‘Isti’ab’
(penguasaan) adalah kemampuan atau keterampilan pendakwah untuk menarik objek
dakwah (mad’u) dan membentuk mereka dengan segala perbezaan
intelektual, kejiwaan, status sosial dan sebagainya.
Ustaz Fathi Yakan mengatakan bahwa :
“Pendakwah yang berjaya adalah pendakwah yang mampu mengharungi
dan dapat mempengaruhi setiap manusia dengan fikrah dan dakwahnya, sekalipun mereka
mempunyai pelbagai kecenderungan, tabiat dan tingkatan kefahaman yang berbeza.
Di samping itu ia juga mampu menarik sejumlah besar manusia
dan menguasai mereka dari sudut fikrah dan harakah.
Jadi, penguasaan merupakan :
Jadi, penguasaan merupakan :
- Kemampuan individu.
- Kelayakan akhlak.
- Sifat keimanan.
- Kurniaan Ilahiyah.
yang membantu para pendakwah dan menjadikan mereka paksi
bagi masyarakat sehingga orang ramai sentiasa berputar dan berkerumun di
sekitarnya.”
Pada hakikatnya kemampuan untuk "menguasai"
bolehlah dianggap sebagai syarat kelayakan yang pertama dan terpenting bagi
seorang pendakwah.
Tanpa kemampuan "penguasaan"
ini, pendakwah sebenarnya belum lagi wujud dan dakwah juga belum benar-benar berlaku.
TINGKATAN KEMAMPUAN DALAM PENGUASAAN
Tingkatan penguasaan seorang pendakwah
berbeza-beza, namun seorang pendakwah dituntut untuk memiliki tahap minima
kemampuan dalam penguasaan agar boleh menjadi produktif dan mendatangkan
manfaat bagi masyarakat, bukan mendatangkan kemudharatan atau tidak
mendatangkan manfaat sama sekali, bahkan Nauzubillah, kalau ianya menyebabkan
orang-orang di sekelilingnya lari.
Tanpa kemampuan penguasaan paling minima
ini, seorang pendakwah tidak boleh dianggap sebagai seorang amil atau pekerja
dalam arena dakwah.
Berapa ramai orang yang telah dianggap
sebagai para pendakwah tetapi mereka :
- Telah
merosakkan Islam itu sendiri.
- Tidak
membawa manfaat kepadanya.
- Meruntuh
bukan membina.
- Menyebabkan
orang lari dari Islam bukan menggembirakan.
- Menjadi
hujah bagi musuh Islam untuk memburuk-burukkan Islam dan bukan menjadi
hujah untuk kebaikan Islam.
Berapa ramai orang yang hidup dalam
lingkungan dakwah dan mengunyah prinsip-prinsip dakwah tetapi mereka tidak mampu
memindahkan suasana dan prinsip-prinsip dakwah itu keluar dari lingkungannya
walau dalam kadar selangkah sekalipun.
Begitu pula terdapat orang-orang yang :
- Hidup
dalam dakwah dan dakwah hidup kerana kewujudan mereka.
- Sehidup semati
bersama dakwah dan dakwah juga sehidup semati dengan
mereka.
Golongan ini adalah para pendakwah yang
sebenarnya. Mereka inilah yang digelar ‘Rijaluddin’ (Pembela Agama) yang
amat diperlukan oleh Islam.
Mereka inilah orang-orang yang
diperlukan untuk :
- Menjulang
kembali panji-panji Islam.
- Membangunkan
Daulah Islamiah.
- Menegakkan
hujah kepada alam sejagat.
Tingkatan-tingkatan kemampuan dalam penguasaan
digambarkan dengan begitu indah di dalam sebuah hadits Rasulullah saw :
“Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang dengannya Allah swt mengutusku adalah bagaikan hujan yang turun ke
bumi. Maka ada bahagian bumi yg baik, ia menerima air hujan itu dengan baik
lalu menumbuhkan tanaman dan rerumput yang banyak. Ada juga bahagian bumi yang
menahan air, lalu Allah swt memberikan
manfaat kepada manusia dengan air yang disimpannya, sehingga mereka boleh minum
dan menyirami tanaman dari air tersebut. Bahagian lainnya adalah padang tandus,
ia sama sekali tidak boleh menyimpan air dan juga tidak menumbuhkan apa pun.
Demikian itu adalah perumpamaan orang yang diberi kefahaman dalam agama, lalu
ia dapat memanfaatkan apa yang aku bawa itu, hingga ia sentiasa belajar dan
mengajarkan apa yang ia fahami. Dan itulah juga perumpamaan orang yang sama
sekali tidak ambil peduli dan tidak mahu menerima petunjuk Allah swt yg aku sampaikan”. (HR Bukhari Muslim)
PENGUASAAN DAN KEJAYAAN DAKWAH
Tidak akan ada kejayaan dakwah tanpa
kemampuan penguasaan kerana kejayaan dapat diukur dengan kemampuan pendakwah untuk
menarik sebanyak-banyaknya masyarakat kepada Islam dan pergerakan yang ada,
sehingga mampu merealisasikan sasaran-sasarannya.
Dakwah yang kaya dengan para pendakwah
yang mampu menarik orang ramai ke dalam Islam dan gerakan Islam mempunyai
harapan yang tinggi untuk berjaya dan dapat mencapai matlamatnya, sekiranya ia
memiliki situasi-situasi yang diperlukan beserta syarat-syarat yang lain.
Sebaliknya, dakwah yang miskin dari para
pendakwah yang mampu menguasai orang yang berada di sekeliling mereka, akan
tetap kekal sebagai dakwah yang beku.
Jika pendakwah tersebut tidak
mempunyai kemahiran penguasaan, maka dakwahnya akan menjadi mandul dan perkembangan
serta pengaruhnya amat terbatas sehinggalah :
- Allah swt menganugerahkan para rijal dan tokoh-tokoh
yang memiliki sebab-sebab yang dapat membawa petunjuk, pengaruh dan penguasaan
sehingga mampu menarik masyarakat.
Atau
- Allah swt akan menggantikannya dengan “dakwah” yang lain yang tidak sama
dengannya.
Inilah sunnatullah yang akan terus
berlaku :
“… dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada
sunnah Allah swt”. (QS Al-Ahzab : 62)
“… Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian
bagi sunnah Allah swt dan sekali-kali tidak (pula) akan menemuui penyimpangan
bagi sunnah Allah swt itu”.. (QS Fathir :
43)
PENGUASAAN LUARAN DAN DALAMAN
Penguasaan luaran adalah penguasaan
terhadap orang-orang yang berada :
- Di
luar dakwah.
- Di
luar pergerakan.
- Di
luar organisasi.
Iaitu tahap orang-orang yg belum
bergabung dalam barisan dakwah.
Penguasaan dalaman adalah penguasaan
terhadap orang-orang yang berada di dalam organisasi, iaitu mereka yang telah
bergabung ke dalam jamaah dakwah dan pergerakan.
Kejayaan seorang pendakwah sangat
terkait dengan kemampuan untuk menguasai kedua-duanya, kerana tidak ada gunanya
penguasaan terhadap masyarakat di luar tanzhim (jamaah) tanpa disusuli dengan
penguasaan terhadap masyarakat yang ada dalam tanzhim.
PENGUASAAN LUARAN
Membawa dakwah kepada orang ramai dan
menjadikan mereka :
- Mengimani.
- Mempercayai.
- Terpengaruh
dengannya.
- Timbul
dorongan untuk menggabungkan diri ke dalamnya.
- Bekerja.
- Berjihad.
- Berkorban.
merupakan proses yang agak sukar dan
susah kerana ia memerlukan kemampuan dan tuntutan-tuntutan yang berbagai
bentuk.
Sesiapa yang memiliki sebahagian besar
darinya, beliau adalah pendakwah yang mendapat taufiq, berjaya dan mampu
menguasai orang ramai dan menarik mereka satu demi satu ke dalam Islam dan ke
dalam dakwah.
Sejauh mana ramainya para pendakwah yang
memiliki syarat-syarat penguasaan ini, maka sejauh itulah pula kemampuan dakwah
untuk menguasai orang ramai dan sejauh itulah juga pengaruh dakwah terhadap
mereka semakin meningkat dan mendalam.
Melalui Al Qur’an yang tidak pernah diresapi
oleh kebatilan dan di bawah cahaya sinar Sunnah Nabawiah yang mulia, ada
beberapa tuntutan
yang mesti dipenuhi oleh para pendakwah dalam proses penguasaan dan pembentukan
di antaranya adalah:
PERTAMA : KEFAHAMAN TENTANG AGAMA
Pendakwah yang sebenar pada jalan Allah
mestilah memiliki kadar yang boleh diterima tentang kefahaman terhadap ajaran-ajaran
agama Allah di mana ianya lebih awal diperlukan berbanding keperluan-keperluan yang
lain.
Mereka mesti jelas tentang :
- Manakah
yang halal dan manakah yang haram.
- Manakah
yang buruk dan manakah yang baik.
- Yang
mana fardhu, wajib, sunat dan haram.
- Permasalahan
akidah dan hukum-hukumnya.
di mana kesemua perkara tersebut
merupakan menara hidayah sepanjang perjalanan dakwah dan pendakwah amat
memerlukan kepada memahami ajaran-ajaran agama Islam.
Bertolak dari kenyataan inilah,
arahan-arahan Al-Qur’an dan As Sunnah datang dalam bentuk menarik perhatian
kepada nilai kefahaman terhadap ajaran Islam di samping menggalakkannya.
“Katakanlah:’adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui?’ Sesungguhnya orang yang berakallah yang
dapat menerima pelajaran” (QS Az-Zumar : 9)
“Dan orang-orang yang diberi ilmu (Ahli Kitab) berpendapat
bahwa wahyu yang diturunkan kepadamu dari Rabb-mu itulah yang benar dan
menunjuki (manusia) kepada jalan Rabb Yang Maha perkasa lagi Maha Terpuji”. (QS
Saba’ : 6)
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat
(peraturan) dari urusan agama itu, maka ikutilah syari’at itu dan janganlah
kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”. (QS Al-Jatsiyah : 28)
“Wahai manusia sesungguhnya ilmu hanya didapati dengan
belajar, sedang kefahaman hanya akan didapati melalui proses mendalami (tafaqquh), dan barangsiapa yg
dikehendaki Allah swt baik maka akan
diberi kefahaman dalam agama, sesungguhnya yang takut kepada Allah swt dari hamba-hamba-Nya adalah ulama’.” (HR Bukhari)
“Apabila Allah swt menghendaki
kebaikan bagi seorang hamba maka Allah swt memberinya
kefahaman tentang agama dan memberinya ilham kelurusan.” (HR Thabrani)
“Sesungguhnya perumpamaan para ulama’ di muka bumi adalah
bagaikan bintang-bintang yang dijadikan petunjuk dalam kegelapan daratan dan
lautan. Jika bintang-bintang itu padam, maka para penunjuk jalan akan tersesat.”
(HR Ahmad)
Memahami agama Allah dan pengetahuan
umum akan membolehkan para pendakwah :
- Berbicara
dengan manusia sesuai dengan kemampuan pemikiran mereka setelah beliau
mengetahui pemikiran mereka.
- Menyentuh
hati orang ramai setelah beliau mengetahui apakah yang sedang bermain dan
bergelora di dalam hati mereka.
Pendakwah yang tidak mempunyai kunci
yang dapat membuka akal dan hati tidak akan mampu menarik pemilik-pemilik akal
dan hati tersebut serta menguasai mereka malah seruan dakwahnya kepada mereka itu
akan tetap tinggal sebagai jeritan-jeritan di tanah lapang dan di padang pasir.
Di antara perkara yang dikira sebagai memahami ajaran agama Allah
ialah membekalkan diri dengan berbagai bentuk ilmu pengetahuan yang dapat
menolong para pendakwah menarik semua
manusia yang mempunyai berbagai corak ilmu pengetahuan dan kecenderungannya
terutama dalam zaman di mana terdapatnya bermacam-macam haluan dan aliran
falsafah yang terlalu banyak sehingga membuatkan
usaha-usaha untuk mempengaruhi dan menarik orang ramai bukan lagi suatu perkara
yang mudah.
KEDUA : CONTOH TAULADAN YANG BAIK
Seorang pendakwah mesti menjadi contoh
tauladan yang baik bagi masyarakat agar ia memiliki pengaruh dalam masyarakat
sehingga mereka boleh dibentuk. Oleh kerana pengaruh ucapan tidak sekuat
pengaruh yang ditimbulkan oleh perbuatan, maka perbutan zahir mestilah sesuai
dengan apa yang ada di dalam hatinya.
“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa
yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah swt bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu
kerjakan” (QS Ash-Shaf : 2-3)
“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian,
sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca
al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?” (QS Al-Baqarah : 44)
“Perumpamaan orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang
lain dan melupakan dirinya, bagaikan lilin yang menerangi manusia dan membakar
dirinya sendiri.” (HR Thabrani)
KETIGA : SABAR
Menarik manusia dan menguasai mereka
menuntut agar pendakwah bersifat sabar dalam menghadapi mereka dan bukan
menghadapi mereka dengan kebosanan dan sempit dada.
Kesabaran diperlukan kerana manusia
memiliki :
- Keadaan
kejiwaan yang bermacam-macam.
- Kelebihan
dan kekurangan yang berbagai.
- Tabiat
yang berbeza-beza.
- Kepentingan
yang berlainan.
“Dan mintalah pertolongan kepada Allah swt dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.” (QS Al-Baqarah
: 45)
“Tidak ada rezeki Allah swt yang lebih baik dan lebih luas
bagi seorang hamba selain dari kesabaran.” (HR Hakim)
“Siapa yang berusaha untuk bersabar maka Allah swt akan mengurniakan kesabaran, dan tidak ada kurniaan
yg lebih baik dan lebih luas bagi seseorang selain dari kesabaran.” (HR Bukhari
-Muslim)
KEEMPAT : LEMAH LEMBUT
Sifat ini sangat-sangat diperlukan kerana
masyarakat membenci kekerasan dan menjauhi pelakunya.
Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya Allah swt mencintai kelembutan dalam segala
hal.” (HR Bukhari dan Muslim)
“Sesungguhnya Allah swt Maha
Lembut dan menyukai kelembutan, memberi kepada orang yang lemah lembut apa yang
tidak diberikan kepada orang yang kasar dan juga apa yang tidak diberikan kepada
yang lain.” (HR Muslim)
KELIMA : MEMUDAHKAN DAN TIDAK MENYUKARKAN
Manusia memiliki ciri-ciri,
kemampuan dan daya tahan yang berbeza-beza. Apa yang boleh dilakukan oleh seseorang
belum tentu boleh dilakukan oleh orang yang lain dan oleh kerana itu,
Rasulullah saw bersabda:
“Mudahkanlah dan jangan mempersulitkan, senangkanlah mereka
dan jangan membuat mereka lari.” (HR Bukhari dan Muslim)
“Berjalanlah dengan menanggung perjalanan yang paling lemah
di antara kamu.”
KEENAM : TAWADHU’ DAN MERENDAHKAN SAYAP
Pendakwah yang tawadhu’ boleh :
- Hidup
dan bergaul dengan sesiapa sahaja.
- Menerima
siapa sahaja.
- Berbicara
kepada setiap orang.
- Menziarahi
sesiapa sahaja.
- Mencintai
semua manusia.
Dialah yang melayani masyarakat dan bukan
masyarakat yang melayaninya.
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya
terdapat sedikit kesombongan.” (HR Muslim)
“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai adalah orang yang
paling baik akhlaknya, yang merendahkan sayap, yang mahu menghimpun dan mahu
dihimpun.” (HR Thabrani)
Fenomena kesombongan yang
bertentangan dengan tawadhu’ hendaklah dijauhi oleh para pendakwah di mana ia
kebiasaannya boleh dilihat dalam
berbagai suasana :
- Lebih
senang bergaul dengan orang-orang kaya dan berpangkat daripada dengan
orang miskin atau orang awam.
- Lebih
memperhatikan pakaian dan penampilan dan suka meremehkan orang yang
terlihat comot atau tidak kemas.
- Memilih-milih
hadirin.
- Lebih
mementingkan ungkapan yang dibuat-buat.
- Merasa
takjub dengan ilmu yang dimiliki.
KETUJUH : MURAH SENYUMAN DAN PERKATAAN YANG BAIK
Wajah merupakan cermin yang menampakkan
hakikat kejiwaan. Jika wajah seorang pendakwah itu masam dan serius maka perkara
itu merupakan cerminan dari kekasarannya dan jika wajahnya berseri-seri dan
murah senyuman, maka ini adalah petanda kebaikannya.
Mengenai ucapan yang baik banyak
terdapat dalam nash-nash Al-Qur’an di antaranya :
“Dan katakanlah
kepada hamba-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih
baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara
mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.”
(QS Al-Isra’: 53)
“Wahai
orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah
perkataan yang benar.” (QS
Al Ahzab : 70)
“Dan mereka
diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan ditunjuki (pula) kepada
jalan (Allah) yang terpuji.” (QS
Al-Hajj : 24)
“Maka
berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut,
mudah-mudahan ia ingat atau takut".” (QS Thaha : 44)
“Janganlah kamu memandang remeh kebaikan sedikit pun, meski
kebaikan itu hanyalah berupa wajah yg berseri ketika bertemu dengan saudara kamu.”
(HR Muslim)
KELAPAN : DERMAWAN DAN BERINFAQ KEPADA ORANG LAIN
Sifat suka menderma dengan harta
benda menunjukkan kelapangan jiwa, sebaliknya orang yang kikir menunjukkan
kekerdilan jiwanya.
Seorang pendakwah mesti menggunakan
hartanya sebagai wasilah agar masyarakat yang didakwahkannya mendapat hidayah,
misalnya dengan:
- Islam
mewajibkan memuliakan tamu.
- Memberi
hadiah kepada orang lain termasuk akhlaq Islam yang dianjurkan Nabi saw.
- Berbagai
perbuatan mulia yang diperintahkan Allah swt seperti berinfak kepada fakir
miskin, menanggung anak yatim, memperhatikan hak tetangga dan seterusnya
yang bertentangan dengan kebakhilan.
Dalam Al-Qur’an dan hadits, banyak
nash yang mengecam kebakhilan, di antaranya :
“Dan orang-orang
yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshar) sebelum
(kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang
berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor) tiada menaruh
keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka
(Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka
sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari
kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung.” (QS Al-Hasyr : 9)
“Dan janganlah
kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu
mengulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal. (QS Al-Isra : 29)
“Dan pada
harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin
yang tidak mendapat bagian.” (QS Az-Zaariyat : 19)
“Tidak ada sesuatu
yang dapat menghapus keislaman seperti halnya kekikiran.” (HR Thabrani)
KESEMBILAN : MELAYANI ORANG LAIN DAN MEMBANTU KEPERLUAN
MEREKA
Seorang pendakwah wajib menterjemahkan
pemikiran dan konsepnya dalam bentuk tindakan yang konkrit, iaitu dengan turut
merasakan permasaalahan umat dan berusaha semaksima mungkin untuk turut
menyelesaikannya.
“Barang siapa yang tidur tanpa peduli terhadap masalah kaum
muslimin maka ia tidak termasuk golongan mereka”.
“Amalan yang paling utama adalah menyenangkan seorang mukmin
dengan cara memberi pakaian, makanan, minuman dan memenuhi keperluannya.” (HR
Thabrani)
PENGUASAAN DALAMAN
Penguasaan dalaman adalah kemampuan
dan keahlian untuk menampung objek dakwah yang telah berada di tengah-tengah
saf dakwah samada oleh para pemimpin mahupun para anggotanya.
Tujuannya adalah untuk menggunakan
potensi mereka dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah dan pergerakannya.
Tahapan-tahapannya adalah seperti
berikut:
- PENGUASAAN DALAM AQIDAH DAN
TARBIYAH
- Dalam tahap ini, para aktivis mesti dibersihkan dari
berbagai masaalah masa lalu, meluruskan aqidah, perilaku, akhlaq,
mengarahkan kecenderungannya, menentukan, menjelaskan arah sasaran dan
tujuan mereka.
- Penguasaan tarbawi tidak boleh ditentukan oleh suatu
fasa atau situasi, tetapi mutlak diperlukan samada bagi orang yang baru
bersama dakwah ataupun orang yang telah lama.
- Penguasaan tarbawi mesti memperhatikan berbagai
perkembangan kehidupan tahapan-tahapan alami dan khusus yang dilalui oleh
para individu.
- Penguasaan tarbawi mesti memenuhi semua bidang
tarbiyah, samada pemikiran, kerohanian dan keperluan fitrah manusia.
- Penguasaan tarbawi mesti diukur dengan menggunakan ukuran
syari’at dengan mengambil semua ‘azimah’ (hukum asal)nya dan
berbagai keringanannya bukan produk emosi dan keinginan peribadi semata-mata.
Aspek penting dan asasi yang mesti
dimiliki dalam pembentukan peribadi muslim adalah :
- Sunnah Rasul dalam pembentukan peribadi muslim.
Rasulullah
saw menggunakan metod yang unik sesuai dengan kesempurnaan manhaj Islam dan
fitrah yg ditetapkan Allah swt memandang
manusia dengan kelayakan yang ada pada mereka di samping memperhatikan
kecenderungan dan keperluan manusia.
- Beberapa kaidah asasi dalam sunnah.
- Menonjolkan sisi positif atas sisi negatif.
- Menonjolkan sikap keseimbangan atas sikap
berlebih-lebihan.
Dalam kaitannya dengan komitmen peribadi
kepada Islam, Rasulullah saw bersabda :
“Ingatlah akan hancur orang yang berlebih-lebihan, akan hancur orang
yang berlebih-lebihan.” (HR Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)
“Sesungguhnya agama ini sangatlah keras, maka masuklah ke
dalamnya dengan lembut.” (HR Ahmad)
Dalam kaitannya dengan dakwah dan
menarik orang kepada Islam, terdapat nash-nash Al-Qur’an dan sabda Rasulullah
saw, di antaranya ialah :
“Bagaimana Allah
akan menunjuki suatu kaum yang kafir sesudah mereka beriman, serta mereka telah
mengakui bahwa Rasul itu (Muhammad) benar-benar rasul, dan
keterangan-keteranganpun telah datang kepada mereka? Allah tidak menunjuki
orang-orang yang zalim.” (QS Ali-’Imran : 159)
“Serulah
(manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih
mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih
mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS An Nahl : 125)
- “Mudahkanlah
dan jangan mempersulitkan, senangkanlah dan jangan membuat mereka lari”.
(HR Bukhari dan Muslim)
- Sedikit dan berterusan itu lebih baik daripada banyak
tapi terputus.
- Mendahulukan keutamaan dalam pembentukan.
- Pembentukan melalui keteladanan.
- Pembentukan yang menyeluruh dan tidak juzi’yyah.
- Kesolehan lingkungan dan pengaruhnya dalam pembentukan.
- Kesan pahala dan hukuman dalam pembentukan.
- PENGUASAAN DALAM JAMAAH
Maksudnya adalah kemampuan sebuah
pergerakan dalam menampung :
- Para
anggotanya.
- Para
pendukungnya.
- Para
pesimpati.
- Berbagai
persoalan, prinsip dan kaidah-kaidah pergerakan.
Permasalahan pokok yang berhubungan
dengan penguasaan jamaah :
1. Berkait dengan daya tampung
gerakan terhadap para anggotanya.
Syarat yg mesti dipenuhi untuk dapat
menampung para anggota dan sikap dinamiknya adalah :
- Proses tarbiyah yang matang.
- Tersedianya berbagai potensi dan keupayaan serta faktor
pendukung lainnya dalam sebuah pergerakan, misalnya pentadbiran yang cekap,
perencanaan yg matang, konsep yang jelas dalam pendidikan, pemikiran,
politik dan seterusnya.
- Memahami semua anggotanya dengan benar, mengetahui
potensi yang dimiliki, kecenderungan mereka, sisi positif dan negatifnya
dan lain-lain sehingga dapat membantu untuk menentukan tugas dan
tanggungjawab setiap individu dan menempatkan pada posisi yang tepat dan
akhirnya akan membuahkan hasil yang memuaskan.
- Mengerahkan seluruh anggota dan bukan sebahagian sahaja
atau hanya orang-orang yang berprestasi sahaja kerana kita perlu melipatgandakan
hasil dan menghindarkan dari fitnah yang ditimbulkan oleh para penganggur atau
orang-orang yang tidak memiliki tugas dan peranan dakwah.
2. Berkait dengan penguasaan haraki.
Beberapa masalah penting yang berkait
dengan pergerakan yang mesti dikuasai oleh para pendakwah di antaranya adalah:
- Kefahaman yang benar dan sempurna tentang sasaran dan wasilah
yang digunakan.
- Memahami tanzhim dan tabiatnya dengan benar.
- Kefahaman yang benar dan menyeluruh terhadap tabiat kawan
dan lawan.
- Kefahaman yang baik tentang berbagai aspek, tabiat dan
keperluan amal.
- Menjauhi fenomena ‘keengganan’
untuk bergabung dalam masyarakat di samping berbagai organisasi yang ada.
Ya Allah, berilah kekuatan penguasaan kepada kami
dan organisasi kami yang dipacu oleh barisan kepimpinan yang berwibawa dengan
penuh keazaman dan bashirah yang tembus bagi menggerakkan perjuangan,
memperhebat amal, memacu dakwah dan tarbiah, menyusun saf dan mengirim mereka
ke medan-medan perjuangan dengan tepat dan berkesan. Kami juga menyedari bahwa
kekuatan itu tidak mampu dicapai melainkan ianya menuntut daripada kami untuk
terus mempersiapkan peribadi dan saf dengan keupayaan yang berganda dan tarbiyah
dalam menghadapi berbagai cabaran serta berusaha untuk sentiasa berada di pusat
aksi dan operasi bagi menggembeling penglibatan bersama masyarakat dan massa untuk
meraih kemenangan dan kejayaan dariMu.
Ameen
Ya Rabbal Alameen
WAS