skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Thursday, 15 December 2011

Muhasabah Sepanjang Masa

Ditulis Oleh WAS Pada 23:25 – 0 Komen Anda
 
Setelah kita mencapai usia akil baligh  hingga sisa nafas ke saat ini, sudahkah terdetik di fikiran kita bahwa kita memiliki hutang kepada Allah swt yang belum berbayar?

Pernahkah di sela-sela waktu yang kosong dan senggang kita berfikir :

“Sudah berapa banyak dosa yang telah aku perbuat sejak lahir hingga sekarang?”

Setidak tidaknya, pernahkah ketika hari menjelang malam di saat kita akan menutup mata di pembaringan untuk istirehat kita berfikir akan perkara-perkara berikut :

1.      Kita cuba mengingat-ingat akan amalan buruk kita selama sehari ini?
2.      Apakan tindakan buruk kita hari ini?
3.      Siapakah orang yang kita sakiti hari ini?
4.      Apakah kira-kira dosa yang kita perbuat hari ini?
5.      Adakah kita merasa cukup dengan pengabdian dan amal yang kita lakukan seharian ini?

Cuba bandingkan diri kita dengan Rasulullah saw, peribadi yang sudah jelas dijamin syurga dan kehidupan akhiratnya oleh Allah swt di mana baginda sentiasa melakukan introspeksi diri setiap hari dengan memohon keampunan Allah sebanyak seratus kali (HR Muslim) atau dalam riwayat Imam Bukhari disebut sebanyak tujuh puluh kali.

Istighfar dan muhasabah Rasulullah saw seperti itu merupakan sikap syukur baginda kepada Allah swt di atas nikmat-nikmat yang diberikan sekaligus sebagai contoh untuk umatnya.

Nabi saw adalah peribadi yang ‘ma’shum’ yakni terbebas dari dosa. Walaubagiamanapun, menurut sebahagian ulama’, di samping sebagai ‘uswah’,  istighfarnya adalah untuk perkara-perkara yang mubah yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan bukan untuk kesalahannya.

Maka, kita semestinya lebih banyak lagi perlu melakukan penyedaran diri ini kerana kita :

a.       Manusia yang tidak ‘ma’shum’.
b.      Manusia yang tidak memiliki jaminan di akhirat kelak.

Jika kita sebagai manusia biasa, tidak mahu bermuhasabah walau dalam sehari sekalipun, maka kita sesungguhnya dalam keadaan ‘tidur’ di mana kita tidak menyedari :

1.      Di mana kita berada sekarang.
2.      Siapakah diri kita yang sebenarnya.
3.      Akan ke manakah nantinya diri ini.

atau mungkin juga kita adalah seorang yang sombong sehingga tidak merasa perlu untuk bermuhasabah.

Umar bin Al Khattab ra pernah berkata :

“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah diri kamu sebelum kamu ditimbang dan berhiaslah kamu untuk menghadapi hari penampakan yang agung.”
Melakukan muhasabah adalah bertujuan untuk mengetahui berbagai :

a.       Kelemahan.
b.      Kekurangan.
c.       Dosa.
d.      Kesalahan.

yang ia lakukan sehingga perkara tersebut menjadi suatu penilaian yang menjadi pendorong kepada menjadi lebih baik lagi.

Namun, tujuan tertinggi dari semua itu adalah menjadi mu’min sejati yang diridhaiNya.

Cita-cita menjadi mu’min sejati dapat dicapai dengan proses penyedaran diri yang disebut ‘muhasabah’.

Dalam proses ini ada perkara-perkara yang perlu diperhatikan.

PROSES PENYEDARAN DIRI (AL MUHASABAH)

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah mengatakan, ada empat aspek yang perlu dilalui dalam proses penyedaran diri untuk menjadi lebih baik iaitu :

1.      ‘Al-Yaqdzah’.
2.      ‘Al-’azm’.
3.      ‘Al-fikrah’.
4.      ‘Al-Bashirah’.

Empat rangkaian inilah yang mesti menjadi unsur muhasabah.

PERTAMA : AL YAQDZAH

Perasaan hati berupa penyesalan setelah ia bangun dari ‘tidur’.

Ini merupakan proses awal untuk menangani perilaku yang telah dikerjakan. Yang ditekankan di sini adalah pengakuan bahwa dirinya hamba Allah swt yang memerlukan petunjukNya kerana telah berbuat dosa. Jika ia telah sedar, maka dia mesti mempunyai tekad yang bulat.

KEDUA : AL ‘AZM

Niat yang kuat untuk melakukan perbaikan.

Oleh kerana tekadnya telah bulat, maka segala hambatan dan rintangan siap untuk dihadapi kerana dalam proses perbaikan, boleh dipastikan bahwa seseorang akan mengalami ujian.
Maka dia mesti memiliki suatu penuntun yang dapat menghantarkannya kepada tujuan. Makin kuat kesedaran ini, maka makit kuat pula niatnya.

KETIGA : AL FIKRAH

Fokus pada tujuan perbaikan.

Hati  hanya tertuju kepada sesuatu yang hendak dicari meskipun dia belum memiliki gambaran jalan yang akan menghantarkannya ke sana.

Selama proses ini, seseorang tidak memikirkan yang lain dari muhasabahnya kecuali menjadi peribadi yang lebih baik dari kelmarin yang diridhai Allah swt.

Jika konsentrasi muhasabahnya masih diliputi kecenderungan-kecenderungan di luar kepentingan perbaikan diri, maka pasti, fikirannya lebih condong kepada kecenderungan-kecenderungan tersebut.

KEEMPAT : AL BASHIRAH

Ianya umpama cahaya dalam hati untuk melihat janji dan ancaman, syurga dan neraka.

Fasa ini tidak akan dimiliki jika pada fasa sebelumnya, dia tidak serius untuk membersihkan dosa serta menyucikan jiwa dari kotoran hati.

Dengan sikap ini, ia akan memiliki pandangan jauh ke depan di samping segala sesuatunya dipertimbangkan berdasarkan tujuan akhir hidup ini.

Firman Allah swt :

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah swt dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok.” (QS Al-Hasyr : 18)
TIANG-TIANG MUHASABAH
Berkenaan dengan ini, sesungguhnya muhasabah itu dilakukan terus menerus. Ia adalah sebahagian dari permohonan taubat untuk diri sehingga diperlukan penerusan dan keteguhan kerana jalannya yang :

1.      Licin.
2.      Banyak duri.
3.      Penuh ujian.

Maka perlu ada penyangga untuk meneguhkan penerusan muhasabah.

Abu Ismail Al Harawi dalam ‘Manazil Al-Sa’irin’ sepertimana yang dikutip oleh Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dalam ‘Madarij Al-Salikin’ mengatakan ada tiga tiang yang menyangga muhasabah yang perlu kita kerjakan setiap kali kita melakukan instrospeksi diri.

PERTAMA : MENIMBANG ANTARA NIKMAT ALLAH DAN KEMAKSIATAN KITA

Ketika muhasabah, kita akan mengetahui ketempangan antara keduanya di mana ternyata, kejahatan yang kita lakukan jauh lebih banyak dibandingkan kurniaan nikmat Allah yang kita perolehi.

Dengan membuat perbandingan ini, kita dapat mengetahui mana yang lebih banyak dan mana yang dominan di antara keduanya.

Untuk dapat melakukan perbandingan dengan baik, kita mesti mengetahui antaranya :

a.       Apa itu nikmat Allah?
b.      Apa itu ujian Allah?
c.       Apakah yang dimaksudkan dengan kemaksiatan terhadap Allah?

Selain itu, jauhilah buruk sangka.

KEDUA : MEMBEZAKAN ANTARA HAK KITA DAN KEWAJIBAN
Ramai orang yang mencampuradukkan antara kewajiban dan haknya.  Hak kita adalah perkara-pekara mubah menurut ketetapan syariah. Kadang-kadang kita terbalik dalam hal memperlakukannya.

KETIGA : TIDAK CEPAT MERASA PUASHATI TERHADAP KETAATAN YANG DILAKUKAN

Sesungguhnya jika kita cepat merasa puashati terhadap setiap ibadah yang kita lakukan, maka itu akan menjadi beban dosa di mana kita akan menjadi  takabur dan ujub.

Justeru, para ulama’ Salaf Al-Soleh menyuruh kita memperbanyakkan istighfar setiap selesai mengerjakan berbagai macam ketaatan kerana mereka merasa sangat kekurangan dalam memenuhi hak-hak Allah swt.

Setiap orang kelak pada hari akhirat, akan datang menghadap Allah swt untuk mempertanggung jawabkan amal perbuatan mereka. Maka perkara yang paling utama untuk kita membuat muhasabah adalah aspek ibadah kerana ibadah merupakan tujuan utama diciptakannya manusia di muka bumi ini.

Jika kita telah melewati proses penyedaran diri seperti di atas dan kemudiannya diperkuatkan dengan tiang-tiang penyangganya, maka ini bererti kita telah memasuki pintu taubat dengan serius.

Taubat merupakan langkah kembalinya seorang hamba kepada Allah swt dan meninggalkan jalan orang-orang yang sesat dan jalan-jalan orang yang mendapat kemurkaan Allah swt.

Kita tidak mampu memperolehinya kecuali dengan hidayah Allah swt sedangkan hidayahNya tidak dapat kita perolehi kecuali dengan memohon pertolonganNya secara terus-menerus.

Disebabkan oleh kepentingannya serta tidak mudah untuk kita secara konsistennya berada di jalan ‘Al-Shirath Al-Mustaqim’, maka kita sudah semestinya setiap hari perlu melakukan muhasabah jika kita bercita-cita ingin menjadi seorang mu’min yang sejati.

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan setiap hari yang kami lalui tanpa muhasabah kepadaMu terhadap segala dosa dan kelalaian kami kerana sesungguhnya nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami tidak terkira banyaknya sehingga berani pula kami untuk melakukan dosa dan penyimpangan dalam masa menggunakan nikmat-nikmat tersebut. Tetapkanlah kami di atas jalanMu yang lurus dengan muhasabah yang konsisten sehingga kami berjaya untuk menjadi mu’min yang sejati.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS  
Labels: Tausiyah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
View mobile version
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Kualiti Sebenar Rijalud Dakwah
    Rijalud dakwah adalah seseorang yang telah di tarbiyah secara intensif sehingga memiliki persediaan untuk berjuang dan berkorban di jal...
  • Surah Yang Menjadi Pembela
    Allah swt telah menurunkan kepada kita Al Qur’an sebagai : a.        Cahaya. b.       Rahmat. c.        Ubat dari penyakit hati dan...
  • Tegakkan Ketakutan Kepada Allah
    Martabat manusia ditentukan oleh akhlaknya. Kematangan sikap dan peribadi bermula dari rumah tangga. Menanamkan sikap yang jujur dan memben...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ▼  2011 (93)
    • ▼  December (24)
      • Perzinaan Membawa Kehancuran
      • Usrah Batu Asas Jamaah
      • Menolong Yang Zalim Dan Dizalimi
      • Panduan Interaksi Dengan Jamaah
      • Meningkatkan Kuantiti Dan Kualiti Pendakwah
      • Jadikan Dunia Ladang Akhirat
      • Meningkatkan Prestasi Amal
      • Perubahan Berasaskan Amal Jamai'e
      • Kekentalan Aktivis Dakwah Teras
      • Syarat Melahirkan Tarbiyah Berjaya
      • Muhasabah Sepanjang Masa
      • Seberkas Cahaya Musafir
      • Menghidupkan Ruh Solat
      • Tuntutan Perlaksanaan Dakwah
      • Allah Matlamat Kita
      • Karakteristik Ketawa Dan Menangis
      • Kriteria Kehidupan Yang Baik
      • Tegakkan Ketakutan Kepada Allah
      • Membentuk Kehalusan Perasaan
      • Ukhuwah Asas Kemuliaan
      • Generasi Berpenyakit "Al Wahn"
      • Kemuliaan Dengan Dakwah
      • Meneroka Dunia Pendakwah
      • Kunci Kemenangan Dakwah
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger