skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Monday, 14 November 2011

Bergantung Kepada Yang Maha Luas

Ditulis Oleh WAS Pada 22:50 – 0 Komen Anda
 
‘Al-Waasi'’ adalah salah satu sifat Allah yang tercantum dalam Asma'ul Husna yang ertinya adalah Allah Yang Maha Luas.
 
Perkataan ‘Al-Waasi'’ tersusun dari huruf ‘wau’, ‘syin’, dan ‘'ain’.
 
Setiap perkataan yang tersusun dari huruf-huruf ini menjadi antonim dari sempit atau sulit.
 
Dari sini lahirlah makna-makna seperti :
 
  1. "Kaya".
  2.  "Mampu".
  3.  "luas".
  4.  "Meliputi".
  5.  "Langkah panjang" dan sebagainya.

1. Allah adalah Zat Yang Maha Luas. Luasnya kekuasaan Allah tidak ada batas bahkan meliputi semua yang ada di langit dan di bumi.

2. Allah Maha Luas KeagunganNya sehingga Ia berkuasa memuliakan sesiapa sahaja yang Ia kehendaki tanpa berkurang kemuliaanNya.

3. Allah Maha Luas rezekiNya, sehingga Ia mampu memberikan sesuatu kurniaan kepada semua makhluk tanpa berkurang sedikit pun kekayaanNya.

4. Allah Maha Luas ilmuNya sehingga Ia mengetahui segala sesuatu tentang ciptaanNya sampai kepada perkara-perkara yang sekecil-kecilnya.
 
Ia mengetahui lintasan hati setiap manusia.
 
Ia mengetahui pergerakan seekor semut hitam yang merayap di batu hitam di waktu
tengah malam yang kelam.

Ternyata, luasNya Allah itu berbeza dengan luasnya manusia.
 
Luas dalam pandangan manusia kebiasaannya dibatasi oleh sesuatu ukuran.

Contohnya stadium bolasepak itu luas namun ia boleh diukur dalam kaki atau meter persegi.
 
Seorang profesor pasti memiliki ilmu yang luas namun luasnya ilmu profesor itu pasti terbatas dan kadang-kadang hanya di dalam satu subjek atau bidang tertentu sahaja.

Luas dalam pandangan Allah tidak dibatasi oleh ukuran atau dimensi waktu.
 
Sesungguhnya Ia "Laitsa kamitslihi syai'un"; tidak boleh disamakan dengan
makhluk.
 
Intipatinya, segala sesuatu yang ada di alam semesta ini ada dalam genggaman Allah.
 
Allah mengetahui segala sesuatu yang ada di alam ini.

Apakah hikmah yang boleh kita ambil dari sifat Allah ini?
 
Kita layak meniru sifat Allah ini dengan meluaskan ilmu, pengetahuan dan wawasan dengan banyak menyemak, membaca dan bergaul dengan para ulama dan cendekiawan.
 
Makin luas ilmu kita, maka :
 
  1. Makin bijak pula kita.
  2. Makin mudah menghadapi kehidupan.
  3. Makin kita memahami akan arah kehidupan ini.
 
Keluasan ilmu dan pengetahuan akan memudahkan kita mengendali masalah dengan cara yang tepat.

Dengan meneladani sifat ‘Al-Waasi'’ ini, kita pun perlu belajar mengubah cara pandang kita terhadap kehidupan.
 
Jangan memandang harta di atas segala-galanya. Harta memang rezeki dari Allah tapi
itu adalah tingkatan yang paling rendah.

Kekayaan ilmu, kekayaan hati yang bersumber dari kekayaan iman jauh
lebih tinggi di atas harta.
 
Oleh kerana itu, kita jangan bangga dengan sesuatu yang rendah. Bukankah orang yang jahat pun diberikan harta?

Yang tidak kurang pentingnya adalah kita pun mesti memiliki keluasan hati.

Suasana hati akan menentukan bahagia atau tidaknya hidup kita sehingga kita mesti melatihnya agar sentiasa bersikap lapang dada.

Berlatih untuk :
 
1. Tidak mudah tersinggung.
2. Tidak membesar-besarkan masalah.
3. Mudah memaafkan.
4. Menyedari bahwa apa yang dilakukan oleh orang lain tidak akan selamanya sesuai dengan kehendak kita.
 
Ini adalah sebahagian dari cara untuk mendapatkan kelapangan hati.
 
Semakin luas sebuah lapangan, semakin sukar pula untuk berlaku pergeseran.

Sebagai ilustrasinya adalah seperti berikut :
 
Kalau kita berada di satu lapangan yang luas, kita mungkin tidak takut dengan seekor
tikus, lipan atau ular.
 
Namun, perasaan kita akan menjadi cukup berbeza jika kita bersama haiwan-haiwan tersebut dalam sebuah bilik yang kecil.
 
Di sini, keluasan memainkan peranan yang cukup penting!

Mungkin formula "2B2L" boleh dijadikan panduan untuk kita menciptakan keluasan hati terutama di saat bergaul dengan orang lain.
 
"B" yang pertama adalah Bijaksana dalam menilai kekurangan dan kesalahan diri.
 
"B" yang kedua adalah Berani mengakui kelebihan dan jasa orang lain.
 
"L" yang pertama adalah Lupakan jasa atau kebaikan diri sendiri.
 
"L" yang kedua adalah Lihat kekurangan dan kesalahan diri.

Akhir sekali marilah kita benar-benar merenung akan sifat keluasan Allah swt di mana dengan memahami nama Allah yang baik ini, barulah akan terasa betapa kecil dan kerdilnya kita dalam segala bidang dan lapangan jika nak dibandingkan dengan keluasan yang dimiliki oleh Allah Azza Wa Jalla yang tidak ada batasan dan tanpa disekat oleh apa-apa rintangan.
 
Kalau kita ingin menjadi orang yang bijak, ingin bahagia dan mulia, maka perluaskanlah ilmu, wawasan dan pengalaman kita.
 
Kalau kita kaya dengan ilmu, maka dunia dengan sendirinya akan menghampiri kita.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Luas kurniaanMu kepada seluruh makhlukMu sehingga semuanya mendapat rahmat dan inayah dariMu. Begitu juga Engkau Yang Maha Luas ilmuMu sehingga tiada yang wujud di alam semesta ini melainkan semuanya di bawah pengetahuan Engkau walaupun sehelai daun yang jatuh dari pohon-pohon. Campakkanlah rasa keluasan ke dalam hati kami sehingga hidup ini terasa nikmat dan berkah.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Aqidah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
View mobile version
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Kualiti Sebenar Rijalud Dakwah
    Rijalud dakwah adalah seseorang yang telah di tarbiyah secara intensif sehingga memiliki persediaan untuk berjuang dan berkorban di jal...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Surah Yang Menjadi Pembela
    Allah swt telah menurunkan kepada kita Al Qur’an sebagai : a.        Cahaya. b.       Rahmat. c.        Ubat dari penyakit hati dan...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ▼  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ▼  November (69)
      • Hijrah Membentuk Identiti Umat
      • Melahirkan Murabbi Yang Berjaya
      • Membentuk Hati Sejahtera
      • Bekalan Pemikul Dakwah
      • Meniti Jalan Dakwah
      • Taat Menjamin Kesatuan
      • Terapi Hati 3
      • Membangun Keyakinan Diri
      • Apabila Hijab Terbuka
      • Meningkatkan Kualiti Amal
      • Karakteristik Peribadi Mulia
      • Islam Bukan Pelampau
      • Asas Bangunan Dakwah
      • Keajaiban Keterikatan Hati
      • Kekuatan Pandang Tembus
      • Ketinggian Ufuk Tafakur
      • Keindahan Kasih Sayang
      • Nasionalisma Pemecah Kesatuan Ummah
      • Politik Wilayah Dakwah
      • Membentuk Komitmen Sejati
      • Remaja Pewaris Tamadun
      • Membina Aktivis Kental
      • Bahtera Keselamatan Hakiki
      • Punca Penyakit Manusia
      • Melaksanakan Agenda Dakwah & Tarbiyah
      • Dakwah Melalui Tonggak 10
      • Fokus Akhirat Dunia Dapat
      • Menatap Wahyu Persaudaraan
      • Tsabat Memenangkan Dakwah
      • Memahami Penggerak Impian
      • Menghayati Kehidupan Rabbani
      • Amal Yang Menyelamatkan
      • Disiplin Penentu Kejayaan
      • Menyusuri Pendakwah Contoh
      • Hakikat Kesufian Sebenar
      • Keadilan Asas Taqwa
      • Meneliti Hakikat Kritikan
      • Syura Kekuatan Organisasi
      • Kesungguhan Tiada Batas
      • Tsiqah Membangun Kekuatan
      • Memburu Kemuncak Keimanan
      • Menggapai Kemerdekaan Hakiki
      • Bangunkan Amal Sunnah
      • Ketinggian Darjat Ilmu
      • Keindahan Taqdir Ilahi
      • Meneliti Penilaian Dakwah
      • Kepimpinan Amanah Berat
      • Ubahlah Jiwa Kita
      • Bergantung Kepada Yang Maha Luas
      • Mengukuhkan Tahap Keyakinan
      • Terapi Hati
      • Kuliah Umum Ust Irfan di Pejabat Ikram Shah Alam (...
      • Kuliah Umum Ust Hasanuddin di Pejabat Ikram Shah A...
      • Muraqabatullah
      • Pendakwah Pewaris Bumi
      • Mencari Murabbi Sejati
      • Kemenangan Melalui Pengorbanan
      • Keajaiban Tenaga Cinta
      • Amal Pembimbing Masyarakat
      • Ukuran Kemuliaan Wanita Hakiki
      • Jalan Menuju Ma'rifatullah
      • Keunggulan Muslimah Contoh
      • Allah Tempat Kembali
      • Perbezaan Membangun Kekuatan
      • Tiada Keuzuran Dalam Dakwah & Jihad
      • Menjana Tenaga Yang Kuat
      • Madrasah Tarbiyah Yang Unggul
      • Hikmah Asas Dakwah
      • Membangun Motivasi Dakwah

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger