Ikhlas adalah rahsia :
a.
Di sebalik kejayaan setiap amal manusia.
b.
Penyelamat hati manusia.
c.
Menuju kebahagian yang hakiki.
Ia adalah ilmu yang lain dari yang lain.
1.
Orang yang merasa telah mendapatkannya boleh jadi telah
kehilangannya pada masa yang sama.
2.
Orang yang mendakwa menguasainya dengan mahir bererti
dia tidak dapat menguasainya.
3.
Orang yang mengaku mampu mengajarkannya adalah orang
masih perlu belajar lagi tentangnya.
Nilai sebuah amal atau perbuatan ditentukan
oleh seberapa tulus niat kita. Perbuatan yang dimaksudkan tentunya adalah yang
termasuk ketaatan atau perkara yang dibolehkan dan bukan perkara-perkara yang
dilarang. Tidak ada istilah ikhlas untuk perbuatan-perbuatan yang tergolong
dalam kategori kemaksiatan.
Ketulusan niat hendaklah diukur sebelum, semasa
dan selepas kita melaksanakan suatu amal. Kita semestinya perlu ikhlas pada
ketiga-tiga tahap tersebut dan tidak hanya pada salah satunya.
PERTAMA
: IKHLAS SEBELUM MELAKSANAKAN
Ia bererti kita berniat untuk melakukan suatu
perbuatan demi Allah semata-mata dan bukan untuk memperolehi pujian, penghargaan
ataupun balasan dari orang. Begitu juga ia bukan pula demi harta, jawatan
ataupun kemasyhuran di khalayak ramai.
Ikhlas sebelum melaksanakan juga bererti
berkehendak melakukan suatu perbuatan bukan kerana dorongan emosi negatif
(seperti kemarahan) dari dalam diri atau kerana ingin memberi reaksi terhadap sesuatu
situasi (seperti kerana di maki hamun).
KEDUA : IKHLAS SEMASA MELAKSANAKAN
Ia bererti kita membaguskan perbuatan kita
hanya kerana rasa ingatan kita kepada Allah bukan kerana ingatan kita kepada
manusia kerana kita sentiasa merasa diawasi oleh Allah bukan kerana merasa
sedang diamati oleh manusia.
Selain itu, ia juga bererti tidak melaksanakan
sesuatu dengan sikap bermalasan-malasan dan tidak mudah menyerah kalah, panik atau
putus asa ketika bertemu dengan kesulitan atau halangan.
Dalam masa yang sama, jiwa kita sentiasa stabil
tanpa membayangkan bagaimana kita akan dinilai, dipuji atau dihormati ketika
nanti menyempurnakan perbuatan tersebut ataupun sebaliknya iaitu merasa resah
membayangkan anggapan orang-orang yang nantinya akan meremehkan diri kita.
KETIGA :
IKHLAS SELEPAS MELAKSANAKAN
Ia bererti kita tetap mengingati Allah di saat kita
disanjung ataupun dicela, tidak sombong ketika dipuji dan tidak kesal semasa
dimaki.
Kita menisbahkan kemampuan melaksanakan sesuatu
itu kepada Allah dan kita tidak mengharapkan kemampuan kita sendiri dan
menyerahkan hasil perbuatan kita kepada Allah dan tidak memandang bahwa
hasilnya mesti seperti harapan atau kemahuan kita.
Selain itu, ia juga memberi makna bahwa kita tidak
mengharapkan balasan, pujian ataupun ucapan terima kasih di samping tidak
mengungkit-ngungkit perbuatan yang telah lalu dan tidak mempamirkan atau
menyombongkannya kepada orang lain dan tidak mmbanggakannya dalam hati serta tidak
tersinggung walaupun tidak disebut-sebut oleh orang.
SYARAT
PENERIMAAN AMAL
Amal yang kita lakukan akan diterima oleh Allah
jika memenuhi dua syarat :
PERTAMA :
PERTAMA :
Amal itu mesti berdasarkan kepada keikhlasan
dan niat yang suci hanya mengharap keridhaan Allah swt.
KEDUA :
KEDUA :
Amal perbuatan yang kita lakukan itu mestilah
sesuai dengan sunnah Nabi saw.
Syarat pertama menyangkut masalah batin. Niat ikhlas ertinya ketika melakukan amal perbuatan, batin kita mesti benar-benar bersih.
Rasulullah saw bersabda :
"Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung kepada niatnya." (HR Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadits itu, maka diterima atau tidaknya oleh Allah swt suatu amal perbuatan yang kita lakukan sangat bergantung kepada niat kita.
Sedangkan syarat yang kedua, mesti sesuai dengan syariat Islam dan syarat ini menyangkut sudut zahiriah.
Nabi saw bersabda :
"Barangsiapa yang mengerjakan suatu perbuatan yang tidak pernah kami perintahkan, maka perbuatan itu ditolak." (HR Muslim)
Berkenaan dua syarat tersebut, Allah swt menerangkannya pada sejumlah ayat dalam Al Qur'an.
Di antaranya dua ayat berikut :
"Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh…." (QS Luqman : 22)
"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan…." (QS An-Nisa : 125)
Yang dimaksudkan dengan "menyerahkan diri kepada Allah" dalam dua ayat di atas adalah : ‘Mengikhlaskan niat dan amal perbuatan hanya kerana Allah semata-mata.’
Sedangkan yang yang dimaksud dengan "mengerjakan kebaikan" dalam ayat tersebut ialah :

‘Mengerjakan
kebaikan dengan serius dan sesuai dengan sunnah Rasulullah saw.’
Fudhail bin Iyadh pernah memberi komentar tentang ayat 2 surah Al-Mulk :
"Supaya Allah menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya."
Menurutnya, maksud "yang lebih baik amalnya" adalah amal yang berdasarkan keikhlasan dan sesuai dengan sunnah Nabi saw.
Seseorang bertanya kepadanya, "Apa yang dimaksudkan dengan amal yang ikhlas dan benar itu?"
Fudhail menjawab :
"Sesungguhnya amal yang berlandaskan keikhlasan tetapi tidak benar, tidak akan diterima oleh Allah swt. Sebaliknya, amal yang benar tetapi tidak berlandaskan keikhlasan juga tidak diterima oleh Allah swt. Amal perbuatan itu hanya boleh diterima oleh Allah jika berlandaskan keikhlasan dan dilaksanakan dengan benar.
Yang dimaksudkan dengan `ikhlas' adalah amal perbuatan yang dikerjakan semata-mata kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan `benar' adalah amal perbuatan itu sesuai dengan tuntunan Rasulullah saw."
Setelah itu Fudhail bin Iyadh membacakan surah Al-Kahfi ayat 110 :

"Barangsiapa
yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan
amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah
kepada Tuhannya."
Jadi, niat yang ikhlas semata-mata belum menjamin amal kita diterima oleh Allah swt., jika dilakukan tidak sesuai dengan apa yang digariskan oleh syariat.
Begitu juga dengan perbuatan mulia, tidak diterima jika dilakukan dengan tujuan tidak mencari keridhaan Allah swt.
LAPAN TANDA KEIKHLASAN
Ada lapan tanda-tanda keikhlasan yang boleh kita gunakan untuk menilai apakah perasaan ikhlas telah mengisi relung-relung hati kita.
PERTAMA: KEIKHLASAN HADIR APABILA KITA TAKUT AKAN KEMASYHURAN (MENJADI TERKENAL)

Imam Ibnu Syihab Az-Zuhri berkata :
"Sedikit sekali kita melihat orang yang tidak menyukai kedudukan dan jawatan. Seseorang boleh menahan diri dari makanan, minuman dan harta, namun ia tidak sanggup menahan diri dari tarikan-tarikan kedudukan. Bahkan, ia tidak segan-segan merebutnya meskipun perlu mensabotaj kawan atau lawan."
Oleh kerana itu, tidak hairanlah jika para ulama salaf banyak menulis buku tentang larangan mencintai kemasyhuran, jawatan, dan riya'.
Fudhail bin Iyadh berkata :
"Jika kamu mampu untuk tidak dikenali oleh orang lain, maka laksanakanlah. Kamu tidak rugi sekiranya kamu tidak terkenal. Kamu juga tidak rugi sekiranya kamu tidak disanjung oleh orang lain. Demikian pula, janganlah gusar jika kamu menjadi orang yang tercela di mata manusia, namun menjadi manusia terpuji dan terhormat di sisi Allah."
Meskipun demikian, ucapan para ulama’ tersebut bukan untuk menyeru agar kita mengasingkan diri dari khalayak ramai (uzlah). Ucapan itu adalah peringatan agar dalam mengharungi kehidupan, kita tidak terjebak pada jerat hawa nafsu ingin mendapat pujian manusia.
Yang dilarang adalah :
a. Meminta nama kita dimasyhurkan atau dipopularkan.
b. Meminta jawatan.
c. Sikap rakus pada kedudukan.
Jika tanpa cita-cita dan tanpa meminta, diri kita menjadi terkenal, itu tidak mengapa meskipun itu boleh menjadi malapetaka bagi orang yang lemah dan tidak bersedia menghadapinya.
KEDUA : KEIKHLASAN WUJUD KETIKA KITA MENGAKUI BAHWA DIRI KITA MEMPUNYAI BANYAK KEKURANGAN
Orang yang ikhlas sentiasa merasa dirinya memiliki banyak kekurangan. Ia merasa belum sepenuhnya dalam melaksanakan segala kewajiban yang ditaklifkan oleh Allah swt.
Oleh kerana itu, ia tidak pernah merasa `ujub dengan setiap kebaikan yang dikerjakannya. Sebaliknya, ia merasa cemas jika apa-apa yang dilakukannya tidak diterima oleh Allah swt dan oleh sebab itulah ia kerap menangis.
Aisyah ra pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang maksud firman Allah :
"Dan orang-orang yang mengeluarkan rezeki yang dikurniakan kepada mereka, sedang hati mereka takut bahwa mereka akan kembali kepada Tuhan mereka."
Apakah mereka itu orang-orang yang mencuri, orang-orang yang berzina dan para peminum minuman keras, sedangkan mereka takut akan siksa dan murka Allah `Azza wa jalla?
Rasulullah saw menjawab :
"Bukan, wahai Puteri Abu Bakar. Mereka itu adalah orang-orang yang rajin solat, berpuasa dan sering bersedekah, sementara mereka khuatir amal mereka tidak diterima. Mereka bergegas dalam melaksanakan kebaikan dan mereka orang-orang yang berlumba." (HR Ahmad)
KETIGA : KEIKHLASAN HADIR KETIKA KITA LEBIH CENDERUNG UNTUK MENYEMBUNYIKAN AMAL KEBAJIKAN
Orang yang tulus adalah orang yang tidak ingin amal perbuatannya diketahui oleh orang lain.

Ibarat pohon, mereka lebih senang menjadi akar yang
tertutup oleh tanah tapi menyokong kehidupan keseluruhan pohon tersebut.
b.
Ibarat rumah, mereka adalah tapak asas yang dipenuhi
tanah namun menyokong keseluruhan bangunan rumah tersebut.
Suatu hari Sayyidina Umar bin Al Khatthab pergi
ke Masjid Nabawi. Ia mendapati Mu'az sedang menangis berhampiran makam
Rasulullah saw.
Umar menegurnya :
Umar menegurnya :
"Mengapa
kau menangis?"
Mu'az menjawab :
Mu'az menjawab :
"Aku
telah mendengar hadits dari Rasulullah saw bahwa baginda bersabda :
"Riya' sekalipun hanya sedikit, ia termasuk syirik dan barang siapa memusuhi kekasih-kekasih Allah maka ia telah menyatakan perang terhadap Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang baik, taqwa serta tidak dikenali. Sekalipun mereka tidak ada, mereka tidak hilang dan sekalipun mereka ada, mereka tidak dikenali. Hati mereka bagaikan pelita yang menerangi petunjuk. Mereka keluar dari segala tempat yang gelap gulita." (HR Ibnu Majah dan Baihaqi)
KEEMPAT: KEIKHLASAN WUJUD KETIKA KITA TIADA MASALAH DITEMPATKAN SEBAGAI PEMIMPIN ATAU PERAJURIT
Rasulullah saw melukiskan jenis orang seperti ini dengan bersabda :
"Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kendali kudanya di jalan Allah sementara kepala dan tumitnya berdebu. Apabila ia bertugas menjaga benteng pertahanan, ia benar-benar menjaganya dan jika ia bertugas sebagai pemberi minuman, ia benar-benar melaksanakannya. "
Itulah yang berlaku kepada diri Khalid bin Al Walid ketika Khalifah Umar bin Al Khatthab memberhentikannya dari jawatan panglima perang. Khalid tidak marah, kecewa mahupun sakit hati kerana jawatannya diturunkan, bahkan ia tetap turut berperang di bawah komandan barunya iaitu Abu Ubaidah Al Jarrah.
Ketika ramai orang menimbulkan provokasi dan menanyakan beliau tentang perkara itu, Khalid menjawab dengan tenangnya bahwa, "Aku berperang kerana Allah, bukan kerana Umar". Subhanallah betapa tingginya tahap keikhlasan Khalid Al Walid.
KELIMA : KEIKHLASAN WUJUD KETIKA KITA MENGUTAMAKAN KERIDHAAN ALLAH DARIPADA KERIDHAAN MANUSIA

Tidak sedikit manusia yang hidup di bawah
bayang-bayang orang lain. Bila orang itu menuntun pada keridhaan Allah, sungguh
kita sangat beruntung namun tidak jarang juga ketika orang itu menggunakan
kekuasaannya untuk memaksa kita bermaksiat kepada Allah swt.
Di sinilah keikhlasan kita diuji samada :
a. Memilih keridhaan Allah swt
atau
b. Memilih keridhaan manusia yang mendominasi diri kita?
Pilihan kita semestinya seperti pilihan Masyithah, tukang sikat anak Fir'aun. Ia lebih memilih keridhaan Allah daripada menyembah Fir'aun.
KEENAM : KEIKHLASAN WUJUD KETIKA KITA CINTA DAN MARAH KERANA ALLAH
Sesungguhnya kita dalam keadaan ikhlas ketika kita menyatakan cinta dan benci, memberi atau menolak, ridha dan marah kepada seseorang atau sesuatu kerana kecintaan kita kepada Allah dan keinginan membela agamaNya bukan untuk kepentingan peribadi kita.
Sebaliknya, Allah swt mencela orang yang berbuat bertentangan dengan sikap itu.
"Dan di antara mereka ada orang yang mencela tentang (pembahagian) zakat. Jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagian daripadanya, dengan serta merta mereka menjadi marah." (QS At-Taubah : 58)
KETUJUH : KEIKHLASAN HADIR KETIKA KITA SABAR TERHADAP PANJANGNYA JALAN
Keikhlasan kita akan diuji oleh waktu. Sepanjang rentang waktu kehidupan kita adalah ujian.
Keteguhan kita untuk menegakkan kalimahNya di muka bumi meskipun kita tahu jalannya sangat jauh, sementara hasilnya belum pasti dan kesukaran sudah di depan mata, amat sangat diuji.
Hanya orang-orang yang mengharapkan keridhaan Allah yang mampu teguh menempuh jalan panjang ini seperti Nabi Nuh as yang giat berdakwah tanpa penat lelah selama 950 tahun.
Sepertimana Sayyidina Umar bin Al Khatthab yang berkata :
"Jika ada seribu mujahid berjuang di medan juang, aku seorang di antaranya. Jika ada seratus mujahid berjuang di medan juang, aku seorang di antaranya. Jika ada sepuluh mujahid berjuang di medan juang, aku seorang di antaranya. Jika ada satu mujahid berjuang di medan juang, itulah aku!"
KELAPAN : KEIKHLASAN WUJUD KETIKA KITA MERASA GEMBIRA JIKA KAWAN KITA MEMILIKI KELEBIHAN
Yang paling sukar adalah menerima orang lain yang memiliki kelebihan yang tidak dimiliki oleh kita. Lebih-lebih lagi jika orang itu lebih muda dari kita. Itulah sifat hasad dengki yang menutup keikhlasan dari hadir di relung hati kita.
Hanya orang yang ada sifat ikhlas dalam dirinya yang mahu memberi kesempatan kepada orang yang mempunyai kemampuan yang memadai untuk mengambil bahagian dari tanggungjawab yang dipikulnya.
Tanpa merasa apa-apa beban, ia mempersilakan orang yang lebih baik dari dirinya untuk tampil menggantikan dirinya. Tidak ada rasa irihati dan tiada rasa dendam. Jika ia seorang pemimpin, maka ia tiada segan-segan membahagikan tugas kepada sesiapapun yang dianggapnya mempunyai kemampuan.
Kita mesti banyak belajar tentang keikhlasan dan sebaik baik contoh keikhlasan adalah meneladani Rasulullah saw dan para sahabatnya.
Ada sebuah ungkapan yang menarik :
"Tentera hadapanmu adalah keikhlasan".
Ungkapan ini sangat tepat kerana memang keikhlasan adalah pengawal hadapan kita untuk menghadapi segala rintangan di jalan Allah. Keikhlasan membuatkan kita tidak kenal penat lelah dan tidak kenal berhenti dalam beramal kerana tujuan kita hanya satu, iaitu Allah swt.
Cuba kita perhatikan kembali ‘catatan amal’ kita dan kita perbetulkan lintasan hati atau getaran hati yang dapat menggugurkan nilai amal kita.
Mungkin kita pernah berfikir tentang kejayaan kita, kemudian berucap :
"Itu kerana kehebatan saya, apa jadinya tanpa diri saya?"
Bukankah ungkapan sedemikian senada dengan Fira'un yang menjadikan dirinya sombong hingga berani mengikrarkan dirinya sebagai tuhan atau juga kisah Qarun yang ditenggelamkan oleh Allah kerana merasa kehebatan dirinya dalam mengumpulkan harta kekayaannya.
"Kecewa!", Ya, kita sering kecewa jika tujuan kita menyimpang kepada yang sifatnya duniawi, maka ketika tujuan itu tidak tercapai, kita akan mudah kecewa dan berbalik ke belakang.
Bila sesuatu amal dibangunkan lantaran mengharapkan apa-apa yang ada pada manusia berupa :
1. Penghormatan.
2. Penghargaan.
3. Pengakuan kewujudan diri.
4. Kemasyhuran.
5. Jawatan.
6. Pengikut.
7. Pujian.
Maka hakikatnya, kita telah berubah menjadi hamba manusia, bukan lagi hamba Allah swt. Sekali lagi, kita mesti banyak belajar dan berlatih untuk mewujudkan keikhlasan dalam amal kita.
Selayaknya kita bangunkan prestasi amal kita kerana Allah swt semata-mata kerana amal yang dibangunkan selain keranaNya hanya akan meninggalkan buih-buih amal yang membuatkan kita kecewa di kemudian hari, Wal Iyazubillah.

Inilah sifat ikhlas yang di awalnya kita buat tanpa
mengharapkan balasan kemudiannya kita pertingkatkan ke tahap yang lebih
mendalam iaitu ikhlas tanpa batas yakni ikhlas dalam segala hal dan dalam
segala perbuatan.
Ia adalah suatu ikhlas yang menjadi kesan dari
tauhid iaitu ikhlas sebagai pemurnian hati dari segala syirik samada :
a.
Dari syirik besar hingga syirik yang sekecil-kecilnya.
b.
Dari syirik yang nyata hingga syirik yang samar-samar.
Akhir sekali hakikat keikhlasan yang sebenar
akan membawa kepada kefahaman bahwa orang yang ikhlas :
1.
Hanyalah bergantung kepada Allah.
2.
Tidak menjadikan amalannya sebagai sandaran kemajuan
kerohaniannya.
3.
Hanyalah mendambakan wajah Allah.
4.
Tidak menjadikan syurga sebagai pemacu semangat
beramalnya.
Ya Allah, tiupkanlah perasaan ikhlas dalam hati
dan jiwa kami sehingga ianya tetap kekal bersarang di dalam setiap amal yang
kami lakukan. Sesungguhnya kami hanya mengharapkan segala amal kami diterima
olehMu. Jauhkanlah diri kami dari mengharapkan sesuatu dari makhlukMu kerana
sesungguhnya setiap makhlukMu adalah lemah dan hanya bergantung kepada kekuatan
dan kekuasaan dariMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS