skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Monday, 14 November 2011

Menjana Tenaga Yang Kuat

Ditulis Oleh WAS Pada 00:29 – 0 Komen Anda
 
Tidak dapat dinafikan apabila kita memperkatakan betapa pentingnya kekuatan tenaga untuk mencapai sesuatu visi.

"Impian-impian yang besar memerlukan tenaga yang besar".

Ramai orang berhenti di tengah jalan hanya kerana kehilangan daya tahan beserta dengan bertambahnya halangan dan rintangan kerana memang sesuatu impian yang besar akan pasti diiringi oleh besarnya halangan dan rintangan.

  1. Banyak pasangan yang hancur rumahtangganya sebelum selesai mewujudkan suasana bahagia yang diimpikan kerana masing-masing kehabisan tenaga kesabaran.
  2. Banyak organisasi dilanda perpecahan sebelum visi mampu direalisasikan kerana organisasi tersebut kehabisan tenaga dalam menghadapi pergeseran dan mengelola berbagai isu yang timbul.
  3. Tidak sedikit manusia yang terdampar di hospital sakit jiwa sebelum sempat meraih cita-cita hidupnya kerana tidak lagi memiliki tenaga untuk menahan penderitaan dan kesakitan dari kemalangan yang menimpa.
Tenaga yang cukup sesungguhnya amat penting untuk kita miliki dalam usaha untuk mewujudkan segala impian dalam kehidupan.

Bagi sesiapa yang pernah belajar Ilmu Fizik, tentu sudah biasa dengan formula tenaga yang dirumuskan oleh seorang saintis yang bernama Albert Einstein.

Tenaga menurutnya adalah fungsi dari jisim (berat) didarabkan dengan gandaan dari kelajuannya (E=MC2).

Jadi kalau kita ingin meningkatkan tenaga, menurut teori ini, kita boleh melakukannya dengan meningkatkan jisim (berat) benda atau kelajuannya atau kedua-duanya sekali.

Menurut kefahaman Islam, jisim (berat) manusia tidak terletak pada besar kecilnya bentuk fizikal yang dimiliki tetapi sejauh manakah kadar iman dan ilmu yang ada padanya.
Al Quran mengatakan bahwa Allah meninggikan orang-orang yang beriman dan berilmu beberapa darjat.

"Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS Al Mujaadilah :11)
Mengenai kelajuan, perkara ini bergantung kepada kadar kecepatan manusia dalam melakukan berbagai kebaikan.

Allah menyebut di dalam Al Quran :
"Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain," (QS Al Insyirah : 7)
Allah TIDAK mengatakan :
"Setelah selesai suatu urusan maka beristirehatlah atau berpestalah".
Justeru kita diminta bersegera menyelesaikan urusan lain seperti moto yang digunakan oleh sesetengah kalangan iaitu :
"Lebih cepat, lebih baik".

Jika kita cuba implementasikan formula Einstein tersebut, maka Tenaga adalah fungsi dari tahap:
  1. Keimanan.
  2. Keilmuan.
  3. Kelajuan.
Semakin tinggi tahap keimanan, keilmuan dan kelajuan, maka akan semakin besar pula tenaga yang dihasilkan.
Oleh yang demikian, kita dapat merumuskan bahwa :
Kombinasi perubahan tahap keimanan, keilmuan dan kelajuan dalam melaksanakan berbagai agenda merupakan sumber tenaga bagi manusia yang ingin meraih cita-cita.
Semakin besar impian yang ingin diwujudkan, maka semakin besar pula perubahan-perubahan tahap tersebut yang mesti ditingkatkan.

Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 246-251 menceritakan kisah menarik yang menjelaskan betapa tenaga manusia ternyata tidak bergantung kepada banyaknya persediaan logistik yang digunakan melainkan hanya berdasarkan tahap ketinggian keyakinan dan ketaatannya pada perintah Allah.

Kisah ini dimulai ketika Nabi Musa telah wafat dan Bani Israil menjadi bangsa yang lemah lagi terancam di mana sebelum kemunculan Nabi Daud ada kekosongan fasa kenabian selama beberapa ratus tahun.

Ketika itu hanya ada beberapa Nabi di kalangan mereka di antaranya bernama Syamwil. Bani Israil meminta Syamwil mencari seorang pemimpin untuk menghadapi Jalut yang berusaha memperluaskan daerah jajahannya.

Kemudian diberitahu bahwa Allah swt telah mengutus Thalut sebagai pemimpin. Bani Israil menolak kerana Thalut dianggap orang yang miskin. Namun Syamwil mengatakan Thalut mempunyai kelebihan ilmu dan fizikal yang kuat, akhirnya mereka menerima Thalut sebagai pemimpin.

Setelah diangkat sebagai pemimpin, Thalut melakukan perjalanan bersama pasukannya menuju pasukan Jalut. Thalut, yang mengetahui dari ilmunya menyampaikan bahwa mereka akan menemui sungai dan Tuhan akan menguji mereka dengan sungai tersebut.

Setelah perjalanan jauh yang meletihkan, tibalah mereka di sebuah sungai yang membatasi tentera Thalut dan Jalut.
Thalut berkata bahwa mereka yang akan berperang tidak boleh minum air sungai itu, kalau pun minum hanya boleh dengan satu cedokan tangan.

Mendengar arahan Thalut itu, terpisahlah tentera Thalut menjadi dua golongan. Golongan pertama ialah mereka yang taat dan tidak minum atau hanya minum seteguk manakala golongan kedua pula mereka yang melanggar larangan dan minum dengan sepuas-puasnya.
Mereka berfikir bahwa sungguh tidak masuk akal apabila tentera yang keletihan setelah berjalan jauh diperintahkan tidak boleh minum padahal sebentar lagi mereka akan berperang dengan musuh yang menakutkan.

Apakah yang berlaku selepas itu?

Setelah minum, golongan yang ingkar dan minum dengan sepuas-puasnya tadi tiba-tiba diliputi oleh perasaan cemas dan takut, gementar hati mereka dan bergetarlah lutut mereka sementara golongan yang taat dan beriman terhadap apa yang disampaikan oleh Thalut ternyata bersemangat dan memiliki kekuatan menghadapi musuh.

Mereka yang telah minum banyak berkata :
"Tidak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya."
Sementara mereka yang taat menjawab :
"Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar."
Thalut dan pasukannya yang beriman lalu menyeberangi sungai untuk menyambut tentera Jalut. Pertempuran dengan jumlah tentera yang tidak seimbang itu akhirnya dimenangi oleh pasukan kecil Thalut, di mana Nabi Daud yang masih muda belia pada masa itu berhasil membunuh Jalut yang perkasa.

Kisah Thalut ini meyakinkan kita bahwa ternyata :
‘Tenaga tidak bergantung kepada banyaknya persiapan logistik’.
Namun sebaliknya ia banyak bergantung kepada :
  1. Seberapa dekatnya hubungan kita dengan Allah swt.
  2. Seberapa berilmunya kita.
  3. Seberapa cepat kita dalam melaksanakan perintahNya.
Al Quran menceritakan dengan jelas bagaimana pasukan Thalut yang minum begitu sedikit dan Nabi Daud yang masih muda belia mampu mengalahkan Jalut yang sangat perkasa.

Tenaga yang diperolehi dan tidak dapat ditandingi adalah hasil dari :
  1. Kepatuhan Thalut dan Daud pada semua perintah Allah.
  2. Kesabaran mereka mengendalikan diri dari godaan kebendaan.
Dengan tenaga yang mereka miliki, mereka tidak hanya mampu meraih impian mereka melainkan juga mencapai impian bangsanya untuk memenangi pertarungan dan melindungi bangsanya dari penjajahan Jalut.

Semoga kita mampu melipatgandakan tenaga yang kita miliki dengan kombinasi iman, ilmu dan kelajuan merealisasikan perintah Allah sehingga kita mampu meraih semua impian besar kita.

Ya Allah, kami memahami bahwa tanpa kekuatan iman, ilmu dan sikap melaksanakan perintahMu dengan pantas, kami tidak mampu untuk menghasilkan suatu tenaga yang besar yang boleh membawa satu arus Islam yang kuat bagi merealisasikan impian besar kami. Oleh itu bantulah kami dengan keyakinan yang teguh kepadaMu di samping ilmu yang tinggi dan luas beserta sikap sentiasa bersedia untuk melaksanakan segala arahan-arahanMu tanpa berlengah-lengah.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Uslub Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
View mobile version
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Kualiti Sebenar Rijalud Dakwah
    Rijalud dakwah adalah seseorang yang telah di tarbiyah secara intensif sehingga memiliki persediaan untuk berjuang dan berkorban di jal...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Surah Yang Menjadi Pembela
    Allah swt telah menurunkan kepada kita Al Qur’an sebagai : a.        Cahaya. b.       Rahmat. c.        Ubat dari penyakit hati dan...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ▼  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ▼  November (69)
      • Hijrah Membentuk Identiti Umat
      • Melahirkan Murabbi Yang Berjaya
      • Membentuk Hati Sejahtera
      • Bekalan Pemikul Dakwah
      • Meniti Jalan Dakwah
      • Taat Menjamin Kesatuan
      • Terapi Hati 3
      • Membangun Keyakinan Diri
      • Apabila Hijab Terbuka
      • Meningkatkan Kualiti Amal
      • Karakteristik Peribadi Mulia
      • Islam Bukan Pelampau
      • Asas Bangunan Dakwah
      • Keajaiban Keterikatan Hati
      • Kekuatan Pandang Tembus
      • Ketinggian Ufuk Tafakur
      • Keindahan Kasih Sayang
      • Nasionalisma Pemecah Kesatuan Ummah
      • Politik Wilayah Dakwah
      • Membentuk Komitmen Sejati
      • Remaja Pewaris Tamadun
      • Membina Aktivis Kental
      • Bahtera Keselamatan Hakiki
      • Punca Penyakit Manusia
      • Melaksanakan Agenda Dakwah & Tarbiyah
      • Dakwah Melalui Tonggak 10
      • Fokus Akhirat Dunia Dapat
      • Menatap Wahyu Persaudaraan
      • Tsabat Memenangkan Dakwah
      • Memahami Penggerak Impian
      • Menghayati Kehidupan Rabbani
      • Amal Yang Menyelamatkan
      • Disiplin Penentu Kejayaan
      • Menyusuri Pendakwah Contoh
      • Hakikat Kesufian Sebenar
      • Keadilan Asas Taqwa
      • Meneliti Hakikat Kritikan
      • Syura Kekuatan Organisasi
      • Kesungguhan Tiada Batas
      • Tsiqah Membangun Kekuatan
      • Memburu Kemuncak Keimanan
      • Menggapai Kemerdekaan Hakiki
      • Bangunkan Amal Sunnah
      • Ketinggian Darjat Ilmu
      • Keindahan Taqdir Ilahi
      • Meneliti Penilaian Dakwah
      • Kepimpinan Amanah Berat
      • Ubahlah Jiwa Kita
      • Bergantung Kepada Yang Maha Luas
      • Mengukuhkan Tahap Keyakinan
      • Terapi Hati
      • Kuliah Umum Ust Irfan di Pejabat Ikram Shah Alam (...
      • Kuliah Umum Ust Hasanuddin di Pejabat Ikram Shah A...
      • Muraqabatullah
      • Pendakwah Pewaris Bumi
      • Mencari Murabbi Sejati
      • Kemenangan Melalui Pengorbanan
      • Keajaiban Tenaga Cinta
      • Amal Pembimbing Masyarakat
      • Ukuran Kemuliaan Wanita Hakiki
      • Jalan Menuju Ma'rifatullah
      • Keunggulan Muslimah Contoh
      • Allah Tempat Kembali
      • Perbezaan Membangun Kekuatan
      • Tiada Keuzuran Dalam Dakwah & Jihad
      • Menjana Tenaga Yang Kuat
      • Madrasah Tarbiyah Yang Unggul
      • Hikmah Asas Dakwah
      • Membangun Motivasi Dakwah

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger