Aspek tarbiyah di
dalam dakwah adalah salah satu keutamaan yang patut diperjuangkan walaupun ia
dilakukan dengan :
1.
Mengorbankan kehidupan.
2.
Menghabiskan waktu.
3.
Memanjatkan doa.
Ini adalah kerana di
situlah :
a.
Ghairah dakwah akan
terus menyala.
b.
Bunganya akan merekah.
c.
Buahnya yang akan
terasa enak.
Dengan tarbiyah :
1.
Aqidah menjadi benar.
2.
Konsep-konsep yang
benar menjadi lebih mendalam.
3.
Akhlak-akhlak yang
mulia tertegak kuat.
4.
Generasi muda akan
tumbuh mengikuti jalur yang dilalui oleh generasi tua.
Seorang ulama’ salaf
pernah mengatakan :
“Manusia akan tetap baik sepanjang generasi
pertama masih ada sehingga generasi yang kemudian dapat belajar”.
Bukankah negara Islam
dapat berdiri dan agama Allah swt mampu menjulang tinggi kerana para sahabat
yang mulia dididik secara langsung oleh pendidik pertama iaitu Rasulullah saw
kerana umat manusia mendapat kehormatan dengan melihat peribadi baginda dan
alam raya menjadi terang benderang berkat doa baginda.
Ketika itu, perhatian
utama Nabi saw adalah mendidik para sahabat yang mulia di Makkah di rumah Al
Arqam bin Abi Al Arqam melalui :
a.
Bangun malam.
b.
Puasa.
c.
Membaca Al Qur’an.
Bukankah aneh dan
ajaib apabila solat malam diwajibkan sebelum adanya kewajiban solat lima waktu
dan sebelum turunnya ketentuan tentang hudud. Perkara ini berlaku semata-mata
untuk mentarbiyah umat ini dan meningkatkan tingkatan keimanannya.
Salah satu ciri khas
ayat-ayat Al Qur’an yang turun di Makkah ialah menekankan dan mengulang-ulang
urusan akhirat kepada hati dan telinga sehingga seolah-olah setiap muslim
melihat akhirat itu secara nyata di depan mata mereka.
Begitu pula dengan
banyaknya kisah-kisah yang boleh menghiburkan hati orang-orang mu’min dan
menambah keyakinan mereka akan datangnya pertolongan Allah swt. Maka tatkala
ketentuan-ketentuan tentang masalah hudud dan hukum, para sahabatpun bergegas
melaksanakan perintah-perintah Allah swt.
Jika Imam Bukhari
mengatakan bahwa ilmu mesti dimiliki sebelum berbicara dan beramal, maka para
sahabat justeru mengatakan sesuatu yang lebih dalam dari itu, iaitu bahwa iman
mesti dimiliki sebelum ilmu.
Ibnu Umar ra pernah
berkata :
“Sungguh kami benar-benar menjalani sesaat
dari waktu kami ketika salah seorang dari kami diberikan iman sebelum Al Qur’an.”
Ali bin Abi Talib ra
berkata :
“Aku pernah melihat sahabat-sahabat Rasulullah
saw, tetapi kini aku tidak melihat sesuatu yang menyerupai mereka. Dahulu
mereka memasuki waktu pagi dengan muka pucat, rambut kusut masai dan kulit
berdebu. Mata mereka nampak seperti orang-orang yang sedang berkabung. Mereka
menghabiskan malam dengan sujud dan berdiri. Apabila pagi tiba mereka terus
bergerak laksana pohon-pohon yang bergoyang-goyang diterpa angin. Mereka beurai
air mata. Demi Allah, aku benar-benar merasa berhadapan dengan orang-orang yang
lalai sepanjang malam.”
Tidak pelik, Nabi saw
benar-benar menumpukan kepada pentarbiyahan para sahabat. Baginda mengisi jiwa
mereka dengan Al Qur’an dan mengangkat rohani mereka dengan solat malam dan
puasa sehingga menjelma menjadi matahari-matahari yang terang benderang dan
rembulan-rembulan yang memberi petunjuk.
Melalui merekalah,
Allah swt membuka banyak negeri dan mengetuk banyak hati hingga terbentuklah
Daulah Islamiyah di Madinah Al Munawwarah dalam jangka waktu yang tidak lebih
dari bebrapa saat dari umur dunia iaitu 13 tahun setelah fasa kenabian yang
penuh berkat dimulakan.
Ketika Nabi saw
meninggalkan dunia ini, Islam telah menguasai seluruh Jazirah Arab. Setelah
itu, sinar Islam menyebar ke Timur dan Barat. Bahkan umat Islam berhasil
mengetuk pintu gerbang Vienna di Eropah dan sampai ke perbatasan Cina di Asia.
Ini semua berlaku berkat pentarbiyahan Islam yang diberikan oleh Nabi saw
kepada para sahabat di samping pengorbanan mereka yang tulus untuk menjunjung
tinggi kejayaan Islam.
Apabila generasi salaf
yang hidup dalam suasana keimanan di mana mereka berhukum kepada syariat Allah
swt dan mendakwahkannya itu begitu peduli terhadap aspek tarbiyah, maka bagaimana
pula dengan umat Islam sekarang yang :
1.
Didominasi oleh musuh
mereka.
2.
Jauh dari syariat
Tuhan mereka.
3.
Negeri mereka ditimpa
bencana bertubi-tubi dan dilanda malapetaka.
4.
Mereka ditembak oleh kekuatan-kekuatan
jahat dan syirik dengan senjata yang sama.
5.
Mereka dikepung oleh
kegelapan yang berlapis-lapis.
6.
Negara mereka
bertaburan dengan pola pemikiran sekular.
7.
Lingkungan mereka
menjadi sarang penganjur atheisma.
Para pendakwah yang
mendakwahkan agama Allah swt tidak berdaya menghadapi gelombang-gelombang yang
saling menghentam dan arus-arus yang sangat deras. Mereka tertekan dan terdesak
di sebahagian besar tempat yang ada di muka bumi. Mereka menghadapi berbagai
tuduhan yang dilemparkan dari kandang penjara. Ruang gerak mereka dipersempit
apabila mereka bergerak dengan membawa agama Allah swt.
Dalam realiti kehidupan
yang menyakitkan ini umat Islam benar-benar perlu menelusuri jejak langkah
Rasulullah saw dalam hal tarbiyah, mengkaji akhlak-akhlak dan
kecekapan-kecekapan yang dimiliki oleh generasi pertama yang dididik secara
langsung oleh Rasulullah saw dan menyiapkan sebuah kurikulum pendidikan yang
berdasarkan ilmu dan kajian yang cernat dan mengikuti petunjuk yang diberikan oleh
Al Qur’an dan sunnah Nabi saw dan Sirah Nabawiyyah.
Kemudian kurikulum dan
kajian itu diletakkan dalam bidang perlaksanaan. Dengan yang demikian, ia akan
keluar dari kertas dan masuk ke dalam hati. Setelah itu ia keluar dari dalam
hati ke atas bumi sehingga menjadi sesuatu yang nyata.
Tujuannya ialah
mentarbiyah generasi muda dengan pola pendidikan generasi pertama iaitu para
sahabat Nabi saw.
Imam Malik rahimahullah
berkata :
“Urusan generasi penerus umat ini tidak akan
baik kecuali apabila diatur dengan institusi yang digunakan oleh generasi
pertamanya.”
MENINGKATKAN KUALITI DIRI
Dalam suatu kesatuan
amal jama’ie, ada orang yang mendapatkan nilaian yang tinggi kerana ia
betul-betul sesuai dengan tuntutan dan adab amal jama’ie.
Kejujuran, kesuburan,
kejernihan dan kehangatan ukhuwahnya betul-betul terasa dan keberadaannya
meninggikan semangat dan mententeramkan.
Namun perlu diingat,
walaupun telah bekerja dalam jaringan amal jama’ie, pertanggungjawaban amal
kita akan dilakukan di hadapan Allah swt secara sendiri-sendiri.
Oleh kerana itu,
jangan ada pendakwah yang mengharapkan kumpulan-kumpulan besar tanpa berusaha
meningkatkan kualiti dirinya.
Ingatlah satu pesanan
Rasulullah saw :
“Siapa yang lembab beramal tidak akan dipercepat
oleh nasabnya.”
Makna tarbiah itu
sendiri adalah memerlukan seseorang lebih meningkatkan kemampuan dirinya, bukan
terus menerus menempel dan bergantung kepada orang lain.
Meskipun kebersamaan
itu merupakan sesuatu yang baik tapi ada ketikanya kita tidak dapat bersama,
demikian sunnahnya.
Oleh itu kalau kita
lihat para sahabat Rasulullah saw, mereka boleh sahaja menetap dan
wafat di Madinah atau
terus menerus tinggal dan melazimi diri mereka di Masjidil
Haram yang nilainya
seratus ribu atau di Masjid Nabawi yang pahalanya seribu kali.
Tapi mengapa makam
para sahabat tidak banyak berada di Baqi’ atau di
Maa’la malah makam
mereka banyak bertebaran jauh beribu-ribu batu dari negeri
mereka.
Sesungguhnya mereka
mengutamakan usaha memberi makna kepada diri mereka sebagai memenuhi seruan
Allah swt dalam firmannya :
“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang
dikeluarkan untuk manusia.” (QS Ali Imran : 110)
Umat yang terbaik
bukan untuk disembunyikan tetapi untuk ditampilkan kepada seluruh umat manusia.
Inilah sesuatu yang
sangat perlu kita jaga dan perhatikan. Kita semua beramal tetapi tidak larut
dalam kesendirian.
Hendaklah ketika
bersendirian, kita sentiasa mendapat cahaya dan menjadi cahaya yang menyinari
lingkungan sekitarnya.
Jangan ada pendakwah
yang mengatakan, saya jadi begini kerana lingkungan.
Mengapa kita tidak
berkata sebaliknya, Oh! oleh kerana lingkungan seperti itulah, saya mesti
mempengaruhi lingkungan itu dengan pengaruh yang ada pada diri saya.
Seharusnya di manapun
kita berada, kita mesti berusaha untuk membina :
a. Wilayah-wilayah kebaikan.
b. Wilayah-wilayah cahaya.
c. Wilayah-wilayah ilmu.
d. Wilayah-wilayah akhlak.
e. Wilayah-wilayah taqwa.
f. Wilayah-wilayah kebenaran
setelah sebelumnya
wilayah-wilayah tersebut menjadi sempit dan gelap oleh wilayah-wilayah
jahiliyah, kezaliman, kebodohan dan hawa nafsu.
Demikianlah ciri
pendakwah sebenar iaitu walau di manapun dia berada, dia terus menerus memberi
makna kepada kehidupan sepertimana sejarah dakwah ini apabila ia tumbuh dari
seorang, dua orang kemudian menjadi ramai sehingga beribu-ribu atau malah
berjuta-juta orang.
Sangat indah ungkapan
Imam Hasan Al Banna :
“Kamu adalah ruh baru, kamu adalah jiwa baru
yang mengalir di tubuh ummat yang menghidupkan tubuh yang mati itu dengan
Al-Qur’an.”
Seorang pendakwah
tidak seharusnya hanya mengharapkan perkumpulan yang besar untuk merasakan
kewujudan dirinya tetapi walau di manapun dia berada, ia tetap :
1. Merasakan diri sebagai hamba Allah swt.
2. Memiliki kesedaran untuk menjaga dirinya dan
taqwanya kepada Allah swt samada dalam keadaan sendirian mahupun dalam keadaan
dilihat orang.
Ke manapun ia pergi,
ia tidak merasa kesunyian atau keterasingan kerana Allah sentiasa bersamanya
bahkan ia dapatkan kebersamaan umat dan alam semesta keseluruhannya.
Kehebatan Namrud tidak
ada ertinya bagi Nabi Ibrahim as kerana beliau tidaklah bersendirian, malah
Allah swt dan alam semesta sentiasa bersamanya .
Api yang
berkobar-kobar yang dinyalakan oleh Namrud untuk membinasakan Nabi Ibrahim as
ternyata satu barisan dengannya dalam menunaikan tugas pengabdian kepada Allah
swt di mana seharusnya api itu menghanguskannya, namun ia malah bertukar
menjadi penyejuk dan penyelamat.
Oleh kerana itu,
pendakwah sebenar yakin bahwa Allah swt akan sentiasa membuka jalan bagi
pejuang dakwah sesuai dengan janji-Nya,
“Jika kamu menolong Allah, Ia pasti akan menolongmu
dan mengukuhkan langkah kamu.”
Semoga para pendakwah
sentiasa mendapatkan perlindungan dan bimbingan dari Allah
swt di tengah-tengah
derasnya arus dan badai kerosakan umat.
Kita mesti yakin
sepenuhnya akan pertolongan Allah swt dan bukan yakin dan percaya pada diri
sendiri.
Masukkan diri kita ke
dalam benteng-benteng kekuatan usrah atau halaqah tempat tentera dakwah
melingkari dalam suatu benteng perlindungan, menghimpun bekalan dan kekuatan
untuk terjun ke arena pertarungan di antara yang haq dan bathil yang berat dan
menuntut pengorbanan.
Di sanalah kita
mentarbiah diri sendiri dan generasi akan datang.
Inilah sebahagian
penenang kesedihan umat yang berpanjangan dengan munculnya generasi baru.
Generasi yang bersedia
memikul beban dakwah dan menegakkan Islam.
Sesungguhnya, tidak
ada alternatif lain selain mengajak mansuia kembali kepada petunjuk dan jalan
hidup para Nabi dalam :
a. Menjadikan umat manusia sebagai hamba Allah
swt.
b. Mengangkat martabat mereka.
c. Memperbaiki keadaan dan akhlak mereka.
Ianya agar Allah swt
melihat mereka layak untuk diberi kekuasaan sehingga mereka menjadi pemimpin
bagi dunia dan umat manusia.
Inilah harapan baru
bagi masa depan yang lebih gemilang, di bawah naungan Al Qur’an dan cahaya
Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam semesta.
Ya Allah, Engkaulah
yang memudahkan segala yang sukar, yang menyambung segala yang patah, yang
menemani semua yang bersendirian, yang mengamankan segala yang takut, yang
menjadi penguat kepada segala yang lemah. Berilah kami kekuatan untuk
kami bawa cahaya petunjuk Al Qur’an dan hidayahMu ke relung-relung hati manusia
sehingga ruh mereka kembali segar dan bangun untuk melaksanakan tanggungjawab
dakwah buat generasi penerus.
Ameen Ya Rabbal
Alameen
WAS