Umar menangis apabila melihat Rasulullah saw tidur hanya beralaskan tikar yang kasar sehingga nampak kesan-kesan tikar tersebut di bahagian badannya sedangkan raja-raja di dunia ini tidur di dalam kamar-kamar yang besar dan indah di samping katil-katil yang empuk.

Pernah 3 hari dapur Rasulullah saw tidak berasap dan
baginda dan keluarganya hanya memakan kurma dan meminum air sahaja. Pernah juga
Rasulullah saw meletakkan beberapa batu kerikil di perutnya untuk menahan lapar
kerana ketiadaan makanan.
Sesungguhnya Rasulullah saw benar-benar mengharapkan hanya balasan di akhirat dan bukan di dunia. Oleh sebab itu kalau kita menghadapi sedikit kesukaran dan kesulitan dalam kehidupan di dunia, jangan kita lupa sebenarnya Rasulullah saw lagi susah, perit dan sabar menghadapi segala cabaran, dugaan dan fitnah dalam kehidupan dunia ini.
Semasa perjalanan dengan bas dari Madinah ke Makkah, saya melalui berbagai-bagai bentuk permukaan muka bumi daripada kawasan yang berbukit-bukit yang dipenuhi batu-batu, kawasan berpasir yang gersang, kawasan tanah yang dipenuhi pokok-pokok kering berduri dan lain-lain.

Terbayang bagaimana Rasulullah saw berhijrah dari
Makkah ke Madinah hanya dengan menggunakan seekor unta selama 12 hari. Walaupun
kami menaiki bas yang berhawa dingin, kami masih merasakan kepenatan dan
tertidur di sebahagian perjalanan itu. Tapi Rasulullah saw berpanas sepanjang perjalanannya
ke Madinah dalam keadaan suhu padang pasir seperti
bahang api yang meluap-luap, masyaallah!!!
Begitu juga tidak dapat kami bayangkan bagaimana Rasulullah saw bergerak bersama-sama para sahabatnya dari Madinah menuju Makkah semasa ingin mengerjakan umrah ke Makkah setelah Rasulullah saw bermimpi pada satu malam di mana baginda dan para sahabatnya memakai Ihram dan tidak membawa senjata dan masuk ke Makkah dalam keadaan aman.

Kemudian rombongan Rasulullah saw disekat oleh orang-orang
kafir Quraish di Hudaibiyah kerana mereka takut kaum muslimin akan menumpahkan darah.
Rasulullah saw terpaksa berhenti di Hudaibiyah dan duduk di situ selama 13 hari
12 malam.
Jarak antara Makkah dam Madinah adalah 400km lebih
dan jarak antara Hudaibiyah dan Makkah adalah 23km. Maknanya, rombongan
Rasulullah saw telah melalui perjalanan yang panjang di bawah panas terik
matahari dan sudah mendekati Makkah namun di arahkan pulang semula ke Madinah
oleh orang-orang kafir Quraish. Sebagai mengenangkan tempat itu, maka
dibangunkan sebuah masjid di situ dinamakan ‘Masjid As Syumaisi Al Hudaibiyah’
yang juga merupakan satu dari miqat umrah bagi mereka-mereka yang ingin
menunaikan umrah.
Jika kita mengenal Rasulullah saw, lalu mengamalkan secara bersungguh-sungguh apa yang telah baginda contohkan, maka akan lahir kerinduan untuk berjumpa dengan baginda. Inilah petanda cinta yang akan menghantarkan kita menjadi ahli syurga.
Sesungguhnya, setiap orang merindukan hidup penuh kebahagiaan, kemuliaan, kehormatan serta kejayaan dunia dan akhirat. Namun sayang, kenyataannya seringkali tidak sesuai dengan harapan. Padahal hidup kita di dunia hanya sekali dan belum tentu lama.
Oleh kerana itu, kita perlu segera mencari kunci yang dapat membuka pintu kurnia yang diidam-idamkan tersebut. Kunci itu adalah peribadi Rasulullah saw, qudwah hasanah atau contoh terbaik dalam kehidupan.

Allah swt berfirman :
"Sesungguhnya
telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi
orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak
menyebut Allah." (QS Al Ahzab : 21)
Dari sini, jika kita bersungguh-sungguh untuk mengenal dan meneladani setiap gerak laku Rasulullah saw, insyaAllah, kita akan mendapat keuntungan segera yang akan dirasakan manfaatnya.
Apakah yang akan kita perolehi dengan meneladani akhlak Rasulullah saw?
Ada enam keuntungan :
PERTAMA : HIDUP AKAN TERASA LEBIH MUDAH DAN INDAH

Meniru jauh lebih mudah daripada menciptakan dan
meniru kebaikan bukanlah perkara yang tercela bahkan akan mempunyai nilai
ibadah. Apalagi meniru Rasulullah saw! Dengan meniru baginda, hidup akan
menjadi lebih mudah kerana segala sesuatunya telah dicontohkannya.
Ada sebuah ilustrasi untuk mudah difahami. Kita akan lebih menikmati berjalan di rimba belantara apabila kita disertai oleh pemandu yang sangat faham, berpengalaman dan menguasai medan.
Ada sebuah ilustrasi untuk mudah difahami. Kita akan lebih menikmati berjalan di rimba belantara apabila kita disertai oleh pemandu yang sangat faham, berpengalaman dan menguasai medan.
Begitu juga perumpamaan orang yang sentiasa mencontohi
Rasul yang mulia. Ia akan dapat menikmati pelbagai episod hidup
walaubagimanapun kesukarannya, kerana telah ada pembimbing dan teladan terbaik
yang menguasai medan kehidupan.
KEDUA : HIDUP MENJADI LEBIH MULIA DAN TERHORMAT
KEDUA : HIDUP MENJADI LEBIH MULIA DAN TERHORMAT
Dengan meneladani Rasulullah saw, orang akan
merasakan kesan dari kesabaran, kerendahan hati, keikhlasan, kedermawanan dan
kemuliaan akhlak diri.
Ini adalah kerana standard perilaku Rasulullah saw
begitu tinggi dan mulia, secara tidak langsung samada sedar atau tidak akan mengangkat
martabat, kehormatan serta kemuliaan bagi siapa pun yang menirunya.
Firman Allah swt :
"Dan
sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung." (QS Al Qalam :
4)
KETIGA : KITA AKAN DISUKAI DAN DISAYANGI OLEH ORANG LAIN
KETIGA : KITA AKAN DISUKAI DAN DISAYANGI OLEH ORANG LAIN
Rasulullah saw adalah peribadi yang sangat
menyenangkan dan penuh manfaat bagi orang ramai. Dengan mencontohinya, kita pun
akan menjadi peribadi yang menyenangkan dan bermanfaat. Akibatnya, peribadi seperti
ini akan melahirkan simpati, rasa hormat dan kasih sayang dari orang lain.
KEEMPAT : HIDUP KITA AKAN PENUH DENGAN PRESTASI
KEEMPAT : HIDUP KITA AKAN PENUH DENGAN PRESTASI
Rasulullah saw adalah model orang yang sentiasa
menjaga mutu dari setiap perilakunya. Baginda sentiasa berusaha untuk melakukan
yang terbaik dengan konsep yang jelas, perancangan yang matang, sikap profesional
dan dengan cara kerja yang mantap. Hasilnya pun terbukti dan teruji kualitinya hingga
sekarang.
Boleh dibayangkan jika kita hidup dengan meniru cara
baginda hidup. Kemampuan berkarya dan berprestasi akan semakin memberi kesan,
potensi berkembang menjadi maksima, aneka masalah akan dirumuskan menjadi
sesuatu yang bernilai tambah bagi kemajuan hidup.
KELIMA : KITA AKAN DICINTAI OLEH ALLAH SWT
KELIMA : KITA AKAN DICINTAI OLEH ALLAH SWT
Allah Azza wa Jalla telah berjanji untuk mencintai
sesiapapun yang mencintai kekasihNya. Rasulullah saw adalah orang yang paling
dicintai Allah. Apabila kita mencintai baginda, maka secara automatiknya cinta
Allah pun akan mengalir ke dalam kehidupan kita. Allahu Akbar!
KEENAM : INSYAALLAH KITA AKAN MASUK SYURGA
KEENAM : INSYAALLAH KITA AKAN MASUK SYURGA
Seseorang akan mengikuti perilaku orang yang
dicintai dan diidolakannya.
Suatu ketika ada seorang sahabat bertanya :
"Seseorang
mencintai kaumnya. Apakah kelak ia akan bersama-sama mereka?"
Rasulullah saw menjawab :
"Ia
akan bersama orang yang dicintainya".
Akhir sekali marilah kita bersama-sama menjadikan Rasulullah saw sebagai ikutan dan teladan kita.
Akhir sekali marilah kita bersama-sama menjadikan Rasulullah saw sebagai ikutan dan teladan kita.
Walaupun Rasulullah saw telah meninggalkan kita
lebih 1,400 tahun lalu dan baginda tidak pernah bertemu dengan kita namun baginda
akan mengenali kita apabila kita melaksanakan segala sunnah-sunnahnya dan
menjadikan kehidupan baginda sebagai ikutan kita yang paling tinggi.
Inilah cinta yang akan menjadikan kita mendapat
syafaat baginda di akhirat nanti dan akhirnya insyaallah akan menjadi ahli
syurga bersama-sama baginda nanti.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk kami menjunjung dan melaksanakan sunnah-sunnah NabiMu. Walaupun kami tidak pernah melihat baginda tetapi kami benar-benar mengharapkan semoga kami tergolong dalam kalangan mereka-mereka yang mendapat syafaat baginda.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS