Jalan
dakwah adalah jalan yang satu serta jalan yang telah dilalui oleh para Nabi dan
Rasul Allah.
Setiap
pendakwah wajib memahami berbagai isu-isu asasi yang menyentuh perkara-perkara
yang berkait dengan dakwah dan perjalanannya. Ia menjadi sesuatu yang amat
penting bertujuan untuk menjaga keselamatannya di sepanjang perjalanan agar ia
sampai ke tempat tujuan dengan selamat samada memperolehi kemenangan atau memperolehi
kesyahidan.
Di
antara isu-isu asasi di jalan dakwah
adalah :
PERTAMA : PANDANGAN YANG JELAS
Adalah
penting bagi setiap aktivis dakwah memahami ‘ahdaf’ (sasaran) dakwah
dan karakteristik jalan yang akan dilaluinya.
Salah
satu sasaran dakwah yang penting adalah tertegaknya ‘Khilafah Islamiyah Alamiyah’.
Tugas
kekhalifahan adalah sesuatu yang diwajibkan oleh Allah bagi manusia di muka
bumi sebagaimana firman Allah swt :
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman
kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di
bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan
berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu
orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),
padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak
mengetahuinya". (QS Al Baqarah : 30)
Begitu
juga ada sebuah hadits Rasulullah saw yang menggambarkan tentang fasa-fasa
pemerintahan umat yang dibahagikan kepada lima fasa iaitu :
- ‘Nubuwwah’ (Fasa
pemerintahan kenabian).
- ‘Khilafah ‘ala
Minhajin-Nubuwwah’. (Khilafah di atas manhaj kenabian)
- ‘Mulkan A’dhan’.
(Pemerintah yang menggigit)
- ‘Mulkan Jabriyyan’.
(Pemerintah yang memaksa kehendak terhadap rakyatnya)
- ‘Berulangnya fasa Khilafah
‘ala Minhajin-Nubuwwah’. (Khilafah di atas manhaj kenabian)
Ada
satu kaidah ushul yang berbunyi :
“Ma la yatimmul wajib illaa bihi fahuwa
wajib.” (Tidak ada sesuatu yang menyempurnakan yang wajib kecuali dengannya,
maka ianya menjadi wajib)
Sesuai
dengan wujudnya jurang antara realiti kehidupan di satu sudut dengan sasaran dakwah
yang ingin dicapai di sudut lain, maka di antara karakteristik jalan dakwah
yang penting dan perlu difahami oleh setiap pendakwah adalah :
- Besarnya permasaalahan yang dihadapi sedemikian
banyak dan luas serta waktu yang diperlukan untuk mengatasinya sedemikian
panjang, sementara kapasiti dan umur kita cukup terbatas.
Oleh yang demikian, diperlukan persiapan yang matang, tekad
yang kuat, kesabaran yang tinggi, keikhlashan yang penuh, kesediaan untuk
menyambungkan rantai dakwah dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.
- Ramai orang yang tidak senang dengan aktiviti dakwah
ini kerana hawa nafsu dan tipu daya syaitan.
Sunnatullah berupa ‘mihnah’, ‘ibtila’’ dan fitnah yang
dihadapi oleh para Nabi dan Rasul Allah merupakan “satu pakej” dalam
perjalanan dakwah ini. Oleh itu diperlukan sikap kewaspadaan yang tinggi,
kesabaran yang kukuh dan lain-lain.
Di
antara bahaya kesalahan dalam memahami sasaran dakwah dan karakteristik jalan
yang perlu dilalui adalah :
a.
Aspek pemikiran.
Kesalahan dalam aspek ini akan menjerumuskan seseorang ke
dalam pola pemikiran ‘Takfir’ (Mengkafirkan orang lain).
b.
Aspek pergerakan.
Kesilapan kefahaman dalam aspek ini akan membawa kepada
sikap tergesa-gesa ingin mencapai kemenangan yang dekat, sikap berpuas hati
dengan usaha yang bersifat tempelan serta sikap suka memecah dan meletakkan
Islam dalam cebisan-cebisan yang tidak berpadu.
c.
Aspek keperibadian.
Pengabaian dalam aspek ini akan melahirkan peribadi-peribadi
yang hanya cenderung melihat segala sesuatu dari kacamata politik di samping
mengabaikan tarbiyah.
Bagi
para pendakwah hakiki, adalah menjadi sesuatu yang cukup penting untuk memahami
dan berinteraksi secara intensif, menyeluruh dan seimbang dengan 10 rukun bai’ah
iaitu al-Fahmu, al-Ikhlas, al-Amal, al-Jihad, at-Tadhhiyah, ath-Tha’ah,
ats-Tsabat, at-Tajarrud, al-Ukhuwwah dan ats-Tsiqah.
Berterusan
dalam dakwah adalah salah satu tuntutan yang mesti dipenuhi sebagai akibat dari
karakteristik jalan dakwah yang panjang.
Permasaalahan
kesinambungan dalam dakwah boleh bersifat dalaman mahupun luaran.
Di
atara bekalan yang penting yang perlu dipersiapkan oleh setiap pendakwah dalam
memelihara kesinambungan ini antara lain adalah :
- Tarbiyah Peribadi (Syakhshiyah)
yang seimbang antara aspek ruh, aqal dan jasmani.
- Membangun dan
memelihara ukhuwah dengan mengambil berat tentang ‘ta’aruf’, ‘tafahum’,
‘ta’awwun’ dan ‘takaful’.
- Merapatkan saf para pendakwah
dengan amal jama’ie.
Kesinambungan
yang statik semata-mata belum cukup di dalam harakah yang bersifat dinamik.
Sasaran
dakwah yang luas menuntut adanya pertumbuhan dan kekuatan dalam kesinambungan.
Pertumbuhan
dakwah adalah bersifat :
- Mendatar di mana langkah
penambahan kuantiti pendokong dakwah dan wilayah yang menyeluruh.
- Menegak di mana peningkatan
tahap prestasi pendokong dakwah dari sudut kualiti individu, keluarga dan
komuniti.
Perkara
penting yang perlu difahami dalam aspek pertumbuhan ini adalah bahwa prosesnya
bersifat ‘tadarruj’ (bertahap) dan tidak cepat dan tergesa-gesa
disebabkan realiti sebenar komposisi masyarakat muslim tidaklah mewajibkan
seluruh komponen dalam masyarakat mempunyai kualiti yang utuh dan boleh
dijadikan contoh tauladan.
Namun,
cukuplah sejumlah individu dan keluarga muslim yang ideal ditambah dengan masyarakat yang menyahut seruan serta ingin
bersama menjayakan agenda dakwah Islam.
Aspek
kekuatan merupakan tuntutan yang mengiringi aspek pertumbuhan yang meliputi
kekuatan :
- Aqidah.
- ‘Wihdah’ (persatuan).
- Wasilah meliputi ilmu, fizikal, dana, senjata,
bahan publikasi dan lain-lain.
Di
antara perkara-perkara yang penting diperhatikan dalam memperkukuhkan kekuatan
adalah :
- ‘Iradah Qawiyyah’
(kekuatan kehendak)
- ‘Wafa’ Tsabit’
(kesetiaan yang teguh)
- ‘Tadhhiyyah ‘Azizah’
(pengorbanan yang agung)
- ‘Ma’rifatul Mabda’
(pemahaman terhadap prinsip)
Memelihara
keaslian merupakan perkara yang penting untuk diperhatikan agar kesinambungan,
pertumbuhan dan kekuatan tidak akan kehilangan arah dan keluar dari roda
perjalanan yang sebenarnya.
Masaalah
dalaman yang melibatkan aqidah, pemikiran, akhlak, persaudaraan, ekonomi serta
luaran yang menyangkut serangan pemikiran, serangan tentera,fitnah dan
lain-lain menuntut setiap pendakwah
untuk sentiasa terikat pada keaslian di mana akar konsep rujukannya adalah manifestasi
dari ucapan dua kalimah shahadahnya iaitu Kitabullah dan Sunnah serta Sirah Rasulullah
saw.
Di
antara bahaya mengabaikan pemeliharaan keaslian ini adalah lahirnya
bentuk-bentuk kefahaman dan aktiviti yang bersifat ‘juz’iyah’ (terpisah-pisah)
serta mengutamakan satu perkara dan mengabaikan perkara-perkara penting yang
lainnya.
Usaha
pencapaian sasaran dakwah yang luas menuntut adanya perancangan yang teliti dan
saksama, tidak bermudah-mudah atau bersifat spontan dan terlalu memberi reaksi
kepada semua isu yang menimpa masyarakat.
Adalah
penting untuk difahami bahwa perancangan tidaklah bertentangan dengan keyakinan
akan taqdir Allah, kerana perancangan juga disyariatkan oleh Allah swt
sebagaimana firman Allah :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah
kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan
hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan
(dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi
diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi
PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.” (QS Al Hasyr :18)
Tawakkal
adalah menggunakan seluruh sebab musabab dan kemudiannya menyerahkan
keputusannya kepada Allah.
Perancangan
yang baik :
- Memperhatikan semua
sudut.
- Membuat senarai yang
lengkap.
- Menghimpun berbagai
potensi, kemudahan dan keahlian individu.
- Mengarahkan kepada
matlamat dan sasaran.
- Memanfaatkan semua
wasilah secara optimum untuk mendukung pencapaian sasaran-sasaran dakwah.
Perancangaan
yang baik sentiasa memperhatikan berbagai faktor perubahan sesuai dengan
perkembangan zaman dan berbagai sunnah kauniyah lainnya sehingga akan membuatkan
perancangan dakwah berjalan secara waqi’e (realistik) dan praktikal serta tidak
semata-mata bersifat teori yang jauh dari kenyataan.
Aspek
pengembangan dan pembaharuan sangat penting dan berpengaruh dalam proses dakwah
Islam.
Setiap
pendakwah dapat memanfaatkan setiap penemuan-penemuan baru di bidang ilmu
pengetahuan dan teknologi untuk mendukung wasilah dakwahnya.
Bersikap
statik dan menolak perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan
kekeliruan yang mesti segera diluruskan kerana ianya akan merugikan dakwah itu sendiri.
Kesatuan
adalah permasaalahan yang paling penting dalam amal jama’ei. Tanpa persatuan
dan kesatuan, boleh dikatakan hampir mustahil kita dapat mewujudkan
sasaran-sasarannya.
Di
antara kaidah utama di dalam memelihara persatuan di antara kaum muslimin dan
mengoptimumkan kerja berbagai gerakan dakwah Islam adalah ungkapan :
KETUJUH : BEKERJA DALAM LAPANGAN DAKWAH
Yang
dimaksudkan dengan bekerja dalam lapangan dakwah mencakupi aktiviti :
- Penanaman iman yang
teguh.
- Pembentukan yang
cermat.
- Kerja yang berkesinambungan.
Setiap
pendakwah hendaklah lebih mementingkan sudut kerjanya daripada kempen dan
propagandanya dan hendaklah setiap pendakwah bersedia untuk menjadi orang yang
teruji dengan amal.
Perbezaan
bentuk sumbangan amali dalam dakwah hendaklah difahami dalam konteks amal jama’ei
selain keseimbangan dalam beramal juga sesuatu yang mutlak diperlukan.
Yang
penting untuk diperhatikan adalah landasan yang memberi motivasi dalam beramal iaitu
:
- Ibadah kepada Allah.
- Memberikan kemanfaatan samada
secara langsung ataupun tidak langsung bagi kemaslahatan umum meliputi manusia,
alam semesta dan seluruh isinya.
Pewarisan
dan kebangkitan semula generasi merupakan salah satu kesan dari luasnya sasaran
dakwah yang akan dicapai yang mana pencapaiannya tidak cukup hanya melalui
usaha satu generasi, malah boleh jadi diperlukan beberapa generasi yang secara
berterusan berusaha melaksanakan ‘amaliyah-‘amaliyah dakwah untuk tujuan
tercapainya sasaran tersebut.
Yang
penting untuk difahami adalah bahwa pewarisan tidak akan berjalan dengan mudah hanya
dengan buku dan risalah-risalah.
Malah
diperlukan ‘mu’ayasah’ (interaksi) yang intensif antara generasi kerana
dengan keteladanan secara langsung akan melahirkan kesatuan hati, persenyawaan
dan kecintaan yang tulus sebagai landasan yang utama dalam proses membangunkan
semula generasi.
CIRI-CIRI AKTIVIS DAKWAH YANG
DIKEHENDAKI
Sebuah
organisasi dakwah tidak mungkin dapat berjalan secara baik tanpa kehadiran
aktivis-aktivis dakwah dengan semangat daya juang yang tinggi.
Kewujudan
aktivis dakwah yang bersemangat waja menjadi suatu kemestian untuk mencapai
tujuan gerakan Islam.
Aktivis-aktivis
dakwah tersebut mestilah mempunyai ciri-ciri seperti yang digambarkan oleh
Allah swt berikut :
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa
di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan
mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia;
mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku
tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan
bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang
yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya
kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya,
lagi Meliputi PengetahuanNya.” (QS Al Maaidah : 54)
PERTAMA : MENCINTAI ALLAH DI ATAS
SEGALANYA
Cinta
adalah tenaga kehidupan dan mencintai Allah adalah tenaga dari segala tenaga.
KEDUA : BERSIKAP LEMAH LEMBUT KEPADA
SESAMA ORANG BERIMAN
Perkara
yang paling rendah yang perlu diwujudkan terhadap sesama mukmin adalah berbaik
sangka kerana setelah cinta kepada Allah, kekuatan yang paling besar adalah
kekuatan Ukhuwah atau persaudaraan.
KETIGA : BERSIKAP PENUH WIBAWA DALAM
BERHADAPAN DENGAN ORANG-ORANG YANG KAFIR
Salah
satu penyakit sebahagian umat Islam adalah kalah dari segi mental dan pemikiran
di hadapan orang-orang kafir dan bhakan menjadi “penyambung” lidah
mereka.
KEEMPAT : BERJIHAD DI JALAN ALLAH ADALAH
BAHAGIAN DARI IMAN
KELIMA : KESETIAAN DAN PEMBELAAN HANYA
DIBERIKAN KEPADA ALLAH, RASULULLAH DAN ORANG-ORANG YNAG BERIMAN
AKHLAK AKTIVIS DAKWAH HAKIKI
Akhlak
aktivis dakwah yang sejati tergambar dalam ayat berikut :
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila
kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh
menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak,
supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Dan
taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan;
kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan
sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah
beserta orang-orang yang sabar. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang
yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk
(kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta
mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha
Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.” (QS Al Anfal : 45 – 47)
PERTAMA : TEGUH HATI DAN PENDIRIAN
Setiap
aktivis dakwah mestilah mempunyai ketetapan hati dalam menghadapi segala situasi
dan keadaan
KEDUA : MEMPERBANYAKKAN ZIKRULLAH DAN
SENTIASA INGAT KEPADA ALLAH
Zikir
kepada Allah merupakan salah satu kayu pengukur akan wujudnya jalinan ikatan
yang kuat antara manusia dengan Allah.
KETIGA : MENJAGA UKHUWAH DAN
MENINGGALKAN SEGALA PERKARA YANG MENIMBULKAN PERPECAHAN DAN PERMUSUHAN
KEEMPAT : SABAR
Ia
adalah salah satu tenaga yang benar-benar berguna untuk memikul tugas dakwah
KELIMA : RENDAH DIRI
“Wahai
Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh
orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus
orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka
akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang
kafir itu kaum yang tidak mengerti” (QS Al-Anfal : 65)
Sesungguhnya
kemampuan untuk sentiasa menjaga “Kualiti Maknawiyah” ini adalah
kunci keberhasilan dari apa yang diperjuangkan.
Akhirnya
marilah kita merenung kata-kata Imam Hasan Al Banna :
“Dakwah kita adalah dakwah yang hanya
dapat dilukiskan secara lengkap oleh perkataan ‘Islamiyah’. Perkataan ini mempunyai makna yang sangat luas, bukan
makna sempit yang difahami oleh ramai orang.
Kita meyakini bahwa Islam adalah nilai
yang komprehensif, mencakupi seluruh dimensi kehidupan. Dia memberi fatwa
tentang seluruh masaalah kehidupan, menetapkan sistem yang tepat serta tidak statik menghadapi pelbagai masaalah
yang dinamik dan berbagai peraturan yang diperlukan dalam pengislahan umat.”