Naqib adalah nyawa kedua bagi sesebuah jamaah atau organisasi
dakwah selepas Qiyadah kerana fungsinya sebagai :
1. Orang
yang akan mentarbiyah secara langsung.
2. Orang
yang akan melaksanakan segala strategi ‘tarbawi’ yang disusun oleh Qiyadah.
Dalam jamaah, naqib adalah satu
struktur yang sangat penting dalam mengerakkan tubuh badan jamaah.
Naqib adalah jantung bagi jamaah. Sebagai
jantung dalam tubuh jamaah, mereka terus menerus berdenyut serta mengepam darah
dalam bentuk kehidupan, kerohanian dan pergerakan di mana dengan denyutan inilah,
ia mampu menghidupkan jamaah.
Naqib juga adalah sebagai pelaksana
asasi bagi berbagai proses tarbiyah, penstrukturan organisasi dan
pengurusannya.
Pada masa yang sama, naqib adalah ibarat
pusat sistem solar harakah di mana padanya berpusat putaran :
a.
Pengarahan Qiyadah.
b.
Perlaksanaan amal.
Pada masa yang sama pula, naqib adalah
ibarat terusan asasi antara Qiyadah dan anggota jamaah kerana melalui terusan
inilah :
1.
Berbagai perintah dan pengarahan
turun.
2.
Berbagai berita dan cadangan naik.
Oleh itu, naqib
kena :
a. Berusaha
untuk terus hidupkan dirinya terlebih dahulu dalam kerangka sunnah.
b. Memiliki
iman yang mendalam.
c. Memahami
tasawwur Islam dan gerakan.
d. Memahami
struktur Jamaah.
e. Memahami
konsep usrah dan perlaksanaannya.
f. Ikhlas
dalam amal.
g. Mengeratkan
jalinan ukhuwah.
h. Memperbanyakkan
amal fardi.
i.
Memberi qudwah yang baik dalam kesabaran, tawadhu’,
pemurah, ringan tangan dan lain-lain.
Para naqib tidak
boleh lupa ingatan Imam Al Ghazali seperti berikut :
“Bersantai di rumah tanpa
melakukan apa-apa adalah merupakan satu kemungkaran.”
Naqib mesti sedar bahwa dirinya adalah ‘Generasi
Al Qur’an Yang Unik’.
Mengapa?
Ini adalah kerana :
1. Al Qur’an menjadi ruhnya.
2. Al Qur’an peribadinya.
3. Al Qur’an asas hidupnya.
4. Al Qur’anlah yang mengubah hala tuju kehidupannya.
Inilah dia “Ma’alim fi Thariq” (petunjuk-petunjuk di perjalanan) yang akan
menjadikannya peribadi yang agung jika ia berusaha untuk menterjemahkannya dan
mencelupkan dirinya serta mewarnai
peribadinya dengan warna Islam.
Oleh yang demikian, ia hendaklah memperhatikan
dengan penuh teliti akan perjalanan hidup dirinya di kalangan anggota jamaah
yang lain terutama yang berkait dengan perkara-perkara berikut :
PERTAMA
: NAQIB ADALAH QUDWAH
Sesungguhnya naqib adalah qudwah kepada aktivis
dakwah yang lain.
Ia perlu memiliki perkara-perkara berikut :
a. Tahap
kerohanian yang tinggi.
b. Pengamatan
politik yang tajam.
c. Keupayaan
berdebat.
d. Keluasan
ilmu.
e. Kelembutan
seorang ayah.
f. Keberanian
seorang panglima.
g. Pemerhatian
yang mendalam.
Jika tidak, maka ia adalah seorang qudwah yang tidak
sempurna.
Jika dalam keadaan tertentu, ia perlu melakukan
sesuatu yang boleh memberi kesan negatif kepada anggota jamaah yang lain, maka
ia hendaklah melakukannya dalam keadaan yang tersorok.
KEDUA
: PENDAKWAH DALAM MASYARAKATNYA
Ketika ia sudah memiliki sifat-sifat di atas, maka
beliau juga perlu untuk menjadi qudwah kepada masyarakat sekelilingnya. Dengan
itu ia mampu untuk mengubah arus di dalam masyarakatnya.
Pendakwah yang seumpama ini mampu untuk menggerakkan
harakah dan menyampaikan harakah kepada sasaran yang ditujunya.
KETIGA
: QUDWAH MENUNTUT MARTABAT YANG TINGGI
Seorang naqib hendaklah meninggalkan perkara-perkara
harus yang tidak bersesuaian dengan martabat iman yang tertinggi. Tidak memadai
jika ketaqwaannya sama martabatnya dengan ketaqwaan orang awam.
Di samping itu ia perlu menyesuaikan sifatnya dengan
keperluan harakah seperti :
1. Mudah
bergerak ke sana ke mari.
2. Mudah
mengikuti arahan Qiyadah.
3. Tidak
memikirkan selain dari dakwah.
4. Sentiasa
mengingati akhirat.
5. Menunaikan
kewajiban organisasi.
6. Bersedih
dengan musibah yang menimpa umat Islam.
Dengan erti kata lain, kehidupan seorang naqib
hendaklah sederhana dan ringkas serta dalam masa yang sama, ia juga perlu
membawa aktivis dakwah yang ke arah kehidupan yang seumpama itu.
KEEMPAT
: BAHAYA TERASING
Sesungguhnya pentarbiyahan seorang muslim haraki
memerlukan masa yang panjang. Di dalam pembinaan tersebut :
a. Ada
yang berjaya sampai dan memenuhi syarat-syarat ‘Tauthiq Islamiyah’.
b. Ada
juga baru sampai di pertengahan jalan.
c. Ada
yang masih di peringkat awal.
d. Ada
yang baru mencuba untuk masuk.
Seorang murabbi yang mampu mengangkat aktivis dakwah
yang lain ke martabat yang sepatutnya, mereka melalui ‘Rehlah Tarbawiyah’ di
samping hatinya bersama mereka kemudian mereka tetap teguh.
Maka beliau adalah seorang yang :
1. Tidak
akan berasa terasing di tahapnya yang jauh di hadapan aktivis-aktivis dakwah
yang lain.
2. Tidak
memandang rendah kepada aktivis dakwah yang baru yang berada di tahap
sebelumnya.
3. Sentiasa
memandang kepada matlamat terakhir yang menanti di hadapannya.
Apabila ia merasa sunyi, terasing dan ingin kembali
bersama-sama dengan aktivis dakwah yang lain, maka beliau sebenarnya melangkah
kembali ke belakang. Ini akan melambatkan perjalanannya dan mengganggu
istiqamahnya.
Usahanya untuk mengangkat aktivis dakwah lain ke
martabatnya adalah kerana manusia seumpama bahan mentah yang mempunyai
keupayaan dan potensi yang berbeza-beza. Kebaikan yang dikecapinya hendaklah
dilimpahkan juga kepada orang lain.
‘Thabat’nya
adalah kerana, apabila dia yang melakukan proses tarbiyah merasa terasing dan
perasaan tersebut menuntutnya agar terus bergerak ke hadapan, maka dia akan
merapatkan dirinya kepada Allah tanpa memandang ke belakang dan menolak
kerehatan.
KELIMA
: TABIAT TUGAS NAQIB
Seorang naqib perlu memahami tabiat tugasnya.
Kefahaman ini akan didapatinya apabila beliau memahami dengan baik tabiat
setiap marhalah dakwah dan fungsinya terutamanya tabiat marhalah penyebaran
kefahaman dan pembinaan ‘Qaedah Sulbah’ (aktivis tulang
belakang yang kukuh dan handal).
Fungsi utama usrah adalah tarbiyah, maka naqib
perlulah berusaha :
a. Agar
perjumpaan usrah menjadi sesuatu yang disukai oleh aktivis dakwah yang lain di
mana mereka sentiasa menunggu-nunggu tarikhnya dan mengharapkan pahala
daripadanya.
b. Agar
perjumpaan usrah didisi dengan perbincangan berkenaan amal-amal dakwah yang
telah dilakukan oleh anggota usrah sepanajang seminggu, perkembangan strategi
dakwah setempat yang disampaikan oleh naqib, pengisian manhaj ‘thaqafi’
dan diakhiri dengan doa dari setiap akh kepada akh yang lain.
Naqib dan anggota usrah pula hendaklah tidak jemu
dengan manhaj ‘thaqafi’ yang berulang kerana manhaj ‘thaqafi’ adalah suatu
yang perlu dihadham dan bukannya setakat perlu dilalui sahaja.
Manhaj yang diisi di dalam usrah perlulah lebih
menjurus ke arah pembinaan rohani dan perasaan tanggungjawab terhadap dakwah.
Jauhilah dari terlalu membincangkan masalah
berkenaan dengan furu’-furu’ agama kerana pengisiannya boleh ditampung dengan
wasilah yang lain.
Naqib perlu menyedari bahwa :
“Membekalkan
pendakwah dengan ‘fiqh dakwah’ adalah
kewajiban usrah dan merupakan manhaj usrah yang sebenar dan bukannya
membekalkan mereka dengan ‘fiqh fuqaha’.”
Banyak dari aktiviti-aktiviti
jamaah yang asasi di mana naqib menjadi pusat putaran dan penghubungnya, di antaranya
:
PERTAMA
: PROSES TARBIYAH
Dari satu sudut, seorang naqib
mengambil contoh tauladan yang baik dari para Qiyadah dan pada masa yang sama
ia juga adalah contoh tauladan bagi aktivis dakwah yang lain.
Oleh yang demikian, ia menjadi
pihak yang menerima kebaikan dan sekaligus menjadi penyebar kebaikan tadi.
Sebagaimana yang kita ketahui bahwa
salah satu ciri gerakan Ikhwan adalah ‘Haqiqatun Sufiyyah” (hakikat
kesufian), maka para naqib merupakan asas kepada hakikat ini.
Di hadapan para qiyadah, ia adalah
seorang murid yang belajar, mengambil contoh tauladan dan mempraktikkan manakala
di hadapan aktivis dakwah yang lain, ia adalah seorang ‘Syeikh’ yang menjadi contoh
tauladan.
Dengan yang demikian :
1. Naqib merupakan pusat ‘Tarbiyah Sulukiyah’ (pendidikan
tingkah laku).
2. Naqib adalah penukil kepada tarbiyah ini.
3. Naqib merupakan tali pengikat yang menyambungkan hubungan
antara generasi dakwah.
Maka, dengan izin Allah, jamaah akan
terbebas dari berbagai bid’ah tasawuf kerana manhajnya yang berasaskan kepada
kefahaman salafi yang sederhana sudah sedia dikenali di mana hal ini telah
disebutkan oleh Imam Hasan Al Banna dengan begitu jelas.
Cuma, beliau meminjam istilah
tasawuf dalam rangka memberikan isyarat kepada orientasi tarbiyah berasaskan
akhlak yang sangat menitikberatkan penyucian jiwa dan rohani.
KEDUA : PELBAGAI AKTIVITI
PENGURUSAN
Jamaah kebiasaannya mempunyai berbagai
aktiviti yang menyangkut :
a.
Pengeluaran berbagai perintah dan
penerapannya.
b.
Pengambilan berbagai keputusan dan
perlaksanaannya.
Sebagaimana lazimnya, sebuah institusi
sosial kemanusiaan mempunyai pengurusan dan anggota di mana ada ketua dan ada
anak buah, ada pimpinan dan ada pengikut.
Demikian juga halnya dengan Jamaah Muslimah
di mana para Qiyadah-nya bertindak sebagai para pimpinan pengurusan sementara anggota
jamaah ibarat anggota sebuah lembaga yang :
1.
Menunaikan kewajiban-kewajibannya terhadap
berbagai keputusan.
2.
Melaksanakan berbagai rancangan.
3.
Komited terhadap berbagai arahan.
4.
Berkewajiban menyampaikan berbagai
berita, mengamati berbagai fenomena dan membuat laporan.
Termasuk dalam hal ini juga bahwa masing-masing dari Qiyadah dan anggota jamaah mempunyai berbagai hak dan kewajiban di mana setiap pihak berkewajiban melaksanakan hak-hak itu.
Dalam aktiviti pengurusan ini, perlu
ada titik tumpuan dan titik koordinat yang menjadi penghubung antara pimpinan dengan
anggotanya.
Titik tumpuan ini ada pada naqib
yang merupakan pusat utama mengalirnya gerakan pengurusan. Ia ibarat pengikut
di hadapan Qiyadah dan ibarat Imam di hadapan makmum atau dengan bahasa lain,
ia adalah pimpinan dan yang dipimpin sekaligus.
Jadi, naqib adalah seorang pengikut yang taat dan pada masa yang sama ia adalah pemimpin yang mengeluarkan perintah kepada saudara-saudaranya.
KETIGA : PELBAGAI AKTIVITI ILMU
PENGETAHUAN
Jamaah Muslimah sebagai gerakan
salaf mengimani bahwa ilmu adalah asas amal.
Jadi, di dalam usrah terdapat pendidikan bersepadu sebagi tempat untuk mengasah wawasan. Melalui usrah, Jamaah Muslimah bersemangat untuk mengadakan pengasahan wawasan syari’ah dengan pelbagai bentuk seperti :
a.
Al-Qur’an dan melakukan kajian
terhadapnya.
b.
Ilmu hadits.
c.
Kajian dasar-dasar fiqh.
d.
Prinsip-prinsip aqidah.
Selain itu, ia juga sebagai medan
bagi pengasahan wawasan umum seperti :
1.
Sejarah manusia.
2.
Sejarah Islam.
3.
Pelbagai keterampilan kehidupan.
Berjalannya fungsi naqib sebagai
ustaz dan mu’allim di hadapan aktivis dakwah yang lain mewajibkan ia untuk
sentiasa mendapatkan bekalan-bekalan secara terus menerus dari para Qiyadah dakwah
dan para pemikirnya dalam menuntut ilmu.
Dengan yang demikian, secara otomatiknya, naqib juga menjadi :
a.
Pusat dan intipati dari proses
tarbiyah.
b.
Titik penyambung antara yang mengambil
dan memberi.
Tanpa naqib yang ada karisma dan
mempunyai kehebatan yang tinggi, usrah akan menjadi layu dan tidak bermaya.
Anak-anak usrah yang di bawah akan hilang punca dari suluhan dan pencahayaannya
sehingga berlarilah mereka ke sana dan ke mari, bercampur aduk antara Islam dan
jahilliyah dan fungsi usrah akhirnya akan gagal dan tidak dapat melahirkan ‘amilin’
(pekerja dakwah) yang berjaya.
Ya Allah, jadikanlah kami para nuqaba’ yang
benar-benar melaksanakan tugas belajar dan kemudiannya mengajar kepada orang
lain sehingga kami benar-benar menjadi nyawa kedua kepada jamaah yang akan menghidupkan
dan menggerakkan jamaah.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Ya Allah, jadikanlah kami para nuqaba’ yang benar-benar melaksanakan tugas belajar dan kemudiannya mengajar kepada orang lain sehingga kami benar-benar menjadi nyawa kedua kepada jamaah yang akan menghidupkan dan menggerakkan jamaah.