skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Thursday, 12 July 2012

Madrasah Kebangkitan Umat

Ditulis Oleh WAS Pada 02:00 – 0 Komen Anda
 
Bulan Ramadhan adalah madrasah yang paling unggul dan penuh keberkatan untuk kebangkitan semula umat Islam di mana ianya menjadi pusat :

a.       Pendidikan ‘rabbaniyah’ dan ‘imaniyah’.
b.      Pendidikan Al-Quran dan ketaatan.

Maka, Ramadhan merupakan :

1.      Bulan diwajibkan berpuasa, bersungguh-sungguh, kesabaran dan tahan memikul bebanan.
2.      Bulan peningkatan keimanan, taqwa dan pendekatan diri kepada Allah.
3.      Bulan ibadah, ‘tadharru’’ (ketundukan), istighfar, taubat dan doa.
4.      Bulan infaq, berkorban, memberi, kebaikan dan berbuat baik serta memelihara orang-orang fakir, miskin dan yatim, kaum muslimin memberikan kenikmatan di dalamnya dengan bergotong royong dan tolong menolong di antara mereka.
5.      Bulan kemenangan ke atas jiwa, hawa nafsu dan syaitan, di dalamnya seorang muslim dilatih menahan keinginan, memperkukuhkan cita-cita, azam dan gerakerja bagi mencapai perubahan yang positif.
6.      Bulan Al Qur’an Al Karim di mana kaum muslimin sentiasa membacanya sepanjang malam dan sepanjang hari, agar dapat dipelajari dari pelajaran-pelajaran dan ayat-ayatnya, mentadabburkan apa yang terkandung di dalamnya dari berbagai pengarahan dan makna-maknanya, mentelaah ‘manhaj’ dan ‘uslub-uslubnya’ sehingga menjadi undang-undang yang kekal, petunjuk jalan dalam kehidupan dan manhaj dalam kebangkitan.

Allah telah menganugerahkan nikmat ini kepada kita, melimpahkan rahmat dan banyak kenikmatan lainnya melalui bulan ini.

Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini adalah pusat pendidikan iman yang lengkap, mencakupi :

a.       Pelajaran-pelajaran.
b.      Prinsip-prinsip dan nilai-nilai tarbiyah.
c.       Hakikat yang diperlukan oleh setiap muslim dalam kehidupan kontemporari.
d.      Panduan-panduan yang diperlukan oleh umat dalam menuju kebangkitan yang diidamkan dan dinanti-nanti.

Demikianlah madrasah ‘imaniyah’, taman pembinaan, kurniaan Allah yang sentiasa hadir setiap tahun.

Ianya adalah kurniaan yang agung dari Allah ke atas umat ini sebagai suatu nikmat yang sangat besar dan kita membuka pintu seluas-luasnya menuju kebangkitan yang baru ini, mengembalikan kaum muslimin akan kemuliaan mereka yang telah redup dalam kurun yang lama dan pada tahun-tahun yang panjang.

KEPERLUAN KITA TERHADAP RAMADHAN

Melalui madrasah ‘rabbaniyah’ ini, kita sangat memerlukan akan pelajaran-pelajaran yang terdapat di dalamnya, khususnya para pemuda umat yang menginginkan kebangkitan.

Kita sangat-sangat mengharapkan dari mereka akan :

1.      Kesungguhan dalam memberi.
2.      Kerja kuat dan pengorbanan.
3.      Keikhlasan.
4.      Kejujuran dan kesabaran.
5.      Keinginan yang kuat.
6.      Tekad yang tinggi.
7.      Tujuan yang mulia.

sehingga kita dapat melakukan perubahan dari krisis yang dialami oleh dunia ketika ini lalu membangkitkan cita-cita dalam jiwa yang sedang bingung yang sentiasa diiringi oleh fajar setelah lama menunggu.

Marilah kita melihat kepada bekalan yang sepatutnya kita sediakan berasaskan gejolak keimanan.

“Dan berbekallah, kerana sebaik-baik bekalan adalah taqwa”  (QS Al-Baqarah : 197)

Kita juga perlu memanfaatkan bulan Ramadhan ini dari kebaikan, keberkatan dan anugerahnya dengan menghidupkan hari-hari dan malam-malamnya melalui :

a.       Al-Quran.
b.      Zikir.
c.       Doa.
d.      Istighfar.
e.       Tahajjud.
f.       Ibadah.

Disamping amalan-amalan di atas, kita juga di saran untuk melakukan dakwah di masjid-masjid, rumah-rumah dan tempat-tempat kerja.

Selain itu, kita juga perlu berperanan dan turut serta dalam amal sosial dan kebaikan seperti :

1.      Menganjurkan sedekah.
2.      Mengunjungi orang sakit yang dirawat di pusat perubatan.
3.      Meringankan beban orang yang memerlukan bantuan.
4.      Menjalin silaturrahim antara keluarga dan kerabat yang terdekat.
5.      Memperbaiki hubungan kekeluargaan.
6.      Mendamaikan antara dua orang yang sedang berselisih.

Umat sangat-sangat memerlukan kesungguhan pemuda muslim yang baik yang :

a.       Digerakkan oleh iman.
b.      Didorong oleh akidah.
c.       Didisiplinkan oleh hukum-hukum syariah.
d.      Perilakunya dihiasi oleh akhlak Islam.

Kesungguhan ini diharapkan dapat membuka pintu harapan untuk :

1.      Bangkit.
2.      Memerangi sifat putus asa dan rendah diri.
3.      Memperkukuhkan imuniti untuk menghadapi kelemahan, kerusakan dan penurunan indeks moral.
4.      Menolak kezaliman, tekanan dan penindasan.

Kita yakin bahwa iman yang benar adalah merupakan fokus utama untuk membangun masyarakat muslim yang soleh iaitu asas utama untuk kebangkitan umat dan kemajuan sesebuah negeri.

Umat Islam ketika ini tidak akan mengalami kelemahan, kemunduran, ketinggalan berbanding umat lainnya, menyerah pada sebab-sebab kelemahan dan kehinaan kecuali kerana :

a.       Jauhnya mereka dari hidayah Allah.
b.      Kurangnya kefahaman mereka terhadap ajaran-ajaran agama dan prinsip-prinsip syariah.
c.       Tidak memiliki ghairah (cemburu) terhadap hukum-hukum Allah dan hak-hak-Nya.

Agar umat ini dapat bangkit semula, ia mesti menjadikan :

1.      Iman sebagai pemimpinnya.
2.      Tauhid sebagai penuntunnya.
3.      Rasul sebagai pemimpinnya
4.      Al Qur’an sebagai perlembagaan hidupnya.
5.      Jihad sebagai jalannya.
6.      Mati di jalan Allah sebagai cita-cita tertingginya.

ILMU YANG BERMANFAAT

Melalui iman, akan hadir ilmu yang bermanfaat samada ilmu agama atau ilmu dunia.

Ilmu dengan berbagai cabangnya merupakan kewajiban umat dan tidak akan ada kebangkitan dan kewujudan cita-cita di masa depan jika tidak menjadikan ilmu sebagai keutamaan atau perhatian utama.

Kewajiban para pemuda muslim adalah :

a.       Menerima pelajaran.
b.      Gigih dan sungguh-sungguh untuk mencapai dan memahami ilmu.
c.       Meraih tingkatan dan darjat yang tinggi.
d.      Sedar dengan risalah dan tujuannya.
e.       Mencapai prestasi ilmu dan akhlak yang mulia.
f.       Baik dalam berinteraksi dengan guru-guru, tenaga pengajar dan rakan seangkatannya.
g.      Semangat yang berterusan terhadap peranan ilmu dan institusi-institusi pendidikan.

Umat yang bersungguh-sungguh dalam menuju kemajuan dan peningkatan memerlukan ulama’, guru dan para murabbi yang :

1.      Memiliki keikhlasan.
2.      Berjuang dengan penuh semangat.
3.      Membina anak-anak dengan penuh kecintaan.
4.      Memelihara dan mentarbiyah mereka.

Oleh kerana itu, umat mesti berterimakasih kepada para ulama’, asatizah, mu’allim dan murabbi dan menghargai mereka dengan penghargaan yang tinggi.

Ilmu merupakan wasilah dan jalan untuk bangkit dan maju di mana para ulama’ berjuang kuat siang malam untuk kebangkitan dan kemajuan umat.

KEPERLUAN KEPADA PEMUDA MU'MIN

Kita sangat memerlukan kepada pemuda mu’min yang :

a.       Memiliki senjata dengan ilmu yang bermanfaat.
b.      Memiliki keinginan yang dapat mendorong kepada jiwa berkorban dan memberi demi kebangkitan umat.
c.       Mengembalikan kemuliaan Islam.

Pemuda mu’min merupakan harapan dalam :

1.      Memurnikan nilai-nilai yang mulia.
2.      Memerangi kecurangan dan penipuan.
3.      Menentang kezaliman dan penindasan.
4.      Menghentikan keruntuhan moral.
5.      Menumbuhkan nilai-nilai kebenaran, keadilan, kebebasan dan syura.
6.      Memperkukuhkan akhlak dan prinsip-prinsip.
7.      Mendukung sikap kasih sayang dan mengasihi antara manusia.

Ya Allah, semoga dengan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kami memohon kepadaMu bagi mengembalikan semula kepada umat Islam dengan kebaikan, anugerah dan keberkatan serta terwujud cita-cita kami melalui kebangkitan pemuda  dalam meraih kebebasan, keadilan, kemerdekaan dan kejayaan dalam berdakwah bagi mancapai kemenangan untuk syariat Islam.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Tarbiyah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
View mobile version
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Kualiti Sebenar Rijalud Dakwah
    Rijalud dakwah adalah seseorang yang telah di tarbiyah secara intensif sehingga memiliki persediaan untuk berjuang dan berkorban di jal...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Surah Yang Menjadi Pembela
    Allah swt telah menurunkan kepada kita Al Qur’an sebagai : a.        Cahaya. b.       Rahmat. c.        Ubat dari penyakit hati dan...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ▼  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ▼  July (12)
      • Ramadhan Menyegarkan Kehidupan
      • Hakikat Puasa Yang Bernilai
      • Perjuangan Mendapatkan Taqwa
      • Ramadhan Tonggak Inspirasi
      • Ramadhan Yang Didambakan
      • Tausiyah Ramadhan Hasan Al Banna
      • Taujih Ramadhan Hasan Al Banna
      • Pesona Ramadhan Menggamit Lagi
      • Puasa Yang Menggugurkan Dosa
      • Madrasah Kebangkitan Umat
      • Meniti Laluan Rabbani
      • Mendalami Seni Berbicara
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger