Tugas yang paling tinggi dan paling
agung sekali di dunia ini ialah tugas-tugas yang diusahakan oleh gerakan Islam
kerana ianya bermatlamatkan pembentukan kembali dunia ini, bermula dari
pembentukan individu sehinggalah kepada perlaksanaan sistem alam yang sesuai
dengan fitrah manusia melalui pembentukan keluarga, masyarakat, umat dan
institusi.
Tugas ini diwarisi dari Rasulullah
saw yang menghabiskan usia baginda melaksanakan usaha pembentukan :
1. Sejak dari Darul Arqam di Makkah sehingga ke Masjid Nabawi di
Madinah.
2. Mulai dari golongan muda hingga ke golongan tua.
Tugas membentuk memerlukan waktu
khusus dan dikhususkan di samping keperluan kepada
pemikiran pembentukan serta kaedah-kaedah yang
khusus untuk memproseskan pembentukan itu.
Imam Hasan Al Banna pernah
mengatakan bahwa :
“Pekerjaan utama seorang aktivis adalah pendakwah sebelum
pekerjaan lainnya.”
Oleh yang demikian, anugerah usia
yang kita miliki perlu ditumpukan kepada usaha :
a. Membentuk.
b. Menelurkan.
c. Mengeram.
d. Menetaskan.
e. Memetakan.
f. Memberi fungsi.
Setiap binaan memerlukan kepada
pelan-pelan. Oleh kerana proses pembentukan kita merangkumi seluruh peringkat,
maka ianya memerlukan kepada pelan-pelan yang banyak yang meliputi :
1. Pelan pembentukan peribadi.
2. Pelan pembentukan keluarga.
3. Pelan pembentukan masyarakat dan institusinya.
4. Pelan pembentukan semula dunia Islam.
5. Pelan untuk membentuk semula dunia ini secara keseluruhnnya.
Kesemua ini memerlukan kepada
program-program yang mesti diberikan keutamaan tenaga dan suasana dan ini pula
tidak akan dapat dilahirkan kecuali setelah wujudnya suatu pemikiran pembentukan (‘Aqliah Al Bina’) dan
peribadi-peribadi yang mampu untuk membentuk.
Sesungguhnya, titik permulaan yang
sihat (Al Bidayah As Sahihah) untuk segala sesuatu ialah wujudnya
manusia-manusia yang mampu untuk sampai kepada pemikiran pembentukan kerana
sebarang pembentukan memerlukan kepada suatu pemikiran yang :
a. Mampu untuk membuat gambaran (membayangkan dalam fikiran).
b. Kemudian melahirkannya.
c. Seterusnya memperkemaskannya.
Ini menuntut kita supaya semestinya
mencari dan memeriksa manusia-manusia yang mampu dan berkelayakan untuk
memproses binaan yang kita kehendaki itu.
Sekiranya manusia yang kita
kehendaki itu tidak ada, maka kita berkewajiban
pula untuk menyedia dan melayakkannya.
Firman Allah swt :
“Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan
negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya adalah orang-orang yang berbuat
kebaikan.” (QS Hud : 117)
Syeikh Taufiq Al Wai’e mengatakan
bahwa orang yang baik dalam ayat ini adalah orang yang soleh terhadap diri
sendiri dan juga bekerja untuk memperbaiki orang lain.
Jadi kesolehan peribadi mesti mampu
memunculkan kesolehan sosial dan semangat ini tidak akan pernah muncul kecuali
dengan membentuk.
Membentuk dimaksudkan untuk
menyokong tiang-tiang kebangkitan umat dan menghasilkan aktivis-aktivis dakwah
pilihan, cerdas serta bersiap sedia menerima beban dakwah yang kelak di kemudian
hari akan berada di atas bahunya.
Sekiranya di dunia ini terdapat
institusi –institusi untuk melahirkan berbagai-bagai jurutera, maka kita
berkewajiban pula untuk mengadakan institusi-institusi bagi mengeluarkan
jurutera-jurutera untuk proses pembentukan kita.
Di antara apa yang perlu kita
berikan tumpuan terhadap instistusi ini ialah :
1. Melahirkan muslim daripada akhlak-akhlak masyarakatnya dan
daripada kemahirannya kepada akhlak-akhlak hati dan imbasannya.
2. Melatih seorang muslim
yang bertanggungjawab dengan kata-katanya kerana setiap kata-katanya bernilai
dan membina.
3. Mentarbiyah muslim itu tadi dengan tarbiyah yang sesuai dengan
matlamatnya serta memberi pengetahuan dengan matlamat ynag hendak dicapainya.
4. Membentuk seorang muslim sehingga ia mampu mengambil
keputusan yang bijaksana.
5. Melatihnya supaya tunduk kepada keputusan syura walaupun
bercanggah dengan pendapatnya sendiri.
6. Melatihnya supaya boleh berbincang dengan bijak serta
mengajarnya bagaimana membentangkan pendapatnya dan berhujah.
7. Mengajarnya bagaimana mengambil pengajaran daripada
kritikan-kritikan dan menukarkannya menjadi cadangan-cadangan yang membina.
8. Menjelaskan kepadanya perbezaan di antara pemikiran yang
membina dan pemikiran yang meruntuhkan kerana betapa mudahnya meruntuhkan dan
sukarnya membina.
9. Mengajarnya bagaimana untuk memajukan yang sedia ada dan
menambah yang tidak ada, serta memperingatkannya bahwa mudahnya merobohkan yang
sedia ada dan sukarnya membina yang tiada.
10. Melatihnya bagaimana mengambil pengajaran daripada sesuatu
yang berada di sekitarnya untuk sampai kepada matlamat pembentukannya.
Sesungguhnya proses pembentukan
yang sukar ini mendorong kita agar mencari mereka yang berkebolehan untuk
menggarap proses pembentukan ini supaya dapat kita membawa mereka ke arah usaha
ini dengan berdasarkan kepada kaedah-kaedah yang sihat.
Kegagalan di dalam usaha ini
bererti suatu kemunduran yang pasti akan disusuli dengan kemusnahan.
Sejarah dakwah ratusan tahun yang
lampau telah membuktikan bahwa Allah swt
telah menganugerahkan kemenangan demi kemenangan dalam setiap tahapnya.
Ibarat sebuah drama, setiap babak
berakhir dengan kemenangan, meskipun di awal atau pertengahannya ada "pertarungan"
kekuatan yang membuatkan kita berdarah atau tergores luka.
HAKIKAT KEMENANGAN DAKWAH
HAKIKAT KEMENANGAN DAKWAH
Sayyid Qutb berkata bahwa :
"Sungguh, tidak ada celah sedikitpun bagi kita untuk berasa
sombong dengan menganggap kemenangan itu adalah hasil usaha kita samada usaha individu
ataupun jamaah. Kemenangan yang kita perolehi pada hakikatnya adalah
pertolongan dari Allah swt."
Inilah hakikat kemenangan dakwah iaitu pertolongan dari Allah. Oleh yang demikian, Allah swt membimbing Rasulullah swt ketika ‘Fathu Makkah’, sehingga bagindapun bertasbih, bertahmid dan beristighfar.
Tuntunan itu tetap abadi hingga kini, yang termaktub di dalam surah An-Nasr.
SIKAP DAN USAHA MERAIH
KEMENANGAN BERIKUTNYA
Ada beberapa sikap dan usaha yang
mesti dilakukan oleh aktivis dakwah untuk sentiasa meraih kemenangan dan kejayaan.
Sikap itu digabungkan dalam tiga bahagian :
PERTAMA : AGENDA PEMBENTUKAN (TARBIYAH)
Syeikh Mustafa Masyhur pernah
berkata :
"Jangan sampai perhatian kita kepada politik (siyasah) mengalahkan perhatian kita
kepada tarbiyah."
Mengapa?
Mengapa?
Ini adalah kerana tarbiyah adalah
ruh gerakan kita. Tarbiyah adalah jiwa dalam amal dakwah kita.
Sekali kita meletakkan tarbiyah
menjadi kegiatan kedua, kita akan menjauhkan dakwah ini dari tujuannya
sekaligus membuatkan dakwah ini rapuh dan jauh dari kemenangannya.
Agenda tarbiyah adalah bertujuan untuk mencetak aktivis dakwah berkualiti seramai-ramainya.
Agenda tarbiyah adalah bertujuan untuk mencetak aktivis dakwah berkualiti seramai-ramainya.
Dalam istilah Al-Qur’an, ini
disebut ‘ribbiyuuna katsiir’.
Ada lima perkara yang perlu
dilakukan dalam agenda besar tarbiyah :
A. MEMBUDAYAKAN TARBIYAH ZATIYAH
A. MEMBUDAYAKAN TARBIYAH ZATIYAH
Tarbiyah zatiyah di sini bukan sekadar
membaca buku atau mengembangkan kefahaman dan ilmu secara bersendirian, tetapi
yang paling asas adalah meningkatkan ibadah harian.
Tarbiyah zatiyah bererti usaha aktivis
dakwah untuk bermujahadah (usaha sungguh-sungguh) membiasakan ibadah-ibadah
sunnah mulai dari tilawah, qiyamullail, solat sunnah, zikir hingga ke puasa.
Tarbiyah zatiyah seperti itu akan :
a.
Membuatkan mereka lebih
kebal terhadap godaan.
b.
Mencegah mereka dari
kemaksiatan.
c.
Menjadikan mereka tetap
istiqamah di medan perjuangan.
d.
Meningkatkan ruhiyah
dalam dirinya.
Hidupnya keadaan ruhiyah adalah kunci dari kejayaan
dalam proses pembentukan kerana hati tidak boleh disentuh dengan kata-kata.
Hati hanya boleh disentuh dengan hati. Tanda hidupnya
ruhiyah seseorang boleh dilihat dengan “Halawatul Iman” yang ia rasakan.
Tanda-tanda orang yang sudah merasakan “Halawatul
Iman” sehingga ruhiyahnya hidup di antaranya seperti berkut :
1. Sentiasa
menantikan waktu untuk beribadah.
2. Bersegera
melakukan ketaatan.
3. Melihat
syurga dan neraka seolah-olah ada di pelupuk matanya.
4. Air
matanya mudah mengalir ketika bermunajat kepada Allah.
5. Melaksanakan
ibadah terasa ringan.
6. Adanya
penyesalan ketika melewatkan waktu untuk beribadah dan jihad.
B. PENYEGARAN HALAQAH / USRAH
Ia dapat dilakukan dengan terus
memperbaiki sifat dinamik halaqah atau usrah, sekaligus meningkatkan produktivitinya.
Sifat dinamik di dalam halaqah /
usrah ini penting agar tidak wujud rasa jemu serta tidak dikalahkan oleh dakwah
umum yang gegak gempita. Ia berlaku pada tingkatan proses.
Di antara kriteria yang boleh
digunakan sebagai kayu pengukur kedinamikan sesebuah halaqah / usrah adalah :
a.
Suasana yang inovatif
Ia merangkumi sistem
belajar, metod penyampaian, alat/media belajar, tempat pertemuan, pembahasan
material, agenda cara dan lain-lain.
b.
Komen-komen ‘kerinduan’
Munculnya
komen-komen ‘kerinduan’ samada implisit atau eksplisit seperti pertanyaan
bila lagi akan bertemu atau mengapa halaqah/usrah tidak dilakukan lebih kerap
lagi atau juga perasaan telah tertinggal apabila tidak dapat mengikuti
halaqah/usrah.
c.
Ingin berlama-lama
Walaupun pertemuan
hanya terbatas selama 2 jam misalnya tapi peserta tidak begitu kaku dengan
pembatasan waktu bahkan mereka ingin berlama-lama bercakap dan membahas
berbagai program dan persoalan dakwah yang ada.
d.
Kehadiran yang rutin
Tidak ada peserta
yang ‘hobinya’
datang lambat atau sering tidak hadir. Mereka hanya tidak hadir atau terlambat
semata-mata kerana ada halangan syari’e bukan alasan yang dibuat-buat agar
kelihatan logik dan syari’e.
Manakala produktiviti pula berlaku
pada tingkatan tujuan iaitu sejauh mana tujuan yang telah dirancangkan mampu tercapai.
Semakin banyak tujuan yang kita
dapatkan maka semakin produktiflah kita. Sebaliknya, semakin sedikit atau tidak
terealisasinya tujuan yang diharapkan, maka semakin tidak produktiflah kita.
Produktif bermaksud halaqah atau usrah
bukan sekadar “dinikmati” dan dirindukan setiap minggu, tetapi juga mampu
mencapai tiga tujuan utamanya iaitu :
1.
Membentuk muwashofat
peserta.
2.
Mencetak peserta
menjadi murabbi.
3.
Mengembangkan
potensi secara maksimum.
C. MENCETAK MUWAJJIH
Oleh kerana tidak semua mad’u dan para
pensimpati tertarik secara langsung dengan halaqah, maka majlis ta’lim adalah
wasilah dakwah yang cukup berkesan.
Minat terhadap pembelajaran ilmu semakin
meningkat seiring denagn bertambahnya jumlah para pensimpati dan meluasnya
medan dakwah.
Namun, penyediaan muwajih untuk
mengisi majlis ta’lim masih sangat terbatas sehingga agenda tarbiyah untuk
mencetak muwajjih menjadi sangat penting.
Struktur dan halaqah perlu membuat
sistem yang berkesan untuk merealisasikan agenda ini.
D. MENCETAK MURABBI / NAQIB
Sebagaimana halaqah atau usrah
merupakan wasilah paling berkesan dalam proses pembentukan, penyediaan murabbi
atau naqib juga menjadi sangat penting.
Selain menyelenggarakan daurah atau
program lain untuk menyediakan murabbi, satu saranan yang baik adalah
memastikan wujudnya murabbi yang berijazah untuk memacu aktivis dakwah menjadi murabbi yang handal.
E. MENGUKUHKAN FIKRAH DAKWAH
E. MENGUKUHKAN FIKRAH DAKWAH
Usaha ini amat penting terutama
pada era keterbukaan di mana tentangannya semakin berbagai ragam dan pergerakan
politik terus berkembang.
Agar kemurniaan fikrah aktivis
dakwah tidak tercemar, salah satu cara yang boleh dilakukan pada tingkatan
individu aktivis dakwah adalah dengan mengkaji kembali buku-buku pemikir dakwah
generasi awal.
KEDUA : AGENDA KHIDMAT MASYARAKAT
KEDUA : AGENDA KHIDMAT MASYARAKAT
Berkhidmat kepada masyarakat
bukanlah strategi dakwah, tetapi ia adalah sebahagian dari amal sekaligus
tujuan dakwah. Maka kemenangan dakwah juga mesti diikuti dengan peningkatan perkhidmatan
untuk masyarakat.
Ada lapan perkara yang perlu dilakukan dalam agenda khidmat masyarakat terutama ketika dakwah ingin menuai kemenangan :
Ada lapan perkara yang perlu dilakukan dalam agenda khidmat masyarakat terutama ketika dakwah ingin menuai kemenangan :
1.
Meningkatkan kefahaman
politik.
2.
Meningkatkan citra
Islam yang damai.
3.
Membenteras rasuah.
4.
Menegakkan ketinggian hukum
dan disiplin.
5.
Mengutamakan pendidikan.
6.
Membangun ekonomi Islam
dan meningkatkan kesejahteraan.
7.
Mewarnai media massa.
8.
Menjalin silaturahim
dengan kelompok lain.
KETIGA : AGENDA PENGURUSAN
ORGANISASI
Ini juga merupakan agenda penting
agar organisasi semakin kukuh sehingga kerja-kerja dakwah lebih mudah dan perkhidmatan
kepada masyarakat akan berjalan secara optimum.
Agar organisasi dakwah semakin kuat, ada tujuh langkah utama yang perlu dilaksanakan :
Agar organisasi dakwah semakin kuat, ada tujuh langkah utama yang perlu dilaksanakan :
1.
Meningkatkan kemampuan pengurusan.
2.
Meningkatkan ciri-ciri kepimpinan.
3.
Memberi fungsi kepada
anggota berasaskan potensi.
4.
Menyeimbangkan piramid
dakwah.
5.
Mengukuhkan wilayah
dakwah.
6.
Memperkasakan wanita.
7.
Mengukuhkan keluarga.
Sebenarnya, organisasi Islam hendaklah mempergunakan
seluruh keupayaan anggotanya dan kepakaran mereka dan mengikat mereka dengan
berbagai ikatan dan ikatan ini memberi khidmat kepada kerja Islam di dalam
bentuk yang khusus; antaranya mengikat seseorang aktivis dakwah itu dengan
ikatan dakwah Islamiyah dan gerakerjanya.
Aktivis dakwah tersebut hendaklah bekerja dengan
teratur di kawasannya, di pejabatnya malah di setiap tempat kerana seseorang
aktivis dakwah itu masanya adalah untuk berdakwah.
Dakwah bukan lagi merupakan satu kegiatan di luar
kehidupan kita, malah oleh kerana hidup kita ini seluruhnya milik Allah, maka
kita berkewajiban berkorban untuk dakwah ini.
Akhirnya sebagai seorang aktivis dakwah yang
benar-benar ikhlas dan berazam hendak menyebarkan risalah Islam, maka wajarlah
kita sentiasa mengingati bahwa medan amal kita bukanlah kegiatan memenuhi masa
lapang yang boleh dibuat secara sambil lewa dan membiarkan diri dan amal kita
dipengaruhi oleh suasana persekitaran yang sentiasa berubah.
Sebaliknya, seorang aktivis dakwah perlu menginsafi
bahwa mereka sedang membawa satu amanah yang amat besar lagi berharga iaitu
satu tugas paling mulia yang kerananya Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul diutuskan.
Hanya dengan bekalan dan panduan-panduan dari Allah,
para pendukung risalah ini dapat bergerak dengan benar dan menerima limpahan
rahmat dariNya.
Dengan menyedari dan menuntut bekalan ini, para
pendakwah akan sentiasa kembali kepada Tuhannya dalam segala perkara dan
harapan mereka akan sentiasa hidup kerana panggilan dan bimbingan dari Allah
swt itu adalah panggilan yang menghidupkan.
Ya Allah, jadikanlah kami pejuang-pejuang agamaMu
yang akan membawa risalah Islam ini ke segenap ceruk rantau dan ke dinding
setiap hati manusia sehingga cahaya dari seruan ini akan menyinarkan
relung-relung hati mereka dan menghidupkan hati-hati yang telah mati serta
meneguhkannya dengan wahyu yang datang dariMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS