Setiap kali datangnya bulan haji, sebahagian masyarakat Muslim yang mampu melaksanakan rukun Islam kelima melakukan perjalanan ke Tanah Suci Makkah.
Dengan semangat yang kuat, umat Islam menunaikan kewajiban agamanya dengan jumlah jamaah haji yang setiap tahunnya meningkat.
Jumlah yang besar ini mudah-mudahan diimbangi juga dengan kualiti individu-individu jemaah baik secara fizikal, sosial, mahupun kerohanian.
Ibadah haji dan korban bermula dari kisah Nabi Ibrahim sebagai lambang tauhid berhadapan dengan kesyirikan yang diwakili oleh ayahnya sendiri dan masyarakatnya.
Ibadah haji dan korban bermula dari kisah Nabi Ibrahim sebagai lambang tauhid berhadapan dengan kesyirikan yang diwakili oleh ayahnya sendiri dan masyarakatnya.
Apakah erti semua itu bagi umat Islam?
Kisah yang mengharukan tentang perjalanan Nabi Ibrahim dilukiskan oleh Al Quran hanya dalam 10 ayat pendek dan di bahagian lain sebuah pernyataan yang juga hanya sekitar 10 ayat.
PERTAMA :
PERTAMA :
Korban adalah simbol pengorbanan demi membela tauhid.
KEDUA :
KEDUA :
Korban demi membela dan membantu kaum fakir miskin.
Memang, korban ini secara zahirnya berupa haiwan yang secara simboliknya dipersembahkan kepada Tuhan.
Memang, korban ini secara zahirnya berupa haiwan yang secara simboliknya dipersembahkan kepada Tuhan.
Namun, hakikatnya yang sampai kepada Allah bukan daging dan darahnya melainkan yang sampai adalah ketaqwaan sebagaimana yang diterangkan di dalam ayat berikut :
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.” (QS Al Hajj : 37)
Ketaqwaan yang menjadi salah satu syarat ini tidak lain adalah kecintaan kepada Tuhan dan ini menuntut juga untuk mencintai sesama manusia dengan segala perbuatan baik.
Berbuat amal kebaikan perlu diwujudkan dalam simbol-simbol secara zahir dan batin seperti penyembelihan haiwan korban dengan tujuan utama daging haiwan itu dibahagikan kepada masyarakat kurang berkemampuan manakala niat dan tindakan adalah sebuah manifestasi ketaqwaan.
Kita dapat belajar dari korban haiwan yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Rasulullah saw menyembelih sebanyak 100 ekor, menurut satu sumber, dan 63 ekor menurut sumber lain, bukan sekadar untuk menyambut ulang tahun yang ke-63, tetapi yang lebih utama sebagai rukun ibadah untuk membantu masyarakat yang tidak berkemampuan.
Di sini, kita diuji dalam erti zahir untuk sentiasa membantu masyarakat yang tidak mampu manakala kita diuji dalam erti batin untuk selalu bersikap sabar dan tabah.

Bahkan, secara simboliknya anak yang merupakan curahan cinta kasih ayah dan ibu pun perlu dikorbankan demi kecintaan kepada sesama manusia yang lebih luas dengan membuang jauh-jauh sifat ego.
Peristiwa ini adalah isyarat yang nyata bagi kita untuk merenungkan secara lebih mendalam.
Peristiwa ini adalah isyarat yang nyata bagi kita untuk merenungkan secara lebih mendalam.
Rangkaian ibadah haji dan korban memang bukan sekadar mengenang peristiwa ini atau juga sekadar mengejar syurga.
Lebih dari itu, ia memberi erti dengan dimensi yang luas dalam pengertian kehidupan agama dan sosial.
Isyarat ini menunjukkan bahwa kita mesti berkorban secara :
- Rohani.
- Material.
- Fizikal.
Menunaikan ibadah haji adalah suatu pengorbanan zahir dan batin. Ini adalah peneladanan terhadap Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as dalam pengorbanannya yang sangat besar.
Nabi Ibrahim as tidak henti-henti (ketika itu bersama anaknya tinggal di tempat yang tandus di sekitar Masjidil Haram) berdoa agar negerinya dijadikan tempat yang aman dan dijauhi dari penyembahan berhala dan dijadikan hati sebahagian manusia mencintai mereka.
Itu juga dorongan yang membuatkan sebahagian orang ingin memenuhi kerinduan hati menunaikan ibadah haji kerana doa Nabi Ibrahim as atau kerana mendapat panggilan Allah swt.
Itu juga dorongan yang membuatkan sebahagian orang ingin memenuhi kerinduan hati menunaikan ibadah haji kerana doa Nabi Ibrahim as atau kerana mendapat panggilan Allah swt.
Setiap Muslim dengan keimanan dan kesedarannya ingin berziarah ke Masjidil Haram dan Ka'bah sebagai simbol tauhid. Bahkan, tidak kurang juga orang yang sentiasa berulang kali pergi haji.
Barangkali ini tidak terlepas dari doa Nabi Ibrahim as :
''Jadikanlah hati sebahagian manusia mencintai mereka.'' (QS Ibrahim : 37)
Hanya sahaja, alangkah indahnya mereka yang sudah berulang kali pergi haji sesekali menggantinya dengan ''berkorban'' membahagikan pembiayaan hajinya kepada pembiayaan korban kepada masyarakat fakir miskin di negara kita yang secara statistiknya masih ramai.
Sepertimana ibadah puasa, kita berlatih membersihkan diri dari segala kecacatan rohani, tidak hanya di bulan Ramadhan, tetapi terus-menerus setiap waktu. Setiap tahun diharapkan lebih baik dari sebelumnya.

Demikian juga dengan ibadah haji. Diharapkan, dengan berhaji, ibadah kepada Allah dan akhlak kepada sesama manusia akan menjadi lebih baik berbanding masa-masa sebelumnya.
Kita tahu, keadaan umat Islam di negara kita yang tercinta ini kerap kali menimbulkan satu pertanyaan.
Kita tahu, keadaan umat Islam di negara kita yang tercinta ini kerap kali menimbulkan satu pertanyaan.
Mengapa di negara yang majoriti Muslim ini, rasuah tetap bermaharajalela?
Apakah yang salahnya?
Bukankah agama sudah menyediakan pelbagai ibadah dan latihan kerohanian bagi meningkatkan sifat amanah pada setiap diri?
Mengapa umat Islam mesti beramai-ramai mengikuti olahan latihan kerohanian di luar ajaran Islam?
Bukankah sebenarnya, solat, puasa dan juga ibadah haji kalau ditunaikan secara khusyuk, penuh kesedaran dan kerohanian yang tinggi akan mampu melahirkan ''daya ledakan'' kemampuan diri yang luar biasa?
Inilah yang perlu terus-menerus kita renungkan dan implementasikan dalam kehidupan nyata agar kemudian mendorong kita untuk mewujudkan perbaikan di segala bidang.

Inilah yang dinamakan jihad yang sebenarnya, yakni berjihad untuk mempertahankan dan mengungkapkan secara nyata dalam kehidupan ini.
Jihad bukan hanya difahami sebagai ''mengorbankan diri'' demi membela apa yang dipandang benar dalam agama.
Kehidupan nyata inilah yang perlu menjadi tapak semaian atau ladang bagi semangat jihad.
Nabi saw sudah mengingatkan :
Nabi saw sudah mengingatkan :
''Dunia adalah tempat menyemai (ladang) bagi akhirat.''
Kalau tidak ada peningkatan kualiti umat, seolah-olah kita boleh katakan, apa pentingnya jumlah jamaah haji yang meningkat setiap tahun ini dengan perbaikan kualiti diri yang bermanfaat bagi bangsa dan negara.
Adalah wajar kenyataan ini dikemukakan kerana setiap perintah agama pasti mengandungi kekuatan dalaman (inner drive) yang berguna bagi peningkatan kualiti peribadi dan sosial.
Kalau dulu kita :
Kalau dulu kita :
- Bakhil,
- Enggan bersedekah.
- Terlalu berhitung dalam beramal.
- Sering menipu.
- Berdusta.
- Mengumpat.
- Sombong.
- Angkuh.
Namun, setelah pulang dari mengerjakan haji, kita mesti lebih mampu memperbaiki diri dan melaksanakan perbuatan yang terpuji.
Ibadah haji dapat difahami sebagai wasilah membangun kesedaran dan tindakan untuk mengubah dari sifat ego kepada sifat terbuka dan boleh menerima kebenaran.
Ibadah haji dapat difahami sebagai wasilah membangun kesedaran dan tindakan untuk mengubah dari sifat ego kepada sifat terbuka dan boleh menerima kebenaran.
Dengan cara itulah, keseimbangan diri manusia akan terwujud, yakni semakin mantap dalam hubungannya dengan Allah dan semakin rapat dalam hubungannya dengan sesama manusia.
Tetapi, di samping itu, cara mengerjakan segala amal kebaikan tentu tidak terbatas hanya melalui korban haiwan di kawasan Tanah Suci Makkah.
Tetapi, di samping itu, cara mengerjakan segala amal kebaikan tentu tidak terbatas hanya melalui korban haiwan di kawasan Tanah Suci Makkah.
Boleh sahaja dilakukan di Tanah Air dengan syarat-syarat tertentu yang ada dalam hukum Islam.
Di samping itu, melengkapi ibadah dengan haiwan korban dapat juga dilakukan dalam bentuk lain yang disesuaikan dengan keperluan mendesak masyarakat fakir miskin di lingkungannya. Merekalah yang sebenarnya perlu mendapatkan perhatian.
Sudah semestinya umat Islam menjadikan Hari Raya Korban ini sebagai wasilah bagi peningkatan zahir dan batin.
Sudah semestinya umat Islam menjadikan Hari Raya Korban ini sebagai wasilah bagi peningkatan zahir dan batin.
Banyak hikmah yang boleh dipetik dari syiar ini di mana yang terpenting adalah selalu menyedarkan umat Islam akan makna pengorbanan.
Pengorbanan atau ‘Tadh-hiyah’ berasal dari perkataan bahasa Arab ‘dhahha’ – ‘yudhahhi’ – ‘tadh-hiyah’.Dalam amal jama'ie, pengorbanan mempunyai kedudukan yang sangat penting dan oleh kerana itu, Imam Hasan Al Banna memasukkannya ke dalam salah satu rukun bai'ah anggota Al lkhwan Al Muslimun, selepas rukun faham, ikhlas, amal dan jihad.
Beliau berkata :
“Yang aku maksudkan dengan pengorbanan adalah pengorbanan jiwa, harta, waktu, kehidupan dan segala sesuatu yang dipunyai oleh seseorang untuk meraih tujuan.”
“Tidak ada perjuangan di dunia ini kecuali mesti disertai dengan pengorbanan.
Demi fikrah kita, janganlah engkau mempersempitkan makna pengorbanan, kerana sesungguhnya ia memiliki balasan yang agung dan pahala yang indah. Barangsiapa bersantai-santai sahaja ketika bersama kami, maka ia berdosa.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari kaum mukminin, diri dan harta mereka, bahwasanya mereka mendapatkan balasan syurga." (QS At-Taubah : 111)
"Katakanlah, 'Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatir akan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal adalah lebih kamu cintai daripada Allah, RasulNya, dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya.' Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." (QS At-Taubah : 24)
Dengan yang demikian, engkau fahamilah makna slogan abadimu :
"Gugur di jalan Allah adalah setinggi-tinggi cita-cita kami."”
Pengorbanan dan jihad merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan, namun menurut Ustaz Said Hawwa, ada perbezaan antara jihad dan pengorbanan.
Kadang-kadang keduanya seiring dan kadang-kadang pula saling menyempurnakan. Oleh kerana itu, Imam Hasan Al Banna menjadikannya rukun tersendiri.
Sesungguhnya, di tempat mana berkumandangnya jihad, maka di sana ada pengorbanan dan jihad yang sempurna tidak akan wujud kecuali dengan pengorbanan yang sernpurna pula.
Sungguh banyak kisah dalam sejarah kehidupan manusia yang boleh menjadi bukti dan contoh tentang pengorbanan, samada dalam kisah orang-orang yang terdahulu sebelum Nabi Muhammad saw, ataupun kisah pengorbanan baginda dan sahabatnya dalam sirah serta kisah-kisah perjuangan umat sesudahnya sampai ke saat ini.
Perhatikan sejarah Nabi Nuh as, 950 tahun waktunya baginda korbankan untuk menyeru kaumnya untuk berbakti dan beribadah kepada Allah, namun tidak ada yang menghiraukan seruannya kecuali sedikit, dan bahkan isteri dan putera baginda sendiri tidak beriman kepadanya.
Perhatikan pula kisah pengorbanan sahabat mulia Mush'ab bin Umair. la adalah seorang pemuda bangsawan Quraisy, gagah, rupawan, kaya dan terhormat, namun beliau mengorbankan semua kehormatannya di masa jahiliyah menuju kehormatan di masa Islam, walaupun ke tahap perlu berpisah dengan keluarganya.
Bahkan ibu yang sangat mencintainya mengancam akan membunuh diri apabila puteranya tetap memeluk agama Islam. Namun Mush'ab, pemuda yang cantik dan menawan rupa parasnya itu tetap memilih Islam, sehingga menemui syahadah di perang Uhud, di mana ketika itu beliau hanya memakai sehelai baju, yang sekaligus menjadi kain kafannya, yang apabila wajahnya ditutup maka kakinya tersingkap, dan apabila kakinya ditutup maka wajahnya pula terbuka.
Dengan pengorbanan itulah Mush'ab menggapai cinta Tuhannya dan menghuni taman-taman syurga serta diiringi oleh 70 bidadari.
Demikian pula kisah pengorbanan mujahid kontemporari yang terkemuka, Sayyid Qutb. la mengorbankan ilmu, kehidupan, harta dan bahkan "kedudukan terhormat" sebagai menteri pendidikan yang dijanjikan oleh Presiden Jamal Abdul Nasir jika ia ingin merubah prinsip-prinsipnya. Namun, sesuatu yang telah menjadi prinsip hidup bagi Sayyid Qutb tetap menjadi prinsip, walaupun perlu mengalami penyiksaan di penjara dan menjemput syahadah di tiang gantung.
Itulah beberapa kisah pengorbanan tokoh-tokoh sejarah kemanusiaan dan sejarah manusia yang masih akan terus berlangsung sampai hari kiamat, yang akan sentiasa mencatat dan meminta para pelaku sejarah yang berani mengorbankan diri, harta, waktu dan segala yang ia miliki dalam rangka mempertahankan kebenaran.
Nah! dalam konteks masa kini, sungguh banyak di hadapan kita peluang untuk berkorban terutama kerana :
1. Kebenaran telah didominasi oleh kejahatan.
2. Jumlah pelaku kebenaran jauh lebih sedikit dari jumlah pelaku kejahatan.
3. Pelaku kebenaran jauh lebih lemah dari berbagai kekuatan yang dimiliki para pelaku kejahatan.
4. Kekuatan politik, ekonomi, fizikal dan sebagainya ada di tangan pelaku kejahatan.
Ya, Allah adalah kekuatan yang sesungguhnya. Allah akan bersama kita, apabila kita ingin mengikuti jalan para Rasul, iaitu :
a. Berjuang dan berkorban merebut kekuatan-kekuatan mereka.
b. Berjuang memperbanyakkan jumlah pelaku kebaikan.
Walaupun dalam perjuangan ini, banyak harta yang habis serta jiwa yang gugur, namun sejarah kemanusiaan akan mencatatnya sebagai buah mulut generasi-generasi yang akan datang dan Allah akan rnemberinya kedudukan yang mulia di sisiNya.
Ya Allah, berilah kemudahan kepada kami untuk kami berkorban untuk agamaMu, berjuang untuk menegakkan kalimahMu sehingga manusia sentiasa bertauhid kepadaMu dan melaksanakan segala perintah-perintahMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS