skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Saturday, 22 June 2013

Murabbi Merintis Jalan Ke Syurga

Ditulis Oleh WAS Pada 07:41 – 0 Komen Anda
 
Tarbiyah merupakan proses mempersiapkan seseorang dengan persiapan yang menyentuh seluruh aspek kehidupannya yang meliputi :

a.       Ruhani.
b.      Jasmani.
c.       Akal.
d.      Pemikiran.

Demikian juga ia merangkumi :

1.      Segenap kehidupan duniawinya.
2.      Segenap aspek hubungan dan kemaslahatan yang mengikatnya.
3.      Segenap aspek hubungan dengan kehidupan akhirat.
4.      Segala amalan yang dihisab oleh Allah yang membuatkan Allah ridha atau murka.

Oleh sebab itu ia bersifat bersepadu dan komprehensif dan itulah yang membezakan antara sistem Islam dengan sistem atau peraturan mana sekalipun.

Ia mencakupi seluruh aspek kehidupan dengan cakupannya yang terperinci.

Sistem pentarbiyahan merupakan kegiatan yang benar-benar memiliki :

a.       Tujuan.
b.      Sasaran.
c.       Matlamat.

Allah swt adalah ‘Murabbi’ (pendidik) yang mutlak kerana Dialah :

1.      Pencipta fitrah.
2.      Pemberi bakat.
3.      Pengajar.
4.      Pembimbing.

Oleh itu sistem pentarbiyahan menuntut kewujudan program bertahap melalui peningkatan kegiatan pentarbiyahan dan pengajaran selaras dengan urutan yang sistematik yang akan membawa mutarabbi dari satu perkembangan kepada perkembangan yang lain.

Peranan seorang murabbi mestilah sesuai dengan tujuan Allah swt menciptakannya atau dengan kata lain, seorang murabbi mestilah mengikuti syariat Allah swt.

Rasulullah saw bersabda :

“Tidak ada sesuatu yang paling disesali oleh para penghuni syurga kecuali atas satu saat yang pernah mereka lalui di dunia yang tidak mereka gunakan untuk mengingati Allah di dalamnya.” (HR Thabrani)

Marilah kita berjalan menuju syurga. Jika ianya terasa lambat maka hendaklah kita berlari…iaitu berlari mengejar bidadari syurga.

Inilah yang berlaku kepada seorang sahabat Nabi saw, Anas bin An-Nadhar yang mara ke hadapan di medan pertempuran Uhud padahal ketika itu pasukan Islam sedang mundur lalu datanglah Saad bin Muaz mendekatinya.

Maka Anas bin An-Nadhar berkata :

“Wahai Sa’ad bin Muaz, Demi Allah, Rabbnya Ka’bah, sungguh aku mencium wangian syurga itu dari arah Uhud.”

Anas bin Malik bercerita :

“Kami dapati tubuh Anas bin An-Nadhar terluka lebih dari 80 tempat terkena pedang, tombak atau lontaran anak panah. Kami dapati dia telah gugur dan disayat-sayat oleh pasukan kafir. Tidak seorangpun di antara kami yang mengenalinya selain dari saudara perempuannya yang masih dapat mengenal jari-jarinya.”

Subhanallah…Allahu Akbar!

Peristiwa yang sama juga dihadapi oleh saudara-saudara kita di Syria yang sedang menghadapi kezaliman “Mulkan Jabriyyan” (pemerintah yang memaksakan kehendak) mereka yang tidak syari’e terhadap rakyatnya.

Adakah kita masih boleh berdiam diri?

Ayuh! tegakkan tempat duduk kita kerana kita akan bergegas menuju peranan tertinggi kita iaitu murabbi kerana kemuncak peranan para aktivis dakwah adalah menjadi murabbi yang dirindui oleh para bidadari.

Maka, wahai para aktivis dakwah! Bersiap sedialah! Ayuh kita mulakan perjalanan ini untuk mengejar bidadari.

“Berangkatlah kamu baik dalam keadan merasa ringan mahupun berat dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (QS At Taubah : 41)

PERANAN ASASI MURABBI

Untuk kita berlari, kita memerlukan tenaga dan stamina yang tinggi. Walaupun nampak mudah dan ringan, marilah kita mulai langkah kita dari :

a.       Apa yang kita ada.
b.      Apa yang paling dekat.
c.       Apa yang paling kecil.

Namun, langkah kita itu penuh keberanian bagi memenuhi keperluan zaman serta berani pula menghadapi segenap halangan dan tentangan.

Sambil berperanan melaksanakan tugas dan tanggungjawab tertentu, janganlah pula kita lupa akan peranan asasi murabbi di antaranya :

PERTAMA : MURABBI SEBAGAI SYEIKH

Peranan ini dilaksanakan dengan memberi :

1.      Masukan-masukan kerohanian.
2.      Tarbiyah ruhiyah yang menggugah.
3.      Inspirasi dengan ruh “ta’abbudi” (penghambaan kepada Allah).

Ia membangunkan kekuatan ruhiyah dengan ibadah. Meskipun kemungkinan ia tidak memiliki kekuatan  kata-kata yang mampu menarik manusia, insyaAllah ia akan dibantu dengan kekuatan ibadahnya.

Yakinlah :

“Sesiapa yang menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu.”

KEDUA : MURABBI SEBAGAI GURU

Ia memainkan peranan sebagai guru yang mampu :

1.      Menghadirkan wawasan-wawasan baru untuk maju.
2.      Menjelaskan gagasan kehidupan yang benar.
3.      Merentangkan jalan kehidupan dengan cara pandang keilmuan dan ‘bashirah ilahiyah’ (pandangan berdasarkan petunjuk rabbani).

“Janganlah kamu ikuti sesuatu yang tidak ada pengetahuan di dalamnya.” (QS Al Isra’ : 36)

KETIGA : MURABBI SEBAGAI PERIBADI AYAH

Ia menjadikan mutarabbinya sebagai sahabat melalui usaha pendampingan dan pelayanan sepenuh hati.

Ia memainkan peranan sebagai ayah :

a.       Yang mengambil peduli dan bersikap empati.
b.      Yang memberi perhatian  kepada proses pertumbuhan peribadi.
c.       Yang merasa bertanggungjawab meneliti tahap demi tahap sang buah hatinya.
d.      Yang mendewasakan pemikiran dalam menjejaki ke tingkatan yang lebih tinggi.

KEEMPAT : MURABBI SEBAGAI KETUA KOMANDAN

Ia bersiap sedia untuk :

1.      Berperanan sebagai kepimpinan yang ikhlas.
2.      Membunyikan gendang perang.
3.      Menggerakkan potensi pejuang.
4.      Menggugah langkah agar tetap gagah.
5.      Menyalurkan semangat kepada jalan perjuangan dengan penuh keyakinan.
6.      Bergerak rancak dan tegas dalam meraih puncak amal.

Begitulah peribadi asasi seorang murabbi dari zaman dahulu hingga sekarang di mana ciri-ciri asas ini tidak boleh hilang meskipun fasa dakwah terus berkembang.

Medan peranan asasi murabbi menjadi semakin luas sehingga diperlukan suatu kefahaman yang lebih jelas, boleh dilaksanakan serta mengakar umbi ke dalam jantung masyarakat.

Sebagai membuktikan kebahagiaan terindah yang dirasakan di jalan dakwah, para murabbi lampau pernah berkata :

“Kami berada dalam kenikmatan dan sekiranya para raja mengetahui kenikmatan yang kami rasakan, niscaya mereka akan merebutnya dengan pedang-pedang mereka.”

MURABBI MENJADI KEINGINAN UMAT

Rasulullah saw bersabda :

“Setiap umat memiliki orang kepercayaan dan orang kepercayaan umat ini ialah Abu Ubaidah Al Jarrah.”

Siapakah Abu Ubaidah Al Jarrah?

Dia adalah ahli syurga atau secara tepatnya adalah salah seorang sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga.
Ia adalah sahabat pilihan dan kepercayaan Nabi yang dididik secara langsung oleh Rasulullah saw. Dari rumah Al Arqam bin Abil Arqam dia memulakan perjuangan dakwah di Makkah.

Banyak pelajaran besar dapat kita kutip dari sejarah besar dan jiwa besarnya.

Di antara kata-katanya yang masyhur adalah :

“Dan siapakah di antara kamu baik dia berkulit merah atau berkulit hitam yang lebih taqwa dariku, hatiku ingin sekali berada dalam bimbingannya.”

Murabbi adalah sebuah obsesi maka marilah kita mainkan peranan dan jayakan kehidupan ini bagi meraih syurga Allah.

Mengapa ianya sebuah obsesi?

Ini adalah kerana murabbi :

a.       Berperanan sebagai pencetus semangat diri.
b.      Sentiasa berfikir dan memberi sumbangan.
c.       Menemukan daya kebangkitan umat.
d.      Menaikkan darjat kita di sisi Allah.

Hari ini, ia adalah sebuah keinginan dan hari esok adalah kenyataan yang akan berlaku.

Ini bersesuaian dengan anjuran Rasulullah saw dalam doa kita :

“Apabila kamu meminta, mintalah syurga tertinggi iaitu syurga Firdaus.”

Keinginan demi keinginan tidak boleh berhenti. Berobsesi untuk masa akan datang bukan bermakna mengacau-ngacau suasana masa silam bahkan kita perlu :

1.      Menjejak sejarah untuk melaksanakan perjuangan.
2.      Mengelola zaman keemasan menjadi keunggulan.

Semangat inilah yang ditanam oleh para murabbi lampau dengan kata-kata mereka :

“Kami mengajar anak-anak kami dengan peperangan di masa Nabi sebagaimana kami mengajarkan hafalan ayat-ayat Al Qur’an.”

Murabbi sentiasa mengambil mutiara pengalaman sebagai kekayaan kerana :

“Sesungguhnya ia adalah kemuliaan nenek moyang kamu, maka janganlah kamu melupakannya.”

Sejarah mengajarkan nilai dan ketinggian waktu. Ramai aktivis dakwah rindukan :

a.       Halaqah tarbawi penuh pengisian.
b.      Halaqah yang menanamkan sikap kepahlawanan.
c.       Halaqah yang membuatkan hati menggeletar.
d.      Halaqah yang membuatkan keringat dingin bercucuran menitik.
e.       Dakapan ukhuwah yang hangat.
f.       Taujihat yang menggugah.
g.      Perhatian yang penuh teliti.
h.      Ziarah kubur yang menyentuh jiwa.
i.        Mukhayyam yang menggelorakan iman.

Mungkinkah semua ini akan berlaku kembali di zaman ini?

Sesungguhnya ia boleh berlalu bersama zaman, namun kenangan manisnya tidak akan hilang kerana :
1.      Setiap fasa ada tuntutannya masing-masing.

2.      Setiap zaman ada aktivisnya yang berbeza-beza.

Kini zamannya berbeza, murabbinya juga berbeza manakala mutarabbinya memiliki aneka selera.

Oleh yang demikian, diperlukan ketangkasan bertindak dalam menghadapi perubahan dan perkembangan baru sebagaimana :

a.       Semangat Muhammad Al Fateh yang menyatukan potensi untuk meraih tujuan suci.

b.      Keteguhan Solahuddin Al Ayyubi yang memilih pasukan tenteranya berdasarkan kualiti ibadah mereka.
Kunci kejayaan di zaman ini ada dua :

PERTAMA : MEMBENTUK KARAKTER YANG KUAT

KEDUA : MENJADI PELAJAR YANG SEJATI

Kedua-dua perkara tersebut dapat diperolehi dengan dakwah :

1.      Dengan penuh hikmah.
2.      Pengajaran yang baik.
3.      Perdebatan yang lebih baik.

Hikmah yang paling kuat adalah jawaban dengan keteladanan kerana ia lebih sahih dari perkataan.

Kitalah sebenarnya yang membuatkan diri kita istimewa.

VISI SEORANG MURABBI

Visi dibangunkan untuk menetapkan perjalanan agar tidak terperosok dalam keburukan yang memberi kesan pada :

a.       Kekusutan wajah.
b.      Kekeluan lidah.
c.       Kegelapan hati.
d.      Tertutupnya potensi.

Ia adalah cara untuk menjejaki peta kehidupan kita yang sebenarnya dengan memainkan peranan sebagai murabbi pilihan dan guru teladan. Kuncinya adalah mengembalikan ruh tarbiyah dalam dakwah.

Ada beberapa perkara penting yang boleh menceritakan sifat murabbi pilihan.

PERTAMA :

Menjadi murabbi yang dinanti dan dicintai serta menjadi guru yang dirindui selalu.

KEDUA :

Kuat menghadapi deraan masaalah. Walauapapun yang berlaku, sentiasa ada kekuatan yang memberi inspirasi kerana dengan wujudnya masaalah, ia menjadi kesempatan untuk bangkit dan menyelesaikannya serta memperbaiki langkah.

KETIGA :

Sentiasa optimis untuk dapat keluar dari kungkungan masalah dengan memperkuatkan “Tarbiyah Zaatiah” (pendidikan diri).

KEEMPAT :

Menemui cara yang bijak agar tidak terjatuh ke dalam kesalahan yang sama dua kali apalagi berkali-kali. Kegagalan yang sebenar bukan pada saat kita jatuh, namun pada saat kita menolak untuk bangkit kembali.

KELIMA :

Yakin dan penuh percaya diri akan datangnya pertolongan Allah sebagaimana nasihat Sufyan bin Uyainah : 

“Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubunagnnya dengan manusia.”

KEENAM :

Membangun jiwa yang gagah, tidak manja, tidak pengecut dan tidak lari dari tanggungjawab.

Marilah kita tatapi sebuah taujih ruhiyah yang menggugah dari seorang ulama’, pendakwah, pemikir dan mantan ‘Muraqib Aam’ IM Syria yang telah berhijrah ke Negara Jerman iaitu Syeikh Isham Al Athar dalam sebuah karya monumentalnya “Azhmah Ruhiyah” (Krisis Ruhiyah) di mana beliau berkata :

“Apabila hati seorang Muslim kosong dari iman, maka akan hilang pula pengaruhnya. Islam akan lenyap dari kehidupannya. Pada akhirnya tiada lagi amal yang dapat dipersembahkan untukNya. Laksana sebatang pohon yang kering akarnya, habis sumber kehidupan dan pertumbuhannya dan rapuh asas pijakannya. Akhirnya, ia layu dan mati. Berubahlah menjadi kayu bakar kering yang tidak lagi dapat dimanfaatkan kecuali untuk bahan bakar.

Apabila cahaya iman telah mulai redup di hati, hubungan dengan Rabbnya mulai lemah dan tali ikatannya mulai kendur, mulailah jiwanya cenderung kepada harta dunia dengan wujud cinta dan kesungguhan untuk meraihnya.

Ketika itu, layulah pohon Islam pada kehidupannya dan jadilah sebuah patung yang tidak bergerak. Tiada kehangatan di dalamnya dan tiada pula ruh dan semangat. Ia kembali dengan darjat terendah yang tidak mampu bangkit kembali dan tidak lagi mempunyai pengukur nilai yang layak untuk mengukurnya….”

KITALAH MURABBI PILIHAN

Tanda bahaya yang perlu sentiasa kita berwaspada adalah apabila kita merasa puas dengan apa yang ada dan tidak mahu berjuang untuk menjadi yang lebih baik lagi, padahal kita mampu.

Kita juga perlu mengenali semua potensi yang ada dan menguruskannya menjadi karya-karya besar. 

Hayatilah setiap peranan untuk meraih tujuan yang lebih mulia.

Kitalah murabbi….

Jika memiliki potensi tinggi untuk menjadi seorang pemimpin yang handal dan memiliki bahkan meluangkan waktu untuk itu.

Kitalah murabbi….

Jika memiliki impian besar untuk menjadi seorang pemimpin besar.

Kitalah murabbi….

Jika berani menghadapi setiap risiko dan berani bertanggungjawab atas setiap keputusan yang diambil.

Kitalah murabbi….

Jika mampu menjadi contoh teladan bagi orang lain dan mampu menggerakkan, menginspirasikan dan mengelola orang lain.

Kitalah murabbi….

Jika kita mampu menceritakan setiap gagasan dan pemikiran terhadap orang lain baik dengan keteladanan dan lisan serta  mampu menuangkannya dalam bentuk tulisan.

Wahai Murabbi!

Sudahkah kita merasakan dan memiliki ketenangan di saat memikul amanah?

Ini adalah kerana tugas kita adalah menghadirkan ketenangan bagi masyarakat di sekeliling kita kerana salah satu kayu pengukur kemenangan dakwah adalah ketika orang merasakan ada ketenangan dan harapan yang kuat ketika mereka dekat dengan kita di samping harapan yang kuat untuk melakukan yang terbaik.

Inilah sebaik-baik kesibukan bagi para murabbi iaitu kesibukan yang :

1.      Melahirkan kesungguhan untuk menekuni pekerjaan dan menjejaki peranan.
2.      Membina keperibadian.
3.      Meningkatkan semangat.
4.      Menyalurkan inspirasi yang menggugah jiwa umat.
Inilah sebenarnya ruh murabbi iaitu ruh memberi dan ia bukanlah sekadar memberi namun :
a.       Memberikan yang terbaik.
b.      Menyampaikan.
c.       Mengajarkan.
d.      Mewariskan keteladanan amal.
e.       Menunjukkan kepeloporan.

Ia bertepatan dengan firman Allah swt :

“Jadilah kamu generasi rabbani kerana kamu sentiasa mengajarkan Al-Kitab dan disebabkan kamu selalu mempelajarinya.” (QS Ali Imran : 79)

Ya Allah, jadikanlah kami murabbi-murabbi pilihan untuk melaksanakan usaha mentarbiyah umat sehingga mereka menjadi tiang-tiang yang kukuh bagi mempertahankan agamaMu dan meninggikan kalimahMu serta merintis jalan ke syurgaMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS



Labels: Tarbiyah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
View mobile version
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Kualiti Sebenar Rijalud Dakwah
    Rijalud dakwah adalah seseorang yang telah di tarbiyah secara intensif sehingga memiliki persediaan untuk berjuang dan berkorban di jal...
  • Surah Yang Menjadi Pembela
    Allah swt telah menurunkan kepada kita Al Qur’an sebagai : a.        Cahaya. b.       Rahmat. c.        Ubat dari penyakit hati dan...
  • Tegakkan Ketakutan Kepada Allah
    Martabat manusia ditentukan oleh akhlaknya. Kematangan sikap dan peribadi bermula dari rumah tangga. Menanamkan sikap yang jujur dan memben...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ▼  June (7)
      • Ramadhan Dua Zaman
      • Ramadhan Yang Dirindui
      • Murabbi Merintis Jalan Ke Syurga
      • Nikmat Menjadi Murabbi
      • Nasyid Perjuangan 3
      • Isra' Mi'raj Dari Perspektif Harakah
      • Amal Secara Berjamaah
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger