Dalam kita melaksanakan tugas
dakwah dalam kehidupan ini, kita akan dapati bahwa manusia boleh
diklasifikasikan ke dalam tiga kategori, iaitu :
PERTAMA : MANUSIA YANG BERAKHLAK DENGAN AKHLAK ISLAMIYAH

Ia adalah orang yang rajin
beribadah dan rajin ke masjid. Orang yang seperti ini mesti diutamakan kerana
mereka lebih dekat dengan dakwah kita sehingga tidak memerlukan tenaga yang
banyak dan untuk mengajak mereka pun tidak banyak kesukaran, insyaAllah.
KEDUA : MANUSIA YANG BERAKHLAK DENGAN AKHLAK ASASI
Ia adalah orang yang tidak taat dalam beragama, tetapi tidak mahu secara terang-terangan dalam berbuat maksiat kerana ia masih menghormati harga dirinya. Orang-orang semacam ini menempati urutan kedua.
KETIGA : MANUSIA YANG BERAKHLAK DENGAN AKHLAK JAHILIYAH
Ia adalah orang yang bukan dari golongan pertama atau kedua. Dialah orang yang tidak peduli terhadap orang lain, sedangkan orang lain mencemuhnya kerana perbuatan dan perangainya yang buruk.
Rasulullah saw bersabda :
"Sesungguhnya seburuk-buruk tempat manusia di sisi Allah pada hari kiamat adalah orang yang ditinggalkan (dijauhi) masyarakatnya kerana takut dengan keburukannya. " (HR Bukhari dan Muslim)
Golongan inilah yang disebut dalam sabda Rasulullah saw sebagai: "Seburuk-buruk teman bergaul". (HR Muslim)
Orang-orang yang semacam ini menempati urutan terakhir dalam keutamaan dakwah fardiyah.
Ada seseorang berdiri di bawah pohon mangga yang sedang berbuah lebat. Jika ia ingin memetik, ia terlebih dulu memetik buah yang dapat dijangkau dengan tangannya. Jika sudah habis dan tinggal yang paling atas, maka jika dapat dijangkau, buah itu akan dipetik dan kalau tidak, buah tersebut tidak akan dipetik.
Bukan bererti seorang pendakwah mesti tetap berpegang dan terikat dengan urutan ini kerana kadangkala keadaan boleh mengubah pandangannya dalam perkara ini (dengan izin Allah) seperti yang berlaku pada Umar bin Al Khathab ra, Khalid bin Al Walid ra, Amru bin Al Ash ra dan yang lainnya semasa pengislaman mereka di peringkat awal.
Ada seseorang yang pergi ke pantai untuk memancing ikan dengan membawa peralatan pancing. Menurut pengalamannya, dengan peralatan yang ia bawa itu, kebiasaannya ia hanya akan mendapatkan ikan-ikan yang kecil. Namun pada waktu itu ia terkejut kerana mendapatkan ikan yang besar.
Tatkala seorang pendakwah melihat beberapa pemuda (yang wajah mereka menampilkan ketaatan) maka ia berkeinginan untuk berkenalan dan mengajak mereka ke jalan dakwah.
Yang perlu diperhatikan adalah dalam mendekati mereka, diperlukan langkah yang cermat kerana biasanya pemuda-pemuda ini mempunyai seseorang yang mereka segani dan hormati.
Jika seorang pendakwah dapat mendekati orang tersebut, sangat berkemungkinan besar pemuda-pemuda itu akan mengikuti dakwah kita.
Namun jika pendekatan ini tidak berhasil, sebagai pendakwah, ia tidak boleh berputus asa. Ia mesti mendekati salah seorang pemuda (di antara pemuda-pemuda tadi) yang kefahamannya terhadap dakwah Islamiyah lebih mantap, bergaul dengannya dengan sabar dan penuh kasih sayang tanpa menyinggung permasalahan yang boleh menyebabkan hubungan itu terganggu.
Jika pemuda itu mahu menerima seruan kita, ini akan sangat membantu usaha kita untuk mengajak teman-temannya yang lain.
Pendekatan itu mesti dilakukan dengan lemah lembut. Kita mesti menyedari bahawa kita tidak diwajibkan untuk memastikan mereka semua menerima seruan kita, namun jika mereka semua menerima seruan kita, itu adalah rahmat dari Allah. Hanya Dialah yang berhak memberikan hidayah.
Allah swt berfirman :
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberikan petunjuk kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allahlah yang memberi hidayah kepada yang dikehendakiNya dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." (QS Al-Qashash : 56)
Ayat ini menjelaskan bahawa walaupun kita memberikan segenap hati kita untuk mengajak objek dakwah kita, tetapi hanya Allahlah yang berhak membolak-balikkan hati orang tersebut.
Seorang pembuat roti Nan berdiri di depan tempat pembakar roti, sambil memasukkan potongan-potongan roti ke dalamnya. Setelah menunggu beberapa ketika, ia mengeluarkan roti yang sudah masak dan membolak-balikkan yang belum masak.
Setiap kali ada roti Nan yang sudah masak, ia akan mengeluarkannya. Boleh dipastikan bahawa ada beberapa potongan roti yang jatuh ke dalam api dan terbakar.
Inilah keadaan pendakwah, tatkala berdakwah dalam masyarakat; ia memberi sekaligus menerima (give and take). Suatu ketika ia mendekatkan diri dan pada ketika yang lain ia menjauhkan diri.
Ia akan memberi kepada setiap orang sebagaimana seorang doktor yang memberikan ubat dengan berlaku sabar. Setelah selang beberapa waktu, di antara mereka sudah :
1. Ada yang disinari oleh cahaya iman (inilah roti yang telah masak)
2. Ada yang menyambut seruan tersebut kerana perasaan takut.
3. Ada yang menyambut seruan tersebut kerana malu.
4. Ada yang bersikap sambil lewa.
5. Ada pula yang menjauhkan diri.
6. Ada yang menunjukkan sikap tidak baik terhadap pendakwah.
Untuk menghadapi mereka itu, kita tidak boleh berputus asa, tetapi mesti terus berusaha sehingga yang ditunggu-tunggu dapat dipetik, disertai doa agar Allah membukakan hati mereka.
Adapun pendakwah yang menghabiskan waktunya hanya untuk seorang dengan harapan agar orang tersebut mahu menerima seruannya adalah tidak benar. Orang tersebut akan merasa bahawa dirinya diajak dengan cara yang sangat berlebihan sehingga ia akan berprasangka buruk dan boleh jadi ia akan lari dari seruan itu, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Allah swt.
Kaedah yang mesti kita perhatikan adalah :
"Ambillah yang mudah dan tinggalkan yang sukar, jika ada yang mudah".
MENGHAFAL NAMA
Menghafal nama adalah perkara yang penting kerana dari sinilah berlakunya interaksi dan lahir sifat saling percaya mempercayai sesama individu.
a. Ia merupakan langkah awal dan benang pertama yang mengikat antara hati individu.
b. Ia adalah benang yang mengikat bola-bola kecil yang berserakan.
Setiap orang tentu akan merasa senang jika dipanggil dengan namanya, apalagi dengan nama yang paling ia sukai.
Menghafal nama mempunyai peranan yang amat penting. Berikut adalah paparan beberapa cara yang digunakan bagi membantu mengukuhkan usaha ini.
1. Hendaklah kita tanamkan rasa ingin dan suka menghafal nama orang lain.
2. Ketika sedang berkenalan, hendaklah kita bersiap sedia untuk menghafal namanya (secara lengkap atau sebahagian sahaja) lalu mengingat-ingatkannya dan memakainya pada ketika itu juga tatkala bercakap-cakap.
3. Nama biasanya terdiri dari tiga bahagian :
a. Namanya sendiri.
b. Nama ibubapanya.
c. Nama keluarganya.
Nama yang paling disukai oleh pemiliknya adalah namanya sendiri atau "kuniah-nya" (sebutan nama yang dikaitkan dengan anak laki-laki tertua, seperti Abu Khalid, Ummu Khalid, dan sebagainya).
Jika kita tambahkan pada nama itu nama keluarganya, itu akan lebih baik. Biasanya nama keluarga yang satu dengan yang lain tidak sama jadi sangat mudah untuk dihafal, seperti At-Tamimi, As Sagof dan lain-lain.
4. Ketika berkenalan dengan nama yang baru, kita mesti mengingati orang-orang yang mempunyai nama yang sama (yang telah kita kenal sebelumnya) agar mudah untuk menghafal.
5. Pada waktu berkenalan, kita mesti memerhatikan wajah dan keadaannya; adakah ia :
a. Berjanggut.
b. Bermisai.
c. Bertahi lalat.
d. Memakai cermin mata.
Selain itu hendaklah juga dipastikan bagaimana :
a. Warna kulitnya.
b. Suaranya.
c. Bentuk tubuh badannya.
d. Pekerjaannya.
e. Perkenalan itu berlangsung.
6. Untuk memantapkan ingatan, kita boleh menulis nama-nama tersebut dan setiap kali bertemu hendaklah kita memanggil mereka dengan nama-nama tersebut. Jika tempat tinggalnya jauh, hendaklah kita mengirim surat, e-mail atau SMS kepadanya kerana ini mempunyai impak yang amat besar dalam mempereratkan hubungan kita dengan mereka. Semua cara-cara perhubungan di atas merupakan wasilah dalam tarbiyah.
7. Ketika bertemu lagi, kita mesti mengingat-ingatkan kembali pertemuan-pertemuan
sebelumnya dan pertemuan yang pertama kali kerana ini dapat membantu kita dalam mengingati namanya dengan cepat.
Berkenalan dengan seseorang merupakan pintu bagi kita untuk berkenalan dengan teman-temannya hingga kita mempunyai data nama yang amat banyak. Kita pun mesti berusaha agar nama-nama itu tetap melekat di kepala kita.
Rasulullah saw bersabda :
"Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu diberikan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya; dan seorang laki-laki yang bersama-sama dengan laki-laki lain dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama ibubapanya." (HR Ad Dailami)
DAKWAH FARDIYAH
Setelah Abu Talib meninggal dunia, penderitaan Rasulullah saw semakin berat sehingga beliau pergi ke Thaif untuk mencari perlindungan dari Bani Tsaqif dengan harapan agar mereka mahu menerima ajaran Islam.
Ketika sampai di Thaif, beliau menjumpai tokoh-tokoh dari Bani Tsaqif, yang mereka itu tiga bersaudara :
a. Kinanah (Abdu Jaffi) bin Amr bin Umair.
b. Mas'ud (Abdu Kulal) bin Amr bin Umair.
c. Hubaib bin Amr bin Umair.
Beliau mengajak mereka untuk mengikuti ajaran Islam dan menjelaskan maksud kedatangannya. Namun, mereka tidak mahu menerima kedatangan beliau, bahkan memanggil kaumnya dan menyuruh mereka agar mengusir dan mengolok-olokkan Rasulullah saw.
Akhirnya Rasulullah saw berlindung di kebun milik Utbah bin Rabi'ah dan Syaibah bin Rabi'ah, yang waktu itu keduanya berada di kebun tersebut dan mengetahui apa yang sedang dialami oleh Rasulullah saw.
Rasulullah saw duduk di bawah pohon kurma. Sementara itu hati kedua pemilik kebun itu tergerak untuk menolong lalu menyuruh pembantunya yang biasa dipanggil Adas.
"Ambillah setangkai anggur dan letakkan di suatu bekas, lalu berikan kepada orang itu."
Adas pun melaksanakan perintah tersebut dan datang ke hadapan Rasulullah saw seraya berkata, "Silakan makan."
Rasulullah saw menerima anggur tersebut lalu memegangnya dan selepas itu membaca "Bismillahir Rahmanir Rahim" dan memakannya.
Mendengar bacaan itu, Adas terperanjat dan memandang kepada Rasulullah saw dengan hairan.
"Demi Allah, ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini."
Rasulullah SAW berkata, "Wahai Adas, kamu berasal dari mana dan apa agamamu?"
Adas menjawab, "Saya beragama Nasrani, saya dari negeri Ninawa."
Rasulullah bertanya, "Apakah dari negerinya Yunus bin Matta, hamba Allah yang soleh itu?"
Adas berkata, "Apa yang kamu ketahui tentang Yunus bin Matta?"
Rasulullah saw menjawab, "Dia adalah nabi dan saya juga seorang nabi."
Mendengar jawaban itu, Adas terus memeluk Nabi, mencium kepala, kedua tangan, dan kedua kaki beliau.
Kedua pemilik kebun itu melihat kejadian tersebut, lalu seorang di antara mereka berkata kepada yang seorang yang lain, "Pembantu kita sudah disihir oleh laki-laki itu."
Tatkala Adas datang menghadap, keduanya berkata, "Celakalah kamu wahai Adas, apa yang menyebabkan kamu mencium kepala, kedua tangan, dan kedua kaki orang itu?"
Adas berkata, "Tuanku, tidak ada yang lebih baik dari ini. Dia telah memberitahu kepadaku perkara yang hanya diketahui oleh seorang nabi."
Mereka berkata, "Celakalah kamu wahai Adas, jangan sampai perbicaraannya menjadikan kamu berpaling dari agamamu, kerana agamamu lebih baik daripada agamanya."
Sekarang mari kita petik pelajaran yang ada di dalam kisah di atas. Mari kita lihat bagaimana cara Rasulullah saw memikat hati Adas, lalu membimbingnya perlahan-lahan, hingga mahu mengikrarkan keislamannya.
Tatkala Adas datang kepada Rasulullah saw dengan setangkai anggur lalu berkata, "Makanlah,"
LANGKAH PERTAMA yang dimulai oleh Rasulullah saw :
Baginda mengambil anggur itu dan membaca "Bismillahir Rahmanir Rahim", lalu me-makannya. Seandainya Rasulullah saw tidak mengucapkan "Bismillahir Rahmanir Rahim", tentu Adas tidak akan bertanya apa pun.
Di sinilah kita lihat betapa pentingnya menonjolkan karakteristik Islam dengan melaksanakan sunnah Rasulullah saw yang juga merupakan proklamasi aqidah Islamiah di negara-negara bukan Islam kerana dengan begitu kaum muslimin dapat mengenali antara satu sama lain.
LANGKAH KEDUA adalah tatkala Adas memandang baginda dan berkata, "Ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini."
Rasulullah lalu berkata, "Wahai Adas kamu berasal dari negeri mana dan apa agamamu?"
Rasulullah memanggilnya dengan menyebut nama Adas. Panggilan dengan menyebut nama secara langsung itu mempunyai erti yang amat besar untuk mengakrabkan sebuah persahabatan.
Kemudian baginda menanyakan tentang negeri dan agamanya. Ini merupakan sebuah rangkaian pembicaraan yang berurutan secara rapi.
Adas menjawab, "Saya beragama Nasrani, dari negeri Ninawa." Lalu Rasulullah saw bertanya, "Apakah kamu dari negerinya Yunus bin Matta, hamba Allah yang soleh itu?"
Kita melihat bahawa Rasulullah memberikan gelaran kepada Nabi Yunus as dengan menyebut "hamba yang soleh". Inilah yang menjadikan hati Adas semakin tersentuh dan tertarik.
la juga mengetahui bahawa Rasulullah saw memang mengenali di mana letaknya negeri Ninawa, sebuah negeri yang terletak di sebelah sungai Furat, Iraq. Ini semua menjadikan Adas semakin tertarik.
Adas bertanya, "Apa yang kamu ketahui tentang Yunus bin Matta?" Rasulullah menjawab, "Dia adalah saudaraku. Dia seorang nabi dan aku juga seorang nabi."
Di sini terdapat sentuhan yang amat lembut. Ungkapan Rasulullah saw menggunakan perkataan "saudaraku" semakin membuatkan Adas tertarik dan percaya.
Ramai kita jumpai orang yang bertanya tentang seseorang kemudian ia jawab, "la adalah saudaraku."
Jawaban itu akan menambah keakraban dan rasa percaya. Dari nada bicara Rasulullah saw itu terzahir sifat tawadhu' beliau, iaitu beliau menyebut nama Yunus as terlebih dahulu sebelum menyebut nama baginda sendiri. Di sini terdapat pelajaran yang amat penting dan berharga bagi seorang pendakwah.
Ramai di antara kita yang tatkala membicarakan seseorang yang mempunyai "kelebihan" mengatakan, "Saya bersekolah sama dengan Dia," atau "Saya dulu satu fakulti dengan Dia."
Padahal yang lebih baik adalah, "Dia dulu bersama Saya sewaktu di sekolah menengah," atau "Dia dulu satu fakulti dengan Saya."
Inilah komunikasi yang berlaku antara Rasulullah saw dengan Adas. Sebuah kisah yang sederhana dan mudah dicerna.
Maka bagi pendakwah yang ingin memetik pelajaran dari kisah ini tidak akan merasa kesukaran dalam menghadapi berbagai ragam manusia namun yang penting ialah bagaimana tujuan dan matlamat dakwah itu perlu disasarkan sehingga ianya tercapai.
Ya Allah, berikanlah kami kefahaman terhadap sikap dan pemikiran manusia supaya kami dapat melaksanakan tugas dakwah dengan lebih baik dan berkesan. Kurniakanlah kepada kami kekuatan supaya kami dapat menghadapi manusia yang berbagai ragam dengan hikmah yang berbagai pula sehingga hati mereka semua akan terketuk dan tersentuh serta tunduk untuk menerima kebenaran dariMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

sy ada baca kaedah ini dari buku, 'bagaimana menyentuh hati'
jazakallahukhair atas perkongsian :)