skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Wednesday, 22 April 2015

Menjunjung Kesucian Dakwah

Ditulis Oleh WAS Pada 03:46 – 0 Komen Anda
 

Dakwah secara bahasa bererti panggilan atau seruan. Dengan makna ini, ia boleh memberi maksud suatu usaha yang dilakukan dan boleh juga bererti kandungannya.
Di antaranya Allah swt berfirman, “Bagi Dia-lah seruan kebenaran,” iaitu ketika kesaksian bahwa tidak ada Tuhan selain Allah.

Termasuk dalam perkara ini ialah ‘di’ayah’ (propaganda). Dalam sebuah hadits disebutkan, “Aku mengajarkanmu dengan propaganda Islam,” yang dimaksudkan adalah dengan kalimah ‘Syahadah’.
Dengan yang demikian, dakwah adalah memberi dorongan dan semangat dalam suatu urusan atau dengan kata lain menyeru dengan mencurahkan segala kemampuan berkomunikasi dan berpropaganda sehingga dapat difahami.

Dengan definisi ini, dakwah adalah sinonim dengan perkataan ‘i’lan’ (promosi) dan ‘di’ayah’ (propaganda).
Namun, sebahagian penulis kontemporari membezakan antara keduanya.

Mereka berkata, dakwah adalah usaha yang dicurahkan untuk menyampaikan risalah.

a.      ‘I’lan’ adalah usaha yang dicurahkan untuk membela risalah.

b.     ‘Di’ayah’ adalah metod untuk mempropagandakan risalah itu dengan cara memberikan pengaruh yang kuat kepada individu atau kelompok orang dengan memujuk mereka melalui segenap kemampuan yang dimiliki.

Namun, dakwah Islam sangat khusus dengan tujuan akhirnya, iaitu Allah swt dan oleh kerana itu, ia diungkapkan dalam bentuk kalimat ‘Ad-da’wah ilalah’. 
Ungkapan ini memberikan batasan dan rujukan yang jelas bahwa dakwah Islam adalah menyeru seluruh umat manusia dalam rangka merealisasikan penghambaan manusia yang bersih hanya kepada Allah swt semata-mata.

Allah swt berfirman :
“Katakanlah, “Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik.” (QS Yusuf : 108)

KEDUDUKAN DAKWAH
Dalam Islam, dakwah mempunyai kedudukan yang sangat tinggi berdasarkan kesaksian Al-Qur’an.

1.     Ucapannya adalah sebaik-baik ucapan.

2.     Amal para pelakunya direkomendasikan sebagai amal soleh.

3.     Pernyataan berafiliasi kepada kandungannya menunjukkan akan kebanggaan dan kebesarannya.

Allah swt berfirman :
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata, “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (QS Fushilat : 33)

HAKIKAT DAKWAH

Dalam situasi seruan dakwah di berbagai benua Islam yang kini diuji dengan serangan yang amat dahsyat serta ditambah pula dengan konspirasi yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam terhadap dakwah dan pendokongnya, kita dapat melihat di sini bahawa dakwah yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin  adalah dakwah Islamiyah yang tulen yang berjalan di atas petunjuk Nabi Muhammad saw dari sudut :
 

a.      ‘Dakwah’ (seruan).

b.     ‘Islah’ (pembaikan).

c.      ‘Taghyir’ (perubahan).

Justeru, dakwah ini adalah kesinambungan bagi jalan ‘asolah’ (tulen / asli) yang telah dilalui oleh golongan terdahulu yang mendapat kemuliaan.

Dakwah ini :
 

1.     Adalah suci dari ketamakan dan hawa nafsu.

2.     Tertegak untuk membangun bersama ummah mengembalikan semula keagungan Islam.

3.     Pasti akan mendapat kemenangan dengan izin Allah swt.

4.     Tidak sekali-kali mampu disekat dan dihalang perjalanan dan perkembangannya oleh musuh-musuh Allah swt.

Allah swt berfirman :

“Sedang rancangan jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya”.

(QS Fathir : 43)

FirmanNya lagi:

“Sesungguhnya kami tetap membela serta mempertahankan rasul-rasul kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat).” (QS Al-Mu’min : 51)

Imam Hasan Al Banna berkata di dalam Risalah “Ikhwan Di Bawah Panji Al Qur’an”:


“Wahai Ikhwanul Muslimin, bahkan wahai manusia seluruhnya, kami :

a.     Bukan parti politik sekalipun politik di atas dasar Islam adalah merupakan intipati kepada fikrah kami.

b.     Bukan pertubuhan kebajikan pembaikan sekalipun kerja kebajikan dan pembaikan adalah merupakan tujuan kami yang utama.

c.      Bukan pertubuhan riadhah (sukan) sekalipun riadhah untuk kesihatan badan dan ruh adalah merupakan wasilah kami yang penting.

d.     Bukan semua bentuk yang disebutkan itu.

Sesungguhnya semua itu mempunyai matlamat terhad dan mempunyai tempoh yang terhad. Boleh jadi ia tidak lebih dari sekadar pertubuhan yang hanya gah pada nama sahaja.

Tetapi kami (wahai manusia) :

1.     Adalah fikrah dan aqidah.

2.     Adalah nizham (sistem).

3.     Adalah manhaj (metod).

4.     Tidak terhad kepada tempat tertentu.

5.     Tidak terikat dengan bangsa tertentu.

6.     Tidak terkepung oleh sempadan-sempadan geografi.

7.     Tidak akan terhenti dengan sesuatu kejayaan terhad yang dicapai.

Sehingga Allah swt mewariskan bumi ini beserta pendokongnya kerana ia merupakan ‘Nizham Rabb Al-Alamin’ dan ‘Manhaj Rasul Al-Amin”.

KARAKTERISTIK DAKWAH
Dakwah Islam mempunyai karakteristik yang membezakannya dengan dakwah yang lain. Di antaranya adalah:

1.     Rabbaniyyah, kerana ia bersumber dari Allah dan untuk Allah. Dia-lah pemiliknya.

 
Allah swt berfirman, “Hanya bagi Allah-lah doa yang benar.” (QS Ar-Ra’d : 14)

 
2.     Menyeru kepada kebenaran, sementara dakwah lainnya menyeru kepada kebatilan.
 

Allah swt berfirman, “Dan Allah menghukum dengan keadilan. Dan sembahan-sembahan yang mereka sembah selain dari Allah tidak dapat menghukum dengan suatu apa pun.” (QS Ghafir : 20)
 

3.     Menyeru kepada keselamatan, sedangkan dakwah selainnya mengajak ke neraka.
 

Allah swt berfirman, “Wahai kaumku, bagaimanakah kamu, aku menyeru kamu kepada keselamatan, tetapi kamu menyerukan ke neraka.” (QS Ghafir : 41)
 

4.     Bertujuan tetap, sifat ini tidak dimiliki oleh dakwah selainnya.
 

Allah swt berfirman, “Katakanlah, “Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.” (QS Yusuf : 108)
 

5.     Mengajak kepada kehidupan, sedangkan dakwah yang lain mengajak kepada kematian.
 

Allah swt berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkanmu, ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nya lah kamu akan dikumpulkan.” (QS Al-Anfal : 24)
 

6.     Bersifat kesejagatan, seruannya ditujukan kepada umat manusia seluruhnya.

Allah swt berfirman, “Dan tidaklah aku mengutusmu (Muhammad), kecuali untuk seluruh umat manusia sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan.” (QS Saba’ : 28)
Itulah karaketristik terpenting tentang dakwah Islam. Masih banyak lagi karakteristiknya dalam Al Qur’an dan As Sunnah yang tidak pernah kering mata airnya dan tidak pernah habis kebaikannya.

HUKUM BERDAKWAH

Dakwah merupakan kewajiban bagi setiap Muslim dan Muslimah sesuai dengan kemampuan mereka masing-masing.

Tidak ada yang dikecualikan dalam kewajiban ini, selain mereka yang tidak termasuk mukallaf, “Katakanlah, “Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku….” (QS Yusuf : 108)
Yang mengikuti Rasulullah saw adalah setiap mukmin.
Ia bukan khusus bagi para ulama’ atau ilmuan menurut sebahagian orang, kerana ia adalah kewajiban semua orang.
Rasulullah saw bersabda, “Sampaikanlah olehmu dariku walau satu ayat.”

Yang benar adalah bahwa bagi para ulama’, ada tugas tambahan di samping kewajiban dakwah pada umumnya, iaitu menjelaskan perincian agama, hukum dan nilai-nilainya sesuai dengan keluasan ilmu dan pengetahuan mereka tentang seluk beluknya.
Hal ini sesuai dengan apa yang dilakukan oleh para sahabat dan generasi berikutnya.

Allah swt berfirman :
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab. Mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati, kecuali mereka yang telah taubat, melakukan perbaikan, dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itu Aku menerima taubatnya dan Aku-lah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS Al Baqarah : 159-160)

Dakwah secara individu dilakukan oleh orang Islam sebagai individu dalam jamaah yang menyeru kepada Allah swt.
Allah swt berfirman :

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Ali ‘Imran : 104)
Maksud dari ayat ini adalah agar ada segolongan dari umat ini yang menyambut kewajiban dakwah walaupun ia wajib atas setiap individu umat ini sesuai kemampuan masing-masing.

Rasulullah saw bersabda :
“Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisannya, jika tidak mampu maka dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR Muslim)

Dalam pandangan Islam, dakwah hendaklah mendahului jihad, (walau apa pun bentuk jihad tersebut) kerana manusia tidak akan dihukum di atas tugas-tugas yang diwajibkan kecuali setelah dakwah itu sampai kepadanya.
Allah swt berfirman :

“Kami tidak akan mengazab suatu kaum sebelum Kami mengutus seorang Rasul.” (QS Al-Isra’ : 15)
Penyampaian tidak mungkin terlaksana dengan baik kecuali dengan dakwah.

Rasulullah saw tidak pernah menyerang suatu kaum dan tidak menghukum seorang pun atas perbuatan yang dilakukannya kecuali setelah hal itu disampaikan dan diberitahukan.
Dalam hadits Muaz bin Jabal ketika ia diutus oleh Rasulullah saw ke Yaman, terdapat dalil yang sangat jelas tentang apa yang dikatakan ini.

TIANG-TIANG DAKWAH
Dakwah Islam ditegakkan di atas empat tiang :

1.     ‘Dai’ (pendakwah), iaitu Rasulullah saw dan orang-orang beriman yang mengikutinya hingga hari kiamat. 

2.     ‘Da’wah’ (kandungannya), iaitu kalimah syahadah dan perjanjian yang perlu dipenuhi. Inilah yang disebut jalan Allah.

3.     ‘Mad’u’ (objek dakwah) iaitu seluruh umat manusia, samada yang Arab mahupun yang ‘ajam, yang berkulit putih mahupun yang berkulit merah.

 4.     ‘Uslub’ (Metod), iaitu hikmah, ‘mau’izhah hasanah’, dan ‘mujadalah’ (berdebat) dengan cara yang (paling) baik.

Semua ini Allah swt telah himpunkan dalam satu ayat dalam firman-Nya :

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, mau’izhah hasanah (pelajaran yang baik), dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan-mu Dia-lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Qs An-Nahl : 125)

PERANAN DAKWAH

Peranan dakwah ini yang paling utama ialah seperti yang telah ditegaskan oleh Imam Hasan Al-Banna di dalam Risalah bertajuk “Ke Arah Mana Kita Menyeru Manusia” :
“Memimpin dunia dan menunjuk ajar manusia seluruhnya kepada sistem-sistem Islam, pengajarannya yang berguna di mana ia tidak mungkin dapat membahagiakan manusia dengan selainnya”.

Ia adalah ruh baru yang mengalir dalam jantung hati ummah ini dan dihidupkannya dengan Al Qur’an.
Dengan pemaparan singkat tentang definisi dakwah, kedudukan, hakikat, karakteristik, hukum, tiang-tiang serta peranannya di atas, menjadi jelaslah apa yang diisyaratkan oleh Imam Hasan Al-Banna bahwa Islam adalah dakwah sebagaimana ia adalah jihad dengan segala makna yang terkandung di dalamnya. Semua keterangan di atas membuktikan bahawa dakwah Ikhwanul Muslimin secara khususnya adalah :

a.      Dakwah Islamiyyah yang suci.

b.     Bersifat ‘Rabbaniyyah’ (bersumber dari wahyu Allah) pada titik bertolak dan pada matlamatnya.

c.      Berjalan mengikut panduan dan petunjuk Rasulullah saw.

d.     Bersifat ‘Islahiyyah Syamilah’ (gerakerja pembaikan yang menyeluruh) pada manhajnya.

e.      Bersifat ‘Alamiyyah’ (kesejagatan) yang tidak terhad pada batas-batas tertentu atau dipisah-pisahkan oleh puak dan bangsa.

Ya Allah, jadilah kami pendokong-pendokong dan aktivis dakwah di jalanMu yang menjunjung tinggi kemuliaan dakwah dan seruannya serta tetap teguh berjalan di atas sunnah dan ketetapanMu sehingga kemenangan berpihak kepada kami atau kami gugur di atas jalan ini dalam usaha untuk mencapai keredhaanMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS 
Labels: Dakwah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
View mobile version
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Kualiti Sebenar Rijalud Dakwah
    Rijalud dakwah adalah seseorang yang telah di tarbiyah secara intensif sehingga memiliki persediaan untuk berjuang dan berkorban di jal...
  • Surah Yang Menjadi Pembela
    Allah swt telah menurunkan kepada kita Al Qur’an sebagai : a.        Cahaya. b.       Rahmat. c.        Ubat dari penyakit hati dan...
  • Tegakkan Ketakutan Kepada Allah
    Martabat manusia ditentukan oleh akhlaknya. Kematangan sikap dan peribadi bermula dari rumah tangga. Menanamkan sikap yang jujur dan memben...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ▼  April (6)
      • Mutiara Hikmah Para Duat
      • Menjunjung Kesucian Dakwah
      • Mutiara Hikmah Para Duat
      • Manfaatkan Penggunaan Masa Mu
      • Tenangkan Duniamu Dan Resahkan Akhiratmu
      • Tarbiyah Bekalan Kita - Siri 4
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger