Perbaikan dan perubahan dari :
1. Jahiliyah kepada Islam.
2. Syirik kepada tauhid.
3. Penyembahan makhluk kepada penyembahan Al Khaliq.
4. Orientasi dunia kepada orientasi akhirat.
5. Kezaliman Thaghut kepada keadilan Islam.
6. Hukum nenek moyang buatan manusia kepada syariat Allah.
7. Perilaku tercela kepada perilaku terpuji.
a. Ideologi.
b. Budaya.
c. Kekuasaan.
Ini sesuai dengan apa yang termaktub di dalam Al Qur’an :
“…supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah” (QS Al-Anfal : 39)
Tentu sahaja perkara ini bukan suatu perkara yang mudah kerana :
1. Begitu banyak waktu dan tenaga yang akan digunakan.
2. Begitu panjang dan sukarnya jalan yang mesti ditempuhi.
Di antara bekalan yang perlu dipersiapkan adalah :
1. ‘Al Fahmu’ - Meningkatkan Ilmu Dan Kefahaman
Bekalan utama para pemikul dakwah adalah ilmu dan kefahaman.
Syeikh Muhammad Abdullah Al-Khatib dan Syeikh Muhammad Abdul Halim Hamid dalam kitab mereka “Pandangan semula terhadap Risalah Ta’lim” menyatakan :
“Kefahaman yang benar dapat membantu :
a. Mewujudkan amal yang benar.
b. Menerapkannya secara tepat.
c. Memelihara pemiliknya dari kegelinciran.”
“Barangsiapa yang beramal tanpa berdasarkan ilmu, maka unsur merusaknya lebih banyak daripada maslahatnya.”
Seseorang yang ikhlas dalam beramal namun tidak memiliki kefahaman yang benar dan tidak mampu menempatkan sesuatu pada tempatnya boleh tersasar dan tersesat jauh dari jalan kebenaran.
2. ‘Al Ikhlas’ - Menerapkan Keikhlasan
Selain ilmu dan kefahaman, bekalan lain yang mesti dipersiapkan oleh para pemikul dakwah adalah keikhlasan.
Setiap pendakwah mestilah menerapkan keikhlasan sehingga amalnya tidak dicampuri oleh keinginan-keinginan jiwa yang bersifat sementara seperti :
a. Menginginkan keuntungan material.
b. Meraih kedudukan.
c. Memburu harta.
d. Membina Kemasyhuran.
e. Mendapatkan tempat di hati manusia.
f. Mengharapkan pujian dari manusia.
g. Menghindari celaan manusia.
h. Mengikuti bisikan nafsu.
i. Mengejar cita-cita peribadi.
Para pemikul dakwah hendaknya mengorientasikan perkataan, perbuatan, dan jihadnya hanya kepada Allah dan mengharap keridhaanNya tanpa memperhatikan keuntungan material, prestasi, jawatan mahupun gelaran.
Dengan yang demikian, ia menjadi :
‘Tentera Aqidah’
bukan
‘Tentera Kepentingan’
yang hanya mencari kemanfaatan dunia.
Firman Allah swt :
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah).” (QS Al An’am : 162-163)
3. ‘Al Amal’ - Stamina Amal
Adalah mustahil suatu Peradaban Islam akan dapat diwujudkan dengan amal yang
a. Tidak berperaturan.
b. Tumbuh meliar.
c. Hanya berdasarkan reaksi terhadap persekitaran.
d. Bersifat sementara.
e. Bersifat tempelan.
f. Sekadar slogan dan propaganda kosong.
Ingatlah, sesungguhnya tiada tempat sedikitpun bagi orang-orang yang malas dan berpeluk tubuh dalam barisan dakwah.
“Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan rasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan (QS At Taubah : 105)
4. ‘Al Jihad’ - Ruh Jihad
Tanpa jihad, dakwah tidak akan pernah hidup.
Urutan jihad yang pertama yang dituntut dari para pemikul dakwah adalah pengingkaran hati terhadap kemaksiatan kepada Allah dan puncaknya adalah berperang di jalan Allah swt.
Di antara keduanya ada jihad dengan :
a. Lisan.
b. Pena.
c. Tangan.
d. Kata-kata yang benar di hadapan penguasa yang zalim.
Ibnu Abbas ra berkata tentang pengertian jihad :
“Jihad adalah menggunakan segala potensi dalam membela agama Allah dan tidak takut celaan orang yang mencela dalam melaksanakan agama Allah.”
Muqatil berkata :
“Jihad adalah bekerja untuk Allah dengan sebenar-benar kerja, dan beribadah dengan sebenar-benar ibadah.”
Abdullah Bin Mubarak berkata :
“Jihad adalah mujahadah terhadap jiwa dan hawa nafsu.”
Dr. Sa’id Ramadhan Al-Buthi berkata :
“Jihad adalah mencurahkan potensi dalam rangka meninggikan kalimat Allah dan membentuk masyarakat muslim. Sedangkan mencurahkan tenaga dengan melakukan perang adalah salah satu jenis dari jihad. Tujuan jihad adalah membentuk masyarakat yang Islami, dan membentuk Negara Islam yang benar.”
5. ‘At Tadhiyah’ - Semangat Pengorbanan
‘At-Tadhiyah’ adalah mengorbankan :
a. Jiwa.
b. Harta.
c. Waktu.
d. Kehidupan.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (QS At-Taubah : 111)
Marilah kita teladani Abu Bakar ra yang rela mengorbankan seluruh hartanya pada masa peperangan Tabuk.
Begitu pula Shuhaib Ar-Rumi rela melepaskan apa yang dimiliki ke tangan kaum musyrikin untuk membela agama Allah lalu berhijrah dari Makkah ke Madinah.
“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.” (QS Al Baqarah : 207)
6. ‘At Tha’ah’ -Taat Kepada Kepimpinan
Amal Harakah Islamiyah adalah amal jama’ie dan oleh kerana itu ada ‘jundi’ (pengikut) dan ada ‘qiyadah’ (kepimpinan).
Kedua-duanya terikat dalam perjuangan yang berlandaskan kesamaan :
a. Visi.
b. Misi.
c. Program.
d. Gerakerja.
Cuba kita bayangkan apa yang akan terjadi jika program dan tugas dakwah yang telah dirancangkan diterima oleh :
a. Telinga yang tidak mampu mendengar?
b. Semangat yang redup dan lembap?
c. Hati yang berkecenderungan untuk membantah?
d. Jiwa yang merasa sombong?
1. Projek-projek besar akan menjadi mandul seketika.
2. Amal-amal mulia akan mengalami kelumpuhan.
3. Wawasan dan matlamat akan terkubur.
Kita tentunya tahu pelajaran agung yang dapat diambil dalam peperangan Uhud, bagaimana Rasulullah saw memerintahkan para pemanah untuk tidak meninggalkan posisi mereka walau apa pun yang terjadi.
Namun, tatkala mereka melihat kemenangan seolah-olah telah berpihak pada kaum muslimin, mereka turun meninggalkan posisi mereka dan melanggar perintah Rasulullah saw.
Akhirnya berlaku serangan kedua dari pihak musyrikin yang menyebabkan 70 orang muslimin syahid.
Pelajaran ini menegaskan tentang wajibnya ketaatan.
Oleh kerana itu, para pemikul dakwah mesti sentiasa bersiap sedia melaksanakan perintah kepimpinan dan merealisasikan dengan segera, samada :
a. Dalam keadaan sulit mahupun mudah.
b. Di saat bersemangat mahupun malas.
‘At Tsabat’ ertinya teguh beramal sebagai mujahid dalam memperjuangkan tujuannya walaupun :
a. Jauh jangkauannya.
b. Lama waktunya.
a. Hidup mulia.
b. Mati syahid.
8. ‘At Tajarrud’ – Memiliki Kebulatan Tekad
‘At Tajarrud’ ertinya penumpuan secara keseluruhan atau bersungguh-sungguh pada suatu urusan.
Di antara tanda-tanda sikap ‘tajarrud’ yang mesti dimiliki oleh para pemikul dakwah adalah :
Pertama : Mampu menzahirkan sikap terhadap manusia atau segala sesuatu dengan timbangan dakwah.
Apakah ia
a. Berhak mendapatkan kesetiaan.
b. Berhak mendapatkan permusuhan.
Kedua : Tidak merasa berat mempersembahkan jiwa di jalan Allah swt dan mengatur segala urusannya serta seluruh kehidupannya selari dengan hukum-hukum dan perintah-perintah Allah swt.
Para pemikul dakwah seharusnya mampu menegakkan ‘al-haq’ di dalam jiwa, nurani dan kehidupan mereka dalam bentuk :
a. Aqidah.
b. Akhlak.
c. Ibadah.
d. Perilaku sehari-hari.
“Tegakkanlah Islam di dalam hatimu, tentu ia akan tegak di bumimu.”
9. ‘Al Ukhuwah’ - Menjaga Persaudaraan
Ukhuwah adalah kekuatan iman yang menumbuhkan perasaan :
a. Simpati.
b. Emosi yang tulus.
c. Kecintaan.
d. Kasih sayang.
e. Penghargaan.
f. Penghormatan.
g. Saling percaya.
Ukhuwah mampu menumbuhkan sikap :
a. Saling tolong menolong.
b. Saling mengutamakan orang lain.
c. Saling mengasihi.
d. Saling memaafkan.
e. Saling berlapang dada.
f. Saling menanggung.
g. Saling mengukuhkan.
Seandainya para pemikul dakwah mengalami penurunan dari tingkatan ukhuwah yang paling rendah iaitu ‘salamatush shadr’, maka :
a. Perpecahan akan muncul.
b. Pertentangan akan semakin meluas.
“Taatlah kepada Allah dan rasulNya, janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (QS Al-Anfal : 46)
10. ‘At Tsiqah’ - Memiliki Kepercayaan
Bekalan terakhir yang mesti dipersiapkan oleh para pemikul dakwah adalah ‘tsiqah’, iaitu rasa puasnya seorang ‘jundi’ (pengikut) terhadap ‘qiyadah’ (kepimpinan) nya dalam hal kemampuan dan keikhlasannya dengan kepuasan mendalam yang menumbuhkan :
a. Rasa cinta.
b. Penghargaan.
c. Penghormatan.
d. Ketaatan.
Oleh yang demikian, para pemikul dakwah mesti menjaga dan memperkukuhkan kepercayaan dan keyakinannya kepada pemimpin mereka agar dakwah akan terus berjalan hingga mencapai tujuan dan matlamatnya.
Akhirnya marilah kita meneliti pesanan Syeikh Mustafa Masyhur dalam kitabnya “Bekalan Di Atas Jalan Dakwah” berkenaan kepentingan menyediakan bekalan bagi para pendakwah :
“Bekalan di perjalanan dakwah dapat menjadikan pemiliknya sebagai pendokong pendakwah contoh yang :
1. Memahami agamanya dengan sebenarnya dan menyeluruh.
2. Jauh dari kekeliruan atau penyimpangan.
3. Menyedari kewajiban-kewajiban yang telah ditetapkan oleh Islam untuknya.
4. Mengikhlaskan seluruh amal yang dilakukan hanya kepada Allah dan mencari redhaNya.
5. Memahami tahap-tahap amal, sasaran dan saranannya serta tidak menyalahinya.
6. Meyakini bahawa jihad adalah jalan yang di tempuh oleh para pendokong dakwah.
a. Persiapkanlah dirimu untuknya.
b. Korbankanlah segala yang dimiliki untuk perjuangan fisabilillah.
c. Perihatinlah terhadap saudara-saudaramu yang sama-sama dalam satu barisan di mana darjatnya yang paling rendah “Salamatus Sadr” iaitu (Kosongkan dada dari segala perasaan tidak senang terhadap mereka) dan puncaknya adalah “Ithar” (Mengutamakan mereka melebihi dari keperluan diri kamu).
d. Tetaplah pada kebenaran dan dalam berjihad untuk mencapai tujuan tersebut meskipun jalannya panjang dan memerlukan waktu yang lama hingga engkau bertemu Allah dalam keadaan seperti itu.
e. Tulus pada dakwah serta jamaahnya.
f. Terbebas dari prinsip selainnya dan dari berbagai peribadi atau tokoh.
g. ‘Thiqah’ (percaya) pada Tuhannya, dakwahnya, jamaahnya dan pemimpinnya dengan kepercayaan yang tidak bercampur dengan kebimbangan dan keraguan.
h. Iltizam dengan segala perintah selama mana tidak melakukan maksiat dan melaksanakan kewajiban-kewajiban sebagai pendukung dakwah dengan tulus dan jujur.”
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS