skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Monday, 2 January 2012

Amal Dan Tuntutan Waktu

Ditulis Oleh WAS Pada 07:34 – 0 Komen Anda
 
Waktu adalah ladang amal. Allah swt menyediakannya agar kita menggunakannya sebagai modal penting untuk mencapai ridhaNya.

Keutamaan seseorang di sisi Allah, selain ditentukan oleh keimanan dan amal solehnya adalah juga ditentukan oleh faktor keterdahuluannya dalam keimanan dan amal solehnya.

Tidaklah sama antara :

1. Orang-orang yang terdahulu masuk Islam (As-Sabiqun Al Awwalun) dan orang-orang yang masuk kemudiannya.

2. Jamaah yang berada di shaf depan dalam solat dengan yang berada di barisan paling belakang.

3. Darjat orang yang hadir di solat Jumaat paling awal dengan yang paling akhir.

Menyegerakan amal, itulah ajaran Islam kepada umatnya.

Dalam sebuah kesempatan, Rasulullah saw menasihati para sahabatnya untuk sentiasa menyegerakan amal soleh, walaupun mereka itu manusia-manusia yang teruji keimanannya.

Sabda Nabi saw di kala itu :

"Bersegeralah melakukan amal-amal soleh (kebajikan). (Sebab) sebuah fitnah akan datang bagai sepotong malam yang gelap. Seseorang yang paginya mukmin, petangnya menjadi kafir. Dan seseorang yang petangnya mukmin, paginya menjadi kafir. Ia menjual agamanya dengan harga dunia." (HR Muslim)

Demikianlah pesanan Nabi saw yang mulia itu juga disampaikan kepada kita.

Adakah di antara kita yang selama sehari semalam penuh menjadi seorang mukmin sejati?

Bolehkah dan mampukah kita selama 24 jam tidak melakukan dosa dan tidak bersikap kufur walau sekecil apapun kepada Allah Taala?

Padahal ketika Allah swt memberikan waktu 24 jam sehari, transaksinya adalah untuk dipersembahkan kepada Allah swt semuanya.

Pada setiap solat, kita sentiasa mengumandangkannya kepada Allah :

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam." (QS Al-An'am : 162)

1. Bukankah ketika kita tidak bersimpati terhadap nasib kaum yang lemah dan tertindas adalah bentuk kekufuran terhadap nikmat?

2. Bukankah di saat kita tidur dan bangun tidur tanpa mengingati Allah, tanda kita lupa kepadaNya?

3. Bukankah lupa adalah sebahagian dari kekufuran kita kepada Al Khaliq (Pencipta)?

Sesungguhnya fitnah itu lebih cepat bergerak. Sekali kita membiarkannya, maka seterusnya ia akan bersemayam dan berkembang dalam tubuh kita.

Begitu cepat dan samarnya sehingga menjadikan seseorang boleh :

a. Berpindah agama.
b. Menggadaikannya dengan sedikit kesenangan dunia.

Oleh kerana kewajarannya, sehingga Rasulullah saw mengingatkan para sahabatnya itu, walaupun Nabi tahu keimanan para sahabat itu tidak akan mampu ditandingi oleh orang-orang yang datang sesudahnya.

Dengan apa kita menutup pintu fitnah?

Ya, dengan amal soleh.

Apa sahaja dalam kehidupan orang yang beriman boleh menjadi amal kebaikan :

1. Kita membuang sampah pada tempatnya itu amal baik.
2. Berniat tidak bohong itu amal mulia.
3. Mengucapkan salam kepada kawan itu amal yang terpuji.
4. Mendoakan saudara seiman walaupun mereka tidak tahu juga amal soleh.

Masih banyak lagi amal soleh, amal kebajikan yang boleh kita lakukan sekalipun kita tidak memiliki sesuatu sebagaimana yang tertera dalam hadis Nabi berikut :

"Orang-orang kaya pergi mendapatkan pahala. Mereka solat sebagaimana kita solat, mereka puasa sebagaimana kita puasa. Namun mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka."

Rasulullah saw bersabda, "Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu apa yang boleh kamu sedekahkan?

Sesungguhnya satu tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, amar ma'ruf adalah sedekah, nahi munkar adalah sedekah, dan pada hubungan (dengan isteri) kamu adalah sedekah."

Mereka bertanya, "Ya Rasulullah, apakah seseorang mendatangi isterinya kerana syahwatnya, apakah ia mendapatkan pahala?"

Beliau bersabda, "Apa menurut kamu kalau dia meletakkannya pada yang haram. Bukankah baginya dosa? Demikian pula jika diletakkan pada yang halal, padanya ada pahala." (HR Bukhari dan Muslim)

Allah swt dengan keadilanNya memberikan peluang amal kepada setiap hambaNya samada orang miskin ataupun kaya, masing-masing memiliki kesempatan yang sama untuk melakukan kebajikan dan mendapatkan ridha Allah.

Lebih dari itu, suatu amal tidak dilihat dari kuantitinya, tapi dilihat dari segi :

a. Motivasinya.
b. Niatnya.

Kualiti amal seseorang tergantung kepada motivasi dan niatnya.

Boleh jadi infak seorang buruh kasar sebesar RM5.00 itu sama nilainya dengan infak seorang pengarah sejumlah RM5 juta.

Seorang murid barangkali lebih mulia dari seorang gurunya kerana si murid lebih bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sementara si guru merasa cukup dengan ilmunya.

Menyegerakan amal kebajikan tentu akan memberi nilai tambah bagi pelakunya sendiri. Menyegerakan berbuat baik bererti mempercepatkan dirinya mendapatkan ampunan (maghfirah) dari Allah.

Kenapa?

Ini adalah kerana kita telah berusaha untuk menutup pintu kemungkaran dan kebatilan dan demikian pula Allah akan membukakan pintu kebahagiaan iaitu syurga. Itu semua hanya mampu dilakukan oleh orang-orang yang bertaqwa.

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa." (QS Ali Imran : 133)

Mengapa kita mesti menyegerakan amal?

PERTAMA :

Aset waktu yang kita miliki hanyalah ketika ini. Apa yang terjadi nanti dan esok hari kita tidak tahu. Kelmarin bukan lagi milik kita, ia telah berlalu dan tidak akan kembali lagi.

Kebaikan dan keburukan yang kita kerjakan kelmarin tidak boleh kita ulang lagi. Ia menjadi kenangan ketika ini.

Jika ianya adalah kebaikan, bersyukurlah kita dan jika keburukan menyesallah bersama orang-orang yang menyesal.

Namun kita masih beruntung jika kita bersyukur hari ini, bukan ketika di mana penyesalan tidak ada ertinya lagi.

Esok hari juga belum menjadi milik kita, ia ada di alam ghaib di mana hanya Allah swt yang tahu. Kita tidak tahu apakah esok hari masih boleh menghirup udara pagi?

KEDUA :

Amal kita tidak mungkin dikerjakan oleh orang lain. Masing-masing manusia akan datang kepada Allah dengan amal perbuatan yang dikerjakannya sendiri di dunia.

Kesolehan ibubapa tidak boleh diwarisi oleh anaknya. Seorang suami tidak akan selamat dari murka Allah kerana amal perbuatan isterinya.

Kita boleh berbangga terhadap pemimpin, ibubapa, anak, guru, suami atau isteri kita kerana kesolehan mereka. Kebanggaan kita tidak boleh berbicara banyak di hadapan pengadilan Allah swt.

KETIGA :

Kemuliaan darjat seseorang di sisi Allah swt disebabkan oleh kesungguhannya dalam menyahut seruan kebajikan dan mengamalkannya.

Ibubapa akan senang jika menyuruh anaknya mengerjakan sesuatu lalu dikerjakan segera dan sebaliknya ia akan marah jika si anak menunda-nunda mengerjakannya.

Demikian pula Allah swt. Seruan kebajikan dikumandangkan untuk segera diamalkan dan bukan ditangguh-tangguh.

KEEMPAT :

Setiap waktu ada urusannya sendiri. Setiap waktu ada tuntutan amalnya. Banyak sekali amal perbuatan yang sangat terkait dengan waktu di mana ketika waktunya telah berakhir, maka berakhir pula kesempatan untuk mengerjakannya seperti solat, puasa, haji, berkurban dan sebagainya.

KELIMA :

Kesempatan beramal juga diberikan kepada seseorang pada waktu-waktu tertentu.

a. Orang kaya diberi kesempatan beramal dengan kekayaannya.
b. Orang berilmu diberi kesempatan beramal dengan ilmunya.
c. Seorang pemimpin diberi kesempatan beramal dengan kekuasaannya.

Jangan sampai sehingga Allah swt mencabut kesempatan itu dan tidak boleh lagi berbuat sesuatu.

Kesihatan, waktu luang, hidup, masa muda dan kekayaan adalah kesempatan untuk beramal.

Sesungguhnya tidak ada waktu lagi untuk berfikir. Ketika inilah waktu kita. Semailah kebaikan setiap waktu.

Segeralah beramal sesuai dengan tuntutan waktunya dan kejarlah kebajikan sampai ke liang lahad.

Ya Allah, jadilah kami orang-orang yang menghargai waktu dan mengisi setiap detiknya dengan amal-amal yang soleh walaupun hanya bertemu dengan saudara kami dengan sebuah senyuman dan wajah ceria kerana sesungguhnya ruang bersedekah itu cukup luas dan tidak memerlukan kewangan yang besar. Terimalah amal-amal kami yang berkualiti iaitu dengan motivasi dan niat semata-mata keranaMu walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Tausiyah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
View mobile version
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Kualiti Sebenar Rijalud Dakwah
    Rijalud dakwah adalah seseorang yang telah di tarbiyah secara intensif sehingga memiliki persediaan untuk berjuang dan berkorban di jal...
  • Surah Yang Menjadi Pembela
    Allah swt telah menurunkan kepada kita Al Qur’an sebagai : a.        Cahaya. b.       Rahmat. c.        Ubat dari penyakit hati dan...
  • Tegakkan Ketakutan Kepada Allah
    Martabat manusia ditentukan oleh akhlaknya. Kematangan sikap dan peribadi bermula dari rumah tangga. Menanamkan sikap yang jujur dan memben...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ▼  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ▼  January (28)
      • Intipati Penghayatan Rabbani
      • Membina Rumah Akhirat Di Dunia
      • Pembentukan Nilai Rabbani
      • Putaran Islam Kembali Menjelma
      • Memburu Sumber Hidayah
      • Teruskan Beramal Walau Sedikit
      • Islah Asas Perubahan
      • Gejala Kelesuan Ruhiyah
      • Memperkukuhkan Tiang Persaudaraan
      • Rijal Penerus Risalah Dakwah
      • Pusat Pembangun Generasi
      • Lidah Sumber Malapetaka
      • Menguasai Kesenian Berdakwah
      • Menterjemahkan Risalah Dakwah
      • Membangun Unsur Perubah
      • Kafilah Dakwah Di Perjalanan
      • Tarbiyah Menghasilkan Aktivisma
      • Kehidupan Adalah Ujian Amal
      • Transformasi Aktivis Dakwah
      • Pahala Hangus Akibat Dengki
      • Nasihat Tanpa Menyelak Keaiban
      • Tarbiyah Membangun Tamadun
      • Membina Keupayaan Murabbi
      • Perjuangan Berasaskan Paksi Dakwah
      • Pembangunan Umat Melalui Tarbiyah
      • Amal Dan Tuntutan Waktu
      • Tarbiyah Mewariskan Dakwah
      • Andai Dia Berada Di Antara Kita
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger