skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Friday, 25 May 2012

Mengurus Perkembangan Dakwah

Ditulis Oleh WAS Pada 10:02 – 0 Komen Anda
 

Perkembangan dakwah yang begitu pesat dari masa ke semasa memerlukan suatu pengurusan organisasi yang unggul bagi memastikan agar pertumbuhan dan penyebaran dakwah semakin berpengaruh dalam :

1.      Pembinaan.
2.      Perubahan.
3.      Pengurusan struktur kemasyarakatan.

Ianya tidak cukup hanya dengan tindakbalas berbentuk struktur organisasi dakwah. Begitu pula agar struktur kemasyarakatan ini semakin dekat dengan susunan struktur masyarakat yang lebih Islamik, tidak cukup hanya dengan kita memberikan tindakbalas dengan memperluaskan dan memperlebarkan struktur organisasi.

Tindakbalas-tindakbalas berbentuk struktur itu perlu diiringi dengan pengembangan pembentukan samada dalam bentuk kapasiti atau nilai yang terkandung di dalamnya.

PERKEMBANGAN TARBIYAH

Pengembangan tarbiyah yang sudah merupakan pekerjaan kita sehari-hari dan merupakan asas operasi, perlu dikembangkan kapasiti serta daya tampungnya.

Sudah ramai yang menunggu untuk ditarbiyah dan ianya tidak hanya terbatas kepada tingkatan mahasiswa, pemuda atau ahli akademik malah para ahli profesional, pengusaha dan peniaga, ramai yang menunggu untuk ditangani secara tarbawi sehingga kapasiti tarbiyah kita perlulah  meningkat dan kesannya, tuntutan kepada pengembangan manhaj tarbiyah pun perlu sama-sama meningkat.

Pendekatan tarbiyah untuk pemuda dan mahasiswa berbeza dengan pendekatan tarbiyah kepada alim ulama’ dan mubaligh. Begitu pula, ianya sangat berbeza dengan para ahli profesional, peniaga dan lain-lain.

Oleh kerana itu, seni penguasaan teknik operasi tarbiyah mestilah semakin meningkat agar kapasiti tarbiyah dan daya tampungnya menjadi semakin meluas.

Untuk menjaga kapasiti daya dan nilai tarbiyah, jangan sampai tarbiyah kita hanya dirasakan berkembang menjadi sebuah majlis ‘ta’lim’ atau ‘tabligh’.

Ini adalah kerana ‘ta’lim’ itu suatu proses penambahan ilmu dan ‘tabligh’ itu suatu proses pembekalan maklumat sedangkan ‘tarbiyah’ merupakan :
  1. Penjelasan tentang fikrah.
  2. Penjelasan tentang aqidah yang sejahtera.
  3. Penjelasan tentang ibadah yang sahih.
  4. Penjelesan tentang pemantapan akhlak.
sehingga nilai ‘taujih’ nya perlu menyentuh kepada :
  1. Pembukaan kunci akal.
  2. Pembukaan kunci hati.
  3. Pembukaan kunci jiwa / perasaan.
Tarbiyah mestilah diusahakan supaya ianya lebih :
  1. Menggugah pemikiran manusia.
  2. Berkesan di hati penerima.
  3. Membangkitkan kesedaran jiwa.
kerana tarbiyah bukanlah menyampaikan ilmu-ilmu (talqinul ulum) semata-mata.

Berapa ramai lapisan pendukung dan mereka yang bersimpati dengan dakwah sedang menunggu usaha-usaha penanganan dari kita.

Jika mereka merasakan pentarbiyahan itu sama dengan mana-mana majlis pengajian umum, bahkan ‘naudzubillah’ jika dirasakan sama dengan mana-mana usaha dakwah yang santai, maka itu tidak akan menghasilkan potensi dakwah yang dihajatkan.

Bahkan ianya perlu diurus dengan teliti kerana tarbiyah itu merupakan kerja pertama dan utama jamaah dakwah ini bagi membangun potensi sumber daya manusianya.

Walaubagaimanapun, tarbiyah sebagai suatu usaha manusia, boleh sahaja berlaku kelemahan tarbawi di mana hasil tarbiyah yang dihajatkan tidak tercapai di samping hasil kerja keras dan pengorbanan kita kadang-kadang membawa kepada natijah yang kurang memuaskan serta tidak sesuai dengan apa yang kita inginkan.

Kelemahan-kelemahan tarbawi biasanya boleh dikesan dalam berbagai bentuk :
    1. Munculnya ‘tasyaddud’ iaitu sikap eksklusif atau ekstrim dan merasa hanya diri kita yang benar. Sikap ini perlu dipantau walaupun kita digalakkan untuk sentiasa melihat dan memiliki pandangan pada sisi positif, namun pada hakikatnya, kebaikan itu ada di mana-mana, cuma ada yang sudah diperkukuhkan oleh kita dan ada yang belum.
    2. Bersikap ‘kamaliyat’ atau merasa diri sempurna seolah-olah tarbiyah itu matlamatnya untuk menciptakan ‘insan malaki’ iaitu manusia yang mempunyai kualiti para malaikat.
    3. Berbentuk ‘juz’iyyah’ di mana ia hanya menumpukan di bidang tertentu sahaja misalnya bidang ruhiyah sahaja sementara bidang pemikirannya kurang berkembang sehingga pertumbuhan dan perkembangan cara berfikirnya agak ketinggalan sehingga ia tidak mampu menghadapi komunikasi pemikiran yang lebih kompleks. Di sudut lain, ia mungkin hanya menumpukan di bidang pemikiran atau politik semata-mata padahal yang kita harapkan adalah tarbiyah yang bersifat bersepadu dan sejagat.
PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN DAN WAWASAN
Selain perkembangan dakwah, kita juga menuntut kepada perkembangan ilmu pengetahuan.
      1. Kita perlu belajar secara terus menerus.
      2. Kita mesti mahu membaca secara berterusan samada bacaan yang tertulis di buku-buku, majalah-majalah, surat khabar, radio atau TV.
Selain itu juga, kita perlu membaca kehidupan masyarakat.

Ini semuanya adalah amat penting sehingga ilmu pengetahuan dan wawasan kita akan berkembang dan tidak ketinggalan di setiap sektor kehidupan.

Secara tabi’ienya, kita bergaul dengan mereka yang mempunyai aneka ragam :
  1. Keyakinan.
  2. Ideologi.
  3. Pendidikan.
  4. Budaya.
  5. Kepentingan.
Bagi memastikan supaya kita tidak merasa gugup serta kekurangan modal ketika menghadapi mereka, maka ilmu pengetahuan dan wawasan kita perlulah ditingkatkan.

Bagi yang mempunyai kesempatan belajar secara formal, maka teruskan peningkatannya manakala bagi yang pendidikan formalnya sudah mantap, maka secara informalnya, ia perlu terus membaca kerana jika ia tidak pandai menguruskan waktunya, usaha penambahan ilmu pengetahuan dan wawasan ini akan merosot.

Jelaslah kepada kita bahwa perkembangan ilmu pengetahuan dan wawasan samada di sudut kapasiti dan daya tampungnya perlu ditingkatkan. Apalagi ajaran Islam mengajarkan bahwa :

“Menuntut ilmu itu perlu dari buaian hingga ke liang lahad”.

Jamaah yang kita perjuangkan ini walau di mana pun, terkenal sebagai madrasah, di mana di dalamnya sentiasa wujud suasana belajar dan meningkatkan diri yang memang sudah menjadi  warna keseharian kita.

PERKEMBANGAN TEKNIK OPERASI

Penguasaan teknik operasi sesuai dengan bidang dan tugas kerja kita, samada yang berkait dengan kerja organisasi atau kerja profesional. Penguasaan teknik secara lebih meluas sesuai dengan latar belakang tugas kita yang semakin hari semakin penting.

PERKEMBANGAN PENGURUSAN

Organisasi ini semakin hari menjadi semakin membesar dan ianya memerlukan suatu sistem pengurusan yang teguh sesuai dengan ciri-ciri organisasi kita yang bukan bercirikan birokrasi, tapi karakternya lebih kepada bercirikan kesukarelaan.

Oleh kerana itu kita perlu membahagikan tugas-tugas dakwah secara lebih merata dan lebih meluas. Jika ada pos-pos yang kurang berjalan, kita tingkatkan agar lebih mampu berjalan dan memikul tugas secara lebih baik bukan dengan cara diambil alih.

Kita berusaha untuk meningkatkan para penjaga pos agar bertugas secara bertahap di samping agar ianya dibahagikan secara baik sehingga terlaksananya konsep tolong-menolong dalam hal kebajikan dan taqwa kerana organisasi kita adalah organisasi sukarela, bukan birokrasi.

Kita sudahpun membuatkan pembahagian kerja di mana yang penting adalah perkaitan antara komponen organisasi dalam bidang tertentu serta perkaitan antara bidang dengan bidang yang lain.

Setiap potensi aktivis dakwah perlulah dimanfaatkan supaya dengan itu, ia menjadi semakin meningkat dari segi :
  1. Kapasitinya.
  2. Nilai kandungannya.
  3. Kecekapannya.
PERKEMBANGAN EKONOMI

Hingga ke saat ini, pembiayaan dakwah masih dalam tingkatan konvensional melalui pengorbanan dari ahli-ahli hasil dari kerjasama persaudaraan yang luar biasa di mana sudah tentu keberkatannya tidak perlu diragukan lagi.

Namun, jika kita ingin mengaitkan dengan tugas berat ke hadapan, pengembangan ekonomi dakwah perlu semakin bersifat profesional.

Asas permuafakatan dan pengorbanan masih perlu dipelihara kerana ianya adalah modal permulaan tetapi jika modal permulaan itu tidak berkembang menjadi profesional, maka akan banyak pembiayaan-pembiayaan dakwah yang tidak mampu ditangani secara konvensional.

Kita memang mengakui bahwa ‘Allahu Ghaniyyun Karim’ (Allah Tuhan Yang Maha Kaya dan Maha Mulia) kerana semua sumber kekuatan termasuk sumber ekonomi adalah dari Allah swt.

Namun, Allah swt memerintahkan kita untuk bekerja. Rasulullah saw pernah melihat seseorang yang setiap hari berkurung terus di masjid. Baginda bertanya :

“Siapa yang memberi nafkah dia?”

Sahabat menjawab :

“Saudaranya”.

Sabda Rasulullah saw :

“Saudaranya itu lebih baik dari dia”.

Umar bin Al Khattab juga melihat fenomena yang sama. Ada orang terus menerus berdoa di masjid.

Beliau berkata :

“Mengapa kamu tidak ambil kapak, agar kamu dapat mencari kayu”.

Sesungguhnya langit tidak akan pernah menurunkan hujan emas atau perak. Allah akan menurunkan rezeki apalagi rezeki untuk dakwah dan yang penting adalah kita tampil di hadapan Allah dengan kerja keras kita.

Sudah tentu ramai di antara aktivis dakwah yang mempunyai bakat di bidang masing-masing. Jika mereka tidak mempunyai bakat maka jangan didorong secara paksa kerana ada dua kerugian iaitu :
  1. Perniagaannya rosak.
  2. Dakwahnya rosak.
Di sinilah kemudiannya berlaku peranan semangat bekerjasama dan saling memikul bebanan.
Kita mempunyai bakat yang berbeza-beza. Ada yang tumbuh dengan :
  1. Bakat ekonomi.
  2. Bakat politik.
  3. Bakat budaya.
  4. Bakat kerja melibatkan kebajikan masyarakat.
Dari semua bakat yang tumbuh ini, akan terbentuk ‘ta’awun’ dan ‘takaful’ iaitu sikap saling bekerjasama dan memikul bebanan.

Perasaan bantu membantu dari aktivis dakwah yang berjaya dari segi ekonominya kepada aktivis dakwah yang menekuni bidang lain perlulah disuburkan agar dakwah kita akan semakin berkat.

Perkembangan ekonomi ini, samada dari sudut kapasiti atau nilainya perlu meningkat. Setakat ini, Alhamdulillah pertumbuhan ekonomi dalam halaqah atau usrah itu memiliki keberkatannya, tapi pasar itu lebih luas dari halaqah. Ini adalah kerana salah satu yang dibangunkan oleh Rasulullah saw selepas hijrah itu adalah pasar.

Maka semuanya mestilah seimbang antara pertumbuhan organisasi, tarbiyah,wawasan dan ilmu pengetahuan, teknik operasi, pengurusan dan ekonomi.

PERKEMBANGAN KEMASYARAKATAN

Seterusnya adalah faktor ‘ijtima’i’ (kemasyarakatan). Komunikasi sosial kita perlu diperluaskan sehingga merentasi agama, etnik, parti dan jamaah.

Kita perlu lakukan komunikasi secara meluas kerana kepelbagaian itu adalah suatu fitrah. Rasulullah saw juga mengembangkan hubungan secara meluas.

Bahkan ada komunikasi sosial yang jarang terungkap dari sirah nabawiyah yang disampaikan oleh Abu Bakar As Shiddiq. Ketika beliau menjadi khalifah pertama, beliau sangat memperhatikan cara dan kebiasaan Rasulullah saw.

Ada salah satu peristiwa di mana Rasulullah saw melakukan komunikasi yang sangat baik dan akrab dengan seorang Yahudi yang buta matanya.

Setiap pagi Rasulullah saw datang menghantar roti dan susu. Orang Yahudi ini sudah tua dan giginya sudah gugur. Jika diberi roti yang kering dan ada air, roti itu dicelupkan. Kalau tidak ada, dikunyahkan oleh Rasulullah saw, kemudian ianya disuapkan kepada orang Yahudi itu. Peristiwa itu hanya diketahui oleh Abu Bakar.

Setelah Rasulullah saw wafat, Abu Bakar menggantikan baginda. Oleh kerana Yahudi ini buta, ia tidak kenal akan Abu Bakar.

Ketika Abu Bakar menyuapkan roti, Yahudi itu berkata, “Siapa kamu?”

Abu Bakar menjawab, “Saya yang biasa datang setiap pagi” (maksudnya menemani Rasulullah saw).

Orang Yahudi itu berkata, “Tapi rasanya tidak begini, dia lebih halus dan lebih terasa kehangatannya”.

Abu Bakar pun menangis.

Ini adalah komunikasi merentasi agama dan itu merupakan bentuk hakiki dari ‘rahmatan lil alamin’ sehingga orang Yahudi pun menikmati kerahmatan Islam.

‘Alaqah ijtima’ie (ikatan kemasyarakatan) perlu diperluaskan agar kehadiran kita diterima secara baik oleh seluruh komponen masyarakat, merentasi agama, parti dan organisasi.

Dalam berkomunikasi, prinsipnya adalah sentiasa berkhidmat. Murah senyuman, peramah dan penyantun itu merupakan modal asas bagi komunikasi sosial kita.

Apabila masyarakat melihat realiti fenomena kesantunan, keramahan dan keterbukaan kita dalam komunikasi, insyaAllah halangan itu akan semakin mengecil, walaupun ianya akan sentiasa wujud, tapi kita akan mampu menguranginya.

PERKEMBANGAN POLITIK

Ruang lingkup komunikasi politik juga perlu diperluaskan. Kemampuan berkomunikasi melalui politik sangat besar pengaruhnya.

Komunikasi politik itu adalah mencari kemungkinan-kemungkinan di tengah kemustahilan atau dalam bahasa lain, mencari titik pertemuan bersama.

Ianya mesti dikelolakan dengan baik supaya tidak ada tindakbalas buruk yang tidak perlu kerana kita sangat memerlukan peluang dan ruang pertumbuhan.

Untuk menjamin keamanan, ruang dan peluang pertumbuhan, kita mesti mengurangkan komplikasi-komplikasi politik dengan pihak manapun agar kita mencapai kedudukan yang aman, bahkan sehingga sampai ke posisi dominan. Peluang-peluang yang terbuka cukup banyak dan itu perlu di manfaatkan untuk lebih mengukuhkan dan memperlebarkan ruang dakwah.

PERKEMBANGAN MEDIA MASSA

Masaalah media massa ini juga perlu diperkemaskan secara baik. Media yang paling asas dalam gerakan dakwah ini adalah pencapaian atau prestasi dari setiap diri kita. Setiap kita mesti memancarkan wangian yang baik bagi jamaahnya. Itulah modal asas media.

Di tahun 1950-an, Sayyid Qutb pernah dikunjungi oleh ramai aktivis dakwah. Mereka mengeluh tentang media di mana :
  1. Ada yang berbicara tentang kekurangan modal.
  2. Ada yang berbicara masalah keamanan.
  3. Ada yang mengeluh majalah-majalah mereka sering dirampas, dimusnahkan, ditarik balik permitnya atau pejabatnya digeledah.
Sayyid Qutb berkata :

“Media utama adalah diri kamu (aktivis dakwah) itu sendiri”.

Mengelola media ini kadang-kadang agak membimbangkan kerana ditakuti ianya terjatuh ke medan riya’ yang mungkin boleh merosakkan zuhud dan tawadhu’ kita.

Namun suatu yang perlu disedari bahwa jika kita mengumumkan perkara-perkara yang berkait dengan peribadi kita atau orang lain secara peribadi, itu barulah dianggap bermasalah.

Tapi, jika ianya berkait dengan kepentingan awam, usaha seperti itu justeru diperlukan. Untuk merangsang orang lain bagi mengikuti, membantu dan mendukungnya, sikap-sikap kita yang membela umat mestilah ditampilkan. Bahkan itu boleh dikatakan wajib kerana ia akan mendukung kewujudan dan pertumbuhan dakwah kita.

Faktor-faktor di atas perlu digerakkan secara serentak agar ianya tumbuh secara seimbang lalu bergerak dan akhirnya berkembang secara meluas.

InsyaAllah dakwah yang kita pikul ini bukan hanya berkembang, tetapi :
  1. Pengaruhnya dirasai.
  2. Suaranya mudah pula didengar.
  3. Komentarnya mudah diikuti.
  4. Kritikannya mudah diterima.
Ini adalah kerana kapasiti dan nilai organisasi, tarbiyah, wawasan dan ilmu pengetahuan, teknik operasi, pengurusan, ekonomi, kemasyarakatan, politik dan media massa akan dapat dikelolakan dengan cukup kemas secara baik, serentak dan seimbang.

InsyaAllah, ini akan menjadi modal agar dakwah dan jamaah akan lebih berpengaruh. Jika berbicara ianya didengar dan jika bertindak, ianya akan mampu dirasakan keberadaannya.

InsyaAllah jamaah dakwah ini akan semakin bernilai. Semoga Allah swt akan memberikan ‘taufiq’, ‘ri’ayah’, ‘inayah’ dan ‘tamkin’ kepada kita sehingga kita semakin mendekatkan diri kita kepada ridha Allah sampai pada tahap ‘li i’lai kalimatillahi hiyal ‘ulya’.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada hati kami sehingga kami mampu bangun bersama dengan perkembangan dakwah yang memerlukan penjaga-penjaga pos yang setia. Jadikanlah diri kami sebagai media utama untuk menarik mereka-mereka yang di sekeliling kami untuk bergabung bersama kami bagi menegakkan kalimahMu yang tinggi.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Dakwah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Melahirkan Murabbi Yang Berjaya
    Proses tarbiyah adalah suatu pekerjaan yang sangat berat dan tidak mudah kerana tarbiyah bererti: 1. Mempersiapkan manusia. 2. Membentuk d...
  • Tarbiyah, Satu-Satunya Jalan
    Tarbiyah adalah sebuah proses dalam projek kebangkitan umat dan pembangunan peradaban di mana ia memiliki satu sifat yang dikenali sebaga...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ▼  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ▼  May (15)
      • Mencari Teman Yang Abadi
      • Nasyid Perjuangan
      • Meneliti Kejelasan Beramal
      • Mengurus Perkembangan Dakwah
      • Khilafah Di Atas Jalan Kenabian
      • Wawancara Isteri Bakal Presiden
      • Pelbagai Teknik Dakwah
      • Akhlak Penyatu Umat
      • Pendakwah Bukan Penghukum
      • Transformasi Tarbiyah Kepada Dakwah
      • Mujahid Yang Sabar
      • Dakwah Penyelamat Umat
      • Agenda Perjuangan Aktivis Dakwah
      • Generasi Revolusi Yang Dinantikan
      • Kestabilan Kehidupan Pendakwah
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger