Rasulullah saw
diutuskan sebagai “Rahmatal lil ‘alamin’ (rahmat untuk sekelian alam). Kebenaran
Islam adalah wasilah tunggal yang akan mendekatkan manusia kepada kebahagiaan
dan kemuliaan dunia dan akhirat. Kebenaran Islam yang berada di dalam jiwa kita
ini adalah hak yang perlu dikongsikan oleh semua insan tanpa mengira warna
kulit dan bahasa.
Rasulullah saw adalah Rasul tarbiyah dan dakwah di mana baginda tidak hanya mendidik sahabat-sahabat di rumah Arqam bin Abi al Arqam tetapi baginda telah membangunkan satu barisan pendakwah yang akhirnya telah menyebarkan cahaya kebenaran Islam ke seluruh pelusuk dunia.
Rasulullah saw adalah Rasul tarbiyah dan dakwah di mana baginda tidak hanya mendidik sahabat-sahabat di rumah Arqam bin Abi al Arqam tetapi baginda telah membangunkan satu barisan pendakwah yang akhirnya telah menyebarkan cahaya kebenaran Islam ke seluruh pelusuk dunia.
Tabiat dakwah ini adalah ianya akan berkembang dan menyebar ke
berbagai ceruk rantau dan pelosok alam semesta. Ini adalah kerana misi dakwah
ini adalah untuk menyebarkan rahmat bagi dunia untuk seluruh umat manusia sebagaimana
firman Allah swt :
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai
Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
(QS Al Anbiya’ : 107)
Oleh yang demikian, dakwah ini menjadi hak semua orang agar mereka
mampu meraih hidayah Allah swt di mana semua kalangan seharusnya mendapatkan
nikmat dakwah ini atau paling kurang, semua manusia dapat merasakan kerahmatan
ajaran ini.
Namun, keadaan seperti itu akan banyak dipengaruhi oleh kualiti
keperibadian para penyeru dan aktivis dakwah.
Aktivis dakwah yang mampu memandu ajaran ini agar berkembang dan
tersebar luas ke segenap pelosok bumi adalah mereka yang mampu meningkatkan
integriti dirinya.
Peningkatan diri aktivis dakwah selaras dengan berkembangnya
dakwah yang menjadi tugas dan tanggungjawab mereka.
Pengembangan dan peningkatan integriti diri bagi aktivis dakwah
dikenali juga dengan sebutan ‘Tarbiyah
Zatiyah’ (Tarbiyah Kendiri).
Kemampuan ‘Tarbiyah
Kendiri’ setiap aktivis akan menjadikan mereka mempunyai daya
tahan terhadap berbagai ujian dan mehnah dakwah.
Ia tidak :
- Mudah merasa ‘futur’ (bermalas-malasan).
- Mudah kendur semangat juangnya.
- ‘jumud’ dalam pemikirannya.
- Bingung menjawab berbagai tuduhan palsu.
- Lemah serta mampu menyelesaikan
berbagai persoalan yang menghalangnya.
- Akan menjadi aktivis yang “pasif”
lantaran sentiasa bersikap menunggu ‘arahan dari orang atasan’ atau
‘menurut
petunjuk murabbi’.
Dengan sikap itu, aktivis dakwah tidak terlalu bergantung sepenuhnya
kepada arahan-arahan kepimpinan melainkan ia mampu mengembangkan dakwah
sebagaimana semestinya serta dapat mengambil keputusan yang tepat.
Utusan-utusan Rasulullah saw telah membuktikan diri mereka dalam
mengembangkan dakwah di berbagai tempat. Mereka dapat bertahan sekalipun jauh
dari Rasulullah saw dan komuniti muslim lainnya.
Ja’far bin Abi Talib sebagai contoh di mana beliau dan sahabat
lainnya telah tinggal di Habasyah dalam waktu yang cukup lama sekalipun mereka
sangat merindukan suasana berkumpul bersama dengan saudara muslim yang lainnya.
Mereka dapat mempertahankan diri mereka dalam keimanan dan ketaqwaan. Begitu
kuatnya daya tahan mereka hidup bersama dakwah jauh dari saudara-saudaranya
yang lain dalam waktu yang cukup lama sehinggakan Rasulullah saw begitu bangga
terhadap mereka di saat mereka pulang ke Madinah.
Baginda Nabi saw menyatakan :
‘Aku bingung apa yang
membuat diriku gembira, apakah kerana menangnya kita di Khaibar ataukah
kembalinya kaum muslimin dari Habasyah?’
Demikian pula Mush’ab bin Umair sebagai duta Islam pertama yang
mampu mengembangkan dakwah di Madinah dan berhasil membangun masyarakat Islam di
sana. Mush’ab sebagai guru pertama di Madinah dapat memperluaskan jaringan
dakwah dan aktivisnya sehingga tempat itu menjadi asas komuniti umat Islam di
kemudian hari serta menjadi mercusuar peradaban Islam.
Begitulah keperibadian aktivis dakwah yang kompeten dalam memikul
amanah mulia. Mereka dapat menunaikan tugas tersebut dengan sebaik-baiknya lantaran
‘Tarbiyah Kendiri’ yang ada
pada diri mereka sehingga banyak tugas-tugas lain dapat diselesaikan oleh
mereka dengan begitu cemerlang.
Sebaliknya, aktivis dakwah yang tidak mampu meningkatkan integriti
dirinya cenderung untuk berada dalam keadaan bingung bahkan berkemungkinan akan
menimbulkan pergeseran dalam kerja dakwah sebagaimana ungkapan pujangga lama.
‘Aktivis yang tidak mempunyai
kemampuan untuk berbuat sesuatu sangat berpotensi untuk menimbulkan pergaduhan
dalam kerja dakwah’.
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah
dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang
dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui”. (QS Al
Anfal : 27)
Tidak dapat dimungkiri lagi bahwa ‘Tarbiyah Kendiri’ menjadi tonggak kepada keperibadian
aktivis dakwah. Bahkan Rasulullah saw melihat perkara ini sebagai prasyarat
untuk para duta Islam dalam mengembangkan dakwah.
Oleh yang demikian, ia menjadi poin penting dalam ‘fit
and proper test’ bagi mereka yang akan menjalani tugasnya sehinggakan
seseorang yang akan diutus ke sesuatu tempat, Nabi saw mempertimbangkan
kemampuannya dalam pengembangan integriti dirinya.
Ini sebagaimana yang ditanyakan oleh Rasulullah saw kepada Mu’az
Bin Jabal ketika akan diutus ke Yaman.
‘Wahai
Mu’az, apabila kamu berada di tempat yang baru nanti, jika menemui suatu
persoalan apa yang akan kamu putuskan. Mu’az menjawab, aku akan putuskan
berdasarkan kitab Allah. Rasulullah saw pun meneruskan, apabila tidak kamu temui
pada kitab Allah, dengan apa kau putuskan. Jawab Mu’az, aku akan tetapkan
berdasarkan Sunnah Rasulullah. Nabi saw kemudian menanyakan kembali, apabila
tidak juga kamu dapati di dalamnya, apa yang akan kamu lakukan. Mu’az menjawab,
aku akan putuskan dengan akal fikiranku (ijtihadku)’.
Ternyata jawaban Mu’az sangat memuaskan
hati Rasulullah saw. Malah baginda memandang bahwa kualiti Mu’az sudah memadai
untuk memikul tugas mulia tersebut.
Kemampuan yang seperti itu diharapkan mampu menyelesaikan setiap
permasalahan yang akan muncul di medan dakwah sehingga ia tidak terus
menyerahkan masalah itu pada kepimpinan dakwah ataupun aktivis lainnya. Dengan
kemampuan itu, aktivis dakwah tidak kekok dalam mengendalikan berbagai urusan
yang berkait dengan tanggungjawabnya.
Ini adalah kerana tanpa sikap itu, persoalan dakwah akan bertambah
rumit dan menambah beban kepimpinan. Seringkali kita dengar kepimpinan dakwah
mengarahkan agar aktivis dakwah tidak selalunya mengharapkan jawaban yang
tuntas dari pusat atau menunggu arahannya melainkan mereka perlu menentukan sikap
dengan cepat apa yang semestinya diambil bagi menangani suatu permasalahan.
Meskipun begitu, kita juga perlu melihat secara mendalam agar
tidak terjebak dalam membebaskan diri atau selalu bersikap di luar kendali kepimpinan
kerana ini pun akan menimbulkan kekecohan dalam struktur kendali dakwah.
Inilah sikap yang diambil oleh Huzaifah Ibnul Yaman sewaktu
ditugaskan oleh Rasulullah saw untuk masuk ke dalam barisan musuh. Huzaifah
mendapati Abu Sufyan sedang memanaskan tubuhnya disebabkan cuaca yang dingin. Ketika
itu, Huzaifah mampu untuk membunuhnya, akan tetapi ia teringat pesanan
Rasulullah saw bahwa tugasnya waktu itu adalah memperhatikan keadaan musuh dan
mengabarkannya kepada Rasul sehingga ia batalkan niat untuk membunuhnya walaupun
kesempatan itu ada di hadapannya. Oleh itu, kita perlu menempatkan secara seimbang
terhadap permasalahan ini.
KEDUA : PENINGKATAN
INTEGRITI DIRI DAN MEMATUHI KEPUTUSAN
KEPIMPINAN
Yang lebih berbahaya bagi seseorang aktivis dakwah adalah apabila mereka
tidak memiliki kedua-dua sikap di atas.
Salah seorang sahabat awal Imam Hasan Al Banna iaitu Syaikh Hamid
‘Asykariyah pernah menegaskan kepada mereka yang bersikap seperti ini bahwa :
“Mereka yang sudah tidak
mempunyai kebaikan (peningkatan integriti diri dan mematuhi keputusan
kepimpinan) manakala mereka telah kehilangan kesedaran terhadap kemuliaan
dakwah dan kerosakan perilaku taat kepada kepimpinan. Siapa yang telah
kehilangan dua perkara ini, maka mereka tidak ada gunanya lagi untuk tetap
berada dalam barisan dakwah bersama kita.”
KETIGA : MENYELESAIKAN
TUNTUTAN MANHAJ
Manhaj dakwah memberikan ruang yang banyak untuk wasilah tarbiyah
agar dapat merealisasikannya semaksimum mungkin samada melalui pertemuan
tarbawi, daurah, nadwah, katibah,
mukhayyam ataupun muktamar.
Untuk mengaplikasikan manhaj dakwah yang begitu banyak dan padat,
tidaklah memadai hanya dengan melaksanakan wasilah tarbiyah yang tetap
semata-mata kerana disebabkan oleh keterbatasan waktu mahupun keterbatasan
Murabbi dalam menyelesaikan tuntutan manhaj.
Maka, oleh yang demikian, ‘Tarbiyah
Kendiri’ menjadi wasilah untuk menyelaraskan tuntutan manhaj
tersebut.
Oleh kerana itu, perlulah difahami dengan benar oleh setiap aktivis
dakwah agar dapat melakukan ‘Tarbiyah
Kendiri’ dalam dirinya.
Perkara ini akan membantu mengaplikasikan nilai-nilai ‘tarbawiyah’ secara maksimum dan
dapat mencapai arahan manhaj yang menjadi acuan dakwah untuk mewujudkan aktivis
yang bersedia meringankan perjalanan dakwah ini. Apabila aktivis dakwah
masing-masing sibuk untuk merealisasikan ‘manhaj’
dalam dirinya sebagaimana tuntutan ‘manhaj’,
maka semua aktivis dakwah akan aktif dengan berbagai program dan kegiatannya.
Syaikh Ali Abdul Halim Mahmud menyatakan bahwa :
“‘Tarbiyah Kendiri’
merupakan tuntutan manhaj dakwah ini samada dalam arahannya agar menjadi aktivis
dakwah yang bersiap sedia dan responsif dalam menyambut tugas dakwah ataupun juga
dalam isi kandungannya yang tidak dapat diberikan secara kolektif disebabkan berbagai pertimbangan, namun diselesaikan
secara peribadi dengan peningkatan kemampuan ‘Tarbiyah Kendiri’
sehingga tampillah aktivis dakwah yang bersedia untuk menyerlahkan diri di kalangan
masyarakat melaksanakan tugas-tugas di jalan dakwah ini.”
KEEMPAT : PENINGKATAN
POTENSI DIRI
Peranan aktivis terhadap dakwah sangatlah diharapkan agar mereka
dapat memberikan sumbangannya dan menjadi sebahagian dari dakwah. Aktivis yang
dapat melakukan perkara ini adalah mereka yang benar-benar memahami akan potensi
dirinya yang dapat memberi manfaat bagi perjalanan dakwah.
Menajamkan potensi diri seharusnya menjadi aktiviti harian
seseorang aktivis dakwah di mana, semakin hari semakin tajam potensi diri yang
dimilikinya. Graf potensi dirinya sentiasa naik seiring dengan perjalanan waktu
sebagaimana yang dialami oleh para pendahulu dakwah di mana, mereka sentiasa
berada dalam keadaan puncak setiap berlalunya waktu.
Imam Ibrahim Al Harby selalu membuat komentar terhadap sahabat-sahabatnya
dengan ungkapan istimewanya :
‘Aku sudah bergaul dengan
fulan bin fulan beberapa waktu, siang dan malam dan tidak aku jumpai pada
dirinya kecuali ia lebih baik dari kelmarin’.
Sudah selayaknya, aktivis dakwah dapat mengembangkan diri agar
potensi yang dimilikinya betul-betul dapat dipergunakan dengan seoptimum
mungkin sehingga mereka mampu berada di garisan hadapan bahkan sepatutnya dalam
keadaan yang lebih baik dari hari-harinya yang telah lalu iaitu keadaan yang
prima dan sentiasa lebih baik dari kelmarin yang akan membuatnya mampu memenuhi
panggilan dakwah yang semakin kompleks tuntutannya dengan cepat.
Dengan potensi yang demikian, aktivis dakwah dapat menempatkan
diri mereka dalam satu garisan bagi melaksanakan tugas mulia yang berbagai ragam.
Oleh yang demikian, ‘Tarbiyah Kendiri’
adalah usaha untuk meningkatkan dan menajamkan seluruh potensi aktivis dakwah
yang berbagai ragam.
ASPEK-ASPEK PENTING DALAM TARBIYAH KENDIRI
PERTAMA : ‘AR RUHIYAH’
(KEROHANIAN)
Sudah menjadi kebiasaan bagi para aktivis dakwah untuk
meningkatkan ketahanan ‘ruhiyah’nya (kerohaniannya) sehingga ia tidak
lemah dalam memikul tugas dakwah yang mulia. Kerohanian yang kukuh menjadi asas
yang sangat menentukan kejayaan dakwah.
Setiap aktivis dakwah perlu memiliki program kendiri dalam menjaga
ketahanan ‘ruhiyah’ sepertimana
merutinkan diri untuk solat berjamaah di masjid, puasa sunnah, qiyamullail,
sedekah, ziarah kubur ataupun aktiviti lainnya yang memberi kesan pada kesihatan
ruhaninya.
Dengan usaha yang sedemikian, insya Allah ‘maknawiyah’ aktivis dakwah tidak akan berkurang dan kendur.
Suasana ‘maknawiyah’ yang
rapuh akan memberi kesan negatif bagi dirinya dalam melaksanakan tugas dakwah.
Di samping itu, para aktivis dakwah perlu meneliti keadaan naik
turunnya ‘ruhaniyah’ diri
mereka sendiri. Bahkan sedaya mungkin, ia perlu mempunyai prinsip atau kaedah yang
boleh diukur agar dapat dinilai dengan saksama samada melalui orang yang terdekat
(murabbi, pasangan, teman) ataupun cukup dengan diri sendiri.
Ambillah pelajaran dari sikap para sahabat dalam mentarbiyah ‘ruhiyah’ mereka masing-masing.
- Ada yang selalu menjaga keadaan
diri mereka agar sentiasa dalam keadaan berwudhu’.
- Ada pula yang sentiasa
mengunjungi orang yang sedang mengalami ujian hidup.
- Ada juga yang berziarah ke kubur
dan lainnya.
Mari kita teliti nasihat Umar bin Al Khatthab :
“Hitung-hitunglah
dirimu sebelum kamu dihitung oleh Allah swt di hari Perhitungan (akhirat)”.
KEDUA : ‘AL FIKRIYAH’ (PEMIKIRAN)
Pada asasnya, pemikiran manusia sentiasa menuntut penggunaannya
agar tidak mengalami kejumudan berfikir.
Untuk memenuhi tuntutan tesebut, tidaklah cukup untuk hanya
bergantung kepada muatan pemikiran dari majlis pertemuan tarbawi semta-mata tetapi
juga kemampuan untuk mencari dari berbagai sumber penggalian berfikir samada melalui
penelaahan kitab, menghadiri acara kajian ilmiah ataupun kegiatan peningkatan
wawasan lainnya.
Terlalu banyak paparan nas dari Al Qur’an ataupun Hadits yang
menyuruh untuk memperkukuhkan kemampuan berfikir dengan melakukan pengamatan
dan pengkajian sehingga pemikiran aktivis sentiasa dalam pencerahan bahkan ia
selalu dapat mencari jalan penyelesaian yang mudah. Apabila ini berlaku, pemikiran seseorang
aktivis dakwah sentiasa berkembang dan menjadi pintu gerbang kepada kemajuan
intelektual.
Imam Hasan Al Banna dalam ‘Majmu’ Rasail’ menegaskan tentang
kewajiban aktivis dakwah yang di antaranya adalah kewajiban membaca buku
beberapa jam dalam setiap hari serta memiliki perpustakaan peribadi di rumahnya
walau bagaimana kecil sekalipun.
KETIGA : ‘AL MALIYAH’ (MATERIAL)
Dakwah juga dipengaruhi oleh kekuatan material dan tidak
terkecuali para pemikulnya dan oleh kerana itu, setiap aktivis mesti memiliki
kemampuan pengurusan perniagaannya agar tidak menjadi beban kepada orang lain.
Imam Hasan Al Banna menetapkan ‘muwashafat’ aktivis dakwah
yang di antaranya adalah memiliki kemampuan mencari penghidupan bagi dirinya (qadirun ‘alal kasbi).
Para sahabat yang diridhai oleh Allah swt telah memberikan
pelajaran kepada kita semua bahwa mereka tidak menjadi beban bagi saudara
mereka, kaum Muhajirin yang datang ke Madinah dengan tidak membawa apa-apa,
namun mereka tidak mengharapkan bantuan kaum Anshar. Kaum Muhajirin mampu
mengembangkan potensi ‘maaliyah’
mereka sendiri. Mereka pun akhirnya dapat hidup sebagaimana selayaknya malah
ada yang lebih baik dari kehidupannya di Makkah.
KEEMPAT : ‘AL MAYDANIYAH’ (PENGUASAAN MEDAN)
Penguasaan medan juga merupakan suatu yang sangat penting bagi
perkembangan dakwah ini. Seorang aktivis dakwah mesti memahami medan yang
dihadapinya dengan cepat. Penguasaan medan yang cepat dan lengkap membolehkan
ia dapat memperolehi taktik dan strategi yang tepat untuk dakwah ini.
Pengenalannya yang bagus terhadap sesuatu medan dapat menentukan apakah strategi
yang betul dan tepat bagi sesuatu medan atau lapangan tersebut.
Maka ketika para sahabat berada di tempat yang baru, mereka mulai
belajar untuk mengenali medan dan lingkungannya sehinggakan perjalanan dakwah
mereka berkembang dengan pesat sepertimana dakwah di Madinah oleh Mush’ab bin
Umair dan sahabat lainnya.
Dari sinilah setiap aktivis dakwah perlu mengenali dengan betul medan
dan lapangan wilayah dakwahnya sehingga ia dapat mengesan dengan cepat mana
yang menjadi peluang dakwah dan mana pula yang menjadi halangannya sehingga akhirnya,
ia dapat menghadapi keadaan tersebut. Apabila menemui halangan dan sekatan, ia cepat
dapat mengantisipasinya.
KELIMA : ‘AL HARAKIYAH’ (GERAKAN DAKWAH)
Penguasaan ‘harakiyah’
pun menjadi aspek tarbiyah kendiri yang perlu diperhatikan sehingga aktivis
dakwah boleh mengikuti lajunya gerakan dakwah. Ini boleh berlaku apabila
seorang aktivis dakwah dapat menyelami pergerakan dakwah. Pemahaman terhadap
gerakan dakwah yang tepat melahirkan sikap aktivis yang mengerti benar tentang
sikap apa yang perlu dilakukan untuk kepentingan dakwah.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Huzaifah Ibnul Yaman ketika masuk
ke tengah-tengah barisan musuh, keadaan malam yang gelap dan mencengkam seperti
itu, Abu Sufyan sangat khuatir pasukannya akan diresapi musuh sehingga ia
mengumumkan agar semua perajurit mestilah mengenali siapa yang ada di kiri kanan mereka.
Setelah selesai memberikan arahan tersebut, Huzaifah lantas
memegang tangan orang yang ada di kanan dan kiri beliau sambil menanyakan siapakah
engkau. Tentu sahaja mereka menjawab saya fulan bin fulan. Dengan kelincahannya,
Huzaifah tidak akan ditanya oleh orang lain.
SASARAN TARBIYAH KENDIRI DALAM DAKWAH
PERTAMA : GERAKAN TAKTIKAL DAKWAH
Sasaran ‘Tarbiyah
Kendiri’ ini adalah untuk dapat mengembangkan gerakan taktikal
dakwah ke berbagai wilayah dan pelosok sehingga banyak wilayah dan manusia lain
yang mendapatkan sentuhan dari dakwah dan aktivisnya.
Wilayah dakwah semakin hari semakin meluas dan aktivis dakwahnya
semakin hari semakin bertambah tentu juga peningkatan mutu kualiti iman mereka.
Dalam kajian ‘Fiqhus
Sirah’, Syaikh Munir Muhammad
Ghadhban mengungkapkan bahwa Rasulullah saw setiap tahun selalu mendapatkan
informasi mengenai bertambahnya suku, kabilah atau orang yang tersentuh dengan dakwah
Islam dan menjadi pengikutnya yang setia. Ini tentulah sangat terkait dengan
para penyebar dakwahnya. Mereka adalah manusia-manusia yang sentiasa dalam keadaan
meningkat iman dan taqwanya serta meningkat dalam menyahut perintah dari Allah
dan RasulNya. Dengan kata lain bahwa ‘Tarbiyah
Kendiri’ nya sudah sangat mapan.
KEDUA : KEKUATAN DAYA TAHAN DALAMAN INDIVIDU
‘Tarbiyah Kendiri’ juga untuk meningkatkan daya tahan aktivis dakwah. Aktivis yang
tidak lemah mentalnya, tidak jumud fikirannya, tidak menjadi beban material kepada
aktivis lainnya, tidak bingung dengan persekitarannya dan tidak pula bingung
atau ketinggalan jauh dari kelajuan dakwah ini. Aktivis yang tidak menjadi
beban bagi dakwah atau membuat bertambahnya beban pemikiran para kepimpinan.
Dengan itu, akan muncul aktivis-aktivis yang teguh dalam
menunaikan amanah dakwah. Aktivis yang tinggi staminanya dalam menjalankan
tugas sehingga perjalanan ini semakin lancar dan mudah untuk meniti jalan
kemenangan dakwah. Bila perkara ini tercapai, dakwah tidak akan disibukkan
dengan urusan dalaman beserta konfliknya, sebaliknya para aktivis akan sibuk
dengan pergerakan dakwahnya.
KETIGA : CARA MEMULAKAN TARBIYAH KENDIRI BAGI AKTIVIS DAKWAH
Untuk dapat melaksanakan program ‘Tarbiyah Kendiri’ hendaklah
mempertimbangkan perkara-perkara berikut :
PERTAMA :
Buatlah fokus sasaran ‘Tarbiyah Kendiri’ yang akan
dilaksanakan oleh setiap individu masing-masing. Misalnya, aspek ruhiyah
seperti apa yang diinginkan dengan gambaran dan ukuran yang jelas seperti :
- Solat lima waktu berjamaah di
masjid.
- Sentiasa membaca 1 juz Al
Qur’an dalam setiap hari.
Demikian pula aspek fikriyah ataupun aspek yang lainnya sehingga
semakin teranglah fokus yang hendak dicapai.
KEDUA :
Setelah menentukan fokusnya maka mulailah memperhatikan sudut keutamaan
amal yang hendak dilakukan. Aspek mana yang akan dilakukan dengan segera. Hal
ini tentu melihat pertimbangan keperluan saat ini. Misalnya aspek ruhiyah yang
diutamakan maka buatlah program yang jelas untuk segera dikerjakan.
KETIGA :
Sesudah itu mulailah
melaksanakan dari hal-hal yang ringan dan mudah dari program yang telah
ditetapkan agar dapat dilakukan secara berterusan.
KEEMPAT :
Agar dapat menjadi
program kegiatan yang jelas, tekadkan untuk memulainya dari saat ini dan
berdoalah kepada Allah swt agar dimudahkan dalam menjalankan ikrarnya.
KELIMA :
Untuk dapat bertahan,
terus melakukannya dan usahakan untuk mengenakan denda apabila melanggar
ketentuan yang telah diikrarkan.
Apabila
setiap aktivis dakwah telah mampu melaksanakan ‘Tarbiyah Kendiri’ maka
ia akan memetik manfaat tarbiyah jati dirinya iaitu :
- Kebahagiaan.
- Ketenteraman jiwa.
- Kejayaan di dunia dan akhirat.
- Menjadi muslim yang berakhlak mulia yang senntiasa
mendapatkan keridhaan Allah swt.
Ya
Allah, berilah kekuatan kepada kami supaya kami mampu mendidik dan melatih diri
kami untuk meningkatkan aspek ruhiyah, fikriyah dan amaliyah sehingga ianya
benar-benar menjadi perisai kepada segala ujian dan mehnah kehidupan dunia dan
kehendak hawa nafsu kami. Kurniakanlah kepada kami kemudahan untuk kami
meningkatkan integriti diri kami sehingga ianya memberi kesan besar terhadap
amal dakwah serta penyebarannya.
Ameen
Ya Rabbal Alameen
WAS
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
www.arenakartu.cc
100% Memuaskan ^-^