skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Sunday, 20 November 2011

Keajaiban Keterikatan Hati

Ditulis Oleh WAS Pada 06:09 – 0 Komen Anda
 
"Ruh-ruh itu adalah tentera-tentera yang selalu siap siaga, yang telah saling mengenal maka ia (bertemu dan) menyatu, sedang yang tidak maka akan saling berselisih (dan saling mengingkari)." (HR Muslim)
Inilah karakter ruh dan jiwa manusia :
  1. Ia adalah tentera-tentera yang sentiasa bersiap siaga.
  2. Kesatuannya adalah kunci kekuatan.
  3. Perselisihannya adalah sumber bencana dan kelemahan.
Jiwa adalah tentera Allah yang sangat setia, ia hanya akan dapat diikat dengan kemuliaan Yang Menciptakannya.
Allah swt berfirman :

"Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (QS Al Anfaal : 63)
Tiada satupun ikatan yang paling kukuh untuk mempertemukannya selain ikatan akidah dan keimanan.
Imam Hasan Al Banna berkata :
"Yang aku maksudkan dengan ukhuwah adalah terikatnya hati dan ruhani dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan dan semulia-mulianya. Ukhuwah adalah saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran". (Risalah Ta'lim)
Oleh sebab itu :
  1. Hanya dengan kasih mengasihi kerana Allah, hati akan bertemu.
  2. Hanya dengan membangun jalan ketaatan, hati akan menyatu.
  3. Hanya dengan meniti di jalan dakwah, ia akan berpadu.
  4. Hanya dengan berjanji menegakkan kalimah Allah dalam panji-panji jihad fi
    sabilillah, ia akan saling erat bersatu.
Maka, siramilah Taman Persaudaraan ini dengan sumber mata air kehidupan sebagai
berikut:

PERTAMA : SIRAMI DENGAN MATA AIR CINTA DAN KASIH SAYANG
Kasih sayang adalah fitrah dalaman dalam jiwa setiap manusia, siapapun memilikinya sungguh memiliki segenap kebaikan dan siapapun yang kehilangannya sungguh akan ditimpa kerugian.
Ia akan menghiasi kepada sesiapa yang mengenakannya dan ia mencelakakan kepada sesiapa yang menanggalkannya.
Demikianlah pesanan-pesanan manusia yang agung akhlaknya.

Bagaimanakah Taman Persaudaraan ini mampu dibangunkan ?
  1. Ia hanya akan subur oleh ketulusan cinta, bukan sikap sambil lewa dan kemunafikan.
  2. Taman ini hanya akan hidup oleh kejujuran dan bukan sikap selalu membenarkan.
  3. Ia akan tumbuh berkembang oleh suasana nasihat menasihati dan bukan sikap tidak peduli.
  4. Ia akan bersemi oleh sikap saling menghargai bukan sikap saling menjatuhkan.
  5. Ia hanya akan mekar dengan bunga-bunga di tamannya oleh budaya menutup aib diri dan bukan saling membuka pekung.
Hanya ketulusan cinta yang sanggup mengalirkan mata air kehidupan ini.
Maka :
  1. Saringlah mata airnya agar tidak bercampur dengan irihati dan dengki, tidak keruh oleh hawa nafsu, ego dan emosi.
  2. Suburkan nasihatnya dengan bahasa simpati.
  3. Tumbuhkan penghargaannya dengan kejujuran dan keikhlasan diri.
Ini bersesuaian dengan firman Allah swt :
"Maka niscaya ia akan menyejukkan pandangan mata orang yang menanam dan menjengkelkan hati orang-orang kafir". (QS Al Fath : 29)
KEDUA : SINARI DENGAN CAHAYA DAN PETUNJUK JALAN

Bunga-bunga tamannya hanya akan mekar merekah oleh sinar mentari petunjukNya dan akan layu dek kerana tertutup oleh cahayaNya.
Maka, bukalah pintu hatimu agar tidak tertutup oleh sifat kesombongan, rasa kagum diri dan penyakit merasa cukup kerana ini adalah penyakit umat-umat yang telah Allah binasakan.

Dekatkan hatimu dengan sumber segala cahaya (Al Quran) niscaya ia akan :
  1. Menyedarkan hati yang terlena.
  2. Mengajarkan hati yang bodoh.
  3. Menyembuhkan hati yang sedang sakit.
  4. Mengalirkan tenaga hati yang sedang letih dan lemah.
Hanya dengan cahaya, kegelapan akan menghilang dan kepekatan akan memudar sehingga nampak jelas :
  1. Kebenaran dari kesalahan.
  2. Keikhlasan dari nafsu.
  3. Nasihat dari membuka pekung.
  4. Memberi kefahaman dari memaksakan agenda.
  5. Matlamat dari tujuan sampingan.
  6. Ilmu dari kebodohan.
  7. Petunjuk dari kesesatan.
Sekali lagi hanya dengan sinar cahayaNya, jendela hati ini akan terbuka.

"Maka apakah mereka tidak merenungkan Al Quran ataukah hati mereka telah terkunci." (QS Muhammad : 24)
KETIGA : BERSIHKAN DENGAN SIKAP LAPANG DADA
Secara minima, cinta dan kasih sayang adalah kelapangan dada dan maksimanya adalah "itsar" ( mengutamakan orang lain dari diri sendiri). Demikian, penegasan dari Imam Hasan Al Banna.

Kelapangan dada adalah modal kita dalam menyuburkan taman ini kerana kita akan berhadapan dengan berbagai jenis dan karakter manusia.

"Siapapun yang mencari saudara tanpa salah dan cacat cela maka ia tidak akan menemui saudaranya itu."  
Inilah pengalaman hidup para ulama’ kita yang terungkap dalam bahasa yang indah untuk menjadi pedoman dalam kehidupan.

Kelapangan dada akan melahirkan sikap :
  1. Sentiasa memahami dan bukan minta difahami.
  2. Sentiasa mendengar dan bukan minta didengar.
  3. Sentiasa memperhatikan dan bukan minta perhatian.
Kita belum lagi memiliki sikap kelapangan dada yang sebenarnya jika :
  1. Kita masih belum dapat menempatkan orang lain seperti keadaan kita.
  2. Menyelami perasaan orang lain dengan sentuhan perasaan kita.
  3. Menyelami logik orang lain dengan logik kita.
Oleh kerana itu, kelapangan dada menuntut kita :
  1. Untuk lebih banyak mendengar dari berbicara.
  2. Lebih banyak beramal dari sekadar berkata-kata.
"Tidak sempurna keimanan seorang mukmin hingga ia mencintai saudaranya seperti
ia mencintai dirinya." ( HR Bukhari Muslim)

KEEMPAT : HIDUPKAN DENGAN MA’RIFAT
Hidupkan bunga-bunga di taman ini dengan berma'rifat kepada Allah dengan sebenar-benar ma'rifat.

Ma'rifat bukanlah sekadar mengenal atau mengetahui secara teori, namun ia adalah pemahaman yang telah mengakar dalam hati kerana telah diasah oleh :
  1. Banyaknya renungan dan tadabbur.
  2. Ketajaman banyaknya zikir dan fikir.
  3. Kesibukan terhadap aib dan kelemahan diri hingga tidak ada sedikitpun waktu yang tersisa untuk menanggapi ucapan orang-orang yang jahil dan lebih-lebih lagi mengintai kesalahan dan aib saudaranya sendiri.
Sebenarnya, bagi seorang mukmin, tiada masa sedikitpun untuk menyebarkan informasi dan berita yang tidak akan menambahkan amal atau menyelesaikan sesuatu masalah apalagi untuk menfitnah atau membuka pekung orang lain.

Hanya hati-hati yang disibukkan dengan Allah swt yang tidak akan dilenakan oleh "Qiila Wa Qaala" (banyak bercerita lagi berbicara) dan inilah ciri kedunguan seorang hamba sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah saw apabila ia lebih banyak :
  1. Berbicara dari berbuat sesuatu.
  2. Bercerita dari beramal.
  3. Berangan-angan dan bermimpi dari beraksi dan berkorban.
"Di antara ciri kebaikan keislaman seseorang adalah meninggalkan yang sia-sia." (HR At Tirmizi)
KELIMA : TAJAMKAN DENGAN CITA-CITA KESYAHIDAN

"Pasukan yang tidak mempunyai tugas, sangat berpotensi untuk menimbulkan pergaduhan".
Inilah pengalaman medan para pendahulu kita untuk menjadi sendi-sendi dalam kehidupan berjamaah.

Kerinduan untuk syahid akan lebih banyak menyedut tenaga kita :
  1. Untuk beramal dari berpangku tangan.
  2. Lebih bersaing dari menyerah diri.
  3. Menyibukkan diri untuk banyak memberi dari menimbulkan masalah.
  4. Untuk banyak berfikir perkara-perkara yang pokok dari perkara-perkara yang cabang.
"Dan barang siapa yang meminta kesyahidan dengan penuh kejujuran, maka Allah
akan menyampaikannya walaupun ia meninggal di atas tempat tidurnya." ( HR Muslim)

Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah bersatu berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaMu, bertemu untuk taat kepadaMu, bersatu dalam rangka menyeru (dijalan)Mu, dan berjanji setia untuk membela syariatMu, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya, ya Allah, abadikanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahayaMu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu, hidupkanlah dengan ma'rifatmu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalanmu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Ruhiyah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
View mobile version
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Kualiti Sebenar Rijalud Dakwah
    Rijalud dakwah adalah seseorang yang telah di tarbiyah secara intensif sehingga memiliki persediaan untuk berjuang dan berkorban di jal...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Surah Yang Menjadi Pembela
    Allah swt telah menurunkan kepada kita Al Qur’an sebagai : a.        Cahaya. b.       Rahmat. c.        Ubat dari penyakit hati dan...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ▼  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ▼  November (69)
      • Hijrah Membentuk Identiti Umat
      • Melahirkan Murabbi Yang Berjaya
      • Membentuk Hati Sejahtera
      • Bekalan Pemikul Dakwah
      • Meniti Jalan Dakwah
      • Taat Menjamin Kesatuan
      • Terapi Hati 3
      • Membangun Keyakinan Diri
      • Apabila Hijab Terbuka
      • Meningkatkan Kualiti Amal
      • Karakteristik Peribadi Mulia
      • Islam Bukan Pelampau
      • Asas Bangunan Dakwah
      • Keajaiban Keterikatan Hati
      • Kekuatan Pandang Tembus
      • Ketinggian Ufuk Tafakur
      • Keindahan Kasih Sayang
      • Nasionalisma Pemecah Kesatuan Ummah
      • Politik Wilayah Dakwah
      • Membentuk Komitmen Sejati
      • Remaja Pewaris Tamadun
      • Membina Aktivis Kental
      • Bahtera Keselamatan Hakiki
      • Punca Penyakit Manusia
      • Melaksanakan Agenda Dakwah & Tarbiyah
      • Dakwah Melalui Tonggak 10
      • Fokus Akhirat Dunia Dapat
      • Menatap Wahyu Persaudaraan
      • Tsabat Memenangkan Dakwah
      • Memahami Penggerak Impian
      • Menghayati Kehidupan Rabbani
      • Amal Yang Menyelamatkan
      • Disiplin Penentu Kejayaan
      • Menyusuri Pendakwah Contoh
      • Hakikat Kesufian Sebenar
      • Keadilan Asas Taqwa
      • Meneliti Hakikat Kritikan
      • Syura Kekuatan Organisasi
      • Kesungguhan Tiada Batas
      • Tsiqah Membangun Kekuatan
      • Memburu Kemuncak Keimanan
      • Menggapai Kemerdekaan Hakiki
      • Bangunkan Amal Sunnah
      • Ketinggian Darjat Ilmu
      • Keindahan Taqdir Ilahi
      • Meneliti Penilaian Dakwah
      • Kepimpinan Amanah Berat
      • Ubahlah Jiwa Kita
      • Bergantung Kepada Yang Maha Luas
      • Mengukuhkan Tahap Keyakinan
      • Terapi Hati
      • Kuliah Umum Ust Irfan di Pejabat Ikram Shah Alam (...
      • Kuliah Umum Ust Hasanuddin di Pejabat Ikram Shah A...
      • Muraqabatullah
      • Pendakwah Pewaris Bumi
      • Mencari Murabbi Sejati
      • Kemenangan Melalui Pengorbanan
      • Keajaiban Tenaga Cinta
      • Amal Pembimbing Masyarakat
      • Ukuran Kemuliaan Wanita Hakiki
      • Jalan Menuju Ma'rifatullah
      • Keunggulan Muslimah Contoh
      • Allah Tempat Kembali
      • Perbezaan Membangun Kekuatan
      • Tiada Keuzuran Dalam Dakwah & Jihad
      • Menjana Tenaga Yang Kuat
      • Madrasah Tarbiyah Yang Unggul
      • Hikmah Asas Dakwah
      • Membangun Motivasi Dakwah

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger