skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Tuesday, 3 April 2012

Pengaruh Kata-Kata Dan Tulisan

Ditulis Oleh WAS Pada 21:32 – 1 Komen Anda
 
Kefasihan kata-kata dan kelancaran tulisan merupakan dua kurniaan Allah yang khusus kepada insan-insan yang tertentu sahaja.
Bukan semua manusia memiliki :
  1. Kepetahan dan kefasihan kata-kata.
  2. Ketajaman dan ketangkasan tulisan.
Bahkan ramai yang fasih kata-katanya, tidak lancar pula tulisannya. Demikian juga, ramai yang lancar tulisannya namun tidak fasih pula kata-katanya.
Walaubagaimanapun, samada kata-kata yang fasih atau tulisan yang lancar, kesemuanya adalah anugerah Allah swt yang akan dipersoalkan pada hari akhirat kelak.
Firman Allah swt :
“Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).” (QS At Takaathur : 8)
KATA-KATA DAN TULISAN UMPAMA PENDAKWAH
Sesuatu yang perlu kita sedari bahwa apa-apa yang keluar berupa kata-kata atau tulisan merupakan sebuah anugerah Allah swt dan walaupun kedua-duanya keluar dalam bentuk yang berbeza, namun kedua-duanya mampu melakukan fungsi yang sama umpama seorang pendakwah.

PERTAMA :

Kata-kata dan tulisan boleh melakukan apa-apa tugas sekalipun dengan syarat orang yang memiliki dan memegangnya mestilah orang yang sepatutnya. Kebolehan yang dimiliki oleh kedua-duanya wajar kita gunakan pada tempat yang sepatutnya.

Selagi kita yakin bahwa kita berada di dalam genggaman Allah, kita mampu melakukan segala sesuatu termasuk mengubah dunia dan oleh yang demikian, jangan kita takut pada musuh kita untuk membawa dan menyampaikan dakwah ini ke segenap relung hati manusia.

KEDUA :

Kata-kata dan tulisan akan tumpul jika lama tidak digunakan, maka ianya perlu diasah dengan pengasah yang tajam untuk menjadikannya tajam semula.

Untuk menjadikannya lebih tajam, kita perlu melalui berbagai siri ujian agar iman dan taqwa kita terus meningkat.

Memang sunnah ujian itu adalah pedih dan perit, bukannya manis. Logik akalnya mengatakan bahwa kita memang patut diuji. Jika kita tidak berkehendakkan untuk diuji, maka jangan sekali-kali kita pernah berharap untuk mendapat syurga Allah swt.

“Proses pengasahan memang menyakitkan tetapi kita perlu melaluinya”

KETIGA :

Kata-kata dan tulisan mesti mampu untuk membetulkan kesilapan sendiri.

Memang sunnatullah, manusia ini akan sentiasa berbuat silap namun kita mesti menjadi manusia yang mampu untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan.

Bukankah kita mempunyai akal?

Justeru kita mesti mampu untuk membezakan perkara yang baik dan buruk. Jika kita diberi pilihan, maka pilihlah dengan berhikmah dan bijaksana.

Apakah tindakan kita setelah sedar dari membuat kesilapan?

Bertaubat dan mohon maaf ! Tiada jalan lain lagi.

KEEMPAT :

Apa yang memberi kualiti kepada sebuah kata-kata dan secoret tulisan adalah kefasihan ungkapan dan ketajaman mata penanya. Tidak mudah kelu atau patah apabila diasak bahkan ia menjadi terang dan jelas.
Sangat jelas bahwa kefasihan dan ketajaman itu bergantung kepada apa yang keluar dari hati dan dalaman kita.

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menilai mengikut rupa paras zahir kita. Oleh itu, jangan sekali-kali tewas kepada kecantikan luaran kerana ia sering mengkhianati kita tetapi pandanglah ke kedalaman lubuk jiwa kita kerana inilah yang akan diperhatikan oleh Allah dan merupakan jalan yang paling selamat untuk kita bergayut.

“Yang paling penting adalah apa yang ada di dalam lubuk hati”

KELIMA :

Apa jua keadaan yang menimpa kata-kata dan tulisan, ia mesti terus gagah melakarkan kata-kata dan mencoretkan idea sehingga ia mampu meninggalkan jejak-jejak yang bermakna.

Begitu juga apa yang melanda kita dalam tarbiyah ini, kita mesti terus ‘tsabat’, kuat dan tabah.

Jangan sesekali kita tinggalkan tarbiyah yang sudah kita susuri ini.

Justeru, sebagai pendakwah kita hendaklah meninggalkan :

1.      Jejak-jejak yang bermakna.
2.      Jejak-jejak kebenaran yang hakiki.
3.      Jejak-jejak iman untuk diikuti.

Jika jejaknya kabur, manusia akan semakin kabur lalu akan tersesat sendirian.

Jika jejaknya terang, barulah senang untuk kita dicontohi dan barulah Islam itu terbukti dan tidak lagi tersembunyi.

PERANAN KATA-KATA DAN TULISAN
Peranan kata-kata dan tulisan adalah sama iaitu :
“Menyampaikan mesej kepada sasaran yang ditujukan.”
Mesej yang disampaikan itu seharusnya menggambarkan apa yang tersimpan dalam perasaan atau benak pemikiran seseorang penyampai.
Jika dia menyampaikan sesuatu yang bercanggah dengan apa yang dipercayainya, maka dia seorang pengkhianat.
Kemampuan menyampaikan sesuatu mesej kepada sasaran sehingga kadar ilmu atau perasaan yang tersimpan dalam jiwa atau pemikiran seseorang penyampai itu difahami atau dirasai oleh sasarannya adalah pengukur kepada tahap keupayaan seseorang pembicara atau penulis.
Pembicara atau penulis yang baik menjadikan sasarannya dapat :
a.         Menghayati perasaannya.
b.         Menikmati ilmunya.
Ini bukanlah sesuatu yang mudah dan mampu dilakukan oleh semua orang.
KATA-KATA DAN TULISAN WAJIB MENGIKUT PERATURAN
Sepertimana kata-kata itu ada peraturan dan amanah yang Allah bebankan ke atas insan yang mampu menyampaikan mesej, maka begitu juga para penulis.
Firman Allah swt :
“Tiada sebarang perkataan yang dilafazkannya melainkan ada di sisiNya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (QS Qaaf : 18)
Bahkan kadangkala, bebanan tanggungjawab penulis jauh lebih besar.
Sesuatu perkataan buruk yang dilafazkan mungkin hanya berakhir dalam satu majlis atau tersebar dalam masyarakat dalam tempoh tertentu.
Tetapi, sesebuah buku atau penulisan yang buruk mungkin diwarisi dari generasi ke generasi.
Justeru, kadar dosa yang ditanggung oleh seseorang itu berdasarkan kadar keluasan daerah keburukan yang disebarkan.
Adalah tidak mustahil kadangkala hanya dengan satu perkataan yang ditulis menyebabkan kerosakan yang bukan sedikit kesannya.
Demikian juga, tidak mustahil dengan hanya satu perkataan dapat menyelamatkan kezaliman dari tercetus.
Sabda Rasulullah saw :
“Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (HR Malik dan Tirmizi)
Sepatah ucapan atau tulisan mampu menghalang kezaliman atau menyelamatkan individu, masyarakat dan negara.
Begitu juga sebaliknya, sepatah ucapan atau tulisan boleh menyebabkan ada pihak yang dizalimi atau kerosakan individu, masyarakat dan negara.
Ini merangkumi :
1.         Ucapan dalam pidato.
2.         Sembang-sembang.
3.         Bisik-bisikan.
4.         Tulisan.
5.         Surat menyurat.
6.         SMS.
7.         E-Mail.
8.         Iklan.
9.         Rencana.
10.       Buku.
Betapa banyak tulisan yang telah menggerakkan perkara-perkara besar yang memberi manfaat kepada masyarakat. Begitu juga, betapa banyak pula tulisan yang mampu menghalang kezaliman pihak tertentu.
Demikian juga betapa banyak tulisan yang :
a.         Membawa keburukan.
b.         Menyebabkan kezaliman.
c.         Mengubah hakikat dan fakta sebenar.
yang berlegar dalam kehidupan masyarakat.
PERKATAAN JUJUR BUKAN PEDANG SI ZALIM
Kata-kata yang amanah bukan seperti pedang si zalim yang mencederakan sesiapa sahaja yang dibencinya.
Kata-kata yang amanah bagaikan pedang keadilan yang hanya menghukum yang zalim dan mempertahankan yang benar.
Pedang si zalim amat berbeza dengan pedang perwira yang soleh.
Pedang si zalim tidak perlu bertanya tentang salah dan bukti untuk ia menebas mangsa seterusnya. Dia hanya perlu tahu siapa yang ada di hadapannya samada orang yang dia suka atau yang dia benci.
Sesiapa yang dibenci, maka dia dihukum walaupun dosanya tidak terbukti atau kadar dosa itu belum cukup untuk dia dihukum sedemikian rupa.
Ini bercanggah dengan arahan Allah berikut :
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (QS Al Maaidah : 8)
TULISAN BUKAN PERAKAM TANPA AKAL
Penulis bukan pelapor setiap yang diterimanya tanpa memikirkan kebenaran dan kesan terhadap laporan tersebut.
Penulis bukan seperti alat perakam yang hanya merakam apa sahaja tanpa menilai samada benar atau salah.
Penulis yang amanah, meskipun dia melaporkan sesuatu maklumat yang meragukan, hendaklah dia memberikan komentarnya yang amanah lagi adil mengenainya agar pembaca yang tidak memiliki kemampuan menilai sendiri tergerak untuk berfikir atau merenung sesuatu maklumat itu agar tidak ditelan mentah-mentah.
Justeru itu Nabi saw bersabda :
“Cukuplah untuk seseorang itu dianggap berdusta dengan dia menceritakan setiap yang dia dengar.” (HR Muslim).
TAQWA MEMANDU TULISAN
Apabila ilham datang dan semangat pun mengundang, maka coretan penulis pun berlari pantas sehingga jika tidak berhati-hati, dek kerana derasnya arus idea yang mengalir, dia mungkin terlupa berpaut pada dahan tanggungjawabnya sebagai seorang yang akan dipersoalkan oleh Allah pada Hari Akhirat kelak.
Dia mungkin terlupa akan tujuan dan juga kesannya.
Dia mungkin menganggap tulisannya hanya coretan pena atau taipan di alam maya  lalu dia lupa ada pihak yang mungkin :
1.         Tercedera tanpa dosa.
2.         Tertekan tanpa kesalahan.
sepertimana yang disebut di dalam firman Allah swt :
“Ketika kamu menerima berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ianya perkara kecil, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya”. (QS An Nur : 15)
Sabda Rasulullah saw ketika haji terakhir baginda :  
“Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Makkah).” (HR Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, setiap penegak kebenaran mestilah membuat timbang-tara terlebih dahulu akan sesuatu perkara yang kita dengar.
Jauhilah diri kita dari persangkaan kerana kita khuatir jika tulisan mahupun perbicaraan kita boleh menimbulkan fitnah yang tiada asasnya itu kian menyebar luas serta menempati di dalam hati sanubari masyarakat dan akhirnya kian membarah dengan perselisihan dan pertikaian dan lebih mendukacitakan apabila kekusutan itu berlaku di antara saudara sesama muslim, Wal’iyazubillah.
Marilah kita insafi bahwa :
“Apa yang kita tulis di atas lembaran kita, ia juga ditulis di sisi Tuhan!”
Maka ketika :
“Tangan kita mencatat di bumi, jiwa kita hendaklah mendongak ke langit tinggi!”
Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang amanah dalam pembicaraan dan penulisan kami sehingga tiada yang terkeluar dari mulut kami dan tercatat dalam penulisan kami melainkan semuanya adalah kebenaran. Ya Allah, jadikanlah kebenaran itu tetap benar sehingga kami mampu mengikutinya dan jadikanlah kebatilan itu tetap batil sehingga kami mampu menghindarinya.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Tausiyah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

One Response so far.

  1. Inspector Saahab says:
    3 April 2012 at 23:19

    peringatan untuk diri ~
    JAZAKALLAH ATAS PERKONGSIAN
    potensi menulis dan berbicara ini hendaklah disalurkan kepada tempat yg sepatutnya.
    semoga Allah merahmati perjuangan kita ini, Inshaallah ::

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Qudwah Di Jalan Dakwah
    Ustaz Mustafa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Sa'din, dari kota Manya Al-Qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam s...
  • Sifat Bolak Balik Hati
    Manusia dari masa ke semasa akan mengalami perubahan dan pergantian. Bermula dari seorang bayi, kemudian berkembang menjadi seorang anak ...
  • Seni Menciptakan Manusia
    Gerakan dakwah adalah diumpamakan seperti para pendaki gunung. Apabila kita sudah sampai pada suatu ketinggian, jika kita melihat ke punc...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ▼  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ▼  April (16)
      • Kehidupan Medan Interaksi
      • Merindui Jalan Dakwah
      • Penuhilah Aqad Kita
      • Ikhlas Kunci Kebahagiaan Hakiki
      • Pelbagaikan Kaedah Dakwah
      • Kembalikan Landasan Kemurnian Dakwah
      • Akhlak Asas Pembangunan Diri
      • Perubahan Melalui Al Qur'an
      • Kejelasan Matlamat Perjuangan
      • Kemampuan Tanpa Batas
      • Menerobos Ke Ufuk Ta'alim
      • Memahami Dakwah Islam Sebenar
      • Cinta Membawa Ke Syurga
      • Pengaruh Kata-Kata Dan Tulisan
      • Memenuhi Seruan Allah Dan Rasul
      • Memahami Sasaran Dakwah
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger