“Katakanlah, Inilah jalanku, aku mengajak kamu kepada Allah dengan ‘bashirah’ (hujjah yang nyata), aku dan pengikut-pengikutku – Maha Suci Allah, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik”. (QS Yusuf : 108)
Jalan Dakwah panjang terpandang jauh ke depan.
Jalan Dakwah panjang terpandang jauh ke depan.
- Duri dan batu licin sentiasa menghantui.
- Lurah dan bukit menghalang.
- Hujungnya bukan usia, bukan pula di dunia.
- Tetapi cahaya di atas cahaya, syurga dan ridha Allah.
- Cinta adalah sumbernya, hati dan jiwa adalah rumahnya.
Pergilah ke hati-hati manusia, ajaklah ke jalan Rabbmu.
Nikmati perjalanannya, berinteraksilah dengan bahasa bijaksana.
Nikmati perjalanannya, berinteraksilah dengan bahasa bijaksana.
Jika seseorang mendapat hidayah melaluimu.
Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya.
1. Jika engkau cinta, maka dakwah adalah FAHAM (Al Fahmu).
Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya.
1. Jika engkau cinta, maka dakwah adalah FAHAM (Al Fahmu).
a. Mengerti tentang Islam, risalah anbiya dan warisan ulama’.
b. Hendaknya engkau bangga dan merasa mulia dengannya.
c. Seperti Mughirah bin Syu’bah di hadapan Rustum, Panglima Kisra.
2. Jika engkau cinta, maka dakwah adalah IKHLAS (Al Ikhlas).
a. Menghiasi hati, memotivasi jiwa untuk berkarya.
b. Menuruti jejak Abul Anbiya, “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata bagi Rabb semesta alam”.
c. Berikan hatimu untuk Dia, katakan “Allah Tujuan Kita”.
3. Jika engkau cinta, maka dakwah adalah AMAL (Al Amal).
a. Membangun kejayaan umat bila masa sahaja, di mana sahaja berada.
b. Yang bernilai adalah kerja, bukan semata ilmu apalagi lamunan.
c. Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan.
d. Dari diri peribadi, keluarga, masyarakat hingga kejayaan.
4. Jika engkau cinta, maka dakwah adalah JIHAD (Al Jihad).
a. Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan.
b. Tinggikan kalimat Allah, rendahkan pujukan syaitan durjana.
c. Kerja kuat tidak kenal penat lelah adalah formulanya.
d. Tinggalkan kemalasan, santai dan berpeluk tubuh.
5. Jika engkau cinta, maka dakwah adalah TAAT (At Tha’ah).
5. Jika engkau cinta, maka dakwah adalah TAAT (At Tha’ah).
a. Kepada Allah dan Rasul, Al Qur’an dan Sunnahnya.
b. Serta orang-orang yang bertaqwa yang terurus.
c. Taat adalah bukti syukurmu kepada hidayah Allah.
d. Kerana nikmat akan bertambah melimpah penuh berkat.
6. Jika engkau cinta, maka dakwah adalah PENGORBANAN (At Taddhiyah).
6. Jika engkau cinta, maka dakwah adalah PENGORBANAN (At Taddhiyah).
a. Bukti kesetiaan dan kesediaan memberi, pantang meminta.
b. Bersedialah dengan banyak kehilangan dan sedikit menerima.
c. Kerana yang di sisi Allah lebih mulia, sedang di sisimu fana’ belaka.
d. Sedangkan setiap titis keringat pahala berlipat kali ganda.
7. Jika engkau cinta, maka dakwah adalah KETEGUHAN (Ath Tshabat).
7. Jika engkau cinta, maka dakwah adalah KETEGUHAN (Ath Tshabat).
a. Hati dan jiwa yang tabah walau banyak rintangan.
b. Buah dari sabar meniti jalan, teguh dalam barisan.
c. Istiqamah dalam perjuangan dengan kaki tidak tergoyang.
d. Berjalan lurus jauh dari penyimpangan.
8. Jika engkau cinta, maka dakwah adalah MEMBERSIHKAN TUMPUAN (At Tajarrud).
8. Jika engkau cinta, maka dakwah adalah MEMBERSIHKAN TUMPUAN (At Tajarrud).
a. Ikhlas di setiap langkah mencapai satu tujuan.
b. Padukan seluruh potensimu, libatkan dalam jalan ini.
c. Engkau pendakwah sebelum apapun adanya engkau.
d. Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanyalah selingan.
9. Jika engkau cinta, maka dakwah adalah KEPERCAYAAN (Ath Tshiqah).
9. Jika engkau cinta, maka dakwah adalah KEPERCAYAAN (Ath Tshiqah).
a. Kepercayaan yang dilandasi iman, suci penuh keyakinan.
b. Kepada Allah, Rasul, Islam, Pimpinan dan Perajuritnya.
c. Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya.
d. Kerana, inilah kafilah kebenaran yang penuh berkat.
10. Jika engkau cinta, maka dakwah adalah PERSAUDARAAN (Al Ukhuwwah).
10. Jika engkau cinta, maka dakwah adalah PERSAUDARAAN (Al Ukhuwwah).
a. Lekatnya ikatan hati, terjalin dalam nilai-nilai persaudaraan.
b. Bersaudaralah dengan muslimin sedunia, utamanya mukmin mujahidin.
c. Lapang dada syarat terendahnya, mengutamakan saudaranya bentuk tertingginya.
d. Dan Allah yang mengetahui, menghimpun hati-hati para pendakwah dalam cintaNya.
e. Berjumpa kerana taat kepadaNya.
f. Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah.
g. Saling berjanji untuk menolong syari’atNya.
Doa Rabithah / Ikatan / The Bond
Sesungguhnya Engkau tahu / Indeed, You’ve known.
Bahwa hati ini telah berpadu / That these hearts have bonded.
Berhimpun dalam naungan cintaMu / Forgather under Your love’s shelter.
Bertemu dalam ketaatan / Gathering in obedience.
Bersatu dalam perjuangan / Allied in struggling.
Menegakkan syari’at dalam kehidupan / Uphold Your order in this life.
Kuatkanlah ikatannya / Strengthen the bonds.
Kekalkanlah cintanya / Everlast the loves.
Tunjukilah jalan-jalannya / Show the ways.
Terangilah dengan cahayaMu / Enlighten with your light.
Yang tiada pernah padam / Which never extinguishable.
Lapangkanlah dada kami / Broaden our hearts.
Dengan kurnia iman / With grant of belief.
Dan indahnya tawakkal padaMu / And the beauty in trusting to You.
Hidupkan dengan ma’rifatMu / Revive us by knowing You.
Matikan dalam syahid di jalanMu / Give us death as the martyr in Your path.
Engkaulah pelindung dan pembela / You’re the protector and defender.
Ya Allah, berikanlah kekuatan untuk kami tetap memegang tonggak 10 ini kerana ianya adalah akar utama yang tidak akan pernah tercabut walaupun menghadapi berbagai ujian, halangan dan rintangan. Jadikanlah teman-teman seperjalanan kami sebagai penyokong dan pembimbing kami. Tetapkanlah kaki-kaki kami di atas jalanMu yang lurus sehingga taqdirMu menentukan samada kami berjaya di dunia atau rebah syahid di halaman keridhaanMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS