Cinta adalah sebuah nikmat agung yang Allah kurniakan kepada manusia.
Dengan anugerah cinta itulah :
1. Hidup manusia jadi lebih bermakna.
2. Manusia akan mampu melaksanakan peranannya sebagai khalifah Allah di muka bumi, sebagai pendakwah sekaligus sebagai hamba Allah.
3. Setiap rintangan untuk bertemu Sang Kekasih akan dihadapi dengan lapang dada bahkan senyuman yang mekar.
Pernah di zaman Rasulullah saw, ada seorang Arab Badui meluru masuk ke tengah-tengah jamaah solat untuk mendekati Rasulullah saw.
Ketika baginda mendekati Rasulullah saw dan Rasulullah sudah bersiap sedia untuk menunaikan solat, orang itu bertanya :
“Bilakah kiamat akan berlaku?”
Nabi saw tidak menjawab kerana solat sudah hampir ditunaikan.
Ucapan takbir terucap dari mulut Rasulullah saw yang mulia, ayat demi ayat Al Qur’an baginda senandungkan, begitu bersungguh-sungguh, khusyuk dan penuh penghayatan.
Ucapan takbir terucap dari mulut Rasulullah saw yang mulia, ayat demi ayat Al Qur’an baginda senandungkan, begitu bersungguh-sungguh, khusyuk dan penuh penghayatan.
Titisan air mata berjatuhan dari pelupuk matanya yang jernih lagi mulia. Para sahabat pun tenggelam dalam limpahan kasih sayang Ilahi.
Apabila solat telah selesai dilaksanakan dengan lembut penuh wibawa, Rasulullah saw bersabda:
Apabila solat telah selesai dilaksanakan dengan lembut penuh wibawa, Rasulullah saw bersabda:
“Di manakah orang yang tadi bertanya tentang hari kiamat?”
Orang itu segera menjawab : Saya, wahai Rasulullah.
Nabi kemudian bertanya kembali :
“Apa yang telah engkau persiapkan untuk menyambut datangnya hari kiamat?”
Sejurus selepas itu, majlis diliputi suasana hening sehingga orang itu berucap :
Sejurus selepas itu, majlis diliputi suasana hening sehingga orang itu berucap :
"Saya tidak mempersiapkan amal yang banyak. Saya hanya mencintai Allah dan RasulNya."
Seiringan dengan itu terukir senyuman di wajah Nabi saw yang mulia lalu menjawab :
"Engkau akan bersama dengan orang yang kau cintai."
Sungguh luar biasa ungkapan Rasulullah saw ini, begitu dalam dan penuh makna sehingga menggugah keperihatinan para sahabat untuk ikut bertanya :
Sungguh luar biasa ungkapan Rasulullah saw ini, begitu dalam dan penuh makna sehingga menggugah keperihatinan para sahabat untuk ikut bertanya :
"Wahai Rasulullah, apakah ucapan itu hanya berlaku untuk dia sahaja?”
Rasulullah saw menjawab :
"Tidak, ucapanku ini berlaku pula untuk kamu dan orang-orang sesudah kamu."
Kegembiraan mulai menyelimuti relung sanubari orang-orang yang hadir di dalam majlis itu sehingga Anas bin Malik berkata :
"Aku belum pernah melihat kaum Muslimin begitu berbahagia setelah masuk Islam kerana sesuatu, seperti bahagianya mereka ketika mendengar sabda Nabi saw tersebut."
Kesimpulan dari peristiwa di atas menunjukkan betapa besarnya akibat atau hakikat cinta.
Kesimpulan dari peristiwa di atas menunjukkan betapa besarnya akibat atau hakikat cinta.
Orang Arab Badui itu bukanlah sesiapapun, namun kecintaannya kepada Allah dan Rasulullah membuatkan ia mendapat penghormatan yang begitu tinggi.
Tanpa teragak-agak, Rasulullah saw sendiri menjanjikan kebersamaan dengan dirinya di syurga kelak, padahal, boleh jadi, ibadah orang ini tidak sehebat para sahabat yang lain.
Seperti itulah hakikat cinta di mana ia boleh :
a. Membuat sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.
b. Membuat sesuatu yang biasa menjadi luar biasa.
c. Membuat sesuatu yang hampa menjadi penuh makna.
Hakikatnya, cinta bukan sekadar kata sifat, namun juga sebagai kata kerja.
Cinta itu tidak statik, bahkan ianya bersifat dinamik, penuh khasiat dan tenaga yang mampu membangkitkan kekuatan-kekuatan tersembunyi dalam diri sampai akhirnya dahaga cinta itu boleh memberi kepuasan.
Apa yang dikatakan oleh Arab Badui tadi bukanlah sesuatu yang tidak bererti.
Dalam kata-kata yang ia ungkapkan tersimpan sebuah :
1. Komitmen.
2. Keyakinan.
3. Janji setia yang sarat maknanya.
Itulah sebabnyaRasulullah saw berani menjanjikan pahala yang menggiurkan kepadanya. Sekali lagi, cinta dapat menimbulkan serangkaian akibat dan kesannya.
Ketika seseorang telah menyatakan cinta dan berkomitmen dengan cinta, maka segala tingkah lakunya akan berjalan di jalur cinta tersebut.
Ketika seseorang telah menyatakan cinta dan berkomitmen dengan cinta, maka segala tingkah lakunya akan berjalan di jalur cinta tersebut.
Jika cinta itu ditujukan kepada Allah dan RasulNya, maka segala tingkah lakunya akan diselaraskan dengan kehendak yang dicintainya.
Bukankah seorang pencinta akan berusaha untuk menghadirkan kesamaan dengan yang dicintainya sehingga yang dicintai itu menjadi ridha kepadanya?
DEFINASI CINTA
DEFINASI CINTA
Jadi apakah sebenarnya definasi cinta itu?
Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah mengatakan :
“Tidak ada batasan cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri. Membatasinya hanya akan menambah kabur dan kering maknanya. Maka, batasan dan penjelasan cinta tersebut tidak boleh dilukiskan hakikatnya secara jelas kecuali dengan perkataan cinta itu sendiri.”
Walaubagaimanapun, sesuatu yang sukar untuk difahami bukan bererti tidak boleh difahami.
Di antara makna cinta adalah :
Di antara makna cinta adalah :
“Kecenderungan seluruh hati yang terus menerus kepada yang dicintai.”
Ia boleh pula diertikan sebagai :
“Kesediaan hati menerima segala keinginan yang dicintainya atau kecenderungan hati untuk lebih mengutamakan yang dicintai daripada diri dan harta sendiri.”
Mari kita cuba membuat analisa ungkapan cinta Arab Badui tadi dari sudut pandangan salah seorang pakar psikologi dalam bukunya yangbertajuk "Seni Cinta".
Mengikut beliau, ada empat unsur yang hadir dalam cinta, iaitu:
PERTAMA : PERHATIAN
Cinta mesti melahirkan perhatian pada objek yang dicintai.
Mari kita cuba membuat analisa ungkapan cinta Arab Badui tadi dari sudut pandangan salah seorang pakar psikologi dalam bukunya yangbertajuk "Seni Cinta".
Mengikut beliau, ada empat unsur yang hadir dalam cinta, iaitu:
PERTAMA : PERHATIAN
Cinta mesti melahirkan perhatian pada objek yang dicintai.
Ketika kita mencintai seseorang, maka kita akan :
a. Memerhatikan kesulitan yang dihadapinya.
b. Berusaha meringankan bebannya.
c. Memberikan perhatian yang tinggi atas setiap gerak gerinya.
Begitu pula ketika kita mencintai Allah dan RasulNya, kita akan berusaha memberikan perhatian lebih kepada semua perkara yang diridhai dan yang dimurkai Allah dengan merujuk perilaku utusanNya, iaitu Rasulullah saw.
Oleh kerana itu, seorang hamba yang beriman akan merasa bersalah untuk melalaikan kewajibannya kepada Allah dan Rasulullah saw.
KEDUA : TANGGUNGJAWAB
Cinta mesti melahirkan sikap bertanggungjawab terhadap objek yang dicintai.
KEDUA : TANGGUNGJAWAB
Cinta mesti melahirkan sikap bertanggungjawab terhadap objek yang dicintai.
Ibu bapa yang mencintai anaknya akan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan material, kerohanian dan masa depan anaknya.
Suami yang mencintai isterinya akan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan rumah tangganya.
Pengusaha yang mencintai perusahaannya, akan bertanggungjawab dan mendedikasikan waktu, tenaga, dan pemikirannya demi kemajuan perusahaannya.
Sama keadaannya dengan orang yang mencintai Tuhan dan RasulNya, ia pun akan bertanggungjawab dan mendedikasikan segenap potensi dirinya untuk membahagiakan objek yang dicintainya.
KETIGA : HORMAT
Cinta mesti melahirkan sikap menerima seadanya objek yang dicintai dan sentiasa berikhtiar agar tidak mengecewakannya. Inilah yang disebut hormat.
KETIGA : HORMAT
Cinta mesti melahirkan sikap menerima seadanya objek yang dicintai dan sentiasa berikhtiar agar tidak mengecewakannya. Inilah yang disebut hormat.
Dalam konteks hubungan dengan Allah dan Rasulullah saw, rasa hormat kita tercermin dari prinsip :
"Sami'na wa attha'na" iaitu mendengar dan taat.
Jika itu disukai oleh Allah dan dicontohkan oleh Rasulullah saw, maka ia akan melaksanakannya sekuat tenaga, kerana ia yakin bahwa semua yang Allah perintahkan pasti baik untuk diri dan masa depannya.
KEEMPAT : PENGETAHUAN
KEEMPAT : PENGETAHUAN
Cinta mesti melahirkan minat untuk memahami selok belok objek yang dicintai.
Ketika kita mencintai seorang yang akan menjadi teman hidup, kita akan berusaha memahami keperibadian, latar belakang, keluarga, minat, dan kualiti keimanannya.
Ketika kita mencintai Allah dan Rasulullah saw, maka kita pun akan berusaha untuk mengenal Allah dan Rasulullah saw itu.
Kita akan bersemangat membaca, mendengar, menelaah dan bertanya tentang Zat Allah dan peribadi Muhammad saw. Tentu bukan sekadar untuk tahu sahaja tetapi juga untuk memahaminya sehingga membawa kepada ketaatan.
Sebenarnya empat komponen cinta inilah yang sentiasa terpatri di dalam hati para sahabat Rasulullah saw di mana kesan yang ditimbulkannya begitu besar.
Sebenarnya empat komponen cinta inilah yang sentiasa terpatri di dalam hati para sahabat Rasulullah saw di mana kesan yang ditimbulkannya begitu besar.
Kecintaan kepada Allah dan Rasulullah saw mampu melahirkan perubahan drastik dalam kehidupan mereka iaitu :
1. Dari kegelapan menuju cahaya.
2. Dari kebencian menuju kasih sayang.
3. Dari kejahilan menuju hidayah.
4. Dari kemunduran menuju kemajuan.
KEINDAHAN CINTA
Cinta itu indah kerana ia bekerja dalam ruang kehidupan yang luas manakala intipati pekerjaannya adalah :
“Memberi.”
Memberi apa sahaja yang diperlukan oleh orang-orang yang kita cintai untuk tumbuh menjadi lebih baik dan berbahagia kerananya.
Para pencinta sejati hanya mengenal satu pekerjaan besar dalam hidup mereka iaitu memberi dan terus memberi.
Para pencinta sejati hanya mengenal satu pekerjaan besar dalam hidup mereka iaitu memberi dan terus memberi.
Jika ia menerima, maka itu adalah kesan dari apa yang mereka berikan. Ia seperti cermin kebajikan yang memantulkan kebajikan yang sama.
Inilah yang membezakan para pencinta sejati dengan para pencinta palsu.
Jika kita mencintai seseorang dengan tulus, maka ukuran ketulusan dan kesejatian cinta itu bergantung kepada apa yang kita berikan padanya untuk membuat kehidupannya menjadi lebih baik.
Maka jadilah kita seumpama air dan cahaya matahari di mana tumbuhan tumbuh dan berkembang dari siraman air dan berbuah dari sinaran cahaya matahari.
Para pencinta sejati tidak suka berjanji namun begitu, apabila mereka memutuskan untuk mencintai seseorang, mereka segera membuat rancangan untuk memberi. Setelah itu mereka bekerja dalam diam dan sunyi untuk mewujudkan rancangan-rancangan mereka.
Para pencinta sejati tidak suka berjanji namun begitu, apabila mereka memutuskan untuk mencintai seseorang, mereka segera membuat rancangan untuk memberi. Setelah itu mereka bekerja dalam diam dan sunyi untuk mewujudkan rancangan-rancangan mereka.
Setiap satu rancangan untuk memberi dapat direalisasikan, maka satu bibit cinta muncul bersemi dalam hati orang yang dicintai.
“Janji menerbitkan harapan”.
TAPI
“Pemberian melahirkan kepercayaan”.
Bukan hanya itu, malah rancangan “memberi” yang terus menerus direalisasi mampu menciptakan suatu sikap kebergantungan seperti sebuah pohon yang sentiasa mengharapkan kebergantungan dari siraman air dan cahaya matahari.
Bukan hanya itu, malah rancangan “memberi” yang terus menerus direalisasi mampu menciptakan suatu sikap kebergantungan seperti sebuah pohon yang sentiasa mengharapkan kebergantungan dari siraman air dan cahaya matahari.
Inilah yang disebut sebagai kebergantungan yang produktif dan yang menghidupkan. Pada hakikatnya, cinta adalah cerita tentang seni menghidupkan sebuah kehidupan, tapi kehidupan yang mereka bangun seringkali tidak disedari oleh orang-orang yang menikmatinya.
Namun begitu, apabila sang pemberi telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini, mereka segera merasakan kehilangan yang menyayat hati dan tiba-tiba :
- Ada ruang besar yang kosong tidak berpenghuni.
- Ada kehidupan yang hilang tidak berpenghuni.
CINTA MISI YANG AGUNG
Cinta yang sebenar hanya bersemi pada nurani yang hidup tetapi dari manakah nurani kita menemui kehidupan?
Ia menemui kehidupan melalui dua cinta yang menjadi misi agung :
- Cinta kepada Allah.
- Cinta kepada kebenaran.
Inilah kecintaan yang hakiki yang menjadi tanda kepada denyutan kehidupan nurani yang akan memberi buah yang ranum.
Cerita-cerita keagungan yang kita warisi dari sejarah sesungguhnya menampakkan cinta misi dari waktu ke waktu. Ia dimanifestasikan pada :
- Karya-karya ilmiah para ulama’.
- Darah dan air mata syuhada’.
- Keadilan para pemimpin.
- Kasih sayang para pendakwah.
- Kelembutan para guru.
Tidak ada karya besar tanpa cinta misi. Itulah yang membuatkan cinta ini menjadi teramat agung kerana seluruh isinya adalah karya, kerja dan sikap memberi tanpa pernah terpengaruh oleh penerimaan dan penolakan di mana penerimaan mungkin menguatkannya tapi penolakan tidak pernah mengendurkannya.
Persoalan yang mungkin muncul di sini adalah :
Persoalan yang mungkin muncul di sini adalah :
- Dari mana mereka menemui tenaga itu?
- Apa yang membuatkan mereka sanggup berkarya dan memberi terus menerus walaupun kadang-kadang seringkali mereka tidak difahami atau bahkan diabaikan oleh orang-orang yang justeru mereka cintai?
- Apakah rahsia hati yang selama ini mereka simpan dengan begitu rapi?
SUMBER TENAGA YANG HEBAT
Rahsianya tidak lain melainkan :
“Kelazatan Ruhani”
Yang mereka cintai sesungguhnya adalah Allah dan kebenaran yang menjadi misi hidup mereka dan bukan manusia, benda atau apa bentuk sekalipun.
Yang mereka rindui adalah syurga yang abadi dan bidadari-bidadari yang kelak akan mengelilingi mereka serta pandangan mata pada cahaya wajah Allah swt dan bukan pujian dan penerimaan manusia.
Manusia hanyalah suatu medan karya tempat cinta memanifestasikan dirinya.
Keletihan-keletihan itu melahirkan kegembiraan ruhani dan kelazatan yang melahirkan tenaga baru untuk terus memanifestasikan cinta.
Kelazatan ruhani adalah merupakan sumber tenaga dan di sanalah makna-makna penerimaan, keberertian, kehormatan dan keberanian hati merasuk ke serat-serat jiwa dan melapangkan serta meluaskannya sehingga ia terserlah sebagai karpet merah nan empuk di tengah gurun yang luas yang terus bersambung dengan kaki langit.
Itulah kelazatan ruhani yang dirasakan oleh :
Itulah kelazatan ruhani yang dirasakan oleh :
- Khalid Al Walid ketika peperangan sedang berkecamuk.
- Utsman bin Affan di saat ia berinfak di jalan Allah.
- Umar Al Khattab ketika menghantar gandum di tengah malam kepada rakyatnya yang miskin.
- Sayyid Qutb menjelang penggantungannya.
Kelazatan ruhani itu adalah ledakan kegembiraan yang mendengung di cakrawala lalu meluncur masuk ke dalam batin mereka di mana mereka tidak menyaksikannya tapi mereka merasakan manifestasinya.
Dengan yang demikian, seorang ahli ibadah mengatakan :
“Seandainya para raja mengetahui kelazatan yang kita rasakan dalam ibadah ini mereka pasti akan menyiksa kita untuk merampas kelazatan itu.”
Akhir sekali marilah kita berdoa semoga kita mampu pula meneladani mereka sebagaimana mereka melaksanakan hakikat cinta yang sebenarnya kepada Allah swt, Rasulullah saw dan kepada kebenaran.
Diceritakan bahwa setelah wafatnya Rasulullah saw, Bilal Bin Rabah iaitu Muazzin Rasulullah saw ingin meninggalkan Madinah untuk berpindah ke kota lain tetapi dihalang oleh Saidina Abu Bakar ra.
Apabila ditanya kepadanya beliau menjawab bahwa beliau tidak dapat menahan airmatanya apabila mengalunkan azan di Madinah kerana teringat kepadaRasulullah saw hasil dari kecintaan yang sungguh mendalam kepada baginda.
Apabila Saidina Abu Bakar menyuruh Bilal untuk melaungkan azan, beliau memenuhi permintaan Abu Bakar itu dan setelah azan dimulakan maka bercucuranlah air mata para sahabat mendengarnya kerana nostalgia lama semasa bersama-sama Rasulullah saw telah menggamit jiwa dan hati mereka.
Inilah hakikat kecintaan yang sebenar yang lahir dari hati yang ikhlas kepada Allah swt,
Rasulullah saw dan kepada kebenaran.
Ya Allah, kurniakanlah rasa cinta ke dalam hati kami kepadaMu, RasulMu dan kepada kebenaran kerana hanya dengan kecintaan inilah yang boleh menyelamatkan kami dari kesusahan dan huru hara di hari akhirat nanti. Kumpulkanlah kami bersama Rasulullah saw dan orang-orang yang beriman di Syurga FirdausMu yang paling tinggi.Rasulullah saw dan kepada kebenaran.
Amee Ya Rabbal Alameen
WAS