Pemuda-pemuda telah memainkan peranan yang
penting dalam kebangkitan Islam dari zaman generasi Al Quran hinggalah kepada
zaman mutakhir kerana pada usia muda wujud harapan yang dipenuhi dengan
idealisma.
Selepas kejatuhan Khilafah Islamiah di
Turki, bangkit seorang pemuda bernama Hasan Al Banna pada tahun 1928 ketika umurnya hanya 23 tahun. Beliau
berusaha menyedar, membina dan menggerakkan jiwa umat Islam yang telah mati.
Kini pemuda-pemuda baru lahir di Tunisia,
Libya, Mesir, Jordan, Syria dan pelbagai negara umat Islam menyambung tugasan
beliau setelah beliau tinggalkan apabila dipanggil pulang oleh Rabbul Jalil
pada 12 Februari 1949.
Dalam
memikul risalah Islam, pemuda memiliki beberapa potensi sehingga dengan potensi
yang dimiliki itu, ianya dapat dikembangkan melalui tarbiyah. Potensi pemuda
ini dapat digerakkan hingga mencapai objektif yang dikehendaki.
Kebangkitan pemuda-pemuda hari ini untuk merubah sistem masyarakat, tidak dapat tidak ianya perlu kepada bimbingan ulama’-ulama’ dan guru-guru mursyid yang boleh bersama-sama dengan mereka. Justeru itu Dr Yusof Al Qardhawi menasihati pemuda-pemuda Islam dengan beberapa perkara :
PERTAMA : HORMATI KEPAKARAN SESEORANG
Setiap ilmu ada
ahlinya dan setiap kepandaian ada orangnya. Sesungguhnya Al Qur’an dan As
Sunnah mengajar kita supaya merujuk kepada pakar dan ahli setiap bidang dalam
perkara-perkara yang tidak kita ketahui.
Firman Allah swt :
Firman Allah swt :
“Maka bertanyalah kamu kepada ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui.” (QS Al Anbiya : 7)
Dalam sirah telah berlaku peristiwa di mana seorang sahabat yang meninggal dunia akibat dari mandi junub dalam keadaan luka. Apabila perkara ini sampai kepada pengetahuan Rasulullah saw, baginda bersabda :
"Mereka membunuhnya, Allah membunuh mereka. Mengapa mereka tidak bertanya sekiranya mereka tidak tahu? Sesungguhnya penawar bagi kelemahan itu ialah bertanya."
KEDUA : AMBIL ILMU DARI ORANG YANG WARA’ DAN SEDERHANA
Apabila tiap-tiap ilmu itu ada ahlinya, maka pemuda perlu mengambil ilmu syar'ie dari ulama’-ulama’ yang thiqah, iaitu yang berhimpun pada mereka keluasan ilmu, wara’ dan sederhana.
Tidak akan diterima ilmu dari seorang alim selagi ia tidak mengamalkan ilmunya. Inilah yang diistilahkan dengan wara’. Asasnya ialah takut kepada Allah yang merupakan buah ilmu yang benar, sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama’." (QS Faatir : 28)
KETIGA : PERMUDAHKAN DAN JANGAN MENYUSAHKAN
Apabila berhadapan dan berurusan dengan orang awam, pemuda-pemuda hendaklah memudahkan dan menghindarkan diri daripada keterlaluan dan keras.
Islam menganjurkan
seseorang mengambil pendapat yang lebih 'azimah dan selamat dalam masalah-masalah
tertentu.
Namun, jika
meninggalkan rukhsah dalam semua perkara, maka jadilah agama ini hanya himpunan
pemdapat-pendapat yang ‘azimah yang menggambarkan
kesempitan dan kesukaran.
Padahal Allah swt menghendaki
kelapangan dan kemudahan bagi hambanya.
Firman Allah swt :
"Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesempitan bagimu."
(QS Al Baqarah : 185)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa seorang Arab Badwi telah kencing dalam masjid, lantas orang ramai bangun hendak memukulnya, tetapi Nabi saw bersabda:
"Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesempitan bagimu."
(QS Al Baqarah : 185)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa seorang Arab Badwi telah kencing dalam masjid, lantas orang ramai bangun hendak memukulnya, tetapi Nabi saw bersabda:
"Biarkan dia dan tuangkan oleh kamu ke atas kencingnya satu timba air, kerana kamu diutus adalah untuk memudahkan bukan untuk menyukarkan." (HR Bukhari)
Tatkala Muaz memanjangkan bacaan sembahyang bersama umat Islam, Nabi saw bersabda kepadanya :
"Adakah engkau hendak membuat fitnah wahai Muaz? Diulang-ulangnya tiga kali."
Mengambil 'azimah bagi keseluruhan manusia akan memberatkan mereka dan menimbulkan fitnah tapi bagi amal individu, adalah harus baginya untuk mengambil 'azimah bagi tujuan sempurna dan berhati-hati sebaliknya bagi masyarakat awam tidak harus baginya semata-mata untuk mengelakkan mereka dari lari dari agama Allah.
Saranan Nabi saw dalam hadis yang bermaksud :
"Apabila solat salah seorang kamu bersama orang ramai, maka hendaklah ia meringankannya, kerana di antara mereka itu ada orang lemah, orang sakit dan orang tua, dan apabila salah seorang kamu solat untuk dirinya, maka hendaklah ia memanjangkannya mengikut kemahuannya." (Hadis Muttafaqun 'alaihi)
KEEMPAT : MENYERU MANUSIA DENGAN BIJAKSANA DAN BAIK
Firman Allah swt :
"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang lebih baik." (QS Ah Nahl : 125)
Pendakwah yang bijaksana akan menyampaikan dakwah kepada orang lain dengan cara yang lemah lembut dan kata-kata yang paling manis dengan tidak mencuaikan sedikitpun isi kandungannya.
Seorang lelaki telah menggesa Khalifah Al Makmum (Abbasiah) supaya melakukan amar makruf dan nahi mungkar dengan menggunakan tutur kata yang kesat dan kasar.
Khalifah Al Makmum
telah menegur lelaki tersebut :
“Wahai saudara, berlemah-lembutlah kerana Allah telah
mengutus orang lebih baik dari engkau kepada orang yang lebih buruk dari saya
dan Allah menyuruhnya dengan lemah lembut.
Allah telah mengutus Musa dan Harun di mana keduanya
lebih baik dari engkau kepada Fir'aun yang lebih buruk daripada saya, dan
menasihatkan keduanya dengan firmanNya yang bermaksud”:
"Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melewati batas. Maka berbicaralah kamu berdua, kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." (QS Thaha : 42-43)
Peranan
pemuda dirasakan penting kerana mereka mempunyai beberapa potensi seperti :
1.
Membangkitkan ‘himmah’ di dalam menimbulkan
persoalan.
2.
Memindahkan generasi.
3.
Menukar generasi.
4.
Memperbaharui maknawiah umat.
5.
Unsur perubah.
Namun, kita
perlu membekalkan pemuda agar potensinya berkembang melalui beberapa perkara:
a.
Tarbiyah secara fitrah.
b.
Hikmah dan ilmu.
c.
Pembentukan keperibadian kepimpinan dan pengikut.
Dengan
bekalan-bekalan di atas, maka akan wujudlah pemuda-pemuda yang bergerak.
Risalah
Islam atau apapun bentuk seruan ke arah perubahan hanya dapat dilaksanakan oleh
para pemuda.
Sepanjang
perjalanan sejarah manusia dari Nabi Adam as hingga kepada Nabi Muhammad saw dan
diteruskan hingga ke zaman kini membuktikan bahwa perubahan-perubahan sentiasa
dipelopori oleh para pemuda. Pemuda yang berpotensi di masa sekarang ini adalah
mereka yang bergelar pelajar atau mahasiswa.
Dakwah
Islam, sejak zaman Nabi saw lagi ianya dipelopori oleh para pemuda seperti Ali
bin Abi Talib, Mushab bin Umair, Usamah bin Zaid dan sebagainya.
Pelajar
atau mahasiswa merupakan nyawa gerakan pemuda dan masyarakat.
Kehadiran
pemuda sangat dialu-alukan bagi membawa suatu perubahan dan pembaharuan. Usaha
reformasi di segala bidang juga menjadi salah satu seruan pemuda dalam pembentukan
masyarakat madani.
Perubahan
yang dibawa oleh pemuda ini tidak mungkin dapat dibawa oleh orang tua ataupun
anak-anak sehingga potensi yang dimiliki oleh pemuda mampu membawa kepada
kejayaan.
PERTAMA : MEMBANGKITKAN HIMMAH DALAM MENIMBULKAN
PERSOALAN
Nabi
Ibrahim as, Nabi Musa as, Nabi Isa as dan nabi-nabi lainnya yang masih pemuda
seringkali memberikan persoalan dan kritikan kepada apa sahaja yang berlaku di
sekitarnya.
Para pemuda
kerap menimbulkan pertanyaan terhadap perkara-perkara yang :
1.
Tidak betul.
2.
Tidak benar.
3.
Tidak adil.
Keadaan
yang tidak sesuai ini biasanya dijadikan sebagai suatu tempat kritikan atau
persoalan pemuda.
“Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah
hakikatnya patung-patung ini yang kamu sungguh-sungguh memujanya?” (QS Al
Anbiya’ : 52)
“Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa
melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dalam keadaan takut
kepada Fir’aun dan ketua-ketua kaum mereka menyiksa mereka; kerana sesungguhnya
Fir’aun bermaharajalela di muka bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang
melampaui batas. Dan Nabi Musa berkata (kepada kaumnya): “Wahai kaumku! Kalau
kamu sungguh-sungguh beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri
kepadaNya, jika kamu benar-benar orang Islam.” (QS Yunus : 83 – 84)
Potensi
membangkitkan suatu persoalan ini adalah ciri pertama kenapa pemuda ini dapat
melakukan perubahan.
Pemuda tidak
akan senang dengan sesuatu yang sudah dicapainya. Pemuda juga tidak dapat
tenang melihat ketidakadilan.
Peranan
pemuda ini sangat penting, lebih khususnya dalam membentuk budaya dan arus
perdana di kampus dan juga dalam masyarakat.
KEDUA : GENERASI PENERUS
Generasi
tua atau generasi pemegang kepimpinan samada dalam suatu pemerintahan, dakwah
atau masyarakat tentunya akan semakin tua dan mungkin mati.
Keadaan
demikian memerlukan adanya generasi penerus yang menggantikan peranan pemimpin
sebelumnya. Keadaan ini adalah suatu yang logik.
Namun, siapakah
penggantinya?
Jawabannya
adalah pemuda.
Kepimpinan,
pemerintahan dan sebagainya perlu diteruskan kepada generasi berikutnya.
Generasi
ibu bapa perlu digantikan oleh generasi anaknya, begitulah seterusnya diganti pula
oleh generasi cucunya. Di tengah masyarakat dan dalam organisasipun berlaku sedemikian
rupa, iaitu perubahan pimpinan kepada generasi seterusnya yang masih bergelar pemuda.
“Dan orang-orang yang beriman yang dibawa oleh zuriat
keturunannya dalam keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat
keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak
mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap manusia terikat
dengan amal yang dikerjakannya.” (QS At Thur : 21)
“Dan juga mereka (yang diridhai Allah itu ialah
orang-orang) yang berdoa dengan berkata:”Wahai Tuhan kami, berilah kami dari
isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; (generasi pengganti) perkara-perkara
yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang
bertaqwa.” (QS Al Furqan : 74)
KETIGA : GENERASI PENGGANTI
Memindahkan
generasi bererti menggantikan pemimpin sebelumnya dengan meneruskan semua
program-program yang telah dirancang sebelumnya.
Manakala
menukar generasi pula disebabkan generasi sebelumnya tidak baik atau kurang
berjaya sehingga diperlukan penukaran generasi kepada generasi yang baru.
Allah swt
menyebutkan bahwa orang yang tidak beriman ini akan digantikan oleh orang yang
beriman.
Begitu juga
yang berlaku dalam negara atau suatu pemerintahan di mana pemerintah yang tidak
berlaku adil, jujur dan amanah maka kepimpinan sebelumnya perlu diganti oleh kepimpinan
baru.
“Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara
kamu yang murtad dari agamamu, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang
Allah sayang kepada mereka dan mereka sayang kepada Allah; bersifat lemah
lembut terhadap orang beriman dan tegas terhadap orang-orang kafir, mereka
berjihad di jalan Allah, dan mereka tidak takut terhadap celaan orang-orang
yang suka mencela. Yang demikian itu ialah kurniaan dari Allah kepada siapa sahaja
yang dikehendakiNya; sesungguhnya Allah maha luas kurniaNya lagi maha
mengetahui.” (QS Al Maaidah : 54)
KEEMPAT : MEMPERBAHARUI MAKNAWIYAH UMAT
Siapakah
yang dapat bergerak untuk memperbaharui maknawiyah umat?
Jawabannya
adalah pemuda.
Pemuda
dengan potensi yang dimiliki, semangat yang berkobar-kobar, jasad yang kuat,
pemikiran yang cerdas dapat memperbaharui maknawiyah umat.
Usaha
pembaharuan ini adalah dengan memberikan dakwah, tarbiyah dan jihad.
Usaha-usaha pemuda yang sedemikian dapat memperbaharui maknawiyah umat.
Orang tua
tidak akan mungkin dapat melaksanakan peranan ini begitu juga para anak-anak
tidak dapat berperanan secara berkesan. Hanya pemuda yang dapat menjalankan
peranan perubahan ini.
“Dan Nabi mereka berkata kepada mereka:”Sesungguhnya
Allah telah melantik Thalut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab:”Bagaimana
dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kekuasaan
itu daripadanya, dan ia tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka
berkata:”Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Thalut) menjadi raja kamu, dan
telah mengurniakannya kelebihan ilmu pengetahuan dan kekuatan fizikal”. Dan
(ingatlah), Allah juga yang memberikan kekuasaan kepada siapa yang
dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan kurniaNya), lagi Maha
Mengetahui.” (QS Al Baqarah : 247)
KELIMA : UNSUR PERUBAH
Pemuda dengan
potensi yang dimilikinya juga mempunyai unsur perubah kepada :
a.
Ketidakadilan.
b.
Kejahiliyahan.
c.
Kesesatan.
d.
Kemusyrikan.
Pemuda
dengan unsur perubahnya dapat menjalankan peranan tersebut secara baik dan
berkesan.
Di zaman Nabi
saw, para pemudalah yang merubah :
1.
Jahiliyah kepada Islamiyah.
2.
Kemusyrikan kepada tauhid.
3.
Kebatilan kepada Al-Haq.
4.
Sekular kepada Islam.
Unsur
perubah yang paling berpotensi adalah pemuda yang sedar, berpengetahuan dan
mempunyai fikrah Islam yang mantap. Ciri-ciri seperti ini dapat diperolehi
melalui usaha belajar dan menuntut ilmu.
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal
mereka dengan benar, sesungguhnya mereka itu pemuda-pemuda yang beriman kepada
Tuhan mereka, dan kami tambahkan mereka dengan petunjuk. Dan Kami kuatkan hati
mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan
tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi;
kami sekali-kali tidak akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami
menyembah yang lainnya maka kami mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”
(QS Al Kahfi : 13 – 14)
BEKALAN-BEKALAN
Agar
potensi-potensi pemuda tersebut muncul secara berkesan dan berpengaruh, maka
pemuda perlu diberikan bekalan-bekalan yang akan memberi semangat dan kekuatan
bagi mengharungi setiap cabaran dan ujian yang akan ditempuhi.
Tanpa bekalan-bekalan,
maka potensi pemuda yang berharga akan menghilang manakala bekalan yang baik
adalah bekalan yang mengikuti kaedah dan minhaj dari Allah dan RasulNya.
PERTAMA : TARBIYAH SECARA FITRAH
Tarbiyah secara
fitrah adalah tarbiyah yang merujuk kepada fitrah manusia. Tarbiyah secara
fitrah juga istilah lain dari ‘Tarbiyah Islamiyah’.
Fitrah
manusia sangat sesuai dengan fitrah Islam. Pemberian fitrah Islam kepada pemuda
akan diterima secara ikhlas dan dapat diamalkan oleh pemuda dengan baik.
Penerimaan
tarbiyah secara fitrah ini terjejas apabila di dalam hatinya ada noda atau
kotoran maksiat yang menutup fitrahnya.
Tarbiyah secara
fitrah yang diberikan kepada pemuda adalah usaha untuk membangun potensi pemuda
dan juga memelihara potensi tersebut.
Sebahagian
dari aktiviti tarbiyah secara fitrah adalah :
a.
Membaca Al-Qur’an.
b.
Beribadah.
c.
Beramal soleh.
d.
Memelihara alam.
Contoh tarbiyah
secara fitrah adalah memberikan sesuatu yang diperlukan oleh pemuda. Dengan
cara ini pemuda dipenuhi keperluannya dan juga mereka dapat mengembangkan diri
mereka.
Di antara
ciri-ciri keperluan semasa para pemuda
adalah :
1.
Keperluan belajar.
2.
Keperluan persaudaraan.
3.
Keperluan ingin tahu.
4.
Keperluan dinamik dan aktif.
Cara yang
fitrah melalui Islam mampu secara berkesan membangun potensi pemuda.
“Isa binti Maryam (berdoa kepada Allah) berkata:”Ya
Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kepada kami satu hidangan dari langit, untuk
menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada di hari ini dan bagi
orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) dariMu
(yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada
kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi rezeki.” (QS Al Maaidah : 114)
KEDUA : HIKMAH DAN ILMU
Selain
tarbiyah secara fitrah yang diberikan kepada pemuda, ilmu dan kebijaksanaan juga
diberi sehingga kesedaran dan motivasi untuk bergerak di kalangan pemuda
muncul.
Orang
dewasa dan tua yang mempunyai banyak pengalaman dan ilmu serta telah merasakan
asam manisnya kehidupan perlu memberikan kepada pemuda suatu kebijaksanaan
serta ilmu pengetahuan.
Hikmah
biasanya didapati oleh orang tua dan dewasa. Orang tua dengan pengalaman dan
hidupnya yang sudah lama dapat memberikan hikmah kepada pemuda yang belum
banyak pengalaman.
Ilmu pun
biasanya didapati oleh orang dewasa dan tua, maka juga diperlukan memberikan
ilmu dan pelajaran kepada pemuda kerana bekalan yang sedemikian dapat
meningkatkan potensi pemuda.
“Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yang
cukup kekuatannya dan sempurna. Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu
pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki
amalannya.” (QS Al Qasas : 14)
KETIGA : KEPERIBADIAN KEPIMPINAN DAN PENGIKUT
Kepada
pemuda juga diperlukan bekalan keperibadian yang mempunyai sifat pemimpin dan pengikut.
Pemuda
diharapkan mempunyai sifat sebagai pemuda yang sedia memimpin dan sedia dipimpin.
Pemimpin
yang ikhlas dan pengikut yang taat adalah sifat yang juga perlu ditanamkan
kepada jiwa pemuda sehingga dengan cara ini pergantian, penukaran dan
pemindahan generasi dari orang tua kepada pemuda dapat dilaksanakan dengan
baik.
Keperibadian
yang mempunyai sifat pemimpin dan pengikut akan melancarkan perjalanan dakwah
amal jama’ie.
“Yusuf berkata: “Jadikanlah aku pengurus
perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan
sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”. (QS Yusuf : 55)
“Salah seorang di antara wanita yang berdua itu
berkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing
kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang
kuat, lagi amanah”. (QS Al Qasas : 26)
PEMUDA YANG BERGERAK
Potensi
yang dimiliki oleh pemuda kemudiannya dikembangkan dengan diberikan beberapa
bekalan seperti tarbiyah kemudian melalui bekalan ini akan menghasilkan pemuda
yang bergerak, dinamik dan aktif.
Pemuda yang
aktif akan menghasilkan banyak perkara, sedangkan pemuda yang tidak aktif maka ianya
akan menghancurkan dirinya sendiri.
Oleh sebab
itu pemuda yang bergerak adalah pemuda yang mendapatkan tarbiyah bagi
pengembangan dirinya.
“Dan jangan sekali-kali kamu menyangka orang-orang
yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak
mati) bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan
mendapat rezeki.” (QS Ali Imran : 169)
Kita mampu untuk
menjadi pemuda-pemuda yang melakar sejarah yang signifikan untuk umat. Titik
tolak dan perubahannya boleh kita jana dan gerakkannya.
Pemuda-pemuda perlu
dilatih, dirancangkan dan diprogramkan untuk menjadi luar biasa.
Cara pandangan mereka
terhadap dunia adalah suatu pandangan yang luar biasa di mana mereka
berfikir dengan minda
yang luar biasa dan segala-galanya adalah luar biasa.
Luar biasa dengan acuan
Allah swt di mana kini, ianya telah menjadi asing dan terpisah dalam kehidupan
manusia biasa.
Mereka-mereka ini perlu
diletakkan dalam acuan intensif dan khusus di mana mereka perlukan universiti
khas dan kolej yang khusus yang akan menghasilkan para graduan yang akan
mempunyai kemampuan untuk “mengubah” dunia.
Ya Allah,
lahirkanlah di kalangan kami para pemuda yang akan menjadi generasi pengganti
dan pewaris kepada perjuangan dakwah dan tarbiyah sehingga ianya mampu mengubah
lanskap minda dan pemikiran umat untuk membangun kembali kegemilangan Islam di
akhir zaman.
Ameen Ya
Rabaal Alameen
WAS