Inilah risalah pertama yang ingin
saya sampaikan kepada kamu, dari kedudukan yang mana kamu telah memberikan
amanah kepada saya, yang pada hakikatnya telah memberikan kepada saya
bebanan yang berat ini; sebagaimana yang pernah diucapkan oleh Abu Bakar ra
dengan penuh tawadhu’ :
“Aku diberi amanah, padahal aku
bukanlah orang yang terbaik dari kamu, taatlah kepadaku selama mana aku
penitahkan kamu untuk taat kepada Allah dalam diri kamu” ..
Dan yang kami harapkan pada itu
semua adalah doa kamu. Semoga dengan keberkatan-Nya kita boleh menjadi orang
yang terbaik sebagaimana yang pernah disebutkan oleh Nabi saw :
“Sebaik-sebaik pemimpin kamu
adalah yang kamu doakan kebaikan untuk mereka dan mereka mendoakan kebaikan
untuk kamu”.
Bahwasanya :
a. Syura.
b. Struktur.
c. Tsiqah.
merupakan komponen dan wasilah ujian ‘rabbani’ yang paling tepat
dalam jiwa para ikhwah dan akhawat di semua tingkatan dan peringkatnya.
Syura bagi kami merupakan :
1. Salah satu surah dalam Al-Qur’an.
2. Salah satu kewajiban Islam.
3. Salah satu akhlak dan perilaku yang memerlukan adanya perlaksanaan
dan penerapan di semua tingkatan dan peringkat.
4. Sebagai mekanisma terbaru yang digunakan untuk
mendapatkan pandangan dan pemilihan dalam mengganti posisi pemimpin dan
pemikul tanggungjawab.
Dan kamu telah menyaksikan keteladanan
yang telah ditunjukkan oleh Mursyid Am ketujuh; Ustaz Muhammad Mahdi Akif, yang
kesemuanya telah tersimpul dalam sikapnya yang mendalam terhadap konsep-konsep
dan nilai-nilai, dan membantah segala kebohongan dan fitnah yang diarahkan
kepadanya serta ke atas jamaah kita yang penuh berkat ini.
Dan kami tidak membantah kepada
mereka yang mengatakan bahwa Ikhwanul Muslimin menuntut adanya demokrasi,
sebagaimana kami tidak membantah adanya berbagai pandangan dan kenyataan
negatif terhadap kami; kerana kami para aktivis yang sentiasa bekerja, dan jika
berada pada satu sikap seperti itu maka nescaya Allah akan melontarkan yang hak
kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta
yang batil itu lenyap.
Sungguh, kita telah melalui
masa-masa yang memiliki berbagai kehendak, berbagai peristiwa yang
telah berlalu tidak akan menggoncangkan asas jamaah atau merobohkan
bangunannya dan mereka membuat tekaan ke atas kami dengan berbagai andaian yang
buruk.
Namun Alhamdulillah (segala puji
bagi Allah) dengan adanya :
a. Rukun ‘tsiqah’ terhadap
qiyadah.
b. Keyakinan terhadap janji Allah.
c. Perasaan adanya naungan Allah ke atas jamaah ini.
d. Manhajnya yang bersih.
e. Tatacara dan peraturannya yang murni.
di mana kesemua perkara-perkara di
atas mampu memberikan perlindungan (berkat kurnia Allah) ke atas jamaah ini
serta selamat dari unsur-unsur berikut :
1. Berbagai fitnah.
2. Meluruskan berbagai kesalahan dan kekeliruan.
3. Menyempurnakan yang kurang dengan berlandaskan cinta dan
kasih kerana Allah.
4. Tiada pergeseran dan sikap berpuak yang boleh mendorong
berlakunya penentangan dan pertikaian yang tercela melalui sikap fanatik atau
ingin menang sendiri atau mengikuti hawa nafsu belaka.
Jika ini yang kamu saksikan di
peringkat ‘qiyadah’ (pimpinan)
dalam sesuatu urusan, maka ianya adalah satu perkara yang sangat bersejarah dan sangat
penting yang berlaku dalam tubuh jamaah yang penuh berkat ini dan
sekaligus ia adalah merupakan pencapaian yang patut dibanggakan dan oleh kerana
itu wajib bagi kita untuk menerapkan unsur ini pada semua tingkatan dan
peringkatnya.
Dalam pertemuan yang terbatas antara
ikhwah dalam usrah-usrah mereka, ‘syura’ menjadi salah
satu rukun dalam membangun keperibadian Islam yang tersendiri dan
bebas terutama dalam mengungkapkan pendapat dan idea serta memberikan nasihat
dengan harapan untuk mencapai keridhaan Allah swt.
Orang yang tidak memiliki kebebasan
dalam menyampaikan pendapat tidak akan mampu membebaskan negeri mereka sendiri;
kerana terbebasnya suatu negeri dari berbagai kekuasaan tentera, politik,
ekonomi atau ideologi merupakan salah satu misi utama Ikhwan.
Sebuah kemerdekaan tidak akan mampu
diraih kecuali dengan mengangkat (pertama sekali) kebebasan jiwa setiap insan
dari berbagai belenggu.
Oleh sebab itu, marilah kita mulai
dari diri kita masing-masing dan marilah berusaha untuk menerapkan ‘syura’ di semua
tingkatan dan peringkatnya; kerana perkara tersebut memerlukan latihan dan
kesabaran untuk :
a. Mendengar pendapat dan saranan orang lain.
b. Menyemak nasihat yang merupakan inti agama.
Malah ‘syura’ juga merupakan milik para pemimpin sebelum umat
Islam secara umum.
Marilah kita wujudkan pembaharuan
ini dengan melatih para pemimpin dan meningkatkan keupayaannya bagi meneruskan
usaha-usaha kamu yang memiliki cita-cita dan visi, mulakan dengan saf pertama,
kemudian saf kedua, kemudian saf ketiga dan seterusnya sehingga tiga saf tadi
bersedia untuk menjadi ‘qiyadah’.
Ini adalah kerana mempersiapkan
pelopor yang berkelayakan secara syar’ie dan khusus sangat digalakkan dalam
ibadah solat, sekalipun belum diberikan ‘taklif’ (bebanan) namun mempersiapkan pemimpin dalam
ibadah merupakan misi yang mesti dilalui dengan berbagai proses.
Ini sebagaimana yang pernah
disampaikan oleh Imam Hasan Al-Banna :
“Jadilah kamu hamba Allah (ahli
ibadah) sebelum kamu menjadi qiyadah (pemimpin), sehingga dengan ibadah akan
menyampaikan kamu pada qiyadah yang lebih baik”
Ada sesetengah kalangan yang
beranggapan bahwa kestabilan tidak akan mampu diwujudkan kecuali berpada dengan
sifat jumud dan tidak adanya perubahan.
Tapi seharusnya kita sedar bahwa
tubuh yang sihat dan kuat adalah tubuh yang darahnya sentiasa mengalir dan
terus memperbaharui sel-sel yang ada di dalamnya.
Namun, ketika aliran darah terhenti
dan sel-selnya kosong dari melakukan aktiviti; maka yang demikian itu bukan
dianggap sebagai kestabilan bahkan ianya adalah sebagai penyakit yang boleh membawa
kepada kematian, Naudzubillahi min zaalik.
Inilah jamaah kamu yang berkat
kurniaan Allah swt yang mampu tampil dengan penuh :
1. Bertenaga.
2. Kekuatan.
3. Azam tinggi.
untuk bergerak pada :
a. Jalan yang lurus.
b. ‘Tsawabit’ (unsur-unsur tetap) yang sama.
c. Nilai-nilai yang sama.
yang telah dirintis oleh pengasasnya
Imam Syahid Hasan Al-Banna (semoga Allah merahmatinya) dengan bersandarkan pada
Al-Qur’an dan As-Sunnah, dan begitu pula yang telah dijalani oleh para mursyid
am (pemimpin) terdahulu, serta pengorbanan orang-orang yang sabar samada
laki-laki mahupun wanita dari anggota jamaah ini dengan apa yang mereka miliki;
untuk dapat mempertahankan dakwah Allah supaya tetap tinggi panji-panjinya,
memiliki kewibawaan dan kekuatan sehingga kebaikan mampu tersebar di
berbagai pelosok negeri.
“Dan hanya milik Allah kekuatan dan
kemuliaan dan juga milik Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman”. (QS Al-Munafiqun
: 8)
Allah Maha Besar dan segala puji
hanya milik-Nya.
Ya Allah, satukanlah hati kami
sehingga kami dapat berdiri kukuh di atas jalanMu yang lurus ini. Jauhkanlah
hati kami dari dirasuki oleh sifat dengki dan keinginan untuk mendapatkan
amanah kepemimpinan kerana sesungguhnya amanah kepemimpinan itu cukup berat dan
akan menjadi penyesalan di akhirat bagi mereka yang mengingininya.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Alhamdulillah. Jazakallahu khayr ustaz atas terjemahan.
Amanat yang sangat mendalam maksudnya...semoga Allah tetapkah hati kita di atas jalan dakwah...