Dakwah adalah "satu-satunya"
jalan yang disediakan oleh Allah bagi hambaNya yang dibeliNya dengan harga syurga.
Maka dakwah memiliki sejumlah keutamaan yang sangat luar biasa.
Berdakwah merupakan suatu nikmat
Allah yang terbesar lantaran dakwah itu sendiri merupakan sebaik-baik amal
kerana ia memelihara nilai-nilai Islam dalam peribadi dan masyarakat.
Dakwah itu merupakan tugas pokok
para rasul, maka berbahagialah orang-orang yang mewarisi tugas sebagaimana para
rasul.
Dakwah merupakan kehidupan yang
diridhai Allah. Seorang muslim yang disibukkan dengan dakwah akan sentiasa
tunduk kepada Rabb (Tuhan) dalam kehidupannya sehingga ia akan mendapatkan
ketenangan dan kebahagiaan.
Oleh kerana itu, dakwah mesti
menjadi sebahagian dari kehidupan seorang Muslim agar banyak manfaat yang akan
diperolehi dari dakwah yang ia lakukan.
Banyaknya kenikmatan yang diterima
oleh seorang hamba mencerminkan balasan di atas dakwah yang dilakukannya.
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang
menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang
mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (QS Ali Imran : 104)
Merindui Jalan Dakwah adalah
bermakna melaksanakan dakwah dalam kehidupan kita agar :
a. Hidup kita penuh dengan barakah.
b. Hidup kita penuh bererti.
c. Hidup kita benar-benar memberi manfaat kepada orang lain.
Segala apa yang kita miliki samada
harta benda, tenaga, waktu dan kemudahan akan dinikmati dan dirasakan sebagai
sesuatu yang barakah dan bermanfaat bagi diri kita dan orang lain.
Merindui jalan dakwah bererti kita
menanam amal jariyah iaitu amal yang tidak akan terputus pahalanya hingga ke
alam akhirat.
Hanya orang-orang yang berilmu dan
mahu menyampaikan ilmunya kepada siapa sahaja yang akan mendapat pahala amal
jariyah ini.
Rasulullah saw bersabda :
“Barangsiapa mengajak kepada petunjuk, baginya pahala seperti
pahala orang yang akan mengikutinya. Tidak mengurangi pahala mereka
sedikitpun.”
Merindui jalan dakwah bererti
pengorbanan iaitu kita bersiap sedia untuk berkorban apa sahaja yang diminta di
jalan dakwah ini.
Merindui jalan dakwah bererti kita
sedang berjalan menuju pintu Allah yang tidak pernah tertutup oleh apa pun dan
ditujukan kepada siapapun di antara hambanya.
Maka ketika kenikmatan datang,
bersyukurlah dan ketika ujian atau musibah menghampiri, bersabarlah.
Dalam merindui jalan dakwah, ada
banyak cara untuk menyedarkan kedudukan diri kita di samping menasihati dan
mengingatkan keberadaan kita.
Abdullah bin Rawahah ra pernah
berpesan pada sahabatnya :
“Akhi, ta’al nu’minu sa’ah” (Saudaraku, mari sejenak kita
beriman)
Kata-kata yang ringkas tapi penuh
makna ini di lontarkan oleh Ibnu Rawahah sambil menarik tangan Abu Darda’. Beliau
menginginkan saudaranya, Abu Darda’ untuk berhenti sejenak dari hiruk pikuk
dunia dan sejenak untuk memasuki majlis iman.
Ia adalah sebuah majlis yang dapat
mengasah dan sentiasa memperbaharui keimanan.
Majlis iman inilah yang diperlukan
untuk :
1. Melembutkan hati kita.
2. Mengasah jiwa kita agar sentiasa beredar dalam orbit
kebaikan.
3. Melatih kita untuk sentiasa sensitif pada keburukan hingga
kita menjauhinya.
4. Mengasah ‘pantang’ kita terhadap kemaksiatan
dan kemungkaran.
Majlis iman ini dilaksanakan pada
peringkat individu dan juga jamaah.
Pada peringkat indidvidu, majlis
ini dilakukan dengan muhasabah ‘maknawiyah’ atau merenung secara aktif
hingga melahirkan idea-idea baru yang kreatif dan produktif.
Pada peringkat jamaah, tradisi ini
dilakukan untuk menjaga kemantapan jamaah, menjaga dan memperbaharui semangat
jamaah, menyambung idea-idea individu menjadi idea jamaah dan menjadikan
kelompok lebih produktif.
Kedua-duanya tentu sahaja tetap
dalam rangka menjaga ciri-ciri dakwah yang sedang dipikul.
Majlis iman diperlukan
setidak-tidaknya untuk dua kepentingan.
PERTAMA :
Untuk memantau keseimbangan antara
berbagai perubahan pada lingkungan strategik dengan keadaan suasana dalaman
dakwah yang semakin laju pertumbuhannya.
Pada tahap ini, kita dapat
melakukan penilaian terhadap :
a. Langkah-langkah kita.
b. Orientasi kita.
c. Kapasiti kita.
d. Peluang dalaman dan luaran kita.
e. Sasaran-sasaran kita yang telah ditetapkan.
KEDUA :
Untuk mengisi ruang hati kita
dengan tenaga baru sekaligus membersihkan debu-debu yang melekat padanya sambil
menjejaki jalan dakwah.
Langkah ini dilakukan untuk
memperbaharui komitmen dan janji setia kita kepada Allah swt.
Dalam merindui jalan dakwah, mari
kita perbaharui iman kita. Mungkin banyak kesempatan yang boleh kita lakukan
untuk akhirat, tapi tidak banyak orang yang mempergunakannya.
Tidak sedikit orang yang dalam
hidupnya habis waktunya untuk mengurus dunia hingga lupa terhadap akhiratnya.
Syeikh Abdullah Nashih Ulwan
mengisyaratkan pentingnya ruhiyah bagi seorang pendakwah dengan berkata :
“Ketika jiwa seorang pendakwah telah :
1.
Sepenuhnya bertaqwa kepada Allah.
2.
Merasakan muraqabah dan keagungannya dalam hati.
3.
Secara rutinnya membaca Al Qur’an dengan tadabbur dan penuh
kekhusyukan.
4.
Menyertai Nabi dengan berqudwah kepadanya.
5.
Menyertai orang-orang yang soleh yang berma’rifat kepada
Allah dengan menimba berbagai hikmah dan kebaikan dari mereka.
6.
Berzikir kepada Allah secara berterusan untuk menambah
keteguhan dan ketenangan dan sentiasa melakukan ibadah ‘nafilah’ untuk mendekatkan diri dan menambah kekhusyukan.
Maka ketika berbicara, berkhutbah atau mengajak ke jalan
Allah, niscaya akan kita temui :
a.
Keimanan memancar dari kedua bola matanya.
b.
Keikhlasan nampak jelas menghiasi raut wajahnya.
c.
Kejujuran terus mengalir bersama kelembutan suaranya,
ketenangan iramanya serta isyarat-isyarat tangannya.
Bahkan perkataannya
akan meresap ke dalam hati dan melenyapkan kegelapan jiwa seperti air
sejuk yang meresap di kerongkongan orang yang kehausan umpama cahaya yang
memusnahkan kegelapan.
Mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
1.
Dengan petunjuk mereka, orang-orang pun memperolehi petunjuk
dan dakwah mereka akan mendapat sambutan yang luas.
2.
Dengan nasihat mereka, hati bergetar dan mata menangis.
3.
Dengan peringatan mereka, ahli maksiat bertaubat dan
orang-orang sesat akan sedar dan kembali ke jalan yang lurus.”
Demikianlah pentingnya kualiti
ruhiyah seorang pendakwah sehingga ia mesti menjadi suatu keutamaan di dalam
kehidupannya.
Lebih-lebih lagi ketika
pengembangan dan putaran dakwah menjadi semakin cepat. Begitu juga ketika ia
menghadapi tentangan, halangan dan tribulasi dakwah yang sentiasa muncul di
persimpangan jalan dakwah.
Bagaimanakah cara memperolehi peningkatan
ruhiyah?
Ada lima cara yang perlu ditempuh
oleh seorang aktivis dakwah untuk mempertingkatkan ruhiyahnya.
PERTAMA : MENGINGATI PERJANJIAN DENGAN ALLAH (MU’AHADAH)
Perjanjian seorang muslim dengan
Rabbnya adalah :
“Hanya kepada Engkau kami beribadah dan hanya kepada Engkau
kami mohon pertolongan.”
Kita berikrar untuk tetap berada di
jalanNya. Inilah jalan yang mesti ditempuh oleh seorang aktivis dakwah untuk
mendapatkan ketaqwaan kepadaNya.
Allah swt berfrman :
“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji
dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) itu, sesudah meneguhkannya,
sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpahmu itu).
Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.” (QS An Nahl : 91)
KEDUA : MERASAKAN KEBERSAMAAN ALLAH DENGAN DIRINYA
(MURAQABAH)
Ia merasakan keagungan Allah di
setiap waktu dan keadaan serta merasakan bersamaNya di kala sepi ataupun ramai.
Allah set berfirman :
“Dan (melihat pula) perubahan gerak badanmu di antara
orang-orang yang sujud.” (QS Asy
Syu’ara’ : 219)
KETIGA : INTROSPEKSI DIRI (MUHASABAH)
Setiap kita perlu menilai diri kita
sendiri. Biasanya kita lebih mampu membetulkan orang lain dibandingkan diri
sendiri. Namun Islam mengajarkan bahwa kita mesti mampu mengintrospeksi diri
kita sendiri.
Hal ini adalah salah satu cara
supaya ketika kita melangkah, kita mempunyai daya pengawalan yang baik.
Dengan
muhasabah ini, insyaAllah kita akan sentiasa memperbaiki semua yang telah kita
lakukan termasuk juga niatnya.
KEEMPAT : PEMBERIAN DENDA (MU’AQABAH)
Denda dikenakan kepada seorang
Muslim tatkala ia melakukan kesalahan.
Ketika kita menemui kesalahan
kemudian membiarkannya, ia akan mempermudahkan terlanggarnya dan terulangnya
kesalahan-kesalahan yang lain, bahkan ia akan semakin sukar untuk meninggalkannya.
Di sinilah pentingnya denda yang
membuatkan seseorang serik untuk melakukannya kembali.
Jika denda telah dijatuhkan ketika
melakukan kesalahan, sesungguhnya ia telah menempuh jalan taqwa dan telah
menjalani ketinggian ruhani.
KELIMA :PERTINGKATKAN KESUNGGUHAN (MUJAHADAH)
Ia adalah sebuah kesungguhan
seorang muslim dalam melaksanakan semua ‘amaliyah yang telah disyari’atkan oleh Allah dan
dicontohkan oleh Rasulullah saw yang mulia.
Mujahadah di sini secara tepatnya
adalah sebuah pemaksaan terhadap diri sendiri apabila :
a. Kemalasan mula menyelinap ke dalam diri kita.
b. Sikap santai mula menguasai ruangan jiwa kita.
c. Tahap kualiti ataupun kuantiti mulai menurun.
Ianya bukan hanya berkait dengan
amalan-amalan yang wajib, bahkan amalan sunnah pun mesti dijaga dengan
istiqamah.
Merindui jalan dakwah menuntut
kesedaran kita untuk memperbaharui iman kita secara terus menerus tanpa henti.
Kita perlu perbaharui iman kita
agar kita tidak merasa ‘futur’ dari jalan dakwah ini.
UJIAN DI JALAN DAKWAH
Oleh kerana dakwah merupakan suatu
perkerjaan besar yang mulia dan berakhir di syurga, maka jalan dakwah akan sentiasa
berhadapan dengan ujian.
Bagaimana seseorang aktivis dakwah
menghadapi ujian itu akan menentukan samada ia akan lulus sebagai seorang
pendakwah yang istiqamah atau terjatuh di jalan dakwah.
Manusia terbahagi kepada empat
jenis ketika menghadapi ujian.
PERTAMA : JENIS LEMPENG BESI
PERTAMA : JENIS LEMPENG BESI
Ia seumpama besi yang tahan panas
lalu lama-lama menjadi muai bahkan akhirnya meleleh.
Manusia jenis ini, kuat bertahan
pada awal ujian, namun ketika menghadapi suasana yang menekan di mana tekanan semakin
lama menjadi semakin besar dan kompleks, ia mulai berubah bentuknya, membengkok
dan mulai kelihatan tidak stabil.
Manusia seperti ini, di awalnya
mampu menghadapi tekanan, namun ketika ujian itu berterusan dan tekanan semakin
menjadi, ianya mulai melemah serta membuatkan mereka menyerah dan putus asa dan
akhirnya kalah.
KEDUA : JENIS KAYU RAPUH
KEDUA : JENIS KAYU RAPUH
Sedikit sahaja ia mendapatkan tekanan
ujian, ia akan patah arang dan putus asa. Boleh jadi, dari luar kelihatan bagus
tetapi di dalam hatinya agak rapuh di mana senang sekali ia mengeluh ketika kesulitan menjelma.
KETIGA : JENIS KAPAS
Ia mudah dilentur dan bersifat
anjal. Bayangkan jika kita menekan sekarung kapas, ia akan mengikuti tekanan
yang ada.
Keanjalannya mampu menyesuaikan
dirinya dengan tekanan yang ada. Apabila tekanan dilepaskan, ia akan kembali ke
bentuknya yang asal.
Manusia seperti ini mampu kembali
bersemangat dan giat beramal, meskipun ketika mendapat ujian, ia tertekan.
KEEMPAT : JENIS BOLA PING PONG
Manusia jenis ini adalah yang ideal
dan terhebat.
Cuba perhatikan bola ping pong.
Ketika ditekan, justeru ia memantul ke atas dengan lebih dahsyat.
Seberapa besar ujian datang,
sebesar itulah pula ia bersemangat, bekerja legih giat, berharakah, memberi
sumbangan dalam dakwah. Ujian hanya membuatnya semakin kuat, bermotivasi,
kreatif dan berpengalaman.
UJIAN DAKWAH SEBUAH
KEMESTIAN
Dengan adanya ujian, seseorang akan
sampai kepada kedudukan mulia yang sebenarnya. Melalui jambatan inilah ia diuji
agar nyata sebagai orang yang terpuji.
Melalui ujian, seseorang ditempa
untuk mampu menghadapi godaan yang membinasakan. samada ianya hawa nafsu, nafsu
jiwa, syaitan mahupun dunia.
Ujian yang dihadapi oleh manusia
pada hakikatnya berada dalam empat perkara yang membinasakan itu, termasuk
ujian dalam dakwah.
Apakah dengan ujian itu ia mampu
memenangkan imannya atau ia :
1. Terjatuh dikelilingi lilitan hawa.
2. Terikut kehendak nafsu.
3. Tertipu oleh bujukan syaitan.
4. Tertawan oleh gemerlapan dunia.
Ujian termasuk dalam dakwah juga sentiasa
wujud kerana melalui ujian itulah seseorang mendapati darjatnya meninggi.
BERSEDIA MENGHADAPI UJIAN DAKWAH
BERSEDIA MENGHADAPI UJIAN DAKWAH
Tidak cukup bagi seorang aktivis
dakwah untuk meyakini bahwa ujian pasti datang bahkan lebih dari itu, ia perlu
menyiapkan dirinya untuk menghadapinya.
Ia perlu bersedia untuk menghadapi
ujian yang akan datang serta badai yang akan menerpa.
Bagaimanakah cara kita mempersiapkan
diri?
PERTAMA : MENGUKUHKAN KEYAKINAN DAN KEIMANAN
PERTAMA : MENGUKUHKAN KEYAKINAN DAN KEIMANAN
Allah swt yang telah mewajibkan
dakwah, maka Dia pula yang akan memberikan kekuatan kepada pemikulnya untuk
kuat menanggung bebanan itu disebabkan segala ujian yang dihadapinya.
Keimananlah yang :
a. Membuatkan bara api yang menyelimuti Nabi Ibrahim terasa
dingin.
b. Mengubah rasa takut dan kekhuatiran Nabi Musa hingga terbelah
lautan ketika sampai ke penghujung laut akibat dikejar Fir’aun dan tenteranya.
c. Membuatkan keluarga Masyitah membangun haruman kuburan dengan
siksaan mendidihnya air di tungku kuali yang panas.
KEDUA : MENGUATKAN TEKAD
Tekad dan semangat para aktivis
dakwah mampu dipertingkatkan dengan terus menyedari bahwa balasan syurga
menanti bagi mereka yang ikhlas menempuh jalan ini.
Ia
sentiasa mendekat diri kepadaNya dan memperbaiki kualiti hubungan
denganNya sehingga menjadikan seorang aktivis dakwah tersebut memiliki kekuatan
tekad dan harapan bagi mendapatkan syurga yang terpancar di hadapannya.
Setiap kali ujian menerpa, aktivis
dakwah sentiasa mengingatkan dirinya bahwa jika ia menyerah maka syurga tidak akan
pernah diraihnya. Namun jika ia istiqamah, kesulitan yang membuatnya letih dan
berdarah-darah pastilah tidak seberapa jika dibandingkan dengan balasan berupa
syurga.
Di sebalik tekad yang kuat, ia
mampu :
1. Menyembuhkan kesakitan yang dideritainya akibat luka perang.
2. Mengubah kesedihan menjadi kegembiraan.
3. Mengubah yang jauh menjadi dekat.
4. Mengubah yang letih menjadi bertenaga.
5. Mengubah kesuntukan, ketegangan dan tekanan menjadi
kesegaran.
KETIGA : TERUS BEKERJA KERAS
Teruslah melangkah, melaksanakan
aktiviti dan bekerja di jalan dakwah kerana dengan terus bekerja :
a. Keyakinan akan memuncak.
b. Keraguan akan terhapus.
c. Ujian terasa lebih ringan.
Kerja keras adalah ekspresi
keteguhan, sekaligus membuktikan bahwa kita merindui jalan dakwah.
Merindui
jalan dakwah mengajarkan kepada kita untuk bekerja keras dengan penuh keyakinan
di mana melaluinya akan :
1.
Membuatkan seseorang boleh bertahan lebih lama kerana ia
mengerti makna pekerjaan yang dilakukannya.
2.
Membuatkan ia mengerti
bahwa dakwah ini memerlukan mujahadah yang serius.
Dalam bekerja, kita juga :
a. Memerlukan
tenaga.
b. Memerlukan
keyakinan yang penuh.
c. Memerlukan
imuniti, ketekunan, konsistensi dan kepercayaan yang melahirkan karya bermakna
dan berprestasi.
KEEMPAT : MENGAMBIL HIKMAH DARI SEGALA KEJADIAN TERMASUK
KEKALAHAN
Ketika dakwah berjalan sekian lama namun
kemenangan belum kunjung tiba, sebahagian orang menganggapnya sebagai
kekalahan.
Kalaupun itu dianggap kekalahan, kita
sepatutnya mampu mengambil hikmahnya dan memperbaiki diri serta jamaah untuk meraih
kemenangan sepertimana perang Uhud yang tidak akan pernah berulang lagi.
Maknanya kita boleh kalah, tetapi sebab-sebab kekalahan tidak boleh berulang.
Ada tiga faktor yang menyebabkan
berubahnya kemenangan menjadi kekalahan kaum muslimin :
1. Pelanggaran
terhadap perintah Nabi saw oleh pasukan pemanah.
2. Tersebarnya
berita kematian Nabi saw yang melemahkan semangat ramai orang-orang yang yang
beriman.
3. Perselisihan
faham di medan perang tentang arahan Nabi saw.
Merindui jalan dakwah mengajak kita
melintasi waktu yang ada lantaran perubahan itu sangat cepat. Kadang-kadang
menjadi sukar bagi kita untuk menentukan sikap dan keputusan di kala perubahan
cepat yang berlaku. Tambahan pula dengan tentangan yang menghalang di hadapan
kita yang bukan semakin ringan.
Merindui jalan dakwah juga mengajak
kita berteman dengan kekalahan meskipun pilu dan mengiris hati.
Fenomena adanya aktivis dakwah yang
melepaskan diri dari dakwah (insilakh) dan yang berguguran di
jalan dakwah (tasaqut) sebenarnya memberi kesan kepada kelangsungan dakwah
Islam secara umumnya.
Di antara sebab berlakunya
kedua-dua fenomena tersebut adalah :
a. Lemahnya tarbiyah.
b. Tidak seimbang dalam memposisikan anggota.
c. Tidak memberi fungsi kepada setiap anggota.
d. Lemahnya pengawalan.
e. Kurang peka dalam menyelesaikan masalah.
f. Konflik dalaman.
g. Kepimpinan yang lemah.
KELIMA : SENTIASA BERDOA
Ini adalah kerana dakwah ini adalah
tugas dari Allah dan Dialah yang berkuasa memenangkannya. Dia pula yang telah
menurunkan ujian dan kuasa untuk menguatkan hambaNya.
Maka berdoa adalah senjata yang tidak
boleh tanggal dari jalan dakwah kita.
Betapa banyak keperluan kita
sebagai seorang Muslim, apalagi sebagai aktivis dakwah sangat memerlukan
pertolongan Allah swt samada :
1. Urusan
dunia ataupun urusan akhirat.
2. Urusan
dakwah, jihad, amar ma’ruf nahi mungkar ataupun urusan mencari rezeki.
3. Dalam
keadaan sulit ataupun lapang.
4. Dalam
keadaan perang ataupun dalam keadaan damai.
Oleh itu keperluan itu dapat disalurkan melalui doa
kepadaNya.
Merindui jalan dakwah membuatkan kita sedar betapa
kecilnya kita di hadapanNya.
a. Tidak
ada segala sesuatu kecuali dalam kekuasaanNya.
b. Tidak
ada harapan sedikitpun kecuali hanya kepadaNya.
c. Tidak
ada yang mampu menolong kita kecuali dariNya.
d. Tidak
ada kesulitan yang kita rasakan kecuali diiringai munajat doa kepadaNya.
e. Tidak
ada bebanan yang tidak mampu kita pikul kecuali ata spertolonganNya.
Jadi, apabila semua yang kita miliki telah hilang,
maka masih ada yang paling berharga bagi kita, iaitu doa.
Maka berdoalah bila-bila masa sekalipun, di mana
sahaja, untuk siapa sahaja dan atas keperluan apa sahaja dan jangan pernah
letih untuk berdoa.
KEENAM : YAKINLAH BAHWA ALLAH SENTIASA AKAN MENOLONG HAMBANYA
Allah swt sentiasa akan menolong
hambaNya yang tengah berdakwah dan berjuang menolong agamaNya.
Merindui jalan dakwah menegaskan kembali dakwah ini di jalan Allah di mana
Allah Maha Tahu dan Dialah yang menurunkan ujian dan yang menjaga serta
melindungi kita.
Ingatkah kita ketika Rasulullah saw
bersama Abu Bakar Ash Shiddiq memasuki gua Thur untuk sejenak berhenti dan
mengalihkan perhatian musuh yang berkeliaran ingin menangkapnya?
Seketika itu pula, Allah swt
melindungi dua hambaNya dengan mengubah mulut gua menjadi lebih tua dan tidak
ada kesan serta bekas sedikitpun orang yang pernah melewati apalagi menempati
gua tersebut.
Merindui jalan dakwah mengingatkan
kita bahwa pertolongan Allah itu dekat. Bergabung dan beramal di jalan dakwah
adalah sebahagian dari cara kita menolong agama Allah.
Merindui jalan dakwah juga
membuatkan kita terbiasa bersahabat dengan kesulitan, melangkah dalam dakapan
ikhtiar dan bersenandung munajat doa kepadaNya. Kita hanya berusaha, Allahlah
yang akan menentukan hasil segalanya.
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu meolong (agama)
Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (QS Muhammad :
7)
PENYELESAIAN ISLAM
PENYELESAIAN ISLAM
Marilah kita menjadikan Islam
sebagai jalan penyelesaian kepada segala perkara, khususnya dalam menghadapi
ujian.
Bagaimana mungkin seseorang yang
menyatakan memperjuangkan Islam tetapi ketika ada masalah mengambil sesuatu di
luar Islam sebagai jalan penyelesaiannya?
Maka :
1. Amal-amal Islami mestilah ditingkatkan.
2. Jumlah aktivis dakwah hendaklah diperbanyakkan sekaligus kualitinya
ditingkatkan.
3. Maksiat ditinggalkan dan tidak boleh diteruskan.
4. Solat malam hendaklah dibiasakan.
5. Iman hendaklah terus menerus diperbaharui.
Saudaraku, kita adalah pendakwah
dan pemikul amanah dakwah ini. Dakwah ini adalah :
a. Cermin dari diri kita semua.
b. Kumpulan dari sumbangan peranan-peranan kita.
c. Hakikat sebenar akan keadaan diri kita.
Untuk itu, kenalilah, fahamilah dan
jalanilah jalan dakwah ini. Seterusnya, yakinlah bahwa dakwah ini akan
berkembang di tangan orang-orang yang memiliki kekuatan, semangat juang yang
tidak pernah pudar lantaran ajaran yang mereka bawa mampu bertahan melebihi
usia mereka.
Boleh jadi usia para mujahid
pembawa misi dakwah tersebut tidak panjang tetapi cita-cita, semangat dan
ajaran yang mereka bawa tetap hidup jauh sepeninggalan mereka.
Waktu adalah umur kita dan waktu
kita adalah kehidupan kita. Salah satu perkara yang pertama kali akan
ditanyakan oleh Allah swt kepada kita pada hari kiamat nanti adalah tentang
waktu kita, samada waktu produktif iaitu waktu masa muda dan waktu secara
keseluruhannya.
Kebangkitan Islam bukanlah hadiah
dari Allah tanpa apa-apa alasan. Meskipun Rasulullah saw memberikan jaminan
dalam sabdanya :
“Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang berperang di
jalan Allah dan wujud hingga hari kiamat”.
Tapi, apakah ada jaminan bahwa kita
termasuk dari golongan yang Rasulullah saw sabdakan itu?
Satu-satunya jalan untuk membuka
jalan kebangkitan umat adalah melakukan aksi, tindakan dan kerja seperti yang
disebut olah Allah swt :
“Bekerjalah kamu, maka Allah dan rasulNya serta orang-orang
mukmin akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Allah
yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu
apa yang telah kamu kerjakan.” (QS At Taubah : 105)
Kini pertanyaannya adalah seberapa besar
sumbangan kita dalam dakwah?
Ya Allah, jadikanlah dunia yang kami hidup di atasnya ini sebagai
wasilah untuk kami mencapai cita-cita akhirat kami. Tetapkanlah kaki kami di
atas rel dakwah yang terjaga dan terpelihara kerana kami memahami bahwa jalan
dakwah ini masih panjang, penuh onak dan duri serta ujian yang semakin datang bertubi.
Kurniakanlah kepada kami kefahaman terhadap tabiat jalan ini dan mafhum jalan
mana yang paling tepat agar kami sampai pada tujuan yang dicita-citakan.
Ameen Ya rabbal Alameen
WAS