Ketika ini keadaan kehidupan masyarakat muslim tidak begitu kondusif bagi penghayatan keislaman mereka di mana corak kehidupan yang ‘sekular’ sudah menjalar hampir ke seluruh sudut kehidupan meliputi sektor :
a. Ekonomi.
b. Kebudayaan.
c. Pergaulan masyarakat.
d. Sistem politik dan pemerintahan.
Jika di ibaratkan, kaum muslimin ketika ini seperti satu kelompok ikan yang sedang menjalani kehidupan di tempat yang bukan habitat semulajadinya.
Habitat umat Islam adalah berada di tempat yang diatur dengan wahyu Ilahi (kehidupan Islam) dan bukannya aturan yang dibuat oleh manusia itu sendiri.
Allah swt berfirman :
”Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan Aku sempurnakan nikmat-Ku atas kamu dan Aku ridha Islam sebagai agama kamu.” (QS Al-Maidah : 3)Dalam ayat di atas, Allah swt memberi perkhabaran bahawa agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada seluruh manusia adalah agama yang sempurna dan mencakupi seluruh perkara yang sesuai diterapkan di setiap zaman, setiap tempat dan setiap umat.
Islam adalah agama yang sarat dengan :
1. Ilmu.
2. Kemudahan.
3. Keadilan.
4. Kebaikan.
Islam adalah agama dan negara (daulah) di mana di dalamnya terdapat manhaj yang ‘haq’ (benar) dalam bidang hukum, pengadilan, politik, kemasyarakatan dan ekonomi serta segala perkara yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan dunia mereka dan dengan Islamlah mereka akan bahagia dalam kehidupan di akhirat nanti.
Sekurang-kurangnya ada tiga konsep yang diatur oleh Islam :
PERTAMA : Mengatur setiap perbuatan manusia dalam hubungannya dengan Penciptanya
Perkara ini tercermin dalam aqidah dan ibadah ‘ritual’ dan spiritual meliputi Tauhid, solat, puasa, zakat dan lain-lain.
KEDUA : Mengatur hubungan manusia dengan dirinya sendiri
Unsur yang dizahirkan meliputi akhlak, pakaian dan makanan.
KETIGA : Mengatur manusia dengan lingkungan sosial
Perkara ini direalisasikan dalam bentuk mu’amalah dan hukuman melalui sistem ekonomi Islam, sistem pemerintahan Islam, sistem politik Islam, sistem jenayah Islam, strategi pendidikan, strategi pertanian dan sebagainya.
Namun ketika ini Islam tidak diterapkan secara menyeluruh (kaffah) di mana Islam tidak lagi menjadi ”way of life’ yang sempurna bahkan masyarakat dipaksa untuk hidup didalam sebuah sistem berteraskan jahiliyah.
Dengan keadaan seperti ini, ramai di antara kaum muslimin yang terkesan oleh keadaan persekitaran di mana di antara mereka :
a. Ada yang keadaan keislamannya cuma sebatas pada kad pengenalan semata-mata.
b. Ada yang berslogan “ibadah yes & maksiat yes”.
c. Ada juga yang ibadahnya terus berjalan namun maksiat juga tetap digenggam.
BUKU TANPA TAJUK
Ada sebuah pepatah Arab yang mengatakan :
‘Kun kitaaban mufiidan bila 'unwaanan, wa laa takun 'unwaanan bila kitaaban.’
“Jadilah buku yang bermanfaat walaupun tanpa tajuk. Namun, jangan menjadi tajuk tanpa buku.”
Pepatah dalam bahasa Arab tersebut mengandungi makna yang sangat mendalam terutama yang menyangkut soal keadaan masyarakat ketika ini yang sarat dengan konflik perebutan kekuasaan dan pengabaian amanah oleh pemimpin-pemimpin yang tidak menghasilkan manfaat dengan jawatan dan kekuasaan yang dimilikinya.
Masyarakat kini telah kehilangan ‘ruhul jundiyah’, iaitu jiwa kesatria.
‘Jundiyah’ adalah ciri-ciri perajurit yang di dalamnya terkandung jiwa kesatria sebagaimana yang diwariskan oleh pejuang dan ulama’ kita sebelum ini terutama ketika perjuangan untuk menuntut kemerdekaan.
Semangat perjuangan adalah semangat untuk berperanan dan bukan semangat untuk mengejar jawatan, posisi dan gelaran-gelaran duniawi lainnya.
Ketika ini, jiwa kesatria itu semakin menghilang dan sebaliknya muncul jiwa-jiwa kerdil dan pengecut yang menginginkan jawatan dan kekuasaan tetapi tidak mahu bertanggungjawab apalagi berkorban untuk sebuah perjuangan.
Yang berlaku adalah perebutan jawatan, samada melibatkan parti-parti politik, organisasi massa mahupun instrumen pemerintah di mana mereka berlumba-lumba mengikuti persaingan untuk mendapatkan jawatan, bahkan dengan menghalalkan segala cara.
Akibatnya, ramai manusia yang memiliki "tajuk", samada :
1. Tajuk akademik.
2. Tajuk keagamaan.
3. Tajuk ketenteraan.
4. Tajuk birokrasi.
namun tidak memberi banyak makna.
Maksudnya, wujud tajuknya tetapi :
a. Tanpa hakikat.
b. Tanpa isi.
c. Tanpa roh.
Di tengah-tengah hiruk pikuk kesenangan dunia yang sungguh menggoda ini, masih ada beberapa pihak yang tidak terpengaruh dengan persekitaran yang tidak kondusif tersebut di mana mereka masih aktif beribadah, ditambah dengan sedekah, infak dan juga haji mahupun umrah, bagi mereka yang mampu.
Namun di sisi lain, mereka tidak mahu ambil peduli dengan keadaan yang ada dan kalaupun mahu, maka hal itu cuma secara ala kadar di mana bagi mereka, urusan dakwah ini tidak terlalu penting.
Padahal, ada banyak kisah-kisah indah dan heroik dalam Sirah Sahabat di mana disebutkan bahwa Sai’d bin Zaid pernah menolak amanah menjadi gabenur di Himsh (Syria).
Hal ini membuatkan Umar bin Al Khattab ra mencengkam leher jubah Sai’d seraya berkata :
"Wahai Sai’d! Kau berikan bebanan yang berat di bahuku dan kau menolak membantuku??"
Barulah kemudiannya dengan hati yang berat, Sai’d bin Zaid bersetuju menjadi gabernur.
Ada lagi kisah lain di mana Umar bin Al Khattab pernah memberhentikan Khalid bin Al Walid pada saat beliau memimpin peperangan.
Ada lagi kisah lain di mana Umar bin Al Khattab pernah memberhentikan Khalid bin Al Walid pada saat beliau memimpin peperangan.
Hal ini dilakukan oleh Umar untuk menghentikan sikap memandang tinggi kepada peribadi panglima yang sentiasa berhasil untuk memenangkan setiap pertempuran.
Khalid menerimanya dengan ikhlas dan dengan ringkas ia berkata :
"Aku berperang kerana Allah dan bukan kerana Umar atau jawatanku sebagai panglima."
Maka ia pun tetap berperang sebagai seorang perajurit biasa.
Khalid dicabut "Tajuk"nya sebagai panglima perang namun, ia tetap membuat "Buku" dan membantu menorehkan kemenangan.
Pelajaran yang boleh dipetik dari kisah-kisah tersebut adalah :
Pelajaran yang boleh dipetik dari kisah-kisah tersebut adalah :
“Janganlah kita menjadi ‘tajuk’ tanpa ‘buku’ ; memiliki jawatan dan pangkat, tetapi tidak menuai manfaat.”
Maka, jiwa kesatria yang penuh pengorbanan mesti dihadirkan kembali sehingga tidak timbul lagi cinta kepada pangkat dan jawatan-jawatan, bahkan berlumba-lumba untuk tidak meraih apa-apa jawatan.
Namun, jika kita susuri sirah Nabi, di sana kita akan temui bahawa dahulu, Rasulullah saw dan para sahabat menjadikan aktiviti dakwah yang mulia ini sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka. Ada banyak sekali kisah para sahabat yang tentunya boleh kita petik sebagai pelajaran.
Salah satunya adalah Ibnu Mas’ud ra, seorang sahabat yang pertama kali membacakan Al-Qur’an secara terbuka di tempat berkumpulnya kaum Quraisy berdekatan ka’bah.
Apa yang berlaku?
Dia dipukul oleh orang-orang Quraisy sehingga separuh sedar dan hebatnya Ibnu Mas’ud di mana kejadian itu tidak menjadikan dia kecut perut, bahkan dia mengatakan :
”Mulai sekarang tidak ada lagi yang ku takutkan dari orang Quraisy, berikanlah lagi ayat-ayat Al-Qur’an, pasti akan ku bacakan di hadapan mereka”.
Sungguh luar biasa!
Kisah menakjubkan yang lain ialah sahabat Rasul yang bernama Sa’ad bin Abi Waqqas di mana keimanannya teruji dengan ancaman dari ibunya yang ingin melakukan mogok lapar jika Sa’ad tidak mahu kembali pada agama nenek moyangnya.
Kepada ibunya, Sa’ad berkata :
”Wahai ibu, ketahuilah, demi Allah, kalau sekiranya ibu mempunyai seratus nyawa dan keluar satu persatu, aku tidak akan meninggalkan agamaku ini”.
Subhanallah!!
SAMPAIKAN WALAUPUN SATU AYAT
Dakwah diwajibkan oleh Allah swt yang dijelaskan dalam banyak ayat-ayat Al-Qur’an mahupun hadits RasulNya.
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung.” (QS Ali Imran : 104)
Dijelaskan oleh Imam Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya pada perkataan “Al-Khair” di atas adalah Al-Quran dan As-Sunnah, sedangkan tafsir Jalalain menjelaskan maksud dari perkataan “Al-Khair” adalah Islam.
Perintah Allah swt tentang dakwah ini juga dijelaskan dalam firmanNya :
“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (QS An-Nahl : 125)
Seruan para pemikul dakwah kepada Islam juga dipuji oleh Allah swt dan tidak ada pujian yang lebih berharga selain pujian dariNya.
Allah swt berfirman :
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata : ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri’.?” (QS Fushshilat : 33)
Dalam “Fi Zilalil Qur’an”, Sayyid Qutb menfsirkan ayat ini bahwa :
“Kalimah-kalimah dakwah yang diucapkan oleh para dai'e adalah sebaik-baik kalimah, ia berada pada barisan pertama di antara kalimah-kalimah yang baik yang mendaki ke langit.”
Menempuh jalan dakwah ini tentunya diperlukan kesabaran, keikhlasan dan pengorbanan samada pengorbanan waktu, harta, bahkan jiwa serta berusaha untuk mencari keredhaanNya.
Ini adalah sebuah pilihan hidup yang tentunya insyaAllah tidak sia-sia di mana Allah swt menjanjikan balasan yang istimewa bagi mereka.
“Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (QS Al ‘Ankabut : 7)
Begitulah kenikmatan hidup yang sebenarnya yang hanya mampu diraih ketika kita :
1. Mentaati perintah dan menjauhi laranganNya.
2. Ikut bekerja dalam perjuangan.
3. Meneruskan kehidupan Islam.
Akhirnya kita akan memahami bahwa :
a. Tidak ada kemuliaan tanpa Islam.
b. Tidak ada Islam tanpa syari’ah.
c. Tidak sempurna syari’ah tanpa ‘Daulah Khilafah Ala Minhajin Nubuwwah’.
Semoga kita dimudahkan olehNya agar sentiasa ikhlas dan istiqamah di atas jalan ini iaitu jalan yang kita cintai hingga akhir hayat nanti.
Ya Allah, berilah kemudahan kepada kami untuk kami meniti jalan dakwah ini berpandukan petunjuk dariMu dan RasulMu saw kerana kami memahami bahwa Engkau akan sentiasa menjaga dan meninggikan Deen ini samada melalui kami atau kaum yang lain.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS