skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Monday, 31 December 2012

Roh Baru Di Jasad Ummah

Ditulis Oleh WAS Pada 09:05 – 0 Komen Anda
 

Aspek tarbiyah di dalam dakwah adalah salah satu keutamaan yang patut diperjuangkan walaupun ia dilakukan dengan :

1.      Mengorbankan kehidupan.
2.      Menghabiskan waktu.
3.      Memanjatkan doa.

Ini adalah kerana di situlah :

a.       Ghairah dakwah akan terus menyala.
b.      Bunganya akan merekah.
c.       Buahnya yang akan terasa enak.

Dengan tarbiyah :

1.      Aqidah menjadi benar.
2.      Konsep-konsep yang benar menjadi lebih mendalam.
3.      Akhlak-akhlak yang mulia tertegak kuat.
4.      Generasi muda akan tumbuh mengikuti jalur yang dilalui oleh generasi tua.

Seorang ulama’ salaf pernah mengatakan :

“Manusia akan tetap baik sepanjang generasi pertama masih ada sehingga generasi yang kemudian dapat belajar”.

Bukankah negara Islam dapat berdiri dan agama Allah swt mampu menjulang tinggi kerana para sahabat yang mulia dididik secara langsung oleh pendidik pertama iaitu Rasulullah saw kerana umat manusia mendapat kehormatan dengan melihat peribadi baginda dan alam raya menjadi terang benderang berkat doa baginda.

Ketika itu, perhatian utama Nabi saw adalah mendidik para sahabat yang mulia di Makkah di rumah Al Arqam bin Abi Al Arqam melalui :

a.       Bangun malam.
b.      Puasa.
c.       Membaca Al Qur’an.

Bukankah aneh dan ajaib apabila solat malam diwajibkan sebelum adanya kewajiban solat lima waktu dan sebelum turunnya ketentuan tentang hudud. Perkara ini berlaku semata-mata untuk mentarbiyah umat ini dan meningkatkan tingkatan keimanannya.

Salah satu ciri khas ayat-ayat Al Qur’an yang turun di Makkah ialah menekankan dan mengulang-ulang urusan akhirat kepada hati dan telinga sehingga seolah-olah setiap muslim melihat akhirat itu secara nyata di depan mata mereka.
Begitu pula dengan banyaknya kisah-kisah yang boleh menghiburkan hati orang-orang mu’min dan menambah keyakinan mereka akan datangnya pertolongan Allah swt. Maka tatkala ketentuan-ketentuan tentang masalah hudud dan hukum, para sahabatpun bergegas melaksanakan perintah-perintah Allah swt.

Jika Imam Bukhari mengatakan bahwa ilmu mesti dimiliki sebelum berbicara dan beramal, maka para sahabat justeru mengatakan sesuatu yang lebih dalam dari itu, iaitu bahwa iman mesti dimiliki sebelum ilmu.

Ibnu Umar ra pernah berkata :

“Sungguh kami benar-benar menjalani sesaat dari waktu kami ketika salah seorang dari kami diberikan iman sebelum Al Qur’an.”

Ali bin Abi Talib ra berkata :

“Aku pernah melihat sahabat-sahabat Rasulullah saw, tetapi kini aku tidak melihat sesuatu yang menyerupai mereka. Dahulu mereka memasuki waktu pagi dengan muka pucat, rambut kusut masai dan kulit berdebu. Mata mereka nampak seperti orang-orang yang sedang berkabung. Mereka menghabiskan malam dengan sujud dan berdiri. Apabila pagi tiba mereka terus bergerak laksana pohon-pohon yang bergoyang-goyang diterpa angin. Mereka beurai air mata. Demi Allah, aku benar-benar merasa berhadapan dengan orang-orang yang lalai sepanjang malam.”

Tidak pelik, Nabi saw benar-benar menumpukan kepada pentarbiyahan para sahabat. Baginda mengisi jiwa mereka dengan Al Qur’an dan mengangkat rohani mereka dengan solat malam dan puasa sehingga menjelma menjadi matahari-matahari yang terang benderang dan rembulan-rembulan yang memberi petunjuk.

Melalui merekalah, Allah swt membuka banyak negeri dan mengetuk banyak hati hingga terbentuklah Daulah Islamiyah di Madinah Al Munawwarah dalam jangka waktu yang tidak lebih dari bebrapa saat dari umur dunia iaitu 13 tahun setelah fasa kenabian yang penuh berkat dimulakan.

Ketika Nabi saw meninggalkan dunia ini, Islam telah menguasai seluruh Jazirah Arab. Setelah itu, sinar Islam menyebar ke Timur dan Barat. Bahkan umat Islam berhasil mengetuk pintu gerbang Vienna di Eropah dan sampai ke perbatasan Cina di Asia. Ini semua berlaku berkat pentarbiyahan Islam yang diberikan oleh Nabi saw kepada para sahabat di samping pengorbanan mereka yang tulus untuk menjunjung tinggi kejayaan Islam.

Apabila generasi salaf yang hidup dalam suasana keimanan di mana mereka berhukum kepada syariat Allah swt dan mendakwahkannya itu begitu peduli terhadap aspek tarbiyah, maka bagaimana pula dengan umat Islam sekarang yang :

1.      Didominasi oleh musuh mereka.
2.      Jauh dari syariat Tuhan mereka.
3.      Negeri mereka ditimpa bencana bertubi-tubi dan dilanda malapetaka.
4.      Mereka ditembak oleh kekuatan-kekuatan jahat dan syirik dengan senjata yang sama.
5.      Mereka dikepung oleh kegelapan yang berlapis-lapis.
6.      Negara mereka bertaburan dengan pola pemikiran sekular.
7.      Lingkungan mereka menjadi sarang penganjur atheisma.

Para pendakwah yang mendakwahkan agama Allah swt tidak berdaya menghadapi gelombang-gelombang yang saling menghentam dan arus-arus yang sangat deras. Mereka tertekan dan terdesak di sebahagian besar tempat yang ada di muka bumi. Mereka menghadapi berbagai tuduhan yang dilemparkan dari kandang penjara. Ruang gerak mereka dipersempit apabila mereka bergerak dengan membawa agama Allah swt.

Dalam realiti kehidupan yang menyakitkan ini umat Islam benar-benar perlu menelusuri jejak langkah Rasulullah saw dalam hal tarbiyah, mengkaji akhlak-akhlak dan kecekapan-kecekapan yang dimiliki oleh generasi pertama yang dididik secara langsung oleh Rasulullah saw dan menyiapkan sebuah kurikulum pendidikan yang berdasarkan ilmu dan kajian yang cernat dan mengikuti petunjuk yang diberikan oleh Al Qur’an dan sunnah Nabi saw dan Sirah Nabawiyyah.

Kemudian kurikulum dan kajian itu diletakkan dalam bidang perlaksanaan. Dengan yang demikian, ia akan keluar dari kertas dan masuk ke dalam hati. Setelah itu ia keluar dari dalam hati ke atas bumi sehingga menjadi sesuatu yang nyata.

Tujuannya ialah mentarbiyah generasi muda dengan pola pendidikan generasi pertama iaitu para sahabat Nabi saw.

Imam Malik rahimahullah berkata :

“Urusan generasi penerus umat ini tidak akan baik kecuali apabila diatur dengan institusi yang digunakan oleh generasi pertamanya.”

MENINGKATKAN KUALITI DIRI

Dalam suatu kesatuan amal jama’ie, ada orang yang mendapatkan nilaian yang tinggi kerana ia betul-betul sesuai dengan tuntutan dan adab amal jama’ie.

Kejujuran, kesuburan, kejernihan dan kehangatan ukhuwahnya betul-betul terasa dan keberadaannya meninggikan semangat dan mententeramkan.

Namun perlu diingat, walaupun telah bekerja dalam jaringan amal jama’ie, pertanggungjawaban amal kita akan dilakukan di hadapan Allah swt secara sendiri-sendiri.

Oleh kerana itu, jangan ada pendakwah yang mengharapkan kumpulan-kumpulan besar tanpa berusaha meningkatkan kualiti dirinya.

Ingatlah satu pesanan Rasulullah saw :

“Siapa yang lembab beramal tidak akan dipercepat oleh nasabnya.”

Makna tarbiah itu sendiri adalah memerlukan seseorang lebih meningkatkan kemampuan dirinya, bukan terus menerus menempel dan bergantung kepada orang lain.

Meskipun kebersamaan itu merupakan sesuatu yang baik tapi ada ketikanya kita tidak dapat bersama, demikian sunnahnya.

Oleh itu kalau kita lihat para sahabat Rasulullah saw, mereka boleh sahaja menetap dan
wafat di Madinah atau terus menerus tinggal dan melazimi diri mereka di Masjidil
Haram yang nilainya seratus ribu atau di Masjid Nabawi yang pahalanya seribu kali.

Tapi mengapa makam para sahabat tidak banyak berada di Baqi’ atau di
Maa’la malah makam mereka banyak bertebaran jauh beribu-ribu batu dari negeri
mereka.

Sesungguhnya mereka mengutamakan usaha memberi makna kepada diri mereka sebagai memenuhi seruan Allah swt dalam firmannya :

“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dikeluarkan untuk manusia.” (QS Ali Imran : 110)

Umat yang terbaik bukan untuk disembunyikan tetapi untuk ditampilkan kepada seluruh umat manusia.

Inilah sesuatu yang sangat perlu kita jaga dan perhatikan. Kita semua beramal tetapi tidak larut dalam kesendirian.

Hendaklah ketika bersendirian, kita sentiasa mendapat cahaya dan menjadi cahaya yang menyinari lingkungan sekitarnya.

Jangan ada pendakwah yang mengatakan, saya jadi begini kerana lingkungan.

Mengapa kita tidak berkata sebaliknya, Oh! oleh kerana lingkungan seperti itulah, saya mesti mempengaruhi lingkungan itu dengan pengaruh yang ada pada diri saya.

Seharusnya di manapun kita berada, kita mesti berusaha untuk membina :

a.     Wilayah-wilayah kebaikan.
b.     Wilayah-wilayah cahaya.
c.     Wilayah-wilayah ilmu.
d.     Wilayah-wilayah akhlak.
e.     Wilayah-wilayah taqwa.
f.      Wilayah-wilayah kebenaran

setelah sebelumnya wilayah-wilayah tersebut menjadi sempit dan gelap oleh wilayah-wilayah jahiliyah, kezaliman, kebodohan dan hawa nafsu.

Demikianlah ciri pendakwah sebenar iaitu walau di manapun dia berada, dia terus menerus memberi makna kepada kehidupan sepertimana sejarah dakwah ini apabila ia tumbuh dari seorang, dua orang kemudian menjadi ramai sehingga beribu-ribu atau malah berjuta-juta orang.

Sangat indah ungkapan Imam Hasan Al Banna :

“Kamu adalah ruh baru, kamu adalah jiwa baru yang mengalir di tubuh ummat yang menghidupkan tubuh yang mati itu dengan Al-Qur’an.”

Seorang pendakwah tidak seharusnya hanya mengharapkan perkumpulan yang besar untuk merasakan kewujudan dirinya tetapi walau di manapun dia berada, ia tetap :

1.     Merasakan diri sebagai hamba Allah swt.
2.     Memiliki kesedaran untuk menjaga dirinya dan taqwanya kepada Allah swt samada dalam keadaan sendirian mahupun dalam keadaan dilihat orang.

Ke manapun ia pergi, ia tidak merasa kesunyian atau keterasingan kerana Allah sentiasa bersamanya bahkan ia dapatkan kebersamaan umat dan alam semesta keseluruhannya.

Kehebatan Namrud tidak ada ertinya bagi Nabi Ibrahim as kerana beliau tidaklah bersendirian, malah Allah swt dan alam semesta sentiasa bersamanya .

Api yang berkobar-kobar yang dinyalakan oleh Namrud untuk membinasakan Nabi Ibrahim as ternyata satu barisan dengannya dalam menunaikan tugas pengabdian kepada Allah swt di mana seharusnya api itu menghanguskannya, namun ia malah bertukar menjadi penyejuk dan penyelamat.

Oleh kerana itu, pendakwah sebenar yakin bahwa Allah swt akan sentiasa membuka jalan bagi pejuang dakwah sesuai dengan janji-Nya,

“Jika kamu menolong Allah, Ia pasti akan menolongmu dan mengukuhkan langkah kamu.”

Semoga para pendakwah sentiasa mendapatkan perlindungan dan bimbingan dari Allah
swt di tengah-tengah derasnya arus dan badai kerosakan umat.

Kita mesti yakin sepenuhnya akan pertolongan Allah swt dan bukan yakin dan percaya pada diri sendiri.

Masukkan diri kita ke dalam benteng-benteng kekuatan usrah atau halaqah tempat tentera dakwah melingkari dalam suatu benteng perlindungan, menghimpun bekalan dan kekuatan untuk terjun ke arena pertarungan di antara yang haq dan bathil yang berat dan menuntut pengorbanan.

Di sanalah kita mentarbiah diri sendiri dan generasi akan datang.

Inilah sebahagian penenang kesedihan umat yang berpanjangan dengan munculnya generasi baru.

Generasi yang bersedia memikul beban dakwah dan menegakkan Islam.

Sesungguhnya, tidak ada alternatif lain selain mengajak mansuia kembali kepada petunjuk dan jalan hidup para Nabi dalam :

a.       Menjadikan umat manusia sebagai hamba Allah swt.
b.      Mengangkat martabat mereka.
c.       Memperbaiki keadaan dan akhlak mereka.

Ianya agar Allah swt melihat mereka layak untuk diberi kekuasaan sehingga mereka menjadi pemimpin bagi dunia dan umat manusia.

Inilah harapan baru bagi masa depan yang lebih gemilang, di bawah naungan Al Qur’an dan cahaya Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam semesta.

Ya Allah, Engkaulah yang memudahkan segala yang sukar, yang menyambung segala yang patah, yang menemani semua yang bersendirian, yang mengamankan segala yang takut, yang menjadi penguat kepada segala yang lemah. Berilah kami kekuatan  untuk kami bawa cahaya petunjuk Al Qur’an dan hidayahMu ke relung-relung hati manusia sehingga ruh mereka kembali segar dan bangun untuk melaksanakan tanggungjawab dakwah buat generasi penerus.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS  


[ Read More ]
Read more...
Sunday, 30 December 2012

Amanat Pertama Syeikh Mohd Badi'e

Ditulis Oleh WAS Pada 07:43 – 1 Komen Anda
 

Inilah risalah pertama yang ingin saya sampaikan kepada kamu, dari kedudukan yang mana kamu telah memberikan amanah kepada saya, yang pada hakikatnya telah  memberikan kepada saya bebanan yang berat ini; sebagaimana yang pernah diucapkan oleh Abu Bakar ra dengan penuh tawadhu’ :

“Aku diberi amanah, padahal aku bukanlah orang yang terbaik dari kamu, taatlah kepadaku selama mana aku penitahkan kamu untuk taat kepada Allah dalam diri kamu” ..

Dan yang kami harapkan pada itu semua adalah doa kamu. Semoga dengan keberkatan-Nya kita boleh menjadi orang yang terbaik sebagaimana yang pernah disebutkan oleh Nabi saw :

“Sebaik-sebaik pemimpin kamu adalah yang kamu doakan kebaikan untuk mereka dan mereka mendoakan kebaikan untuk kamu”.

Bahwasanya :

a.      Syura.

b.      Struktur.

c.      Tsiqah.

merupakan komponen dan wasilah ujian ‘rabbani’ yang paling tepat dalam jiwa para ikhwah dan akhawat di semua tingkatan dan peringkatnya.

Syura bagi kami merupakan :

1.      Salah satu surah dalam Al-Qur’an.

2.      Salah satu kewajiban Islam.

3.      Salah satu akhlak dan perilaku yang memerlukan adanya perlaksanaan dan penerapan di semua tingkatan dan peringkat.

4.      Sebagai mekanisma terbaru yang digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pemilihan dalam mengganti posisi pemimpin dan pemikul tanggungjawab.

Dan kamu telah menyaksikan keteladanan yang telah ditunjukkan oleh Mursyid Am ketujuh; Ustaz Muhammad Mahdi Akif, yang kesemuanya telah tersimpul dalam sikapnya yang mendalam terhadap konsep-konsep dan nilai-nilai, dan membantah segala kebohongan dan fitnah yang diarahkan kepadanya serta ke atas jamaah kita yang penuh berkat ini.

Dan kami tidak membantah kepada mereka yang mengatakan bahwa Ikhwanul Muslimin menuntut adanya demokrasi, sebagaimana kami tidak membantah adanya berbagai pandangan dan kenyataan negatif terhadap kami; kerana kami para aktivis yang sentiasa bekerja, dan jika berada pada satu sikap seperti itu maka nescaya Allah akan melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap.

Sungguh, kita telah melalui masa-masa yang memiliki berbagai kehendak, berbagai peristiwa yang telah berlalu tidak akan menggoncangkan asas jamaah atau merobohkan bangunannya dan mereka membuat tekaan ke atas kami dengan berbagai andaian yang buruk.

Namun Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) dengan adanya :

a.      Rukun ‘tsiqah’ terhadap qiyadah.

b.      Keyakinan terhadap janji Allah.

c.      Perasaan adanya naungan Allah ke atas jamaah ini.

d.      Manhajnya yang bersih.

e.      Tatacara dan peraturannya yang murni.

di mana kesemua perkara-perkara di atas mampu memberikan perlindungan (berkat kurnia Allah) ke atas jamaah ini serta selamat dari unsur-unsur berikut :

1.      Berbagai fitnah.

2.      Meluruskan berbagai kesalahan dan kekeliruan.

3.      Menyempurnakan yang kurang dengan berlandaskan cinta dan kasih kerana Allah.

4.      Tiada pergeseran dan sikap berpuak yang boleh mendorong berlakunya penentangan dan pertikaian yang tercela melalui sikap fanatik atau ingin menang sendiri atau mengikuti hawa nafsu belaka.

Jika ini yang kamu saksikan di peringkat ‘qiyadah’ (pimpinan) dalam sesuatu urusan, maka ianya adalah satu perkara yang sangat bersejarah dan sangat penting yang berlaku dalam tubuh jamaah yang penuh berkat ini dan sekaligus ia adalah merupakan pencapaian yang patut dibanggakan dan oleh kerana itu wajib bagi kita untuk menerapkan unsur ini pada semua tingkatan dan peringkatnya.

Dalam pertemuan yang terbatas antara ikhwah dalam usrah-usrah mereka, ‘syura’ menjadi salah satu rukun dalam membangun keperibadian Islam yang tersendiri dan bebas terutama dalam mengungkapkan pendapat dan idea serta memberikan nasihat dengan harapan untuk mencapai keridhaan Allah swt.

Orang yang tidak memiliki kebebasan dalam menyampaikan pendapat tidak akan mampu membebaskan negeri mereka sendiri; kerana terbebasnya suatu negeri dari berbagai kekuasaan tentera, politik, ekonomi atau ideologi merupakan salah satu misi utama Ikhwan.

Sebuah kemerdekaan tidak akan mampu diraih kecuali dengan mengangkat (pertama sekali) kebebasan jiwa setiap insan dari berbagai belenggu.

Oleh sebab itu, marilah kita mulai dari diri kita masing-masing dan marilah berusaha untuk menerapkan ‘syura’ di semua tingkatan dan peringkatnya; kerana perkara tersebut memerlukan latihan dan kesabaran untuk :

a.      Mendengar pendapat dan saranan orang lain.

b.      Menyemak nasihat yang merupakan inti agama.

Malah ‘syura’ juga merupakan milik para pemimpin sebelum umat Islam secara umum.

Marilah kita wujudkan pembaharuan ini dengan melatih para pemimpin dan meningkatkan keupayaannya bagi meneruskan usaha-usaha kamu yang memiliki cita-cita dan visi, mulakan dengan saf pertama, kemudian saf kedua, kemudian saf ketiga dan seterusnya sehingga tiga saf tadi bersedia untuk menjadi ‘qiyadah’.

Ini adalah kerana mempersiapkan pelopor yang berkelayakan secara syar’ie dan khusus sangat digalakkan dalam ibadah solat, sekalipun belum diberikan ‘taklif’ (bebanan) namun mempersiapkan pemimpin dalam ibadah merupakan misi yang mesti dilalui dengan berbagai proses.

Ini sebagaimana yang pernah disampaikan oleh Imam Hasan Al-Banna :

“Jadilah kamu hamba Allah (ahli ibadah) sebelum kamu menjadi qiyadah (pemimpin), sehingga dengan ibadah akan menyampaikan kamu pada qiyadah yang lebih baik”

Ada sesetengah kalangan yang beranggapan bahwa kestabilan tidak akan mampu diwujudkan kecuali berpada dengan sifat jumud dan tidak adanya perubahan.

Tapi seharusnya kita sedar bahwa tubuh yang sihat dan kuat adalah tubuh yang darahnya sentiasa mengalir dan terus memperbaharui sel-sel yang ada di dalamnya.

Namun, ketika aliran darah terhenti dan sel-selnya kosong dari melakukan aktiviti; maka yang demikian itu bukan dianggap sebagai kestabilan bahkan ianya adalah sebagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian, Naudzubillahi min zaalik.

Inilah jamaah kamu yang berkat kurniaan Allah swt yang mampu tampil dengan penuh :

1.      Bertenaga.

2.      Kekuatan.

3.      Azam tinggi.

untuk bergerak pada :

a.      Jalan yang lurus.

b.     ‘Tsawabit’ (unsur-unsur tetap) yang sama.

c.      Nilai-nilai yang sama.

yang telah dirintis oleh pengasasnya Imam Syahid Hasan Al-Banna (semoga Allah merahmatinya) dengan bersandarkan pada Al-Qur’an dan As-Sunnah, dan begitu pula yang telah dijalani oleh para mursyid am (pemimpin) terdahulu, serta pengorbanan orang-orang yang sabar samada laki-laki mahupun wanita dari anggota jamaah ini dengan apa yang mereka miliki; untuk dapat mempertahankan dakwah Allah supaya tetap tinggi panji-panjinya, memiliki kewibawaan dan kekuatan sehingga kebaikan mampu tersebar  di berbagai pelosok negeri.

“Dan hanya milik Allah kekuatan dan kemuliaan dan juga milik Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman”. (QS Al-Munafiqun : 8)

Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik-Nya.

Ya Allah, satukanlah hati kami sehingga kami dapat berdiri kukuh di atas jalanMu yang lurus ini. Jauhkanlah hati kami dari dirasuki oleh sifat dengki dan keinginan untuk mendapatkan amanah kepemimpinan kerana sesungguhnya amanah kepemimpinan itu cukup berat dan akan menjadi penyesalan di akhirat bagi mereka yang mengingininya.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS


[ Read More ]
Read more...
Newer Posts Older Posts
View mobile version
Subscribe to: Posts (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Kualiti Sebenar Rijalud Dakwah
    Rijalud dakwah adalah seseorang yang telah di tarbiyah secara intensif sehingga memiliki persediaan untuk berjuang dan berkorban di jal...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Surah Yang Menjadi Pembela
    Allah swt telah menurunkan kepada kita Al Qur’an sebagai : a.        Cahaya. b.       Rahmat. c.        Ubat dari penyakit hati dan...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ▼  2012 (163)
    • ▼  December (8)
      • Roh Baru Di Jasad Ummah
      • Amanat Pertama Syeikh Mohd Badi'e
      • Amanat Terakhir Syeikh Mahdi Akif
      • Tarbiyah, Satu-Satunya Jalan
      • Surah Yang Menjadi Pembela
      • Panorama Jalan Dakwah
      • Menyemai Rumahtangga Berkat
      • Membina Himmah Pendakwah
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger